Skip to main content

Menjawab Buku Fitnah Terhadap Mahathir


Menjawab
Buku Fitnah Terhadap Mahathir



Apabila buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times diterbitkan baru-baru ini, maka - riuh-rendahlah semua orang - khususnya parti pembangkang kononnya mahu mengheret Tun Mahathir ke muka pengadilan. Malah, tuduhan kononnya Tun Mahathir bertanggungjawab atas "kehangusan" RM100 billion wang negara kerana membina pelbagai projek mega selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, menjadi agak janggal kerana tidak pula dikaitkan secara adil dengan pencapaian unggul beliau selama 22 tahun yang terbukti berjaya menarik pelaburan dan keuntungan kepada negara sebanyak hampir RM300 billion. Bahkan, di sisi lain pula - jika kita merupakan manusia yang ada "otak" pelaburan Tun Mahathir - jika sekali pun benar bahawa beliau telah membelanjakan RM100 billion untuk membina projek mega selama beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia - maka pulangannya pula adalah sebanyak RM300 billion kepada negara selama 22 tahun beliau memerintah - bukankah itu, untung namanya? Inilah agaknya apa yang dikatakan oleh orang tua-tua, bodoh sombong tidak boleh diajar.


Saya bukan mahu membela Tun Mahathir membuta-tuli - tetapi, sebagai manusia yang ada hati dan fikiran - kita harus menilai Tun Mahathir secara objektif - dan bukan melalui perkiraan matematik. Cubalah fikirkan RM100 billion yang dibelanjakan oleh Tun Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintahnya bukanlah dilulusakan oleh beliau seorang semata-mata, sebaliknya ia melibatkan ramai pihak - termasuk pemimpin agung pembangkang yang bernama Anwar Ibrahim. Perbelanjaan sebanyak RM 100 billion itu telah diluluskan secara kolektif oleh jemaah menteri dan bukan Tun Mahathir seorang. Apakah semua masalah yang sedang melanda negara pada hari ini hendak diletakkan di atas bahu Tun Mahathir semata-mata? Kejahilan yang semacam mana lagi hendak kita ikut? Selama 22 tahun Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia beliau telah melabur sebanyak RM100 billion - manakala pulangannya pula adalah sebanyak hampir RM300 billion kepada negara - bagi tempoh yang sama - malah, kerana "RM 100 billion" itu jugalah ekonomi Malaysia menjadi begitu makmur sehingga menyebabkan beribu-ribu pekerja dari Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan, Thailand, Myammar dan Kemboja mencari rezeki di negara ini. Bahkan, kerana "RM 100 billion" itu jugalah anak-anak tempatan mendapat pekerjaan dan pendapatan yang baik semasa pemerintahannya. Dan kerana "RM 100 billion" itu jugalah negara tercinta kita ini terkenal di seluruh dunia dan menjadi contoh kepada negara Islam lain. Tetapi, malangnya, kita terus diperbodohkan-bodohkan dengan angka dan matematik - sehingga kebaikan ditukar menjadi perjudian dan pelacuran. Apakah kita masih tidak mahu sedar-sedar bahawa dengan "RM 100 billion" itu jugalah ekonomi Malaysia meningkat dari negatif 1 peratus pada tahun 1980-an menuju ke angka 7 dan 8 peratus setahun selepas itu. Apakah kita masih terus mahu diperbodohkankan, sedangkan kita sendiri menyedari bahawa dengan "RM 100" billion itulah anak-anak kita mudah masuk ke universiti walaupun keputusan SPM dan STPM mereka kurang memuaskan? Lantaran begitu banyak penubuhan universiti yang diluluskan oleh Tun Mahathir pada zamannya - dan kini hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai universitinya sendiri. Apakah kita ingin nafikan bahawa dengan "RM 100" billion itulah kerajaan membangunkan negara dan memperoleh cukai untuk membayar gaji kita dan anak-anak kita? Nah! sekarang ini - kita lebih mempercayai si tukang fitnah bernama Barry Wain yang menulis buku tersebut - lalu kita pun bersorak, "Horey..Horey..Horey..Mahathir Kena Tembak" - maka kitalah sebenarnya Si Kitul yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. Wallahualam.

Comments

Pembangkang sebenarnya boleh dibeli dengan begitu murah, mereka cukup senang mempercayai, telan bulat bulat asalkan apa sahaja berita itu memberi keuntungan politik mereka.

Atas sikap tidak rasional mereka hari ini, walaupun berkuasa di beberapa negeri, nyata sikap pembangkang otak beku kaki bangku mereka berterusan..

Sememangnya mereka hanya boleh hidup mandi makan minum hanya sebagai 'pembangkang'untuk selamanya.
salam.

amat bersetuju dengan tuan.

tengok tajuk dan kulit bukunya pun dah tahu apa maksud si penulis itu!

sila baca artikel terbaru chedet berkaitan dengan perkara ini.

mampuslah pemfitnah dan penulis buku lepas ni! dia tak kenal ke siapa mahathir??? cari la peguambela yang terbaik lepas ni... jika Tun kata , dia pasti akan Kota... itulah mahathir yang aku kenal selama ini!!!

wassalam.
AbgTuah said…
SALAM TUAN BLOG..

SYABAS..

JAWAPAN TUAN AMAT TEPAT, PADAT DAN MANTOP..
Bill Wain said…
aku tak percaya... siasat dulu baru cakap... ingat penulis tu tak ada otak ke?????
Yb Raz said…
kita kena pertahankan kredebiliti Tun kerana kita rakyat Malaysia benar benar mengenali beliau.

pakatan sentiasa mencari jalan untuk memburukkan orang lain. Itu tugas mereka.

sebagai rakyat malaysia, kita harus bersama sama Tun menghadapi fitnah yang ditiup oleh dajal.
Anonymous said…
duit abis 500juta di kelantan melalui soft loan dgn k'jaan pusat tapi air keladak juga. guano..

din
Anonymous said…
mana ada diktator yg bersara dlm dunia nih. dulu pas sampai menjejes airlior kata tun diktator, maha firaun, nak mati di bangku PM.

tapi skrg sapa yg nak mati di bangku MB, sapa yg nak beri kerusi pada tun kalau tun join pas.

pas ni mmg muka tak tau malu. pemfitnah dan penjual agama no. wahid di malaysia.

sabar tun, kami bersama tun yg disayangi.

razak
Muar
Anonymous said…
biarlah siasat mahathir
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
Jebat said…
Kepada semua pengulas2 sekalian.. korang dah baca ker Buku tu? Dah periksa ker fakta di dalamnya? Mesti belum ni... Wah... Baik betul Tun ni yer... korang tau tak ekonomi Malaysia sepatutnya jauh lebih maju dari sekarang... korang tahu tak yang sebahagian besar tanah dan hartanah di Johor sudah berpindah milik pada orang BUKAN MALAYSIA... Ramai warga SINGAPURA memiliki tanah Johor... Bila.. Masa Zaman Mahathir ler.. Tak caya? Korang check la sendiri... Dari segi ekonomi... Cuba korang kaji pertumbuhan ekonomi Malaysia sejak Mahathir memerintah... Korang akan jumpa jawapan kalau korang celik Hati la kan... aku cuma bagi hint2 ajer.. korang carila kebenaran sendiri

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...
Hikayat Dewan Ekonomi Episod Satu : Kemelut Di Dalam Sarang Semut Oleh Muhammad Azli Shukri Menguruskan sebuah majalah, bukanlah semudah menerbitkan sebuah buku atau jurnal. Penerbitan sebuah majalah memerlukan kesinambungan idea dan komitmen para penulis. Saya diterima bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7 Disember 2006 (mungkin kerana saya agak rapat dengan mantan Ketua Pengarah DBP dahulu, Datuk Dr Firdaus Abdullah) - sebagai staf kontrak (kontrak akan disambung pada setiap tahun). Oleh kerana latar belakang pekerjaan saya sebelum ini adalah dalam pendidikan dan bukan penerbitan, maka dunia penerbitan merupakan dunia baharu bagi saya. Setelah saya ditempatkan untuk bertugas di bahagian majalah, di bawah kendalian ketua editornya, Puan Padilah Hj Ali, maka saya terpaksa menyahut cabaran dengan apa-apa juga tugas yang akan diberikan olehnya kelak. Pada ketika itu, DBP baru sahaja mengambil alih penerbitan majalah yang sebelum ini telah difancaiskan kepada syarikat Karangkra...

Dewan Masyarakat atau Masyarakat Dewan?

Dewan Masyarakat atau Masyarakat Dewan ? Saya difahamkan bahawa Tan Sri Muhyiddin akan melawat ke Dewan Bahasa dan Pustaka pada hari ini (walaupun mungkin tidak kesampaian). Sama ada TS Muhyiddin jadi membuat lawatan ataupun tidak, ia secara tidak langsung menjelaskan betapa beliau merupakan seorang yang benar-benar berjiwa rakyat dan tidak suka dibodek. Lawatan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa DBP begitu diambil perhatian serius oleh Timbalan Perdana Menteri itu, malah tidak terkejut rasanya jika tidak lama lagi DBP akan ditransformasikan menjadi lebih baik daripada dahulu. DBP - nama yang sangat gah dan hakikatnya perlu banyak berubah. Pada pandangan peribadi saya, DBP bukan tidak hebat, sebaliknya terdapat segelintir "orang atasannya" yang lebih gemar menjadi pembodek dan main silat, sehingga nama baik DBP kotor dan dipandang tidak bermaya oleh masyarakat luar. Saya sebenarnya sangat kagum dengan Datuk Baha, salah seorang ahli Lembaga Pengelola DBP yang begitu...