Skip to main content

Bagi Anwar - Kerajaan Semua Tidak Betul


Bagi Anwar Ibrahim
Kerajaan Semua Tidak Betul


KUALA LUMPUR, Dis 15: Bajet 2010, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi. Ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi. Ia menjadi ujian besar kepada kredibeliti Najib kerana ini adalah bajet pertama yang beliau bentangkan.

Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu. Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan beberapa menteri kebinet bergegas ke Parlimen malam tadi bagi mengundi untuk bajet keseluruhan. Najib bergegas ke Parlimen selepas berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-90 Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa di sini malam tadi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga bergegas ke Parlimen dari lokasi majlis tersebut. Kini, BN mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat manakala PR 82 manakala tiga yang lain adalah Bebas.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usulnya mencadangkan agar bajet itu dikaji balik kerana ia sudah tidak realistik lagi setelah pendapatan Petronas merudum sebanyak RM58 bilion iaitu 37.5 peratus berbanding tahun lalu. Sedangkan, katanya, bajet 2010 terlalu bergantung kepada pendapatan Petronas iaitu sebanyak 40 peratus. Oleh itu bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri itu perlu ditarik balik kerana ia sudah tidak relevan lagi.

Usul itu bagaimanapun ditolak oleh Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi. Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad, perbahasan bajet tersebut sebagai suatu perbahasan yang tidak sempurna serta gagal menggamit keyakinan para Ahli Parlimen yang hadir.

"Perbahasan itu selesai dengan suasana ketidaktentuan dan ketidakyakinan," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Jelasnya, 66 sokongan berpihak pada kerajaan dan 63 sokongan berpihak pada pembangkang tersebut bukanlah perkara pokok untuk menilai 'Bajet Sulung Najib'.

"Pokoknya, ia bukan persoalan undi itu terbelah (dengan) 63 (menyokong pembangkang) lawan 66 (menyokong kerajaan) walaupun ianya nampak agak sengit," katanya.

"Ianya terlalu bergantung pada mereka yang hadir dan tidak ke parlimen, kalau (Ahli Parlimen) pembangkang yang lebih banyak sertai Parlimen, tentunya sokongan berpihak pada pembangkang."

Sebaliknya, beliau yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP) mengajak semua pihak melihat inti kelemahan dalam 'Bajet Sulong Najib' itu. Katanya, kelemahan yang dimaksudkan pada perbentangan Najib yang juga Menteri Kewangan adalah soal pengurangan RM58 bilion wang Petronas yang sepatutnya diterima dalam suku akhir tahun ini.

"Yang lebih penting, lihat pada kelemahan Bajet (seperti) kerajaan kehilangan RM58 bilion hasil Petronas...menggambarkan Najib lemah untuk menjadi Menteri Kewangan," ujarnya.
Tambahnya lagi, kerajaan dan rakyat sepatutnya mengambil perhatian dengan Usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Bajet 2010 dinilai semula. Beliau turut berpandangan bahawa 'Bajet Sulung Najib' akan menemukan kegagalan disebabkan kelemahan kerajaan dalam menghitung pendapatan dan perbelanjaan yang sewajarnya.

"Bajet adalah soal pendapatan dan perbelanjaan...tentunya bajet (yang) defesit akan terus melebar kerana jangkaan awal (Bajet 2010) pun sudah memperlihatkan tidak tepat," katanya.


Ulasan Saya : Satu soalan saya yang ingin saya tanyakan kepada pembangkang : Mengapa tiada kritikan pembangkang terhadap Bajet Negeri Kelantan yang jelas saban tahun defisit? Mengapa Anwar tidak menggunakan segala keajaibannya untuk menyelamatkan ekonomi Kelantan? Pembangkang hanya pandai mencari kelemahan kerajaan dan sekarang cuba cari kebaikan kerajaan pula? Tak kan tak ada kot? Kesimpulannya - pembangkang di Malaysia bukanlah bertujuan untuk membantu pihak kerajaan dalam mengurusakan negara, sebalik lebih inginkan kuasa yang ada dalam genggaman BN - itu sahaja. Oleh sebab itu, maka saya cadangkan agar pihak kerajaan segera mengambil tindakkan kepada mana-mana parti pembangkang yang jelas merosakkan keharmonian negara. Wallahualam.

Comments

Mat Jah said…
betul sangat tu. Anwar saje yang betul, org lain semua salah.
Anonymous said…
tolol punya mat jah.. kau tukar nama jadi mat jahanam lagi sesuai.. takkan benda salah nak kata betul.. bahalul lah namanye..
Anonymous said…
Apa sudah jadi dengan Malaysia di bawah pemerintahan Najib? Bajet 2010 yang menelan belanja bilion ringgit diluluskan dengan suara lebih 3 undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi.

Najib hilang kredibiliti, ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi.

Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu.

Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja.

Bajet kali ini paling tidak sempurna kerana bajet tersebut gagal menyakinkan ahli Parlimen PR dan juga Ahli Parlimen BN. Perbahasan berlaku dengan penuh kecelaruan dan ketidakyakinan.

Pengundian pula dijalankan ketika jumlah Ahli Parlimen PR dan BN hampir sama ramainya, sekiranya kehadiran ahli Parlimen PR melebihi BN sudah pasti bajet tersebut akan ditolak, di mana maruah Najib yang sememangnya sudah tidak punya maruah lagi sekiraya bajet 2010 ditolak oleh parlimen ?

Beberapa ahli Parlimen PR melihat bajet 2010 banyak kelemahan, antaranya pengurangan RM58 bilion wang Petronas yang sepatutnya diterima dalam suku akhir tahun ini.

Cadangan Usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Bajet 2010 dinilai semula adalah sangat bertepatan.

Bajet Najib dijangka akan gagal disebabkan faktor kesilapan kerajaan dalam mengambil kira pendapatan & perbelanjaan yang sewajarnya.

Di Perak bajet 2010 yang dibentang oleh Zambry dibentang dalam masa tidak lebih 20 minit. Bajet yang menelan belanja hampir 1 bilion, dibelanja untuk tempoh satu tahun dibentang dan diluluskan dalam masa 20 minit.

Bayangkan apa akan dan sudah terjadi dengan negeri Perak. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pembentangan bajet seluruh negara di mana bajet yang dibentangkan tidak dibahaskan oleh seluruh adun kerajaan haram BN.

Pakatan Rakyat sejak dari awal sememangnya tidak mengiktiraf pembentangan bajet tersebut, seklipun PR tidak mengambil bahagian, mengapa adun-adun BN tidak mengambil bahagian untuk membahaskan bajet tersebut.

Mengapa adun BN tidak memberi cadangan, pandangan dan kritikan kepada bajet tersebut, kerajaan haram BN pula akan memberi penjelasan dan jawaban-jawaban terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam sesi penggulungan.

Bajet Perak 2010 sebenarnya bajet yang tidak kredibiliti, tidak ada nilai dan tidak ada maruah. Ia sama tidak bermaruah sebagaimana tidak bermaruahnya kerajaan BN yang merampas kuasa dengan jalan yang paling jijik dan kotor.
Anonymous said…
mana pi pencaci haprak semua... malu nak masuk komen ke... nyaris bajet kena tolak... kahkahkah
pencinta kebenaran said…
hello anon2 sekalian..apa pun yg korang kata..bajet x dek redibiliti ye..tu sbb ada wakil2 BN yg x datang utk beri undi..klau dr pihak korang bagus mcmana pun bajet tu dibuat korang akan sure tolak punya almaklumlah korang kan bijak bistari..
Anonymous said…
"Bajet Perak 2010 sebenarnya bajet yang tidak kredibiliti, tidak ada nilai dan tidak ada maruah. Ia sama tidak bermaruah sebagaimana tidak bermaruahnya kerajaan BN yang merampas kuasa dengan jalan yang paling jijik dan kotor."

-"jijik dan kotor"-kesultanan Perak pun terkena tempiasnya...inilah nasib sultan melayu di negeri Perak..rakyat sendiri yang mengelarkan sedemikian rupa..
Anonymous said…
bukan bagi anwar sahaja..tapi bagi kebanyakan orang bodoh kat malaysia nih memang akan kata kerajaan semuanya tak betul!buat apapun salah pada pandangan mereka...buat airport salah dan membazir..tapi merekalah yang berduyun kesitu bila time nak gi haji...buat highway salah..tapi merekalah yang berduyun guna time balik kampung...buat litar membazir,tapi merekalah yang berpanas terik menonton f1..buat klcc membazir,tapi merekalah yang memenuhkan ruang bila hujung minggu..elok jer buat fatwa..kepada sesapa yang tak abis2 mengatakan apa sahaja projek yang dibuat kerajaan membazir,tidak betul dan sebagainya, maka jatuh haram pada mereka menjajaki walo selangakah kaki ke kawaan tersebut!!!panah petir ke apa ker...apa apa lah..itu sahaja balasan yang sepatutnya!
Anonymous said…
bahalol punya bajet najib
Panglipulara® said…
kelantan disabotaj chor, tu sebab bajet kelantan defisit...cuba kerajaan zalim bayar kt kelantan hak dema duit miyak tu, sah kelantan antara negeri kaya dlm mlesia ni...mike rasa kerajaan betui ka...? pikir2 kan la...
Xenan said…
lama tak comment disini..

Apesal dangkal sgt hujah bro nih.Bro tak check ke boleh kata kesemua budget negeri defisit kecuali selangor yg break event n pinang yg ada sikit surplus.

Paling hebat Pahang defisit hampir 90 juta dan buat kali ke 12 berturut2.Ini negeri BN yg dapat full support kerajaan Pusat

Kelantan defisit 20 juta dan tak heran sgt sbb mmg dasar Pusat agak tak menghormati federalisma.

Kenyataan Anwar n Dr dzulkifli sgt real bro.Fakta penurunan income Petronas adalah dari petronas sendiri.Fakta Budget 2010 40% bergantung kepada income petronas adalah dr fakta budget tu sendiri.Mcm mana budget itu boleh tetap diluluskan.Sapa nak cover kekurangan income dr petronas ni?Ini serious prob.

Bagi wa, brolah org yg tak sayangkan malaysia sbb bersetuju membuta tuli, tdr hujah, tatau hujung pangkal.
Sahabat,

1. Bagusnya BN yang berjiwa besar ialah membangunkan budaya IT di negara ini, yang kemudian memberi peluang luas kepada pengkritik, termasuk yang tak ada ilmu asas dalam bidang yang nak dikritik pun. Ramai yang cuma hentam membuta tuli, selindung identiti.

Mereka ni marah sangat bila tak dapat seketul roti, lupa dan tak bersyukur bila menjamah sekawah gulai. Tak dapat nak bezakan antara marah anak tangan-tangankan dengan marah nyamuk kelambu dibakar

2.Kita kena terima realiti bahawa kita sedang berhadapan dengan pembangkang yang tak gentleman dan tak beretika. Dalam pada kita bergerak ke arah ketelusan, mereka menyusup mengambil kesempatan dari setiap penjuru.
Dalam pada kita berusaha perbaiki segala kelemahan dan kekurangan, mereka ambil kesempatan menyerang dan memijak, tanpa mengira kesan kepada negara.
Sebahagiannya pula dah berjaya diajar untuk tak kenang jasa dan bersifat pemaaf. Lebih teruk, bersekongkol dengan apa saja untuk menenggelamkan bahtera sendiri.

Kegawatan politik, ekonomi dan sosial dalam negara dan seluruh dunia agak luar biasa. Ramai rakyat dan manusia yang sedang keliru.
Kekeliruan itu perlu ditangani dengan sangat bijaksana oleh kita yang bertangungjawab menjaga masa depan bangsa dan negara.
Kita yang berjiwa besar, tidak perlu kecil hati. Terus berusaha.

Walahua'alam.
dasar fiskal said…
salam semua....salam 1 malaysia....x nak berpihak pada sesiapa baik kjaan atau pembangkang...kurang bersetuju dengan saudara azli pasal kelantan...klu x silap banyak lagi negeri di bawah BN yang dah bertahun2 defisit...bukan sedikit jumlahnya...klu kelantan memang r sebab kjaan pembangkang...royalti tukar kepada wang ehsan...mcm kes tganu mula2 royalti pastu tukar kjaan terus tukar nama..wang ehsan...
menariknya pasal bajet ni ialah menang tipis....x kukuh..so apa salahnya kalau dikaji semula.jgbn kerana ego, kita menggadaikan masa depan negara..kita sama2 kaji & prove pada pembangkang@anwar yg mereka silap....itu lebih menarik dari menang tipis..malu sgt2...
ini soal belanjawan negara...silap perkiraan jahanam 1 Malaysia.
Mohon kita bloggers2 be rational...fikir atas dasar 1 Malaysia bukan atas dasar kepartian...klu kepartian memang kita akan kata kita shj yg betul...mari kita ke arah paradigma baru...kita berfikir secara matang dan rasional...klu tidak menang dgn 3 undi pun kita akan kata kita menang majoriti..syok sendiri yg akhirnya memakan diri.
Anonymous said…
XENAN the best comments in ithis entry, cayalah bro, salute you... You are real blogger in the world..
zuwairiaiman said…
politik yang menarik..
gagasan_warisan said…
Anuar saja yang betul....dia jerkk yang pandai......pandai auta......

Tapi yang wakil BN ni pun satu....mangkuk hayun apasal ramai yang tak datang.....huhuhu....
jenjaluk said…
sape lah nak sokong membabi buta....
cube org UMNO bersembang di kedai kopi,dah sah ada yg tak betul diceritakan tentang Najib...saya kawan ngan Pemuda UMNO tiga kawasan. Tp bile blk opis, semua kena puji Presiden UMNO, kalau tak, tak dapat fulus buat program...
Anwar pun dikritik juga oleh Karpal Singh, dikritik juga oleh PAS...no problem pun....dah jadi Ketua Pembangkang, mestilah kena jalankan kerjanya jadi pembangkang...Apa kerja Khir Toyo di Selangor,apa kerja UMNO Pulau Pinang,Apa kerja Mustapha Muhamad di kelantan??? mestilah apa yg dilakukan oleh pemimpin PR tak betul...benda normal kenapa jadikan susah????
Anonymous said…
budget tu dah di bahaskan, apa yg input pembangkang bagi,?? anwar bagi.?? bleh baca hansard...elekk, nano, kosong...

tarak satu pon yg membina, ckp mcm budak skolah. anwar plak lg terokk...ckp berjela, sana rasuah sini rasuah, rasuah dia 50juta duit judi apa cerita?? hehh...

budget tu cuma nak diluluskan aje, apa kene mengena dgn budget hilang kredibiliti..?? kelebihan satu undi pon dia tetap lulus. tak de masalah apa2. dulu budget kelantan '04 pon lulus dgn satu undi. tak dak masalah ponnn....

tapi cuma yg aku npk pembangkang ni cuma tau nak cari glamor aje, kunun pejuang rakyat, tapi sebenarnya pejuang taik kucinggg.

pendapatan petronas turun...memang la, dah minyak turunnn. masa minyak naik korang mcm kucing nak terberanak pi berdemo mintak turun.

k'jaan negeri defisit tu biasa laaa. sbb tu buat muka kucing kurap drpd kjaan persekutuan. mintak simpati.

kjaan pusat defisit?? kjaan puasat ada duit, nilai reserve ada separuh nilai export. tiap2 thn ada deposit, lu jgn takutt.

yg ditakuti kalau kjaan negeri yg tak buat apa2, peluk tubuh, air kotor, tebang balak, ceramah2 tapi akhir thn defisit. haaa...tu yg kena risau tu. gi mana duit byk2. maintain masjid, surau seme pakai duit kjaan pusat. duit kjaan negeri??

TIR
Anonymous said…
anwar sorang je la yg betul, anwar sorg je la yg ada maruah, semua org salah, semua org tak betul. sudah la nuar , geli aku tgk muka ko. muka peliwat tegar.
Anonymous said…
aku paling hairan dengan si anon TIR ni, apa bengang ke dia ni? kalau belajar takat darjah satu pi berambus la kau..bahalol
azlishukri said…
terima kasih atas komen semua, diharap jangan yang ada sabotaj blog ini lagi, jadilah pembaca yang jujur dan ikhlas.

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius KUALA TERENGGANU 12 Julai — Sebanyak 1,286 pelajar di empat buah Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu berjaya menghafaz di antara satu hingga 30 juzuk al-Quran sehingga Mei tahun ini. Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, 636 pelajar menghafaz antara satu hingga sembilan juzuk, 299 pelajar (10-14 juzuk), 193 pelajar (15-19 juzuk), 115 pelajar (20-29 juzuk) dan 43 pelajar (30 juzuk). “Ini satu kelebihan dan keistimewaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz kerana boleh menghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama Ulasan Saya : 1. Suka saya jika kerajaan meluaskan konsep hafazan al-Quran ini di sekolah-sekolah harian di seluruh Malaysia. 2. Terbukti jika pelajar boleh menghafal al-Quran dengan baik, mereka juga berupaya menghafal fomula-fomula sains dan matematik dengan sangat mudah. 3. Pengalaman saya mengajar di sekol...