Skip to main content

Akhirnya Khairy Jadi Menteri...


Akhirnya Khairy Jadi Menteri...


Semalam saya dihubungi oleh "orang penting" dari putrajaya - sama ada berita ini benar-benar betul atau shahih hanya Tuhan sahaja yang tahu. Menurut sumber tersebut Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Kahiry Jamaluddin akan dilantik sebagai Timbalan Menteri di sebuah kementerian. Hal ini adalah disebabkan desakan daripada beberapa pihak - khususnya salah seorang daripada menteri kanan. Saya tidak mahu komen banyak. Biarlah rakyat yang menilainya. Lagi pun dasar DS Najib sekarang adalah mendahului kehendak rakyat. Jika rakyat mahukan KJ sebagai Timbalan Menteri, apa yang boleh DS Najib lakukan lagi? Bukankah hal yang sama berlaku ke atas TS Isa Samad? Sekarang rakyat sudah boleh terima sesiapa sahaja sebagai pemimpin. Perasuah, Peliwat, Penzina, semuanya boleh diterima. Walau berbuih mulut kita menegur - jika rakyat mahukan sebegitu - kita terima aje la. Kesimpulannya hanya satu : Mungkin Khairy terpaksa dilantik menjadi Timbalan Menteri bagi tujuan mendapatkan sokongan daripada kumpulan beliau. Atau mungkin juga DS Najib berfikiran bahawa untuk menyatukan UMNO semula, Khairy terpaksa dilantik sebagai Timbalan Menteri. Dalam politik - apa-apa pun boleh terjadi. Namun demikian, saya tetap berpendirian, bahawa buat masa sekarang Khairy tidak sesuai dilantik apa-apa jawatan - paling sesuai adalah selepas PRU ke 13 nanti, itu pun jika beliau berjaya menyatukan Pemuda UMNO. Nak kecewa pun tiada gunanya lagi. Jika DS Najib mahukan Khairy - apa kita boleh buat? Wallahualam. Mohon komen daripada sahabat blogger sekalian.

Comments

Hidup YB Khairy said…
padan muka korang yang dulu kutuk kj. hidup kj. aku memang sokong kj jadik menteri. mampus si mukriz dan bapaknya kali ini.
Anti KJ said…
Kepada Blogger Hidup YB Khairy, anda sebanarnya pengampu dan penjilat segala kebodohan Khairy Jamaluddin yang semua orang dan benci dia.
Anonymous said…
hahahahah...hahahaha....

KJ jadi timbalan emnteri..ptuih...tdak rakyat yg gila nak kat dia..spekulasi untuk memalukan KJ ja ni...aku rasa itulah motif utusan hari ni yang lambung berita tu supaya ada org bertambah benci dengan KJ :p
Fadly Bahktiar Othman said…
Assalamualaikum...

Azli, teman suka juga KJ jadi menteri. Kerana karismanya dan gaya seorang pemimpin masa depan ada padanya.

Namun, secara adil dan telus teman harapkan KJ lebih bersifat matang dan rasional setiap kali turun berkempen atau dalam membuat kenyataan yang terbuka. Kita sedar lantaran kerana usianya yang belum dewasa, KJ banyak mempunya kesilapan maut yang bisa merobek setiap inchi UMNO,dirinya malah keluarganya juga. Inilah masalah utama saudara KJ. Barangkali tuan penasihat KJ tidak menjalankan kerja dgn baik sehinggakan dirinya seakan-akan dilihat terlalu igin cepat menonjol tanpa mengira apa ada halangan diatasnya.Ini fikrah dan style yang amat tidak baik!

Diakui sifat demikian ada baiknya, tapi buruknya juga bukan sedikit.Maka, sekiranya inginkan nasib yang lebih baik, wajiblah KJ melakukan perubahan demi kebaikan dirinya, agamanya,bangsanya dan negaranya.

Teman berpendapat, saudara KJ selepas ini WAJIB lebih berhati-hati dan lebih rasional dalam membuat sebarang tindakan dan kenyataan dan jgnlah dilihat terlalu 'obvious' untuk maju.

Secara peribadi, teman kagum dgn KJ kerana anugerah yang Allah campakkan ke dada anak muda yang bergelar KJ ini. Cuma, anugerah itu hanyalah pinjaman dan sewajibnya KJ hargai dengan penuh bertanggungjawab.

Wallahualam...

Fadly Bahktiar Othman
Kuala Kangsar, Perak.
Desakan Menteri Kanan? Siapa? Zahid?..

Timbalan Menteri? Kenapa Timbalan?Hishamuddin KP dulu pun Menteri?Mukhriz kalah pun TimbalanMenteri?Timbalan KP pun Timbalan Menteri..

Lekeh sangt ke KJ?atau memang lekeh pun?Kalau bagus pun, bagus sikit dari bapak mertuanya?kira orait le tu?

Suka hatilah kau Najib?Satu KJ, mungkin 1juta undi lari...
Pandai buat, pandailah jawab.
Rakyat no hal.
panglima_sepat said…
ada relevan kj jadi t.menteri.. knape org tak komplen muhriz sebab muhriz kalah lwn KJ.. Sebagai peneraju pemuda sepatutnya KJ jadi menteri.. akan tetapi reputasi beliau agak buruk.. mungkin DS najib ada sebab tersendiri kalo nak lantik KJ.. Apapun samlah kita usahakan hidupkan pemuda, jangan asik nak salahkan org lain aja.. Kalo bagi diri sendiri pun blom tentu diri anda boleh lakukan lkebioh baik dari org yg di kutuk..
donmny said…
...KJ selayaknya sebagai menteri bukannya timbalam menteri.

...secara pribadi saya melihatnya sangat berbakat dan pandai menyelami hati golongan muda, mungkin usianya yang muda mendorongnya terlalu ghairah dalam hal tertentu tetapi ianya dapat dibimbing.
Samad said…
aku doa KJ tak dilantik, Wahai Najib tolonglah jangan dilantik si anak omak ini sebagai menteri, dengarlah suara hati kami ini.
Anonymous said…
Please laa... DS Najib jgn ulangi sejarah hitam...

KJ is another ANWAR in the making...
Salam,
mukhrij kalah lawan KJ???
he he he....berapa kali dan berapa lama undi hari tu dikira???

Baik X payah la KJ jadi menteri!

wassalam.
PARPUKARI said…
KJ jadi menteri atau timbalan maka ku sudah tak sokong Najib lagi....bye bye najib!
AiNeRzA said…
Huh...ramai jugak yg dok mengampu...minta ampun...minta maaf...Untuk Ds Najib...fikir demi BN...BN sekarang dalam proses pemulihan dan kita tahu salah satu penyebab BN merosot dulu ialah apa...kalo nak berulang kemerosotan tersebut...jadilah impian KJ tersebut...
Penyokong UMNO said…
Assalamualaikum sahabatku Azli ...

Bagi sy , KJ layak untuk dilantik jadi menteri. Cuma beliau perlu mengubah persepsi buruk orang sebelum ini terhadap dirinya .

Kita mengharapkan KJ yang baru pulang dari menunaikan haji membawa sinar dan harapan baru untuk Pemuda dan UMNO .

Insyallah Haji Khairy Jamaluddin telah bersedia memikul amanah dan mengalas tanggugjawab ini .
Ahli UMNO said…
Menyampah! Orang macam KJ dilantik menjadi menteri. Orang yang membawa musibah kepada parti diberi jawatan menteri. Memang DS Najib tak mahu mendengar pandangan orang bawah.

Lantiklah KJ dan hilang sokongan aku dan keluarga kepada UMNO.
Anonymous said…
peliwat?...kalu dimaksudkan Dato Seri Anwar...anda silap, beliau belum disabitkan dengan kesalahan tersebut!
Wawasan 2020 said…
Jeritan "KJ RASUAH" pemuda-pemuda UMNO di PWTC masih terngiang-ngiang ditelinga ku.

Baru UMNO nak pulih semula maka datang satu bencana menimpa parti dengan perlantikan KJ yang pasti menghakis sokongan orang ramai pada UMNO.

Aku tak pernah dengar pun ada rakyat yang kecewa KJ tak dilantik jadi menteri. Kalau konco2nya tak hairanlah kerana mereka nak menyangkut dagu.

Walau apa pun aku masih mengharap berita ini tidak benar.
Anonymous said…
Hari ni KJ dilantik jadi menteri atau timbalan, esok comfirm aku sokong pembangkang!!!
donotclickhere said…
nice article. thanks for sharing.
Anonymous said…
Para penyokong KJ yang bodoh lagi bahalol, jgn korang nak mimpi la si KJ tu jadi menteri or timbalan, menang KP tu pun dok kira undi berapa kali?
PM bukan bodoh, takkan dia nak mendahulukan KJ sorang dan menjahanamkan rakyat yagn berjuta orang ni?
Yang bodohnya, korang la, penjilat bontot KJ.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua...
RajaLintan® said…
Lie..gua sokong sgt kalau KJ dpt jawatan menteri, kalau boleh jd menteri penuh, gua berlari bogel dari simpang lawin sampai simpang3 talang kalau KJ jadi menteri...
Singh Is Kinng said…
Salam Saudara Shukri,

Bukan sentimen anti Khairy yang saya dan rakan2 semua perjuangkan, tetapi lebih menjurus kepada kembalikan maruah UMNO.

Saya juga menulis benda yang sama:

YAB DS Najib - Sekadar Luahan Hati Kami

Wassalam.
Anonymous said…
Kita pun bergaduh sesama sendiri. Kalau macam ni bukan PM saja yg pening kepala... aku pun dah naik loya. yg ni cakap mcm tu. Yg tu cakap mcm nie.Buang yg keruh, ambik yg jernih. Setiap manusia ada kelemahan dan kekuatan. Jika lemah, tegur lah ia. Jka kuat, teladani la ia. Bersatu la kita.... jika kita berbalah.... bangsa lain akan hanya bertepuk tangan.
azlishukri said…
saya tak fikir kita bergaduh sesama sendiri - mungkin masing-masing mempunyai niat yang berbeza. Kita mahu UMNO bersih daripada para perasuah dan pengamal politik wang.
matrengganu said…
Kalau KJ jadi menteri....

UMNO tak belajar dari pengalaman lepas.
Rizuan Ahamad said…
Masa Kj tak jadi Menteri dulu, ramai orang politik suka sebab dia tak naik, tapi ramai juga rakyat bawahan pelik dengan gelagat orang politik sebab kalah boleh jadi menteri, menang melukut di tepi gantang.. Apapun, DS Najib buatlah pertimbangan sendiri, KJ jadi atau tak jadi Menteri, teman tetap sokong Najib. Kalau jadipun, apa salahnya..

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius KUALA TERENGGANU 12 Julai — Sebanyak 1,286 pelajar di empat buah Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu berjaya menghafaz di antara satu hingga 30 juzuk al-Quran sehingga Mei tahun ini. Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, 636 pelajar menghafaz antara satu hingga sembilan juzuk, 299 pelajar (10-14 juzuk), 193 pelajar (15-19 juzuk), 115 pelajar (20-29 juzuk) dan 43 pelajar (30 juzuk). “Ini satu kelebihan dan keistimewaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz kerana boleh menghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama Ulasan Saya : 1. Suka saya jika kerajaan meluaskan konsep hafazan al-Quran ini di sekolah-sekolah harian di seluruh Malaysia. 2. Terbukti jika pelajar boleh menghafal al-Quran dengan baik, mereka juga berupaya menghafal fomula-fomula sains dan matematik dengan sangat mudah. 3. Pengalaman saya mengajar di sekol...