MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 12 : Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa Itu? Saya agak lambat membuat respons berkenaan apa-apa yang telah berlaku di Kuala Kangsar, khususnya di Istana Sultan Azlan di Bukit Chandan baru-baru ini. Banyak sms saya terima yang mahukan agar saya segera memberi sedikit pandangan berkenaan isu tersebut, memandangkan bahawa saya merupakan anak jati Kuala Kangsar (kerana ayah dan ibu saya orang Kuala Kangsar dan saya juga dilahirkan di Kg Semat, Manong., K.K.) Saya percaya - seluruh ahli UMNO dan sebahagian besar ahli PAS dan PKR membenci tindakkan Karpal Singh yang cuba mengeruhkan keadaan dengan bertindak untuk menyaman Sultan Perak. Semua orang bersetuju bahawa Karpal Singh terlalu biadab dan kurang ajar dengan Sultan Perak. Dan semua ini akhirnya, menyebabkan kita membuat beberapa kesimpulan bahawa Karpal harus diambil tindakkan tegas - sekurang-kurangnya ditangkap dengan menggunakan Akta ISA, serta tidak kurang juga yang mahu agar beliau diharamkan masuk ke neger...
Memimpin Kebijaksanaan
Comments
KJ jadi timbalan emnteri..ptuih...tdak rakyat yg gila nak kat dia..spekulasi untuk memalukan KJ ja ni...aku rasa itulah motif utusan hari ni yang lambung berita tu supaya ada org bertambah benci dengan KJ :p
Azli, teman suka juga KJ jadi menteri. Kerana karismanya dan gaya seorang pemimpin masa depan ada padanya.
Namun, secara adil dan telus teman harapkan KJ lebih bersifat matang dan rasional setiap kali turun berkempen atau dalam membuat kenyataan yang terbuka. Kita sedar lantaran kerana usianya yang belum dewasa, KJ banyak mempunya kesilapan maut yang bisa merobek setiap inchi UMNO,dirinya malah keluarganya juga. Inilah masalah utama saudara KJ. Barangkali tuan penasihat KJ tidak menjalankan kerja dgn baik sehinggakan dirinya seakan-akan dilihat terlalu igin cepat menonjol tanpa mengira apa ada halangan diatasnya.Ini fikrah dan style yang amat tidak baik!
Diakui sifat demikian ada baiknya, tapi buruknya juga bukan sedikit.Maka, sekiranya inginkan nasib yang lebih baik, wajiblah KJ melakukan perubahan demi kebaikan dirinya, agamanya,bangsanya dan negaranya.
Teman berpendapat, saudara KJ selepas ini WAJIB lebih berhati-hati dan lebih rasional dalam membuat sebarang tindakan dan kenyataan dan jgnlah dilihat terlalu 'obvious' untuk maju.
Secara peribadi, teman kagum dgn KJ kerana anugerah yang Allah campakkan ke dada anak muda yang bergelar KJ ini. Cuma, anugerah itu hanyalah pinjaman dan sewajibnya KJ hargai dengan penuh bertanggungjawab.
Wallahualam...
Fadly Bahktiar Othman
Kuala Kangsar, Perak.
Timbalan Menteri? Kenapa Timbalan?Hishamuddin KP dulu pun Menteri?Mukhriz kalah pun TimbalanMenteri?Timbalan KP pun Timbalan Menteri..
Lekeh sangt ke KJ?atau memang lekeh pun?Kalau bagus pun, bagus sikit dari bapak mertuanya?kira orait le tu?
Suka hatilah kau Najib?Satu KJ, mungkin 1juta undi lari...
Pandai buat, pandailah jawab.
Rakyat no hal.
...secara pribadi saya melihatnya sangat berbakat dan pandai menyelami hati golongan muda, mungkin usianya yang muda mendorongnya terlalu ghairah dalam hal tertentu tetapi ianya dapat dibimbing.
KJ is another ANWAR in the making...
mukhrij kalah lawan KJ???
he he he....berapa kali dan berapa lama undi hari tu dikira???
Baik X payah la KJ jadi menteri!
wassalam.
Bagi sy , KJ layak untuk dilantik jadi menteri. Cuma beliau perlu mengubah persepsi buruk orang sebelum ini terhadap dirinya .
Kita mengharapkan KJ yang baru pulang dari menunaikan haji membawa sinar dan harapan baru untuk Pemuda dan UMNO .
Insyallah Haji Khairy Jamaluddin telah bersedia memikul amanah dan mengalas tanggugjawab ini .
Lantiklah KJ dan hilang sokongan aku dan keluarga kepada UMNO.
Baru UMNO nak pulih semula maka datang satu bencana menimpa parti dengan perlantikan KJ yang pasti menghakis sokongan orang ramai pada UMNO.
Aku tak pernah dengar pun ada rakyat yang kecewa KJ tak dilantik jadi menteri. Kalau konco2nya tak hairanlah kerana mereka nak menyangkut dagu.
Walau apa pun aku masih mengharap berita ini tidak benar.
PM bukan bodoh, takkan dia nak mendahulukan KJ sorang dan menjahanamkan rakyat yagn berjuta orang ni?
Yang bodohnya, korang la, penjilat bontot KJ.
Bukan sentimen anti Khairy yang saya dan rakan2 semua perjuangkan, tetapi lebih menjurus kepada kembalikan maruah UMNO.
Saya juga menulis benda yang sama:
YAB DS Najib - Sekadar Luahan Hati Kami
Wassalam.
UMNO tak belajar dari pengalaman lepas.