Skip to main content

PAS, DAP dan Demonstrasi : Pecahnya Zon Masa


PAS, DAP dan Demonstrasi
Pecahnya Zon Masa



KUALA LUMPUR 4 Ogos – Wakil rakyat DAP, Jeff Ooi didesak supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang menuduh Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang, Mohd. Razali Abdullah sebagai ekstremis agama Islam. Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin menegaskan, kenyataan dangkal dan sombong yang dibuat Ahli Parlimen Jelutong itu telah mengguris perasaan umat Islam yang sekian lama bersabar dengan kerenah serta sikap sombong melampau orang seperti Ooi. “Jeff Ooi seorang yang terlalu dangkal dan bodoh apabila menuduh Mohd. Razali sebagai ekstremis agama Islam.



Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang jurutera yang berkelayakan serta mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang. “Sebenarnya apa yang ditunjukkan oleh Ooi dengan mengeluarkan kenyataan tersebut menyerlahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang yang ekstremis dan cauvinis,” katanya dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com semalam.


Beliau mengulas tuduhan Ooi yang mendakwa Mohd. Razali mempunyai misi membentuk Malaysia sebagai negara yang akan menerima pakai undang-undang syariah sepenuhnya menjelang 2020 hanya kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM). Ooi yang merangkap Ketua Staf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng, dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin mengkritik hebat pihak majlis kerana membenarkan seorang ekstremis agama Islam di dalam pentadbirannya.



Ahli Parlimen Jelutong itu juga menambah, pihak kerajaan negeri telah membuka ruang bagi membolehkan seorang ekstremis Islam untuk menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan. Berang dengan semua tuduhan tidak berasas itu Zulkifli berkata, Malaysia tidak memerlukan mereka yang bersikap ekstremis dan cauvinis serta berfahaman sempit seperti Ooi. Tegas beliau dalam blognya lagi, JIM adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar di luar negara.



SHAH ALAM 4 Ogos - Pas Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Ronnie Liu berikutan beberapa masalah yang ditimbulkan wakil rakyat DAP itu. Portfolio itu diminta diserahkan kepada Exco lain atau dipegang oleh Menteri Besar sendiri. Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berkata, antara masalah yang ditimbulkan Ronnie yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri itu ialah sering campur tangan dalam tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) hingga menyukarkan penguatkuasaan dijalankan.



Hassan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata, campur tangan itu telah mengganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan terlibat. "Beberapa aduan mengenai tindakan Ronnie termasuk campur tangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai lalu dengan mempertikaikan keputusan PBT dan para pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan tugas ternyata mengingkari saluran pentadbiran yang sepatutnya.



"Juga dalam operasi arak dan maksiat oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah premis di Bandar Sunway dekat sini beberapa hari lalu," katanya di sini hari ini. Kata Hassan, Ronnie telah mempersoalkan operasi itu dengan menghubungi Yang Dipertua MPSJ. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas untuk menyatakan pendirian Pas berhubung tindakan Ronnie mencampuri tugas PBT termasuk mengarahkan MBSA memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8 di sini Khamis lalu. Bagi Pas Selangor, kata Hassan, apa yang dilakukan Ronnie adalah sesuatu yang tidak sihat kerana seseorang Exco boleh campur tangan jika hanya membabitkan polisi bukannya hal-hal seperti itu.



Ulasan Saya : Dua laporan berita di atas sudah memadai bahawa DAP sama sekali tidak akan membantu PAS bagi menegakkan negara Islam di Malaysia. Malah, DAP juga merupakan parti pembangkang yang tidak boleh dipercayai. Dalam keadaan sekarang ini, saya masih hairan dan pelik, seandainya PAS masih mahu bekerjasama dengan DAP, yang terang-terang tidak mahukan Islam. Dua peristiwa ini membuktikan bahawa PAS telah dipergunakan oleh DAP untuk memuaskan nafsu politik mereka semata-mata, dan tidak lebih daripada itu. Apakah para penyokong dan pemimpin PAS masih tidak sedar lagi? Atau mata hati mereka telah dibutakan untuk melihat kebenaran?



Dalam posting saya terdahulu telah saya jelaskan bahawa selagi PAS menjadikan DAP sebagai pembantu untuk menjatuhkan orang mukmin yang lain (UMNO) maka, PAS akan tetap gagal dan kecundang dalam perjuangan mereka. Hal ini sudah diingatkan oleh Allah dalam surah Al-Maidah ayat 55-56 yang bermaksud, "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan sesiapa yang menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang." Manakala dalam surah Ali Imran ayat 28 pula Allah berfirman yang bermaksud :



"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi pemimpin (pelindung) dengan meninggalkan orang mukmin. Barangsiapa berbuat sedemikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana muslihat yakni memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap dirinya (siksa-Nya), dan hanya kepada Allah kamu dikembalikan."



Dan di dalam surah Al-Mumtahanah, ayat 1, Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi wali (pembantu), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang datang kepadamu."



Dalam hal ini adalah jelas, selagi umat Islam menjadikan musuh Allah (kaum kafir) sebagai penolong untuk menegakkan kalimah tauhid, maka selagi itulah umat Islam akan gagal dan kecewa. Sehingga kini, tiada satu pun negara Islam yang berjaya menegakkan daulah Islamiyyah selagi mereka bersengkongkol dengan musuh Allah. Cuba kita perhatikan bagaimana Iraq hancur gara-gara selama ini bersahabat baik dan bekerjasama dengan Amerika Syarikat, ketika berlakunya perang Iraq-Iran selama 8 tahun dan mengorbankan seramai satu juta tentera. Begitu juga dengan Taliban di Afghanistan yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat bagi menghalau Russia, tetapi akhirnya mereka juga yang dikhianati oleh musuh Allah itu. Jelaslah, selagi umat Islam/gerakan Islam menjadikan kaum kafir/musuh Allah sebagai pembantu mereka untuk meninggikan syiar Islam, ia pasti akan gagal. Islam hanya akan berjaya jika kita menjadikan Allah, Rasul dan orang-orang Mukmin sebagai pembantu dalam usaha ke arah meningkatkan agama Allah di muka bumi ini.



Soalnya sekarang, mengapa PAS tidak mahu kembali dan bersatu dengan orang-orang UMNO yang jelas mengucap kalimah syahadah seperti mereka juga? Apakah yang menyebabkan PAS lebih menyakini DAP berbanding dengan UMNO? Mengapa PAS meninggalkan orang-orang mukmin (UMNO) dan bersengkongkol dengan DAP yang terang-terang tidak mahukan sistem Islam yang jelas adil dan saksama itu?



PAS beralasan, kononnya DAP akan membantu dan menyokong perjuangan PAS dalam menegakkan negara Islam andaikata mereka diberikan penjelasan yang jelas berkenaan Islam, merupakan alasan yang amat mudah disangkal melalui hadis shahih yang telah diriwayat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim di dalam kitab masing-masing yang berbunyi, "Nabi Muhammad keluar menuju Badar. Tiba-tiba seorang dari kaum musyrikin mengekorinya dan berjaya menyusul baginda. Ketika sampai di Herat, lalu dia berkata, "Sesungguhnya aku ingin mengikuti kamu dan aku rela berkorban untuk kamu." Nabi menjawab, "Berimankah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya? Dia menjawab, "Tidak!" Baginda bersabda, "Kembalilah, kerana saya tidak akan meminta pertolongan kepada orang musyrik."



Hadis shahih di atas jelas membuktikan bahawa, Rasulullah tidak akan menerima pertolongan daripada kaum musyirikin sehinggalah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Dalam konteks Malaysia, apabila PAS mendakwa bahawa mereka ingin memperjuangkan Islam, mana mungkin akan berjaya, sekiranya secara terang-terangan parti tersebut begitu intim dan sanggup bekerjasama dengan DAP yang masih belum beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran? Malah, DAP dengan jelas menentang sebarang usaha ke arah meninggikan syiar dan syariat Islam di negara ini.



laporan berita di atas adalah sebahagian kecil daripada sikap sebenar DAP terhadap agama Islam dan penganutnya. Apakah PAS masih boleh mempercayainya lagi? Apakah tok-tok guru PAS tidak tahu bahawa adalah berdosa besar jika terdapat mana-mana kaum muslimin yang bersengkongkol dengan musuh Allah bagi menjatuhkan golongan mukmin yang lain? Nampaknya, terlalu ramai yang masih keliru dengan perjuangan PAS. Saya dengan rendah diri, mohon agar PAS segera mengadakan wacana atau debat dengan UMNO bagi menyelesaikan konflik yang besar ini.



Secara peribadi, saya tidak ada masalah bagi menjawab persoalan-persoalan yang bakal PAS kemukakan bagi mempertahankan perjuangan mereka selama ini. Kebenaran, tetap kebenaran. Sama ada PAS mahu pun UMNO, kita harus tunduk atas kebenaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Kepada Pemuda UMNO, segeralah diadakan wacana berhubung tajuk, "Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam" yang telah dicadangkan oleh Dewan Pemuda PAS sebelum ini. Saya sedia menjadi wakilnya, jika Pemuda UMNO masih ragu-ragu terhadap perjuangan mereka selama ini. Wallahualam.

Comments

Salam kepada Tuan Azli Shukri yg saya hormati lagi saya kasehi,

mereka 'telah melupakan diri' mereka sendiri,

mereka telah 'mula' lupa kepada 'diri' mereka,

mereka tidak 'lupa diri',
akan tetapi mereka telah mula 'lupa kepada diri' mereka,

siapa kita?
siapa kita rumpun Melayu-Islam di Gagasan Nusantara ini?

siapa kita?
ikan emas said…
Tahniah kpd pemimpin PAS/PKR yg hanya sekerat dua sja yg berani menyatakan kebenaran...yg lain tu ke mana??..sb mereka 'terkejut' lalu terkesima sb dpt elaun jd MP/ADUN ???

Salahkah saya kalau membuat jangkaan bahawa pd PRU13 nanti PAS tidak akan bersama DAP lg ?? PKR tuu lalang !!!
ejatidiaz said…
Salam..
Wah bagusnya artikel ni..
kadang2 saya trpikir jgak nak tulis
ttg isu yg mcm ni, tp mmrlukn pemikrn yg mndlm bg kdua2 blah pihak..
Jd mmrlukn mase la..
Bgus nye, kali terakhir saya tulis esei yg pnjg mase di sekolah dulu berkaitan ekonomi...
Pasal ekonomi ni memang minat..
Berbincang ttg isu politik pun menarik sbb penuh dgn persoaln yg kdg2 kita terpikir tak logik btul..
Nak mintak pndpt, stuju atau tak jika saya katakan semua ini berlaku sbb sistem demokrasi???
Solehah said…
Saudara telah menegaskan bahawa tiada gunanya bersekongkol dengan musuh Islam yang jelas menolak kebenaran. PAS hanya mahukan sokongan dalam membangkang kerajaan daripada DAP.
Salam Perjuangan,

Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

Artikel2 yang bernas dan rekabentuk blog anda yang menarik manaikkan semangat kami untuk berjuang melalui blog.

Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

Sama2 kita memberi galakan dan dorongan agar pelajar2 dan belia2 Melayu terus berjuang dalam memajukan diri di arena Pendidikan Negara.

Kami juga berharap agar pihak anda dapat mempromosi blog kami ini buat tatapan umum khasnya dari kalangan pelajar dan belia.

Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS Cawangan Wangsa Maju,
Wilayah Persekutuan.
azlishukri said…
namoyaki - moga kita tidak menjadi orang yang lupa

ikan emas - saya juga berfikir sebegitu

Rozaidi - saya masih percaya kepada demokrasi, tetapi kita lupa bahawa demokrasi hanya terhasil apabila manusianya berkualiti

solehah - jika PAS memerlukan sokongan bukankah itu akan berlaku tawar menawar? yang akhirnya merugikan Islam itu sendiri.

radhi - terima kasih saya link blog tuan
Jutaan Terima Kasih...

Semoga kita dapat bekerjasama dalam memantapkan blog selepas ini..

Tunjuk ajar dari pihak Tuan amat kami perlukan.

Salam Persahabatan Ikhlas dari,

MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS CAWANGAN WANGSA MAJU
Xenan said…
Sekali lagi pelik,

Andai kata pas yg mmg ada usaha untuk mengurangkan penjualan arak dikatakan ditunggang DAP

Maka boleh kata UMNO yg mmg tada usaha langsung utk mengurangkan penjualan arak tuh sedang ditunggang2 dan dibodoh2 selama 50 tahun oleh MCA??

Boleh pulak kutuk2 PAS.Munafiq kah?

Saya lagi minat pertembungan PAS - DAP dlm PR dari toleransi tah apa2 UMNO dgn MCA dlm BN.
Unknown said…
pergaduhan dan perselisihan ini menimbulkan lagi persoalan apakah pendirian PAS selama ini.Adakah untuk benar2 menubuhkan negara Islam atau sekadar untuk menumbangkan kerajaan sekarang?
Kalau undi PAS sekalipun bukannya orang PAS yang jadi perdana menteri pun..dan jangan terkejut kalaupun PR menang PRU nanti hukum hudud yang dijunjung tinggi oleh PAS tidak akan dilaksanakan
Maya Khairy said…
Salam Saudara Azli,

Maya juga ada bercerita ke manakah perginya jantan barisan pemuda demi mempertahankan pimpinan negara.

Jika sudi silalah ke sana.

http://mayakhairy.blogspot.com/
azlishukri said…
Xenan - yg kita bimbang selepas ini adalah pergaduhan berterusan dalam pakatan PR kerana berlainan matlamat dan ideologi politik, akhirnya negara ranap semata-mata kerana nafsu pembangkang yang jelas hanya mahukan kuasa sahaja. Sekali pun PR boleh perintah malaysia, pergaduhan akan berlaku sesama mereka kerana PAS akan tetap mahu melaksanakan hudud tetapi tidak bagi DAP dan PR, jadi akhirnya rakyat hanya melihat pergaduhan dan perselisihan yang berpanjangan dalam parti2 pembangkang. bukankah itu merugikan negara?
Anonymous said…
saLam saudara..
saya ucapkan terimw aksih atas artikL ini kerana saya rasa mmg mereka2 ini semua telah dibutakan dgn kebodohan mereka..

sy juga bukan lah pro mana-mana tapi sy tidak suka dgn apa yg berlaku skrg...

dan sy amat benci mereka2 yg melakukan demonstrasi nie..

sy juga ada mltakkan ni d entry saya dgn bantuan rakan2 bloggers lain..

harap saudar sudi jengah ke blog saya..walaupun biasa tp itu pndgn jujur saya..

smg perjuangan kita diberkatiNya dan golongan yg seperti2 meeka itu dberi ptunjuk dan hidayah dari-Nya
Encik Ariff said…
betul brader.
pas cuma diperkuda.
Cetusan said…
tahniah huraian berpanduakan hadith..

--cuma nak tanya bila dalam kerajaan..terdapa PA nya selain Islam??
bila pegawai keraninya bukan islam,atau CEOnya bukan Islam??
macam mana..
orang atas akan membuang pegawai bawahan??
orang bawahan akan berhenti kerja??

'''../WALI''

''''

company besar yang membuat MOU dgn bangsa selain Islam..

apa pandangan mereka yang berada disekeling bukan Islam??

swasta dan kerajaan??

sekadar bertanya..SKOP..

''WALI''

dan ''
''Penolong'''

kalo tak faham bertanya boleh kan??
Cetusan said…
''''"Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi wali (pembantu)''';;;;
azlishukri said…
zeqzeq - maksud tulisan saya ini adalah merujuk kepada menjadikan orang-orang kafir sebagai pembantu untuk menghancurkan orang-orang mukmin yang lain. Itu ada bezanya dengan apa yang saudara tuliskan tersebut.
Xenan said…
saudara azli,

dari segi negative mungkin benar ckp bro.Tapi masih dlm bentuk andaian.Tiada bukti.

Jika dilihat dari segi positive,Ini juga cara dakwah dlm bentuk engagement yg hanya mampu di lakukan PAS jika diberi kuasa.

Sokongan n kajian ilmiah yg patut dilakukan..bkn mengecam.Jgn lupa MBSA yg terdiri dr ahli majlis yg berbilang kaum yg meluluskan tindakan ini.Pernahkah ini terjadi waktu UMNO memerintah?

Point 1 : PAS benarkah tunggangan DAP atau tunggangan ISLAM?

Point 2 :Adakah bercita2 ISLAM adalah salah dan membawa pergadohan kaum?

Point 3 : Kita boleh bising pasal pusat penjualan babi tapi senyap pasal arak.Kenapa?Sbb melayu takut babikah tapi ramai suka minum arak?

Point 4 :Jika ada golongan yg berusaha ke arah islam adakah kita mentertawa atau menyokong?

Point 5 : Dah 50 tahun memerintah tak penah pon menghormati sensitiviti org ISLAM dgn menghadkan penjualan arak.Adakah anda menyokong tindakan UMNO ni?
azlishukri said…
Xenan - sudah jelas bahawa PAS dan DAP tidak boleh bergabung, itu sudah terbukti. sudah berapa lama PAS berada dalam pakatan rakyat? bukankah sejak awal tahun 2000 lagi? tetapi sehingga sekarang titik temu antara PAS dengan DAP tidak kelihatan.Sekali pun kita mahu menegakkan Islam, tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. Untuk membina negara Islam, PAS harus Islamkan dulu para pengikutnya terlebih dahulu, dan bukan negara ini dahulu.

point 1 : PAS menjadi tunggangan DAP dan bukan tunggang Islam. Jika PAS benar merupakan tunggangan Islam, maka PAS tidak akan bersama musuh Allah iaitu DAP untuk membentuk negara Islam. Hal ini sudah saya jelaskan dalam artikel saya sebelum ini.

point 2 : cita-cita Islam tidak akan membawa pergaduhan kaum, tetapi cara ke arah untuk merealisasikan cita-cita Islam itu jika salah kaedahnya boleh mengundang pergaduhan kaum. Berapa ramai di dunia ni yang mahu membela Islam, tetapi kebanyakannya tersalah jalan dan cara.

point 3 : arak jelas keharamanya, sehingga kini saya tidak pernah mendengar pemimpin UMNO menyuruh umat Islam beli arak atau minum arak. Jadi saudara mahu menyalahkan siapa? Sudah jelas, meluluskan lesen jualan arak adalah tidak sama dengan menyuruh sudara untuk membeli atau meminumnya.

point 4 : Islam itu bukan cakap sahaja, kita sokong sesiapa sahaja yang mahu melaksanakan Islam, tetapi apakah PAS boleh terima cara UMNO mendaulatkan Islam? atau sauadara hanya menerima cara PAS sahaja yang betul untuk mendaulatkan Islam? cuba saudara jujur dengan saya dan senaraikan berapa banyakkan jasa kerajaan UMNO dalam mendaulatkan Islam di negara ini? dan bandingkan dengan PAS, apakah yang saudara temui? yang mudah adalah menyokong mana-mana golongan yang jelas mahu mendaulatkan Islam tidak kiralah UMNO atau pun PAS, jika UMNO betul saudara sokonglah, dan jika PAS betul saudara sokong jugalah. Islam dan kebenaran itu bukan untuk PAS sahaja.

point 5 : menghadakan penjualan arak? bagaimana saudara mengukurnya? 50 tahun kita merdeka apakah bangsa cina masih mempunyai jumlah yang sama seperti mana tahun sebelum kita merdeka? sebab itu arak akan hanya berkurang jika didikan kepada rakyat adalah betul. tetapi selama PAS ditubuhkan, PAS sibuk mengejar kuasa dan bukan berdakwah kepada DAP dan orang cina bahawa arak itu banyak mudaratnya. Arak hanya untuk orang-orang yang tidak beriman, dan pelik mengapa orang yang beriman pula yang membelinya? apakah PAS tidak berjaya berdakwah dalam hal ini? Sekali pun PAS memerintah Malaysia, apakah ada jaminan arak akan dihapuskan 100%? atau PAS akan memberi alasan yang lain pula? saya khuatir dengan cara orang2 PAS berfikir.
Xenan said…
haha,

1. saya tak sure saudara pernah mendengar perumpamaan "agree to disagree".Ini pendapat saya yg sy nampak pada PAS n DAP.Tader masalah kalau nampak berdebat, bertembung dan sbgainya.Dgn bersemuka dptlah masing2 memahami keinginan masing2.Lebih baik dr UMNO - MCA yg "kow tow" each other.Masalah2 sapu bawah carpet.Janji jgn jual babi tepi rumah saya.Arak taper.Typical malay, not muslim.

Horror pemikiran org UMNO, Pas berani cuba mengurangkan penjualan arak dikata ditunggang DAP.Contradiks sgt tuh

2. Pas memperjuangkan islam bukan kaum. Mengapa boleh bergadoh kaum pulak.kaedah UMNO mcm tajuk utusan "Melayu jgn jadi bacul" baru betul boleh pergaduhan kaum.

3. Allah kata apa saja yg berkait dgn arak berdosa hukum nya.Meluluskan lesen arak hingga berlebihan(dijual di 7-E n sbg n dibeli oleh sesiapa sahaja)tak berdosa ikut ckp bro.Lagi sekali takut sekali takut saya dgn pemikiran org UMNO.Mungkin kalau 7-E dpt lesen menjual babi baru anda nak marah2.typical malay not muslim.

4. Baiklah.Umno banyak jasa kepada ISLAM.Sbb tu kita lihat anak muda kita makin sesat.Murtad makin banyak.Rempit berleluasa.Mungkin ini lah hasil dr jasa UMNO pd ISLAM.

owh lupa ,dakwah tanggungjawab pas.UMNO pegang politik jek.Org dakwah tak boleh masuk politik sgt.Mcm saudara la yg tak di pedulikan UMNO.
Cetusan said…
'''"Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi wali (pembantu)''';;;;>>>
boleh juga dipakai antara kerajaan dgn kerajaan>>?

atau jika kita ambil pembantu mencetak buku??

BN dgn partai lain??mukmin sebelah mana??...longgar dari segi lawan mukmin lain,,

Pas tu mukmin>>Bn itu mukmin??

siapa yang melawan siapa??

ayat bersekongkol kurang tepat dalam zaman pemerintahan kini..

utnuk menguatkan hujah sebelah pihak..
Cetusan said…
hujah hadith perlu menyeluruh samada kena batang hidung atau tidak.

hanya hujah hadith berkaitan politik dikeluarkan..???

insan lain pun boleh memesong apa yang dia MAKSUDKAN mengikut kepentingan HUJAH.

Boleh maksudkan apa yang ia mahu..SUDUTNYA.
Cetusan said…
'''ebagai pembantu untuk menghancurkan orang-orang mukmin yang lain. Itu ada bezanya dengan apa yang saudara tuliskan tersebut.''

'''
nada menghancurkan itu selari dengan perjuangan..perniagaan,,

adakah menghancurkan hanya sudut politik..
..selari perjuangan selari dengan perniagaan..''
berbaik dengan bukan mukmin bolehkah mengahncurkn muknin lain,,

logiknya takkan istilah pembantu sesuai untuk politik,,dan perjuangan menghancurkan hanya berkisar kepada politik>>jual beli boleh tak, perniaagan??

tafsiran mukmin, perjuangan dan menghancurkan...agak luas.

saya pun boleh kuarkan hujah untuk perniaagan dgn hadith yang sama..
salam hormat,

Xenan- Quote:
"3.Allah kata apa saja yg berkait dgn arak berdosa hukum nya. [August 6, 2009 12:50 PM]-Xenan"

Allah tak 'kata', TETAPI,

'telah berfirman Allah SWT:'(maksudnya)
[90] Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

[91] Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
[QS:Al-Maidah, ayat 90-91]

Xenan,
Jangan sekali-kali engkau ketawakan kepada pembawa bicara KEBENARAN, sesungguhnya memperlekehkan manusia dengan mentertawakan kepada bicara dan pandangan mereka adalah sifat Syaith'on,

Xenan-

'telah berfirman Allah SWT:'(maksudnya)
[92] Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.
[QS:Al-Maidah, ayat 92]


Xenan,
Janganlah engkau permudahkan sebutan dengan berkata-kata remeh apabila berbicara tentang Tuhan. Derajat ALLAH SWT, iani TUHAN Pemerintah bagi Sekalian alam dan janganlah dipermudahkan sebutan sehingga mahu disamakan dengan manusia yang telah diciptakannya,
ALLAH SWT tidak "samseng" TETAPI ALLAH SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dan ALLAH SWT juga mempunyai sifat Yang Tegas. Kita telah diajarkan untuk memulakan apa sahaja perkara: 'Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang', 'Bismillahirrohman'nirrahim,'

Xenan,
Allah SWT mempunyai sifat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan dengna itu, Allah SWT telah berfirman: (maksudnya)

[93] Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertakwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
[QS:Al-Maidah, ayat 93]

Xenan,
oleh itu,jangan sekali-sekali engkau mentertawakan kepada saudaraku ini yang mencuba dan berusaha sedaya upayanya untuk membawa kita kepada kebaikkan,

Xenan,
bacalah surah Al-Maidah sehabis habis bacaan dan kefahaman, kerana sesungguhnya Allah SWT sangat MELARANG bagi kita membenci sesuatu kaum (bangsa atau suku-suku kaum), melalui firman Allah SWT, (maksudnya):
[8] Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

[9] Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.

[10] Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran), merekalah ahli Neraka.
[QS:Al-Maidah, ayat 8-10]



Xenan,

Namamu sudah sangat banyak sekali disebut-sebutkan disini,
sehinggalah dikau menantikan saat akhir namamu apabila buat kesekian kalinya sebutan apabila kamu ditalkinkan,

Kembalilah, kembalilah kepada yang Haq', biarlah namamu menjadi indah seindah-indah sebutan,
kembalilah kepada yang Haq', kerana jikalau engkau masih engkar dan terus tersasar,
maka, kebenaran itu PASTI akan datang menjemputmu.

salam hormat,
Xenan said…
hahaha,

terima kasih,Allah berfirman..betul tuh.

terima kasih pada peringatan.Cuma saya harap jgn lah sampai buat kenyataan bagi lesen arak tuh halal pulak.Sedih pulak saya dengar dr mulut org islam sendiri.Kalau boleh biar la arak n judi diuruskan oleh org non muslim dan di isytihar kan kemana pegi nya.Muga kakitangan kerajaan dpt rezki yg terang jelas halal.

Kalau lah org agama dlm UMNO tak mampu nak ubah, biar jek la org pas tolong ubah kan.Semua ni nak menjaga asset(org muda) islam.Sokong sudah la..tak perlu di keji2.Manfaat kita semua ni.
azlishukri said…
xenan - pelik kenyataan saudara ni, saudara mengatakan bahawa arak memang haram, jadi mengapa perlu diberikan kepada orang bukan islam untuk menguruskannya pula? apakah tatkala PAS perintah malaysia nanti, maka kedai2 arak akan tetap ada? cuma yang mengurusnya hanyalah orang bukan islam sahaja? wah, saudara ini memang bijak berpolitik seperti tok guru saudara juga. apa yang kita mahu sekarang daripada PAS ialah menghapuskan arak sepenuhnya di malaysia, boleh buat ke? tapi soalnya mengapa kedai arak di selangor bertambah? mana perjuangan saudara? atau saudara sengaja suka berpolitik?
azlishukri said…
lesen arak yang BN berikan itu, kepada siapa? boleh saudara jawab?

dan jika PAS perintah malaysia, lesen arak akan ada keluar atau tidak?

masalah saudara hanya satu, iaitu saudara mengatakan bahawa kerajaan bn menambahkan lagi lesen arak, tetapi saudara tidak kisah jika lesen arak berkurangan betul tak? sebab itu, jika pas memerintah pun, lesen arak akan tetap dikeluarkan, soalnya sama ada banyak atau sedikit ia tetap haram.

di kelantan apakah saudara pikir sudah tiada arak lagi? cuba check..
Xenan said…
hahaha,

Yup biar lah mereka yg uruskan utk masyarakat mereka.Kenapa org Islam mau sebok2 dlm hal arak.Cth terbaik seperti di kltn(Ahli majlis/penggawa non muslim yg uruskan).Biarlah non muslim menguruskannya(pengeluaran n permintaan) berdasarkan market org bukan islam.Hanya pemantauan sahaja perlu dibuat.

Pahami mengapa di beri lesen.Diberi lesen supaya boleh mengutip cukai bermakna wang.Masalahnya apakah hukum atas cukai arak,judi ini yg telah bercampur baur menjadi pendapatan negara.Paling horror setiap syarikat (tak kira arak,judi)perlu ada 30% saham bumiputra.melayu maner yg jd 30% tuh??

Andaikata boleh digunakan wang itu(saya tak tahu hukum)biarlah terang dan jelas supaya kita dpt menjauhi sumber haram.

Salah paham bagi typical melayu seperti bro ialah PAS mahu mengharamkan semua benda.

Org non muslim pon ada hak nak minum arak atau makan babi.N org muslim pon ada hak untuk menjaga anak muda islam dr terjebak dr gejala arak dan judi.Ini lah "engagement" yg sedang dilaku kan oleh pas.Bukan bersifat menghukum semata.

Yup kelantan mmg ade jual arak.Kenapa?
Xenan said…
err..

Saya tak sebut pon pasal BN tambah tolak banyak sikit lesen arak.Saya ckp psl membenarkan penjualan berleluasa sampai 7-e pon jual arak.Kalau di tanya boleh kah org melayu beli arak disitu?tentu jawapan nya boleh.Pekerja 7-e tuh pulak melayu jugak.Gembira kah kita dgn situasi ni?
azlishukri said…
Xenan - saya faham maksud saudara, saya juga suka jika arak diharamkan langsung di Malaysia. Namun demikian, bukankah mudah dikawal jika orang Islam yang menerajuinya?

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil