Skip to main content

Islam Kita Hanya Di Kerongkong?


ISLAM KITA
HANYA DI KERONGKONG?


BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


Ulasan Saya : Saya makin bimbang dengan Nik Aziz ini. Bimbang kerana cara beliau sejak akhir-akhir ini benar-benar menunjukkan bahawa beliau seolah-olah berpegang kepada fahaman Islam Khawarij yang jelas sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Jika Nik Aziz mendakwa bahawa PAS menentang UMNO kerana dasarnya yang bersifat Nasionalisme, maka pada hemat saya pula, UMNO terpaksa menentang PAS kerana fahaman Khawarijnya yang semakin jelas dan terang. InsyaAllah akan saya kupas secara panjang lebar berkenaan ideologi PAS yang lebih menghampiri politik Khawarij.

Comments

Brahim Nyior said…
Azli,

Syurga dan neraka milik Allah, bukannya milik nabi, ulama atau sesiapa sahj. Allah boleh masukkan sesiapa yang dikehendakinya. Itu yang teman faham.

Apa yang berlaku akhir-akhir ini menyebabkan teman memikiokan semula, mana hala PAS dalam PR.

Entahlah, kekadang tindakan beberapa pemimpin PR jelas bertentangan dengan prinsip sebelum ni.

Mike ada bincangkan Kontrak Sosial tak? Penting tu. Masukkanlah...
ikan emas said…
Memang amat-amat membimbangkan. Rakyat semakin dikelirukan .Adakah itu kenyataan sebenar yg lahir dari mulut dan hati TGNA atau ada kenyataan yg dipusingkan..rasanya media menulis apa yg patut dilapor,tak tau laa kot wartawan media yg tak tau etika kewartawanan!!

Nampaknya orang Islam di negara ini perlu menagkis serangan dan godaan imam bukan shj dari orang lain tetapi jg dari saudara sendiri.
TSUNAMI SIKAP PAS;
DARI EKSTREM JUMUD KPD TERBUKA MEMBUTA TULI

PERUBAHAN sikap PAS dari;
menuduh UMNO yang bekerjasama dengan bukan Islam, MCA dan MIC itu perbuatan kafir, tapi tiba-tiba PAS sendiri bukan setakad bekerjasama,
malah menyokong segala perlakuan biadap dan menentang Islam oleh DAP
ADALAH tsunami sikap yang menakjubkan.
TETAPI bahawasanya parti itu sudah berjaya membina pengikut yang setia dan taksub, sangat membimbangkan.
MEMBIMBANGKAN dari aspek sejauh manakah para pemimpin PAS berani atau sanggup memperjudikan masa depan bangsa dan membelakangkan perjuangan Islam,
semata-mata kerana mahu menikmati percikkan kuasa kecil yang diberi oleh DAP dan PKR.

SOALNYA;
Selama manakah PAS rela diperalatkan oleh PKR dan DAP?
Sejauh mana PAS tergamak untuk terus melempar kepentingan Melayu/Islam demi persahabatan palsu dalam PR?
Sejauh mana para penyokong taksub mereka mampu bertahan membiarkan mereka dijadikan alat untuk memijak bangsa sendiri?

PERCAYA ATAU TIDAK,
Tuhan juga akan menjatuhkan hukuman kepada dosa-dosa yang mereka cuba nafikan.
Semoga anak cucu kita yang tak berdosa terhindar dari balak bencana angkara perbuatan kita semua....
silent MP said…
Pelik btul dengan nik Aziz ni,

Penyakit Hadi 1980an dah sangkut kat dia..


Sesat..
silent MP said…
This comment has been removed by the author.
silent MP said…
Saudara Azli,

Rasullah telah bersabda adalah beberapa sahabat baginda yang di jelaskan sebagai ahli syurga.

Saya cabar Nik Aziz buat statemen dia SAH ahli syurga.






syurga neraka mainan PAS.
Aslmualaikum saudara

pertamanya, sy nk tanya sumber kenyataan Nik Aziz ini.

bukan apa, bila dipersoalkan, pihak yg menyokong Tuan Guru akn menempelak media memutar belitkn kenyataan beliau.

sewaktu membaca blog YB Zul, dia (Zul) menulis yg Tuan Guru perli Shahrizat Jalil yg dtg kpdnya krn mahu memberitahu yg dia (Shahrizat) menangis apabila mendengar Tuan Guru seolah2 membenarkn bukan Islam menghina Islam. Mgkin kalian blh baca di web blog YB Zul tersebut utk lebih kefahaman.

Mengenai isu hina Islam.

1. UMNO yg dikatakan kurg Islamik merupakan hal yg lain. Akan tetapi, apabila bukan Islam menghina Islam, kenapa tidak Tuan Guru mempertahankn kesucian Islam? Sedangkn yg dihina itu seorg Islam - Dr Ridhuan Tee dan seorg ahli majlis di Pulau Pinang yg juga anggota Jemaah Islah Malaysia (JIM)

DAP mempersoalkn tindakn ahli majlis itu menganggotai sebuah NGO yg pada dasarnya mahu syariat Islam ditegakkn menjelang 2020. Bukankah itu juga impian PAS selama ini?

Tidakkah matlamat JIM dan PAS itu sama? Mengapa tidak mahu mempertahankan prinsip tersebut?

Apa yg lebih saya kesalkn, Tuan Guru seolah2 memerangi UMNO yg juga saudara seagama dgnnya lebih dpd memusuhi bukan Islam yg secara jelas menolak Islam.

Sebagai seorg Islam, sy pcy dlm menjalankn dakwah kita hendaklah berhikmah. Tuan Guru sepatutnya seorg yg natural dlm menjawab sesuatu isu. biarpun terpaksa berkata2 ttg sesuatu yg pahit ditelan rakyat marhaen demi ummah tercinta ini.

Apabila ahli PAS mencarut, dikatakannya Allah juga mencarut. sepatutnya sbg ulama, beliau haruslah menasihati sesiapa saja ttg mencarut itu tidak boleh. Kalau sy mempunyai anak dan dia mencarut, sy katakan "tk boleh!"

dia akn menjawab, "Allah kn mencarut?"

inilah kekeliruan yg harus Tuan Guru jelaskn.

PAS atau UMNO itu hanyalah entiti. Islam jauh lebih tggi dari mana2 parti.

Utk UMNO,
mengaku Islam saja tidak cukup. Buktikan dgn tindakan.

1. Haramkn kilang arak di Selangor (Tk perlu jadi pengeksport. Utk keperluan rakyat bukan Islam,lebih baik import mengikut permintaan)

2. Haramkan kelab2 malam yg lebih 50% dikunjungi umat Islam dan lebih 90% pekerjanya Muslim. Kelab malam itu ibu maksiat. bukannya keperluan kpd non Muslim.

3. haramkn judi ekor. Tiada pihak patut dakwa judi itu keperluan masyarakatnya.

4. Haramkn kasino genting.

Kita berada dipersimpangan
samada mencari redho manusia - kemurkaan Allah

atau

mencari redho Allah - kemurkaan manusia.

Marilah kita sama2 kembalilah kpd Islam.

Wallahualam
echah_syed said…
makin nyanyuk kot..kdg2 kita tak sedar org ckp 'ketulahan' mcm senjata makan tuan.. ^_^
Anonymous said…
Sdr Azli, tahniah kerana berani menulis komen seperti ini. Tetapi nyata bahawa orang yang berani melanggar peraturan Agama adalah orang yang kononnya memegang hukum Agama. Islam hanya sekadar di tenggorokkan sahaja namun perbuatan tidak ubah seperti harut marut yang diceritakan dalam Al-Quran. Mereka semua berani membuat fatwa, fitnah dan hukum yang bukan dari Quran dan Hadis kerana dia ingat dia boleh taubat, tetapi dia lupa bahawa apabila anak adam itu telah mula sesat, maka Allah swt akan meyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh. Kecuali mereka yang bertaubat. Ingatlah mati, sewaktu-waktu ia dijemput oleh malaikat Israfel atas perentah Allah.

Hati Karma
fahana_ann said…
salam Tuan,
siapa tahu siapa masuk neraka atau syurg..cuma secara kasar pun ,sebaiknya kita tak boleh menghukum seseorang..
-saya setuju dengan yusuf mujahidin..sangat setuju..
fajridil adha said…
fahami apa itu islam baru anda semua boleh kritik pandangan TGNA. andai ke islaman diri anda sendiri masih terumbang ambing, tak usah la nak mengkritik org yg mahir akan agama islam itu sendiri.
Anonymous said…
Aslmualaikum.

ulama adalah manusia.

tk ada salahnya menegur. jgn lihat siapa yg menergur tetapi lihatlah apa yg ditegur.

juga jgn butakn mata dan pekakkn telinga hanya krn sesuatu itu.

yg HAQ tetap HAQ
yg BATIL tetap BATIL

Syakirin
Anonymous said…
sy pcy kpd pendirian di mana ulama menjadi pengimbang. bukannya beratkn sesuatu itu wlaupun sedar dan yakin dgn kata2nya itu, perpecahan ummah blh berlaku.

sy pcy, rmai pengikut Tuan Guru Nik Aziz. sebagai org yg berpengaruh, setiap kata2 beliau haruslah beliau perhalusi dlu sblum bersuara.

ini krn bimbg, pengikut fanatiknya akn menelan bulat2 apa yg diperkatakn.

ulama haruslah bijak memanipulasi isu itu agar ianya tidak menyebabkn perpecahan berlaku.

PAS tidak sepatutnya berada dlm Pakatan. PAS masih blh memerintah negara dgn acuannya sendiri tnpa skongan PKR dan DAP yg tidak mahukn Islam secara prinsip.

Formula utk menarik bukn Islam dlm menyokong PAS sepatutnya digunakn.

Tetapi, dewasa ini PAS terpaksa mengharapkn sokongan DAP dan PKR.

PAS blh menunggu 50 tahun utk menguasai Dewan Rakyat, kenapa tk boleh bersabar dan tunggu lagi 50 tahun utk itu?

p/s

mendakwa ahli UMNO tidak akn masuk syurga krn mengamalkn ajarn sesat di Palestin

Komen sy -

Sekiranya benar ini kata2 Tok Guru..
sy berasa sgt2 sedih dan malu
Anonymous said…
Sudah ada penasihat agama bertaraf menteri, sudah ada institusi mufti, jabatan & majlis agama yg berautoriti dan dibiayai tetapi penyakit rasuah, songlap duit, gila dunia dan isinya (dgn gaya hidup mewah lagi bangsawan) masih ligat di kalangan pemegang kuasa dan amanah rakyat. Malah kita jarang-jarang dengar bicara tentang dosa, pahala, haram, halal, syurga dan neraka keluar dari mulut pemimpin atasan walau dlm forum umat melayu sendiri. Fikir-fikirkan lah...

DR NO
Xenan said…
humm,

nik aziz nak saman utusan.Rase nyer bagus camtuh setel dlm court jek la.

Itu ari dah utusan minta maaf.Kali ni wa harap utusan jgn minta maaf n lawan jek nik aziz dlm court.kita tgk sapa yg kena
attyfir said…
singgah sebentar ..
permata_salju said…
salam... betul...islam kita hanya di kerongkong..
mana x nya.. rukun negara pun masih menggunakan penjajah punyer..
bila lah dapat di ubah??????
Permata salju...

Rukun Negara pakai penjajah punyerrr??? Bila masa penjajah buat rukun negara???

Buku mana awak baca ni??? Kesian sungguh kat awak, dah nyanyok macam N.Ajis juga ke????

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma

Jadi Super Jutawan dalam Masa Enam Tahun!

ENAM KALI GAGAL BERNIAGA, SATU KETIKA DUIT  HANYA TINGGAL RM2.50   di dalam akuan bank. Diminta keluar dari rumah sewa. Tiada ijazah, tiada mewarisi kekayaan keluarga. Lahir daripada keluarga sederhana, berhenti belajar kerana mahu mengejar impian. Dia ialah Rites Agrawal pemuda India berusia 26 tahun, menjadi super jutawan (billionaire) hanya dalam masa enam tahun. Pemilik jenama OYO Rooms, perniagaan hotel bajet terkenal di dunia.     Tidak ramai usahawan muda yang ada jiwa macam Rites Agrawal, dia tahu apakah yang dia mahu dan impikan. Misinya jelas matlamatnya tidak pernah berubah. Dia berhenti belajar bukan bererti membenci pendidikan, tetapi berpindah pembelajaran daripada universiti formal kepada universiti realiti. Dia memilih jalan yang berbeza daripada rakan-rakan sebayanya untuk memperoleh hasil yang berbeza. Realiti menjadi gurunya.   Perniagaan ialah dunia yang macam-macam boleh terjadi. Orang biasa boleh jadi luar biasa. Banyak perkara yang kita tidak disangka boleh terja