Skip to main content

Tuan Guru Harussani Kecewa


Tuan Guru Harussani Kecewa


PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka. Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri. ‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu. ‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.


Ulasan Saya : Kekecewaan Tuan Guru Tan Sri Harussani sebenarnya dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam. Saya sebenarnya kecewa dengan PAS yang selama ini mendakwa bahawa apa-apa juga masalah haruslah kembali kepada Allah dan Rasul-Nya. Namun demikian, dalam soal perpaduan, nampaknya PAS lebih selesa mengikut nafsu dan berprasangka buruk terhadap UMNO. Kekecewaan Harussani turut dikongsi bersama oleh bekas mufti Perlis, iaitu Dr Asri, yang turut kecewa dengan PAS kerana tidak mahu kembali kepada Al-Quran dan hadis nabi yang menyeru kepada perpaduan dan kesatuan. Kita sering memarahi bangsa Arab kononnya degil kerana tidak mahu bersatu-padu dan dengan sebab itu mudah bagi Israel dan AS menindas umat Islam, tetapi kita juga lupa, hal yang sama telah kita lakukan di Malaysia. Kita tidak mengambil pelajaran dan pengajaran, bahawa perpecahan dan permusuhan hanya akan menguntungkan bangsa lain. Jika kita menggunakan metod dan manhaj Salaf as-Soleh, parti PAS harus diharamkan sahaja oleh kerajaan, jelas mereka tidak mentaati pemerintah yang menyuruh agar umat Islam bersatu padu. Malah, lebih tegas lagi, Hj Hadi, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim boleh ditahan dan ditangkap kerana jelas menunjukkan ketidaktaatan kepada pemerintah dalam hal-hal yang melihatkan perpaduan umat Islam di Malaysia. Saya akan bincangkan soal ini secara terperinci bagaimana manhaj salaf as-soleh berhadapan dengan pemerintah. InsyaAllah.

Comments

wakilrakyat said…
mengapa harus kecewa. PAS bukanlah sebuah pertubuhan yang berniat mahu membela rakyat terutamanya kepentingan orang Melayu. Bagi PAS memperjuangkan bangsa adalah bidaah dan assabiah. Dalam Perlemabagaan PAS, al-Quran dan hadis adalah barang paling tinggi utk digunakan bagi mencapai cita-cita politik. Mana ada dalam sejarah PAS mereka berbaik-baik dengan org tanpa ada kepentingan politik. Kalau nak cari sebuah pertubuhan yang 100% politiking? Anda akan berjumpa dengan PAS.
Bagi PAS Islam hanya lah pakaian luaran, dalaman mereka memilih demokrasi tulen.
PAS Segambut said…
aku lagi kecewa dengan sikap berdolak-dalik umno, hanya pandai cakap tapi tak pandai buat. penipu dan bapa segala penipu. pegi mampus dengan penulis blog ni sekali..
PAS Segambut said…
mari kita semua berkumpul untuk memberi sokongan kepada DSAI agar pertuduhan tidak berasas terhadap DSAI digugurkan.
PAS Segambut said…
PAS Segambut - bodoh punya pas segambut, nama aku pun ko nak guna.
PAS Segambut said…
siapa guna nama siapa ni yg aku tahu aku pas segambut betul.. memang betul bodoh punya pas segambut
PAS Segambut said…
ko yg bodoh PAS Segambut..
Anonymous said…
SALAM ZIARAH BRO..PAS LEBIH SUKE MELIHAT PERPECAHAN ISLAM SECARA TOTAL!. KERANA APABILA ORG MELAYU IAITU KAUM MAJORITI YG MENGAMALKAN AGAMA ISLAM ITU BERPECAH MAKA DGN SENDIRINYA ISLAM ITU HANCUR DAN TERUS BERPUAK2. INILAH YG DIPERJUANGKAN MENGIKUT ACUAN PAS..NAUZUBILLAHHIMINZALIKK
orang dewan said…
bila nak sambung hikayat ni.... nak tahu penghujung....
orang dewan said…
aku ada rakaman perbualan tentang kes kau..satu di kedai makan, satu di bahagian..
Anonymous said…
jgn kaitkan nama aku sudah... aku dah hampir krisis dgn bos dulu..
echah_syed said…
ada org2 PAS keje dgn kerajaan.. *kawan2 saya :)

kutuk maut hentam kerajaan bagai dorang ler yg maksum..

duit kerajaan tak halal, subhah tak bole gi mekah kunun..

tapiiiiiiiiiiiiiii...

bila dapat gaji senyap..

claim wajib pulun selagi bole..

kena anto gi kursus kat luar negara semua jadi halal.*terlompat-lompat mcm m*****

konpius konpius..!!!

sabo jer aku :p

jom muhasabah diri.. !
shaholy_gurl said…
assalamualikum... x ksh la u all nk plh parti apa dlm politik ni.. jika boleh n amat diharapkan agar kalian mmilih lak parti melayu yg beragama islam.. jika kita tgk.. part2 bkn mlayu mempertahan kan parti mereka kerana bangsa mereka.. jika bangsa mereka bersatu n bangsa kita ni asik berpecah belah.. jgn pelik jika mrk naik.. jgn merasa megah jika cina n india yg control negara kita.. kita nk dok mn? igtla wahai melayu... jika mereka naik n mengmbi tnh air kita.. kita nk g mn? dorg ade negara asal dorg iaitu INDIA N CHINA.. KITA? umno adlh parti yg membela rakyat.. terutama melayu.. pas seharusnya bersatu ngn umno.. baru lah,.. negara ni.. diterajui dibawah 1 bumbung yg berlandas kan ISLAM.. DAN MEMPERJUANGKAN N MEMBELA.. MELAYU ISLAM.. N SELURUH UMT ISLAM ... bagaimana hendak berjaya n maju jika kita yg satu bangsa ni pn berpecah belah? bagaimana nak jd 1 malaysia jika kita sesama melayu islam pn x leh nk bersatu.. PIKIR LAH WAHAI BANGSA MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM...
orang dewan 20 said…
to org dewan : aku pun ada la rakaman tu weh

siap gambar lagi. aku dah pun send kat azli.
Oh Me said…
sokong PAAS takpe, PKR jangan....kah kah kah...
Atan said…
Salam,

DS Najib membuat ulasan yang bijak tentang penarikan diri PAS daripada isu UG ini, iaitu fikiran dan pendirian pucuk pimpinan dalam PAS berlain-lain. Ada yang setuju UG ada yang menentang.

Dengan kata lain, apa yang berlaku sekarang ialah penarikan diri PAS dalam isu UG ini adalah kerana mereka berada dalam PR. Dalam hal ini, mereka perlu sejalur dengan pendirian PR, sama dengan MCA, MIC dalam BN yang perlu sejalur dengan UMNO.

Tidak timbul soal mereka menolak Islam. Jika kelak, ditakdirkan Allah, PR berkuasa dan pada waktu itu PKR dan DAP memperlekeh Islam dan PAS tidak menarik diri daripada PR, itu baru kita katakan mereka menolak Islam.
abu muaz said…
Para pengomen yg menulis ni pakai komen je atau cam ne hah? Ada rujuk mana mana bahan ke? Baca buku sejarah ke? Dengar penjelasan dari Haji Hadi ke Nik Aziz sendirike? Atau pakai hentam keromo je?
Pas Segambut said…
sebenarnya aku lah PAS Segambut sebenar.

Walaupun sejak kelmarin aku dah tak sokong lagi PAS, namun aku terpaksa jugak pakai nama PAS Segambut ni. Nak buat camana... dah mak bapak aku bagi aku nama camni (depa fanatik PAS! masa mati dulu pun depa balut dengan bendera PAS. Kalau la depa idup lagi... ish ish ish... depa mesti frust tengok PAS la ni.
AntiHero said…
jika mengikut amanat haji hadi dulu skrg nie aku rasa semua penyokong2 pas dan ahli2 pas sudah menjadi kafir kerana berkejrsama dgn kafir yg anti islam.Akhirnya kebenaran telah menjelma dulu kafirkan org skrg sendiri jadi kafir
www.antihero2009.blogspot.com
Anonymous said…
PR perlu hormati BN dan BN perlu hormati PR. Kita sebuah negara demokrasi ada kebebasan untuk berpihak.
Tak salah bubarkan UMNO dan Bubarkan PAS....bentuklah satu parti Melayu Islam (PMI). Senang kan. Jika ini tak berlaku sure UMNO tak ikhlas dan Pas pun terkial-kial.
Untuk tuan guru yg kecewa elok berhenti jadi mufti jadi lah calon dan bertanding di parlimen.
Kita perlu bersama......tegakkan kebenaran....kenapa....mudah sahaja. Mana ada orang yg hidup 100 tahun dah. Kalau usia nabi jadi ukuran 63 maka yg lebih bonus...yg kurang bersedialah.
Nikmati hidup dgn rasa ikhlas, jujur dan sentiasa tegakkan kebenaran....

oleh:utuhkulirr
Anonymous said…
Ada yang dah masuk jawi.................,selamat menempuh alam dewasa.
The Informist said…
PAS dah semakin memmesong dari ajaran ISlam dan perjuangannya. Dia kata orang BN laknat, tapi diaorang lagi laknat. Saya terus terang sokong PAS, tapi dah pudar sebab dua orang puaka dalam PAS iaitu Tuan guru nik aziz dan haji hadi awang sanggup memutuskan tali silaturrahim dan lebih suka berpeluk dengan kafir laknatullah dan penokong yahudi anwar ibrahim. Mereka berdua memperlecehkan sarana Tuan Guru Harussani yang lebih bijak dari mereka.
Kepada penyokong PAS, aku nak peringkatkan kat korang bahawa bangsa cina ni dah semakin mengambil banyak perkara di Malaysia ni. Ekonomi diaorang dah pulun, pendidikan dan kita orang melayu hanya tinggal kuasa politik sahaja. Itu pun masih bertegang leher dan bergaul dengan DAP dan PKR. Jangan lupa bahawa DAP adalah anak kepada parti Lee Kuan Yew PAP yang berjaya mengenepikan orang Melayu di tanah mereka sendiri iaitu Temasik atau Singapura.
Itu pasai la nik aziz ada cakap PAS perlu dipimpin oleh ulamak sebab diaorang ni degil laksana Abu Jahal di dalam PAS. Takut kalau golongan profesional memerintah kerajaan perpaduaan akan berlaku.

+ Apa-apa pun ini semua tanda-tanda akhir zaman. Perpecahan sesama Islam dah berlaku.
Qorie Afifi said…
Assalamualaikum pada saudara seagama.

Penulisan saya diruangan ini hanyalah sekadar ingin memenuhi sedikit dari beberapa komen yang ada.

Dengan melihat kepada beberapa gagasan yang lebih besar sebenarnya masalah kerajaan Perpaduan ini adalah sebuah perkara yang tidak boleh dibuat keputusannya dalam sehari dua. Sebuah perjanjian haruslah didraft terlebih dahulu bagi memberi perlaksaan mengikut fasa. Masalah kerajaan perpaduan yang dinyatakan oleh PAS dan UMNO sebenarnya tidak jelas kepada hak-hak sebuah kerajaan itu maka disinilah gagalnya kerajaan perpaduan ini dibentuk. Didalam PAS sendiri pun telah timbul beberapa mazhab yang seberanya memisahkan para ahli PAS kepada beberapa kumpulan. Sekiranya PAS bergabung bersama UMNO membentuk kerajaan perpaduan maka pepecahan ini dilihat adalah sebuah kefatalan dalam membendung kepercayaan sebuah parti jemaah yang agendanya memperjuangkan yang hak. Dalam soal kerajaan perpaduan sebaiknya , kita berlatih dari bawah dahulu. Di peringkat JKKK(N) dan JKKK (P ) pun sebenarnya dah boleh dipraktikan sedikit sebuah kerajaan kecil yang bercirikan kerajaan perpaduan. Namun di peringkat akar umbi pun sebenarnya dah susah nak bergabung apalagi kalau dalam sebuah perpaduan yang besar. Cuba lihat JKKK di pulau pinang dan kedah. Mampukah JKKK (N) dan JKKK (P) berkerjasama dalam menjaga hak-hak penduduk setempat. Jika boleh ...maka disinilah kunci akar umbi untuk menerima atau menolak cadangan kerajaan perpaduan. Ada sebahagian masjid di Pulau Pinang hanya tinggal 4 orang AJK saja namun masih bertahan tidak mahu ajk lain dibentuk bagi mengimarahkan masjid. Alasan mereka adalah mereka takut para ahli jemaah PAS menguasai masjid. Draft kerajaan kecil bagi AJK masjid dilihat adalah medan bermulanya kerajaan perpaduan. Lihatlah yang kecil dulu sebelum kita menilai sesuatu yang cukup besar....sdr azli boleh pergi pulau pinang dan cubalah cari maklumat ini dan lihatlah , dimasjid pun kita masih belum manpu bersatu inikan pula dalam sebuah negara.
azlishukri said…
afifi - saya setuju dengan kenyataan saudara. semoga kita ada hasrat ke arah perpaduan
Khairul Onggon said…
wow.. hangat juak tukang komen kat sini.. ada yg beremosi.. takpe.. hak masing2 nak ckp apa pun kan? hehehe..

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma