Skip to main content

Hiburan Halal 2009 : Dunia Tanpa Warna



HIBURAN HALAL 2009
DUNIA TANPA WARNA


KUALA LUMPUR 31 Mei - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat Islam di negara ini diminta supaya bersikap lebih kreatif untuk menyediakan pelbagai hiburan yang halal dari segi agama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu penting bagi memastikan umat Islam mempunyai alternatif untuk menghiburkan diri mereka.

''Umat Islam khususnya generasi muda kini banyak terpengaruh dengan konsert hiburan yang melalaikan kerana mereka tidak mempunyai alternatif lain untuk berhibur," katanya. Beliau berkata demikian dalam teks ucapan penutupan Majlis Tilawah Al-Quran, Azan, Nasyid, Ceramah, Kuiz Agama dan Hafazan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) 2009 di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Anan C. Mohd.

Turut hadir Presiden Kebangsaan Gepima, Mohamed Kathir Ali.

Dalam pada itu, Jamil Khir berharap NGO terbabit turut memberikan tumpuan untuk mengadakan lebih banyak kelas bagi mengajar generasi muda kaedah sebutan al-Quran mengikut tajwid.

''Kita sedih kerana kesibukan ibu bapa mengejar kekayaan duniawi telah menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab mendidik anak- anak berkaitan asas-asas agama dan saya berharap kelemahan ini dapat ditampung oleh para NGO.

''Bacaan al-Quran yang betul ini adalah penting bagi membolehkan umat Islam mengerjakan solat dengan sempurna," katanya.

Beliau berkata, aktiviti lain yang boleh dibuat oleh NGO terbabit ialah menganjurkan kempen bagi menyedarkan generasi muda mengenai keburukan budaya lepak dan penyalahgunaan dadah.


Ulasan Saya : Saya sangat bersetuju dengan Datuk Jamil Khir berhubung isu ini. Ada lima perkara yang saya fikir perlu kita perhalusi, antaranya ialah :


1. Apabila Datuk Jamil Khir berkata "hiburan yang halal" hal ini bermakna kebanyakan hiburan yang terdapat pada hari ini adalah menjurus ke arah perbuatan haram. Umpamanya konsert JomHeboh, AF, Muzik-Muzik, Anugerah Muzik dan banyak lagi. Lantaran itu, saya menyeru kepada pihak kerajaan, agar memanggil semua ulama/mufti termasuk dalam kalangan pembangkang agar sama-sama menetapkan hukum dalam soal tersebut. Saya fikir, orang Melayu-Islam di Malaysia sudah terlalu banyak dengan hiburan yang melalaikan.


2. Pihak NGO dan Kerajaan boleh sama-sama merancakkan Industri Muzik Halal Negara (IMHN) dengan mewujudkan anugerah sebagai galakan atau insentif kepada mana-mana kumpulan nasyid serta yang seangkatan dengannya yang bersungguh-sungguh dalam industri tersebut. Di Malaysia, kumpulan nasyid seperti dianaktirikan.


3. Industri Muzik Halal Negara perlu diwujudkan, seperti mana Industri Makanan Halal. Hal ini adalah kerana IMHN mempunyai potensi untuk berkembang maju. Malah, banyak pihak boleh menjana keuntungan daripada IMHN yang bakal digerakkan oleh kerajaan. Muzik juga seperti makanan, ia merupakan fitrah kehendak manusia. Oleh sebab itu, saya syorkan kepada kerajaan agar mewujudkan apa yang saya istilah sebagai Industri Muzik Halal Negara. Jika setiap tahun kerajaan mempunyai peruntukkan untuk keseluruhan industri muzik, tidak salah rasanya jika peruntukan tersebut dipecahkan kepada dua bahagian, yakni diberikan sedikit kepada IMHN. Dan saya fikir, jika rakyat dididik dengan muzik yang halal, InsyaAllah, lama-kelamaan Industri Muzik yang tidak menepati kehendak syariat itu akan berkubur dengan sendirinya.


4. Di peringkat sekolah rendah dan menengah, keutamaan harus diberikan kepada Muzik Halal dan bukan kepada tari-menari atau muzik yang melalaikan. Saya fikir kerajaan mempunyai kuasa dalam soal ini. Untuk membina kesedaran, ia harus dimulakan dari peringkat rendah lagi.


5. Komposer, penulis lirik dan penyanyi harus memiliki inovasi dan kreatif dalam menghasilkan sesebuah karya muzik. Contohi muzik-muzik halal dari Indonesia, walaupun muzik mereka kelihatan seperti Rock, tetapi lirik muzik mereka memuji dan mengEsakan Allah. Malangnya di Malaysia, kita hanya nampak muzik halal apabila ia bernada nasyid, itu salah. Tidak kurang begitu ramai muda-mudi kita yang terpesona dengan filem Ayat-ayat Cinta serta lagunya. Hal ini adalah kerana, inovasi yang terdapat dalam muzik ciptaan para komposer dan pengubal lagu dari Indonesia begitu jauh ke hadapan berbandingan dengan komposer Malaysia.


Kesimpulannya, banyak dalam kalangan rakyat Malaysia yang suka lagu nasyid, tetapi bukanlah lagu nasyid yang bernada dan berentak 60-an atau 80-an, kita perlu kreatif dan inovasi - contohi lagu-lagu nasyid dari Indonesia yang rancak, kemas dan lebih menghampiri muzik moden, barulah boleh kita jadikan lagu dan muzik nasyid sebagai muzik alternatif kepada muzik dan lagu-lagu lain yang melalaikan itu. Selagi lagu dan muzik nasyid kita berada ditakuk yang lama, sampai bila-bila pun kita tidak akan berupaya menjadikan muzik halal tersebut sebagai muzik alternatif kepada generasi muda pada masa akan datang. Wallahualam.

Comments

Unknown said…
salam
Malaysia ni bila fikir hiburan islami terus ambil tanggapan nasyid. Ini harus diperbetulkan sebab kebanyakan generasi muda sekarang lebih gemar dengan aliran musik yang berbeza. Karyawan Indonesia sangat bijak menyelitkan unsur2 ketuhanan dalam lagu2 yang dicipta.
Saya juga mencadangkan supaya bila ada sambutan seperti kemerdekaan atau tahun baru, tak perlulah ada konsert2 artis yang melampau-lampau. Isikan dengan program2 yang lebih berhikmah dan baik.
azlishukri said…
zharif - kita sependapat
Guru said…
sgt benar en zharif dan en azli...
saya byk nk salahkan tv3 la....kalau bab agama, siar dokumentari je cth Jejak Rasul..yg bebudak sekolah xnak tengok. tak kreatif lak. asik2 rancangan si mentor.citer hantu. drama lak rumahtangga nk pecah. citer lawak PCK...yg mengarut tu.kalau nk kondem berbakulla. tapi benarla semua cdgan en azli tu
azlishukri said…
citizen - saya juga sependapat dengan akak.
Media Cyber said…
saya tengah membayangkan kelab malam yang halal... macam mana rupanya ... didendangkan lagu2 nasyid... oh~ payah plak nak bayangkan .. :)
azlishukri said…
Malaysia tak memerlukan kelab malam.
Cheguman said…
Cabaran utama saya semasa menjadi guru muzik dulu ialah terpaksa menjelaskan pada orang ramai perbezaan antara MUZIK dengan HIBURAN yang melalaikan.

Pada masa tu, apabila disebut muzik maka terbayanglah konsert rock, disco, kelab malam dll. Padahal itu bukan muzik. Namun oleh kerana muzik itu indah dan mampu menarik minat ramai maka pihak tertentu mengeksploitasi muzik untuk keuntungan perniagaan mereka.

Tanggung jawab kita untuk membawa kembali muzik ke landasan yang betul dan dimanafaatkan untuk kebaikan.
azli , hiburan di msia mmg cukup banyak dan melalaikan .

konsert2 jom heboh semakin hari aku tengok cukup teruk ,rancangan realiti tv kian bertambah .. habis AF dan One a million mai pulak Mentor dan anak wayang ..

kita perlu sekat semua ini ,menteri di jabatan perdana menteri(agama ) kerap ditukar tetapi tiada apa perubahan pun .

saya rasa program2 dan rancangan tv yang melalaikan perlu dimahsuhkan @ pun boleh ia perlu rujuk garis panduan yang ditetapkan daripada JAKIM .
dkama said…
salam bro... bagus n3 nih... aku setuju kalau semua mufti setuju... TQ jadi Follower...
azlishukri said…
cikguman - saya setuju

pejuang bangsa - memang benar kenyataan saudara

dkama - saya juga begitu
abdullah said…
tahniah, saya suka penulisan anda.
ilmu Allah adalah sangat luas,
sangat halus, sangat terpeinchi, sangat banyak, sehingga tidak terhitungkan,

ada yang melihatnya sebagai hiburan,
ada yang melihatnya sebgai pengajaran,
ada yang melihatnya sebagai keinsafan,

ada pula yang yang melihatnya sambil mengucapkan
"astagh'firullahil ad'zim",

ada pula yang melihatnya sambil mengucapkan "La ilahaillallah"

ada juga yang melihatnya sambil menutup mata dengan tangan,
tetapi dibukakan juga jarinya sambil ber'kata-kata'
"astagh'firullahil ad'zim"

ada yang melihatnya sambil menangis sambil bermunajat dan memohon doa lalu jatuh tersungkur mengucapkan
"astagh'firullahil ad'zim"


'sometimes things happend for a reason'


ilmu Allah adalah sangat luas,
sangat halus, sangat terpeinchi, sangat banyak, sehingga tidak terhitungkan,


'tub'na ilallah...
wa ro' jaq na ilallah...
wa nadim na a'la ma fa'alna...


'cukup lah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku'


ilmu Allah adalah sangat luas,
sangat halus, sangat terpeinchi, sangat banyak, sehingga tidak terhitungkan,
Anonymous said…
setuju dgn saudara.
bukan ke jom heboh dah diharamkan?
tp masih berjln dgn giat dan aktifnya
peranan mufti dan ulama dinegara kita seolah2 dah takde fungsi..
Unknown said…
salam
saya tengah kuliah sekarang..insyallah bulan julai nanti saya free. En.Azli kasi no hp boleh?nanti kita boleh appointment

zshafiqz@gmail.com
wakilrakyat said…
hiburan yang halal selalunya tidak menarik, dan nampak skema saja. saya setuju dengan menteri bahawa kena lebih kreatif, bukan kaku, beku dan terpaku (3ku)
Cikgu Ibrahim said…
seronoknya hari memancing atas bot dapat 20 ekor ikan. Dekat kuantan tu ada lokasi memancing tak sempena cuti ni.
irbika said…
masyarakat kita didedahkan dengan terlalu banyak rancangan hiburan... memang! kita sebagai pengguna yang perlu bijak memilih tapi sapa leh tahan, bukak jer TV, hiburan (nama pun sesuatu yang mengasyikkan mata) mestilah bila dah tengok sikit, jadi terjebak. tak dinafikan, saya pun ikuti rancangan 2 ni walau tahu ia "lagho".Benda gini saper pun boleh terlalai... sepatutnya diseimbangkan... dan diperhalusi setiap rancangan itu... tak salah kalau kita buat rancangan hiburan artis dengan org awam dalam bentuk sukan ker, yang dapat dikawal batas2nya... tak cuba mana nak tau sambutannya! perkara yang baik, memang payah nak diikuti!
mrs shaifull said…
yap, no 5 itu adalah sgt betul, kalau bunyi irama nasyid je, baru berunsurkan ketuhanan, kalau lagu rock, x de plak yg cipta berunsurkan ketuhanan mcm indonesia punya band, heran lah

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...