Skip to main content

Burger Sedap Dari Universiti Malaya


BURGER SEDAP DARI

UNIVERSITI MALAYA


KUALA LUMPUR 9 Jun — Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan e-mel yang disediakan Kementerian Pelajaran. Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my. Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelawa orang ramai mengemukakan pandangan mengenai isu mewajibkan calon lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM. Sebelum ini, beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus. — Bernama.


Ulasan Saya : 1. Saya bimbang jika pembangkang mempolitikan soal ini. Sedangkan isu PPSMI masih belum selesai lagi. 2. Niat kerajaan baik, iaitu ingin mendapatkan pandangan rakyat, namun demikian, saya cadangkan agar Kementerian Pelajaran melakukan kajian terlebih dahulu sebelum dibuka kepada pihak awam untuk dinilai semula. Kita berharap agar mana-mana cadangan atau polisi daripada pihak kerajaan selepas ini, ia haruslah tidak dilakukan seperti mana cara mengundi bagi menentukan Juara Akademi Fantasi - yakni melalui suara ramai dan kepopularan, dan bukan melalui bakat atau kajian. Kita tidak mahu apa-apa cadangan yang baik daripada pihak kerajaan, semuanya harus bertanyakan kepada rakyat terlebih dahulu. Kerajaan perlu menunjukkan kematangan dan karisma pentadbiran mereka yang sebenar, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. 3. Selain daripada cadangan di atas, saya juga mencadangkan agar bagi pelajar-pelajar Islam, untuk lulus SPM, mereka harus lulus terlebih dahulu lulus ujian hafazan surah-surah juzu a'mma, hal ini penting khsusnya anak-anak muda lepasan SPM sekarang yang sukar untuk menjadi imam lantaran kerana mereka tidak banyak menghafal surah-surah dalam al-Quran. Oleh sebab itu, kita bimbang bagaimanakah anak-anak muda ini mampu membimbing keluarga mereka apabila mereka berumahtangga kelak, andaikata surah-surah dalam juzu a'mma pun masih tidak termampu untuk dihafal? Saya mohon pihak kerajaan pertimbangkan soal ini. Wallahualam.

Comments

PAS Segambut said…
salam bro,

anta bolehlah cakap lagu tu, sebab anta hafal quran, mcm mana anak org kampung lain? fikirlah juga...
HASRI HASAN said…
1) mahir berbahasa Inggeris sangat penting untuk masa depan negara..bayangkan tahap kompetatif malaysia dan Singapore berbeza hanya dari segi kemahiran bahasa dan indeks bebas rasuah yang lebih baik

2) kalau setiap polisi itu hendak mendapat undi popular, susah nak tadbir negara.. bayangkan manusia di Malaysia dengan 27 juta karenah yang berbeza..susah

3) Hal menghafaz Juz A'mma ini memang bagus. Setidak-tidaknya orang yang beragama Islam mestilah ada asas ini..ini soal fundamental... takkan hafal niat mandi wajib aje semata-mata..)))
PAPA GOMO said…
SALAM BRO...DEPA NI PEMBANGKANG BUKAN TAHU PASAL KETAMADUNAN PUN. DEPA TAHU DOK GULING ATAS JALAN JE...
ADOI....

NI TENGAH PANAS BRO...DEPA GADUH SESAMA SENDIRI

BLOGGER NETWORK MENYERANG PEMIMPIN ULAMAK PAS http://www.gomounited.com/2009/06/blogger-network-perak-menyerang.html

TIDAK MENGHORMATI LANGSUNG KETUA
Brahim Nyior said…
Yop Azli,

Teman setuju BI dijadikan subjek wajib. Sama macam zaman teman SRP dulu, Matematik dijadikan subjek wajib lulus. Kalau takl lulus, takleh naik F4.

Teman memang jenih slowlearner bab math ni, tapi dek kerana nak ke F4, belajo sampai dapat kredit, pada hal nak lulus pun tak harap dah masa tu...

Moralnya ialah, jika BI dijadikan subjek wajib lulus, bebudak kita akan usaha lebih lagi, tapi PPSMI wajar dimansuhkan. Kembalikan ke BM supaya martabat bahasa kebangsaan dapat diperkukuhkan.

Itulah yang teman pegang selama ni.

Salam..
Orang tua said…
Salam Sejahtera,

Sebenarnya, subjek SEJARAH yang patut jadi subjek LULUS dan perlu Kredit mcm BM. Supaya mereka yang mengaku rakyat Malaysia tidak BUTA SEJARAH sptmana yang terjadi kebelakangan ini. Tak dapat bezakan antara PEJUANG dgn PETUALANG dan buat-buat lupa pasal Kontrak Sosial.
Fikir-fikirkan lah........
AiNeRzA said…
perangkap menggunakan burger...hihihi...kalo boleh x nak la BI dijadikan subjek wajib untuk lulus SPM...kalo tanya kenapa...mmg ssh nak jawab...nak karang ayat lagi...huhuhuh...yang pasti aku adalah salah seorang yang x setuju cadangan tersebut...
Guru said…
sekadar juzu' amma saya sokong. bukannya hafal quran. seperti PAS Segambut tanyakan tu...sebagai cikgu saya berpendapat hafalan juzu' amma ni bukannya menjadi masalah budak kampung tapi budak2 bandar ni. kat sekolah saya sendiri nak mengucap terkial2, nak suruh baca selawat pun dok terfikir2....memang patut diwajibkan.

Bhs Inggeris tu saya setuju kalau wajib bab 'communication'...itu yg penting pun. yg bab buat esei pjg2, tulis opinion pjg2 bukan kriteria penting utk SEMUA org.

Bukan semua org jadi lawyer, engineer...tapi semua orang perlu berkomunikasi apatah lagi taxi driver, org awam pertama berjumpa tourist di jalanraya.

Wallahualam
Unknown said…
apa la...suruh belajar pun susah...dah orang suruh belajar bahasa Inggeris untuk lulus buat aje la..nak takut luar bandar ramai tak lulus la...macam2...belum usaha dah menyerah kalah..ni la kelemahan bangsa Melayu...

Bila dah kerja...jumpa orang cakap Inggeris macam jumpa hantu...tergaggap je...orang maki Bullshit tau pulak marah..

Semua tu ilmu..tak kira la bahasa apa..yang penting ilmu itulah harta yang kekal..
Anonymous said…
salam.
encik azli,
ni 1st time bagi komen ni.
sbb bab - bab BI mmg menerujakan.
urm. kalau dilihat, bnyk sungguh komen yg ada. pelbagai ragam.
tak berani nak komen about politik,
walau minat sesangat:DD

tapi about BI,
urm. better teruskan PPSMI juga wajib lulus BI untuk spm nnt.
walau kita nak tiru jepun, france yg martabatkan bahasa dorang dlm subjek matapelajaran, tapi kita takleh nak elak, BI still bahasa keutamaan. Dari mana lagi kita nak fasih berbahasa Inggeris kalau bukan dari sekolah?? Dahlah rata - rata zaman sekarang pemuda pemudi malas membaca. Even novel BM pun tak mahu pegang, inikan pula BI. Sedangkan orang kata, membaca jambatan ilmu:)

ini hanya pandangan. sekian, harap maklum. :)
Pok Li said…
Burger goreng di Kuala Berang depan Balai Polis tu lagi sedap. Setuju anak muda perlu hafaz surah juzu a'mma. Tak kan hafal lagu aje.
azlishukri said…
Pas Segambut - saya cuma cdgkan agar juzu amma dihafal bukan seluruh al-quran.

Hasri - saya sependapat

Gomo - saya sudah membacanya

Brahimnyior - saya juga begitu

Orang Tua - saya fikir juga hal itu, ramai yang buta sejarah dan agama ketika ini.

Nerza - kali ini kita guna burger pula...

Citizien - saya sependapat

Darul Iskandar - betul cakap mike

Faten - komen faten bernas...janganlah rasa segan untuk letak komen

Pok Li - burger goreng satu!
naqiubex said…
kalau tidak lulus BI? apakah tindakan yang akan dibuat oleh kerajaan saudara Azli?
azlishukri said…
naguibex - saya setuju untuk wajibkan BI lulus sebagai syarat SPM lulus,namun demikian pada pandangan saya tidak semua yang kerajaan BN buat betul belaka atau sempurna, maka yang harus membantu adalah parti pembangkang, dengan memberikan idea dan pandangan.
Adam said…
aku pun heran gak .. ape la yg dorang bangkang ngan PPSMI tu sangat.. bagi aku PPSMI tu bagus utk anak2 muda kita.. termasuklah aku .. tapi tak sempat.. aku ketinggalan beberapa tahun jerk .. cess! rugi2.. kalau difikirkan secara logik dan tak hipokrit.. bahasa melayu ni international ke? .. ianya cuma bahasa utama negara kita.. PPSMI diwujudkan bagi menyediakan anak2 muda utk menghadapi permintaan masa depan yang memerlukan employee berbahasa inggeris dalam pekerjaan mereka. tapi para sasterawan menganggap ianya satu disaster. kononnya ppsmi menghapuskan bahasa melayu . terdetik kat hati aku. .ape ke banggang giler menganggap ppsmi camtu? setakat subjek sains dan math jer yang sememangnya menggunakan banyak istilah barat adalah perlu kita memahirkan diri lagi dalam mengucapkatakan sesetengah perkataan itu. kalau kita disuruh menyebut istilah itu adakah bunyinya betul? sasterawan negara kita ni terlalu berfikiran sempit. dan aku tak rasa dorang ni berfikiran rasional, dorang ni berfikiran ntah ke mane.
Adam said…
camtu ke sasterawan? bandingkan negara kita dengan negara lain, contoh terdekat singapura.. tahap penguasaan bahasa inggeris dorang lagi power dari kita. Dalam iklan tv iklan nst "u go straight dont belok2.." tu dah cukup maksudnya menunjukkan betapa lemahnya bahasa inggeris kita sehingga membuatkan minah salleh tu terkebil2 mendengar apa yang diucapkannya. Tak ke malu? ape lagi alternatif yang para sasterawan ni ada? ape lagi? takde pun langkah2 yang mereka ada. mereka cuma tahu nak membangkang jer. meraka sudah tentu mahir dalam bahasa inggeris dan bagainya sebab mereka cukup duit utk mendapatkan pendidikan. anak orang kaya barangkali. tetapi anak2 keluarga yang tidak mampu itu bagaimana? hanya dibenarkan menguasai bahasa melayu jikalau ppsmi dimansuhkan? ini dikatakan para sasterawan negara mementingkan diri mereka sendiri. jangan nak bohong pada orang ramai yang kononnya mereka memperjuangkan bahasa melayu sehingga ppsmi dimasukan dalam arena politik . Aku masih ingat lagi kes rusuhan ppsmi yg terjadi di kuala lumpur, aku berada disitu pada masa tu. Sememangnya didalangi oleh parti pembangkang yang bodoh giler mengambil kesempatan terhadap isu ini. Si anwar tu kononnya mengambil berat akan isu ini jadi kenapa tidak turut serta dalam rusuhan tu? kenapa tidak pulak dia yang terkena gas pemedih mata seperti mana sasterawan terkena gas pemedih mata itu? Dasar anwar penipu! aku bagi comment ni berdasarkan apa yang aku lihat pada hari kejadian itu. Dimana ianya didalangi oleh penyokong2 parti pembangkang dan yang paling ketara ialah PKR dan juga PAS. Dengan melaungkan Allahuakbar berkali2 untuk ape? untuk ape? untuk ape melakukan semuanya itu? adakah itu perjuangan parti? tak tau plak saya ppsmi ni adalah hal politik. siapa yang terlibat? budak2 sekolah even OKU pun ada .. saya ada gambar buktinya.. Geramnya saya pada tindakan mereka yang menentang ppsmi ni, sebab bagi aku ini adalah kerja yang tidak berfaedah. hanya membuang masa rakyat dan memesongkan pandangan rakyat terhadap ppsmi. cuba pergi tanya budak2 sekolah sendiri sama ada mereka menerima atau tidak ppsmi ini. TErbukti mereka menerima, bukannya menolak tetapi menerima baik PPSMI dalam routine harian mereka sebagai student. bagi student yang merasakan susah akan wujudnya ppsmi ini bukan silap ppsmi, ini disebabkan mereka sendiri terlalu malas berusaha utk mendalami dan mendapatkan sesuatu ilmu kerana mereka sudah dimanjakan tambahan lagi negara kita sudah aman sejak mencapai kemerdekaan 50 tahun lebih. kalau dulu, nak masuk tingkatan 3 tanpa mendapat agregat yang baik adalah amat sukar sekali. tapi sekarang ni even student tu gagal ke dia tetap dibenarkan terus utk menyambung study sehingga ke tingkatan 5 / 6. jadi sekarang ini kerajaan hanya menyelitkan ppsmi ini dalam rutin harian bukannya satu masalah yang besar. permintaan yang kecil saja bagi membantu pelajar menghadapi cabaran selepas mereka tamat belajar. Yuran sekolah sudah pun dimansuhkan.. buku teks layak utk semua plajar. apa lagi? takkan permintaan kecil daripada kerajaan ini kita semua tak boleh terima dengan hati terbuka? Jangan bagi banyak alasan yang budak2 kampung takleh nak kejar .. takleh nak terima.. tak faham langsung dan bagainya. Kalau benar seseorang pelajar itu ingin mendapatkan ilmu, tiada masalah kesemua itu. Sasterawan yang sedia ada sekarang ni harus dinilai semula sama ada layakkah diri mereka digelar sebagai SASTERAWAN?? atau hanya sekadar berselindung disebalik parti2 pakatan rakyat ?
cadangn boleh,,,
tp kena tgk respon lah caner gak kan,,
Mr.J said…
sedap gak burger tu.

haha.. im follower ke 1000 .. hadiah xder ke..

regards,
http://bungaipengrindu.blogspot.com/
amirrash said…
ala bukan suruh dapatkan credit pun. pertama, cuma lulus sahaja. itu pun susah? kedua, kalau tak pun disebabkan hal ini, kan memang kita perlu lulus semua subjek. lulus sahaja tau. bukan kena credit pun.

add link skit:

www.rencahmalaysia.blogspot.com
Mrs. Mizan said…
aitt.. xde pun citer pasal burger sedap tu... uhrmmm....
Salam Bro Azli...

pd saya wajar jika BI wajib lulus...
dan saya juga amat berharap kesemua subjek2 teras juga wajar wajib lulus...
untuk melahir kan rakyat yg BERILMU dan BERDAYA SAING..
keenam2 subjek iaitu BM, BI, AGAMA ISLAM, MATH, SAINS dan SEJARAH..(jika tidak dikurang kn bilangan subjek teras)

untuk kesan jangka panjang ini adalah yg terbaik..
INSYA'ALLAH..
azlishukri said…
dakjaat - satu komen yang sangat memberangsangkan...panjang tetapi sangat menarik...
Unknown said…
salam
saya setuju dengan cadangan encik azli supaya pelajaran agama pun xboleh dipinggirkan
Anonymous said…
Bahasa Inggeris dan Pengajian Agama Islam Patut Seiring.


Apa pun yang kerajaan buat, dia boleh buat. Kalau kerajaan pura-pura buat, dia pun boleh buat. Soal pendidikan ini sebenarnya sudah mengalamai kerosakan yang sangat memeningkan kepala. Saya sendiri melihat anak-anak saya sekarang sudah jauh bezanya dengan pada zaman saya belajar dahulu.

Dahulu tiada pun sibuk bergaduh sana-sini soal bahasa, tetapi pelajar-pelajar boleh bercakap dalam BM dan BI dengan baik. Tahu sejarah, ilmu alam dan ilmu hisab dengan baik. Tetapi sekarang, menteri bertukar maka dasar pun bertukar. Maksudnya Malaysia ini mengamalkan sistem pendidikan menteri, bukan sistem pendidikan kebangsaan.


Kerajaan sekarang sibuk dengan isu bahasa yang sengaja disibukkan kerana populariti, menjaga hati, kelangsungan politik dan segala macam lagi. Tetapi kalau selepas ini ada :

1. Pelajar wanita dirogol beramai-ramai sampai mati atau melahirkan anak luar nikah

2. Pelajar membelasah guru

3. Pelajar koma kerana dibelasah oleh kumpulan buli

dan masalah lain yang dipaparkan akhbar, maka akan ada cadangan atau subjek mi segera dilaksanakan oleh menteri.
Maksudnya mudah, Malaysia boleh dikatakan mempunyai banyak universiti, hampir setiap negeri, tetapi ketepikan kepakaran mereka untuk mengkaji, biar menteri buat keputusan untuk selesaikan dengan segera. Soal pelajaran agama yang sudah terkebelakang biarkan... Anak-anak tidak boleh membaca tulisan jawi biarkan...

Tahniah kepada kerajaan
1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN


Dato Adil
Cyberjaya.
evold said…
betul tu. good critic
hans said…
saya rasa tertarik dengan satu cadangan...
memperkenalkan PPSMI nih bermula sewaktu pelajar di darjah 4..
mulai darjah 1 hingga 3 tu kita ajar dia menggunakan bahasa melayu dahulu...
dan baru senang mereka nak memahami sains & math in english

http://www.kuatberlakon.com/web/gallery/gl_galleryvt.aspx?type=NEW&id=17
una210 said…
Salam.

1. Pada pandangan saya, ada bbp pengomen d cni yg tak faham maksud 'wajib lulus BI' ni. Apa rasanya, kalau kita tak ada sijil SPM? Subjek lain mungkin dapat result yang bagus serta bbp A, namun BI-nya kantol... dek krn itu, kita tak akan diberikan sijil SPM oleh Lembaga Peperiksaan... kecewa bukan??? Maknanya, untuk dapat sijil itu, kita kena lulus BI di peringkat SPM.... Bayangkan berapa ramai pelajar kita yang akan menjadi mangsa kepada dasar yang dicadangkan ini....

2. Tersenyum dengan komen Dato Azli .... kalimat 'dasar pendidikan menteri' tu begitu menggelikan hati... namun ianya tak boleh disangkal.... bermula dengan anwar Ibrahim sebagai Menteri Pendidikan sehinggalah sekarang ini dengan menteri yang baru... masing2 nak menyohor dengan dasar yang mereka hasilkan... seolah2, dasar yang dibuat oleh menteri sebelumnya sangat tak kena pada tempatnya... dengan sebab itu, sisten pendidikan kita sentiasa berada dalam tahap percubaan... belum tengok hasilnya, dah cipta dasar yang baru... maka bermulalah satu epsod baru, sebelum ianya ditebas sebelum cukup matang.

Apa nak jadi da......
Encik Ariff said…
saya stuju ulasan bro.

saya org kmpg.
dan boleh dikatakn berjaya kuasai bi.
bukannya susah.
nak atau tak nk.
itu saja.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...