Skip to main content

Anwar Ibrahim dan Chin Peng



Anwar Ibrahim
Jauh Lebih Merbahaya daripada Chin Peng


KUALA LUMPUR 14 Jun – Tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah hukuman selayaknya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini. Pengerusi Badan Bertindak Halang Kemasukan Chin Peng (BBHKCP), Pegawai Waran 2 (B) Othman Ab. Majid menegaskan, provokasi Anwar itu jelas menghangatkan kembali isu tersebut yang boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara. Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan segera bertindak dan jangan membiarkan mana-mana individu yang sengaja cuba mengeruhkan keadaan dan meniup api persengketaan. “Kami bekas perajurit amat terkilan dan kecil hati, isu Chin Peng sebenarnya bukan isu politik tetapi malangnya ia dipolitikkan kerana semua sedia maklum bahawa PKM pertubuhan ganas, jadi kenapa perlu diperjuangkan. “Kemarahan kami yang pernah bertempur dengan komunis walaupun telah lama tetapi masih lagi panas dan membara, jadi apabila permintaan tidak masuk akal itu dibangkitkan semula ia seperti menyiram minyak di atas bara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Ulasan Saya : Saya harus berterus-terang sesungguhnya saya sangat bersetuju jika Anwar Ibrahim ditahan semula di bawah ISA. Hanya di situ tempat yang sesuai untuknya. Hal ini bukan bermakna saya membenci Anwar Ibrahim, tetapi Anwar Ibrahim yang saya kenal sepuluh tahun yang lalu sudah sangat berlainan pada hari ini. Beliau bukan sahaja tidak peduli halal atau haram dalam politik, malah sejak akhir-akhir ini sikap dan tindak-tanduknya semakin menampakkan bahawa beliau begitu ketagih dan terdesak untuk mengekalkan popularitinya, di samping seolah-olah berfikiran bahawa beliau terlalu perkasa dan boleh berbuat apa-apa sahaja di negara ini.


Saya tidak faham apakah rakyat masih boleh menerima segala cara kotor dan jijik Anwar Ibrahim dalam memastikan beliau terus mengejar kuasa untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada masa akan datang. Saya pernah terbaca satu kajian yang dijalankan baru-baru ini oleh sebuah laman web (saya tidak ingat siapa yang melakukan penyelidikan itu), kajian tersebut menunjukkan bahawa sejak Anwar Ibrahim menipu rakyat Malaysia berkenaan isu 16 September, pengaruh dan popularitinya dalam kalangan rakyat sudah mula terhakis sekitar 4% hingga 6%. Jika kajian ini benar dan telus, maka saya berfikiran bahawa Anwar Ibrahim mungkin sedikit berasa cemas, andaikata BN berupaya memulihkan kekuatannya kembali dalam tempoh 3 tahun terakhir sebelum PRU-13 berlangsung.


Jika dibuat andaian bahawa pengaruh Anwar akan merosot sekitar 4%-5% setahun, maka dalam tempoh 3 tahun, pengaruhnya akan hilang sekitar 15%. Jika ini mampu dilakukan, UMNO mungkin boleh menang di peti undi saluran 3, yakni saluran pengundi baharu atau pengundi muda (peti undi saluran satu dan dua - UMNO sukar untuk menang), dan jika tiada apa-apa peristiwa besar yang boleh memalukan atau menjejaskan prestasi UMNO dalam tempoh tiga tahun akan datang, maka saya syak BN masih boleh kekal memerintah dengan majoriti mudah seperti mana yang berlaku dalam PRU ke-12. Namun demikian, ini hanyalah andai main-main saya, mungkin banyak yang tersasar. Apa-apa pun, jika kerajaan perpaduan yang dicanang oleh Hj Hadi berupaya direalisasikan, maka saya optimis orang Islam di Malaysia akan lebih berjaya dan kuat.


Berbalik kepada isu Anwar Ibrahim, jalan yang terbaik untuk menutup mulut celupar beliau selama ini, hanyalah dengan cara mengembalikan Anwar Ibrahim ke tempat asalnya, iaitu di Kem Kemunting, beliau sebenarnya lebih selesa tinggal di sana, kem tersebut adalah rumahnya dan pada saya Anwar harus di-ISA-kan semula. Anwar jika dinilai secara jujur, pada hakikatnya hanyalah bertubuh dan berwajah Melayu, sebaliknya, hati, perasaan dan jiwanya tidak ubah seperti Machiavelli - yang menghalalkan segala cara bagi mendapatkan kuasa. Dan sesungguhnya, manusia seperti ini sangat merbahaya dan lebih merbahaya daripada Chin Peng itu sendiri. Kerajaan harus bertegas terhadap Anwar Ibrahim. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Saya rasa saudaralah yang sepatutnya duduk dalam ISA sebab selamanya dibangangkan oleh UMNO. Anwar memperjuangkan manusia sejagat sedangkan saudara kunun nya perjuangkan melayu bangsat yang menolak Islam...bahalul
Anonymous said…
Demikianlah komen komen yang akan kita jumpa dimana mana blog,kisah pengecut yang lontar batu sembunyi tangan.Tau mengutuk orang jer..

Memperjuangkan manusia sejagat kononnya..pirah....

Manusia yang tak sedar diri macam pemimpin yang disokongnya gak...TAU CARI SALAH ORANG JER...kalau pandai sangat...buatlah perubahan...4 negeri dah dapat...jadikanlah contoh...baru orang percaya...komplen pandai tapi habuk pun tarak..namapun takda....inilah contoh pejuang2 PR YANG TAKDA TELOR.
Anonymous said…
"Mula-mula saya nasihatkan Anonymous supaya tidak bersikap seperti binatang dan terlalu kebiadapan. Kalau saudara marah, tunjukkan hujah saudara dan jangan seperti binatang yang menyalak dan lari lintang pukang serta punggung bergelumang najis"

Demikian bicara awal saya.

Kepada saudara -saudari para blogger sekalian dan yang terhormatnya saudara Azli.

Isu Komunis ini menghangatkan emosi kita yang pernah menderita semasa kekejaman komunis di Tanah Melayu. Saya tidak faham kenapa harus ada manusia "bodoh" seperti Dato seri Anwar Ibrahim ini yang sokong Chin Peng kembali ke Malaysia.

Adakah Anwar Ibrahim nak masukkan Chin Peng dalam Parti Keadilan dan kemudian bawa si pengganas komunis itu itu kesana-sini berceramah?
Kita di Tanah Melayu ada luka lama. Luka yang sangat pilu dan menyayat hati. Kesalahan komunis tidak boleh dimaafkan. Mereka ini zalim. Saya masih ingat cerita nenek saya yang hidup zaman komunis, antara kezaliman mereka:

1. Membakar rumah dan kampung

2. Memaksa pemuda kampung sertai komunis.

3. Merampas makanan

4. Merampas ubat-ubatan

5. Membunuh dengan kejam

6. Merogol dan memperkosa

Mungkin orang yang sokong supaya Chin Peng ini dibawa ke Malaysia akan sedar sekiranya ada anak atau isteri mereka yang dibogelkan dan dirogol atau diperkosa beramai-ramai oleh komunis. Inilah perkara yang saya sangat tidak bersetuju dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Dato Adil
Cyberjaya.
Anonymous said…
Kepada Anonymous

Saya rasa saudara sangat bodoh dan membodohkan diri sendiri. Apa maknanya perjuangan sejagat kalau bangsa sendiri hidup melarat. Apa pula untungnya kalau kita sokong pengganas komunis datang ke negara kita. Saya pendekkan cerita, Katakanlah...

Anonymous seorang lelaki bodoh dan penakut pada zaman komunis.. tapi ada isteri dan seorang anak perempuan serta seorang ibu tua.

1. Ibu tua anda ditembak oleh komunis sampai terburai isi kepalanya dan terpelanting matanya kena di muka anda.

2. Isteri anda yang mengandung dibelah perutnya dihadapan anda dan anak dalam perut itu dicampak lalu dipijak-pijak dihadapan anda.

3. Anak perempuan anda yang berumur 20 tahun itu dibogelkan dihadapan anda. Kemudian diperkosa beramai-ramai sehingga mati dihadapan anda. Tangan anda hanya terikat dan tidak berbuat apa-apa.

Kemudian selepas 10 tahun katakanlah negara merdeka dan anda yang bodoh itu masih hidup. Namun semua orang akan membenci komunis apatahlagi anda. Tetapi kerana kebodohan yang anda miliki itu maka anda seronok menjemput dan mengalu-alukan komunis yang pernah melakukan 3 situasi yang disenaraikan itu.

Jadi andalah yang sebenarnya bangsat dan bahalul.

Dato Adil
Cyberjaya.
Anonymous said…
sy sokong pendapat bocah kampong dan Datoadil..

UMNO menaer menolak islam..
kg aku hari2 ceramah agama oleh cawangan umno sini...

TOLAK PAS TIDAK BEERTI TOLAK ISLAM
HIDUP ISLAM
HIDUP MELAYU
DAULAT TUANKU
aku hanya rakyat biasa yang belum mendapat apa-apa dari umno tetapi aku sedar perjuangan siapa yang betul
anti komunis said…
datoadil emosi.. mesti ada sejarah pahit pasal komunis
Anonymous said…
aku anak polis pencen yang merasa mcm mana beban nyer ada pengganas komunis kat malaysia!!! kawan ayah aku masa operasi kat hutan perak putus kaki sebab kene jerangkap samar komunis... apa agaknya perasaan korang kalu benda macam tuh jadi kat ayah korang???? sila jawab wahai penyokong CHIN PENG...
Apa ni!! Nak Komen beranila skit nak komen!!! kutuk pastu letak "Tanpa Nama"... kata pengecut Marah!! Takde orang nak marah kalau anda berani dan komen...

Teruskan Ulasan Azli Shukri... Orang macam ni la yang mengadu domba dan membuat fitnah kepada rakyat yang pada asal suci bersih dipesongkan oleh mereka...
miss nur said…
Mereka perlu baca lebih banyak buku Sejarah supaya sedar akan kekejaman yang berlaku kat bangsa sendiri:)
azlishukri said…
Anonymous yang pertama - nampaknya saudara masih dibutakan mata hati berkenaan dengan kekejaman Anwar Ibrahim. Jika saudara boleh berlaku jujur kepada diri sendiri, itu lebih baik. Apakah saudara tidak tahu bagaimana Anwar ketika berada di dalam UMNO dahulu? apakah saudara tidak tahu bagaimana Anwar memporak perandakan negara melalui pelbagai fitnah dan sentimen perkauman selama ini? apakah saudara pernah bertanyakan kepada Anwar sama ada beliau menyokong hudud atau sebaliknya? Anwar tidak menyokong negara islam yang diperjuangkan oleh PAS, sebenarnya Anwar lah yang lebig merbahaya daripada UMNO, apakah saudara masih tidak dapat melihat?
Unknown said…
salam encik azli
saya rasa tak perlulah kita layan anony yang pertama tu..jelas dia hanya bercakap mengikut emosi bukan rasional.
Anwar kata bawa masuk Chin Peng atas dasar kemanusiaan. Tapi yang Chin Peng pi bunuh orang Malaysia, bakar masjid time darurat apa suma tu berkemanusiaankah?
Anonymous said…
mohon letak link blog kami disini.tq

http://kraiutara.blogspot.com/

Collecting Blogs
Para blogger yang dihormati,

Saya sekarang dalam proses menyenaraikan blog2 mengikut kategori masing-masing. Jika anda berminat untuk memaparkan blog anda disini sila tinggalkan maklumat berikut.

terima kasih, diatas sokongan.

I am currently collecting blogs from All Around Malaysia. If you are interested to be listed here, North Krai Latest Blog Headlines lists, kindly leave:

1. Your blog's name.
2. Your blog's url.
3. Your blog's category.

Thanks for support.
Anonymous said…
Yang melabelkan komunis pengganas adalah penjajah inggeris, melayu yang menentang komunis pada ketika itu hanyalah barua kepada penjajah inggeris.

PKM yang telah diharamkan oleh penjajah terpaksa memberontak dan mengangkat senjata. Propaganda Inggeris telah berjaya menggambarkan PKM sebagai pengganas dan sangat kejam.

Kerajan Thailand telah melakukan jenayah kerana memberikan perlindungan kepada Chin Peng??
add said…
Salam semua.
Pada saya DSAI @ BABI tak perlu dimasukan ke ISA, tetapi terus jadi macam "Altantuya" je.
bulazbujamil said…
Orang biasa, anda terkeliru agaknya.

komunis mana yg anda maksudkan?

chin peng & sekutunya yg berjuang untuk menegakkan negara komunis di malaya atau org2 melayu yg 'terpaksa' berjuang dgn menyertai PKM untuk membebaskan negara?

mungkin kedua2 di atas nampak sama tp sbenarnya amat berbeza. dan klau anda nmpk perbezaannya anda akan tau kenapa chin peng ttap tak dibenarkan masuk sehingga ke hari ini.

anda mengatakan komunis kejam itu 1 propoganda, adakah askar2 & polis yg mati @ tercedera itu juga 1 propoganda?.
gurumuda said…
salam... saudara bulaz, andai PKM dijadikan sebagai platform untuk berjuang, saya kira mereka tersilap landasan.

komunis terlalu zalim dan walau apa pun yang terjadi, chin peng tidak boleh memasuki malaysia.

anwar ibrahim perlu dimasukkan ke ISA sekali lagi, kerana isu ini akan menimbulkan banyak masalah di kemudian hari.

anwar ialah bangsat bangsa. anwar memalukan ISLAM dan anwar menghina perjuangan bangsa. jangan jadi BANGANG, BANGSAT dan BACUL dengan menyokong di laknat anwar sekutu YAHUDI
orang kampung said…
isa (ikut suka aku)ikut suka aje lah kamu semua nk kata apa2 pun lawan tetap lawan

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y