Skip to main content

PAS, Kerajaan Perpaduan Dan Dunia Yang Satu Lagi


PAS, Kerajaan Perpaduan dan
Dunia yang Satu Lagi


PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah. Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia.‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan.‘‘Ia bukan sahaja boleh menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu mempertahankan agama Islam yang suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.


Ulasan Saya :

1. Hampir semua pemimpim tertinggi UMNO mahu perbincangan kerajaan perpaduan dipercepatkan. Maka, PAS mahu menunggu siapa lagi? Yang baik harus disegerakan.

2. PAS mahu mendengar cakap Karpal Singh dan Anwar Ibrahim atau mahu mendengar serta mentaati Presiden sendiri?

3. Jika ulama seperti Tuan Guru Harussani pun menginginkan agar PAS dan UMNO bersatu,( demi Islam dan kekuatan Melayu) maka cakap siapa lagi yang hendak kita dengar? Karpal Singh? Siapa Karpal Singh jika hendak dibandingkan dengan Tuan Guru Harussani?

4. Siapa sebenarnya yang menguasai PAS sekarang ini? Karpal Singh atau Anwar Ibrahim? Apa hak mereka untuk menghalang PAS daripada mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO?

5. PAS - WAJIB tinggalkan DAP dan Anwar Ibrahim, jelas dua golongan ini sangat menentang perintah Allah yang menyuruh orang-orang mukmin agar bersatu padu, sebaliknya golongan ini suka melihat jika orang Islam saling berpecah-belah. Masihkah kita buta melihat semua ini?. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Nampaknya sesetengah pemimpin2 PAS lebih taat kepada Anwar Ibrahim dan Karpal Singh daripada taatkan perintah ALLAH.
zedmagel said…
Salam Azli,

Saya sangat bersetuju dengan pandangan dan pendapat saudara. Malangnya Melayu itu masih alpa dan leka dengan sikap tamak dan haloba.

Kenapa dengan DAP mereka boleh ? dengan UMNO sebangsa dan segamanya macam susah sangat nak bersatu.

SEAR UMAT MELAYU DAN ISLAM..BERSATU ISLAM DAN BANGSA KITA KUATKAN.
Aslmualaikum.

perpaduan tu mmg dh pkr yg elok
tkda gunanya melawan arus.

cukup2lah.
buang yg keruh ambil yg jernih.

UMNO dan PAS masing2 ada silap
kita duduk semeja dan berbincang.

smpai bila kita nk doakn kemusnahan sesama kita?

balik2 kena batang hidung sendiri.

Islam agama kita
kalau tk kita pertahankan..
siapa lg?

Wallahualm
PAPA GOMO said…
''WARKAH UTK ANWAR DARI RAKYAT MALAYSIA''

KAMI RAKYAT MAHUKAN KEBENARAN
SILA HADIRKAN DIRI PADA
Julai di Mahkamah Tinggi Jalan Duta
USAH TANGGUH2 LAGI

[SMS]
017-2802211
012-9533565
+17037252544(US)

[Email]
anwar.ib@gmail.com
anwar.ibrahim@aicassociates.com
ai55@georgetown.edu

DIHARAPKAN MENGELAK DARI MENGHANTAR SMS YANG BERBAUR UGUTAN DAN ANCAMAN KEPADA TERTUDUH KES LIWAT INI.

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

1 JULAI HARI KEBENARAN

http://www.gomounited.com/2009/06/warkah-buat-anwar-al-juburi.html
Frodo Baggins said…
Semoga terbuka pintu hati TGNA & semua penyokong PAS ... amin. Kita semakin kesuntukan masa. Inilah saat untuk bersatu.

Just My 2 cents

Wassalam
SATU BANGSA KASIHI SEMUA
SUARA RAKYAT said…
Salam Ziarah. Saya mengikuti blog saudara. Ulasan yang menarik.
Dari sehari ke sehari kita berpolemik tentang kerajaan perpaduan, mulanya saya begitu menaruh harapan supaya ia menjadi kenyataan dimana pemimpin Melayu dan beragama Islam boleh duduk semeja berbincang mengenai masalah ummah. Walaupun cadangan ini datang dari Presiden PAS tetapi perkara yang elok wajib kita sokong.

Tetapi terbalik pula penerimaan segelintir penyokong PAS terutama N.Ajis dan Husam 'Chicken Run'. Sanggup melabelkan siapa yang menyokong idea berkenaan sebagai 'boneka UMNO'. Astafirull'ah Alazim....

Kini kegembiraan saya dah semakin pudar lantaran sikap segelintir pemimpin PAS tu, lebih lagi ada syarat yang perlu dipatuhi oleh UMNO untuk berbincang mengenai kerajaan perpaduan ni. Kalau begini la sikap PAS terhadap ideanya sendiri, lebih elok kita tak menyambut salam yang diberikan. Akhirnya UMNO juga yang dipersalahkan.

Lebih baik mereka bergabung selamanya dengan pihak kafir harbi disebelah sana. Kalau kata orang utara, Dah naik cemuih tengok gelagat depa ni....

Kalau mahu juga, suruh Hadi Awang kemukakan dulu apa bentuk kerjasama yang mereka mahukan untuk berbincang dengan UMNO.

Jangan nanti nama UMNO yang jadi busuk pula......
lebai said…
Perpecahan di kalangan orang Melayu harus dibendung. Orang Melayu tidak sepatutnya mempunyai banyak pertubuhan politik. Cukuplah Umno dan Pas wujud. Namun demikian kedua-dua parti besar Melayu ini tidak harus bertelagah sehingga menimbulkan kemelut dan perpecahan yang boleh membawa tragedi ngeri yang mengganggu keamanan dan merugikan masa depan politik Melayu.

Kedua-dua parti politik Melayu ini sewajarnya mengamalkan politik pemikiran rasional walaupun pada hakikatnya politik pada asasnya bertujuan mencari kuasa dan bagaimana menggunakan kuasa itu.
Anonymous said…
adalah lebih baik bergabung dengan DAP yg bukan islam itu drpd bergabung dgn parti yg kononnya islam,tapi tikam kawan dari belakang...msh terasa peritnya bagaimana suatu ketika dulu pas d tendang keluar...umno harus menerima hukum islam seterusnya menepati janji dan setia jika mahu berdamai!
Frodo Baggins said…
Anonymous said...
adalah lebih baik bergabung dengan DAP yg bukan islam itu drpd bergabung dgn parti yg kononnya islam,tapi tikam kawan dari belakang...msh terasa peritnya bagaimana suatu ketika dulu pas d tendang keluar...umno harus menerima hukum islam seterusnya menepati janji dan setia jika mahu berdamai!

June 19, 2009 9:29 PM


---------------------------------


Nampaknya saudara anon penuh dendam dihati. Apa yg berlaku dah jadi sejarah. Kita akan lebih berhati2 di masa2 akan datang. Kalau hidup ni asyik nak berdendam ajer, bila nak kecap bahagia? Berbaik sangka lah sesama kita demi kesatuan ummah!! DAP & UMNO ~ dan anda memilih DAP? Muhahahahha ((gelak sedey neh~))


Wassalam
AKU ANAK GURUN said…
Kerajaan perpaduan saya sokong, tetapi kita tgk di Manek Urai siapa yang jujur dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan ini. sama-sama kita kunjungi kempen di Manek Urai, siapa yang kenaaaaa.
Cheguman said…
Salam Azli:
Adakah Nik Aziz lupa Surah Al-Hujurat, ayat 10.

”Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”

Atau, Nik Aziz tafsirkan 'saudara' itu merujuk pada DAP?
Kenapa UMNO terlalu tergesa gesa menyambut dan mahu mempercepatkan perbincangan kerajaan perpaduan jika itu idea asal PAS.

Sewajarnya UMNO perlu menunggu untuk melihat sejauh mana PAS ikhlas atau sekadar olok2.
Salam Bro Azli...

Sila baca ulasan daripada bekas Mufti Perlis tentang kerajaan perpaduan..

http://drmaza.com/home/?p=635

Semoga kerajaan perpaduan atau perpaduan umat Islam akan kembali kukuh..
Amin..
rakyat biasa said…
Salam sewajarnya sekiranya PAS mahu menjadi satu parti yang berdiri teguh di atas prinsipnya yang tersendiri, yakni menegakkan syiar Islam, mereka harus berani terlebih dahulu bersemuka dengan rakyat, bukan berlindung sahaja di sebalik kekuatan pakatan yang belum tentu menjadi.

Kenapa memandang pada kedudukan yang boleh didapati apabila setia bersama pakatan sekiranya akhirnya, prinsipal - prinsipal yang selama ini diperjuangkan hilang lagi lupus?
hans said…
bilakah benda ini akan menjadi realiti??

Pilihan Pembaca

"Semalam, Saya Menerima SMS daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin."

HENTIKAN SEGALA FITNAH Saya agak tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Ali Rustam semalam, bahawa tidak timbul isu konspirasi untuk menjatuhkan beliau melalui Lembaga Disiplin. Kenyataan tersebut turut disambut oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dengan menegaskan bahawa ahli-ahli UMNO perlu menerima keputusan tersebut, serta memikirkan kepentingan UMNO melebihi daripada kepentingan individu. Yang menarik perhatian saya adalah, terdapat satu mesej yang sangat jelas bahawa apa-apa yang sedang berlaku ketika ini merupakan pertembungan antara "pemimpin UMNO yang berimej bersih VS pemimpin UMNO yang berimej tidak bersih", malah terdapat usaha yang meminta mana-mana pemimpin UMNO yang mempunyai imej tidak baik dan bersih, disaran berehat dahulu daripada politik, serta pikirkan terlebih dahulu kepentingan parti dan kehendak akar umbi. Saya mengucapkan kesyukuran, tatkala Datuk Seri Ali Rustam, mengakui kesilapan beliau dan berharap agar para penyokongnya bertenang dan ...
MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 9 : PEMIMPIN UMNO AL-MUNTAZAR “UMNO telah mengguna pakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.” – Tun Mahathir Mohamad Saya mulakan Monolog Azli Shukri Bab 9 kali ini dengan kenyataan Tun Mahathir yang didakwa oleh ramai pihak bahawa beliau cuba campur tangan dalam mempengaruhi pemilihan dan pencalonan pemimpin-pemimpin UMNO Mac depan. Namun demikian, saya t...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...