Skip to main content

Menjawab Tohmahan Kononnya UMNO Parti Nasionalisme Yang Haram Di Sisi Islam


MENJAWAB TOHMAHAN
KONONNYA UMNO PARTI NASIONALISME
YANG HARAM DI SISI ISLAM


Tahun ini merupakan tahun ke-52 tanah air kita mencapai kemerdekaan. Semua lapisan rakyat, tidak kira agama dan bangsa, telah menikmati kemakmuran dan keamanan, hasil daripada usaha dan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu. Tidak ternilai segala jasa dan pengorbanan mereka itu. Dan bersyukur merupakan sebahagian daripada tanda kenangan kita terhadap perjuangan mereka itu.


Kemerdekaan sama sekali tidak dapat dipisahkan daripada konsep nasionalisme. Iaitu semangat cinta akan tanah air dan bangsa sendiri. Namun demikian, terdapat segelintir umat Islam di negara ini, yang menyalah tafsirkan konsep nasionalisme sehingga ada yang sanggup mendakwa bahawa konsep tersebut merupakan konsep yang bercanggah dengan ajaran Islam. Dakwaan golongan ini adalah mudah, iaitu nasionalisme adalah sama ertinya dengan assabiyah. Mereka berhujah berdasarkan sabda Rasulullah, “bukan daripada golongan kami orang yang menyeru kepada assabiyah, dan bukan daripada kami orang yang berperang atas dasar assabiyah dan bukan daripada kami orang yang mati atas dasar assabiyah.” (Riwayat Abu Daud).


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Rasulullah dengan perkataan assabiyah itu? Apakah assabiyah semakna dengan konsep nasionalisme itu sendiri? Soalan-soalan sebegini harus segera dijawab agar tidak lagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Nasionalisme berasal daripada perkataan Latin natio yang mendukung erti “kelahiran”. Pada zaman ini, nasionalisme sudah diterima sebagai istilah bagi suatu keyakinan politik. Malah daripada kalimah natio itu juga terbentuknya istilah-istilah lain seperti nation (bangsa), nationality (perasaan kebangsaan), nationalization (menjadikan sesuatu harta kekayaan sebagai hak milik negara) dan nation-state (negara bangsa).


Tokoh-tokoh sejarah barat seperti Hans Kohn mentakrifkan nasionalisme dengan agak sempit iaitu, “satu keadaan fikiran yang menyerap ke dalam jiwa segenap masyarakat dan mereka mengiktiraf negara bangsa sebagai bentuk organisasi politik yang unggul, dan bangsa sebagai punca bagi segala kehidupan budaya yang membina dan mengguna kebajikan ekonomi. Oleh itu kesetiaan ulung manusia adalah tertumpu kepada bangsanya, kerana kehidupannya sendiri adalah dipercayai berdasarkan kepada dan dimungkinkan oleh kebajikan bangsanya.”


Ini merupakan takrif golongan yang tidak beriman kepada Allah. Golongan seperti ini menjadikan perjuangan atas nama bangsa sebagai perjuangan untuk mencapai segala-galanya. Sedangkan Islam, konsep nasionalisme diletakkan pada kedudukannya yang sesuai dan wajar, serta tidak terkeluar daripada garis syariat itu sendiri. Oleh kerana itu, Islam sama sekali tidak menolak semua ciri yang terdapat dalam konsep nasionalisme tersebut. Menurut Islam , mana-mana ciri nasionalisme yang sesuai dengan roh dan syariat Islam, maka ia harus diterima, manakala ciri yang terpesong daripada ajaran Islam, maka ia harus segera ditolak. Ada benarnya juga apa yang telah di dakwa oleh bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Muhammad Abdul Rauf, “konsep Barat yang sempit mengenai nasionalisme tidak ada tempat di dalam negara Islam.”


Di Malaysia, terjadinya salah faham terhadap konsep nasionalisme dalam kalangan masyarakat adalah disebabkan oleh kesilapan mereka sendiri, yang memahami nasionalisme di Malaysia sepertimana nasionalisme yang difahami dan ditakrifkan oleh orang-orang barat seperti di atas. Sedangkan nasionalisme yang dibentuk di Malaysia sejak dahulu lagi adalah berasaskan kepada nasionalisme yang dilihat dari perspektif Islam itu sendiri. Kejahilan kita dalam hal ini, hanya mengundang prasangka buruk kepada kerajaan dan sesama Islam.


Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa Dr. Burhanuddin al-Hilmy pernah berkata dalam kongres Parti Islam Se-Malaya dalam tahun 1964, “Biarlah saya mengambil peluang mengingatkan lagi kepada bangsa-bangsa di dunia ini bahawa Melayu itu adalah nama satu bangsa yang mempunyai kebudayaan dan tanah airnya sendiri. Menghapuskan nama rupa bangsa Melayu adalah satu pengkhianatan politik kepada bangsa Melayu.”


Oleh kerana itu, di Malaysia nasionalisme diertikan dan difahami oleh tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dahulu merujuk kepada konsep cintakan tanah air dan bangsa sendiri, di samping perasaan benci kepada sebarang bentuk penjajahan kuasa luar, seperti mana takrif yang terdapat di dalam Kamus Dewan. Mencintai tanah air dan bangsa sendiri merupakan perkara yang sama sekali tidak bercanggah dengan roh Islam itu sendiri.


Golongan yang cuba mengelirukan masyarakat dengan mentakrif bahawa assabiyah adalah sama dengan semangat nasionalisme, merupakan golongan yang cuba merosakkan fikiran masyarakat yang kurang berpengetahuan. Hal ini kerana, Rasulullah telah bersabda ketika seorang sahabat bertanya “Ya Rasulullah, adakah terbilang daripada assabiyah seseorang itu yang kasih akan kaumnya?'' baginda menjawab “Tidak! Tetapi, terbilang daripada assabiyah menolong kaumnya melakukan kezaliman (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah). Perkara ini diperkuatkan dengan satu lagi sabda Rasulullah apabila baginda ditanya oleh Wailah bin Asqah “Ya Rasulullah, Apakah yang dikatakan assabiyah itu?'' Jawab baginda “Bahawa engkau menolong kaummu dalam kezaliman.” (Riwayat Abu Daud).


Cukup jelas sabda-sabda Rasulullah tersebut. Assabiyah adalah merujuk kepada “menolong kaum sendiri dalam melakukan kezaliman”, seperti mana yang firman Allah “hendaklah kamu tolong-menolong dalam mengerjakan pekerjaan yang baik dan janganlah bantu membantu dalam mengerjakan dosa.” (Al-Maidah:2) Malah, assabiyah ini lebih menghampiri makna ta`assub atau fanatik. Hal ini adalah kerana, kebiasaannya orang-orang yang ta`ssub sahaja yang gemar mengikuti kumpulan, kaum atau bangsanya secara membuta-tuli, walaupun sudah jelas kesalahan atau dosa yang mereka lakukan. Hal ini adalah sama dengan PAS, jika para penceramah PAS berceramah dengan mencaci-maki pemimpin dan membuat prasangka buruk kepada pemimpin negara, ia harus ditegur dan bukan disokong.


Dan ini sudah pasti berbeza dengan takrif nasionalisme yang menjurus kepada makna “rasa cinta serta kasih kepada bangsa dan tanah air sendiri” serta menolak sebarang bentuk penjajahan kuasa luar. Ini adalah kerana, Rasulullah sendiri mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada bangsa dan tanah airnya sendiri. Kerana itulah, setelah beberapa tahun Rasulullah dan para pengikutnya berhijrah ke Madinah, mereka mula merasa rindu kepada tempat kelahiran mereka sendiri iaitu Mekah. Rasa rindu mereka bertambah-tambah sehinggalah hajat mereka ditunaikan oleh Allah.


Justeru itu, nasionalisme di Malaysia merupakan nasionalisme yang berada pada garis yang benar dan secocok dengan roh Islam itu sendiri. Seperti mana yang pernah dikatakan oleh Dr Muhammad Abdul Rauf, “walau bagaimanapun, nasionalisme sebagai sentimen yang semula jadi, cinta dan kesetiaan kepada tanah air sendiri adalah konsisten (secocok) dengan semangat Islam dan menggerakkan semangat untuk menghalang penjajah kuasa luar dengan apa cara sekalipun adalah selaras dengan konsep izzah (kehormatan diri sendiri) yang ditujukan Allah dengan firmannya “al-izzah adalah untuk Allah dan pesuruh-Nya dan yang beriman kepada Allah, tetapi orang munafik itu tiada mengetahui.” (al-Munafiqun: 8).


Ibnu Khaldun di dalam kitabnya Muqaddimah memetik sebuah hadis yang bermaksud “Allah tidak mengutus seseorang nabi melainkan dengan kekuatan kaumnya sendiri.” Dalam membincangkan hadis ini, Ibn Khaldun berpendapat bahawa kekuatan kaum adalah penting bagi setiap perjuangan, termasuk gerakan dakwah agama. Menurutnya, jika nabi pun memerlukan kekuatan kaumnya terlebih dahulu dalam menyampaikan risalah Allah, maka sudah tentu, kita sebagai insan biasa amat memerlukannya lagi.


Nabi Muhammad juga pada permulaan dakwahnya dibantu oleh kekuatan keturunan dan salasilah keluarganya yang berasal daripada bani Hasyim. Selain itu, baginda turut dibantu oleh isterinya, Siti Khadijah yang tidak hanya disegani kerana kekuatan perniagaannya, tetapi kerana keturunannya yang dimuliakan oleh penduduk Mekah.


Maka, sekali lagi Nabi Muhammad dibantu oleh “kekuatan kaum” dalam saat baginda menyampaikan risalah Allah SWT Jadi kaum atau bangsa yang kuat amat diperlukan sebagai medium menyampaikan risalah Allah di muka bumi ini. Kekuatan kaum atau bangsa ini tidak mungkin diperoleh tanpa rasa kasih sayang yang ditanam di dalam diri kita sendiri.


Oleh itu, dapat kita perhatikan bahawa, nasionalisme yang mempunyai kaitan dengan semangat kasih sayang dalam mempertahankan bangsa dan negara, harus berpandukan kaca mata al-Quran dan As-Sunah. Menolak seratus peratus konsep nasionalisme, merupakan sesuatu yang cukup malang dan berbahaya. Namun demikian, membiarkan konsep nasionalisme tanpa bimbingan al-Quran dan As-Sunah juga bakal mendatangkan keburukan. Mempertahankan Islam dan memperjuangkannya adalah perkara yang utama, namun mencintai tanah air dan bangsa sendiri juga merupakan perkara yang harus di sisi Islam. Oleh sebab itu, tanggungjawab setiap individu adalah memperkemaskan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan, agar sesuatu penilaian kita itu berasaskan kepada ilmu dan bukannya nafsu.

Comments

silent MP said…
Kupasan yang sangat cantik.

Tahniah.

Saya percaya lawan sentiasa mencari jalan melawan hujah tersebut. Merekakan sentiasa di pihak yang benar(???), agak2nya pening juga ya menjawap..haha

Terus menulis
Anonymous said…
Saya ingin menjawab banyak perkara termasuk dalam posting terdahulu.

1. Ada seorang yang menamakan dirinya Blogger DAP. Cakap macam orang mabuk dan bahasanya seperti si penjual babi di pasar menjual babi. Bercakap seperti loghat cina. Saya tidak faham dia cina atau apa. Tapi saya nak beritahu kalau dia orang Cina, tidak perlu sibuk bercakap soal debat dan perjuangan. Teliti dahulu sejarah siapa anda di Tanah Melayu.

Anda hanyalah kuli dan samseng (kongsi gelap) yang suka bergaduh. Rebut lombong bijih timah. Bila kita nak merdeka, kita beri anda kewarganegaraan dan komprominya hak istimewa orang melayu.

Jadi kalau ada orang cina atau india yang sibuk pertikaikan soal apa yang melayu dapat, tak apa. Tetapi lucutkan kewarganegaraan anda dan pergi tinggalkan bumi Malaysia ini, anda telah mencabuli kontrak sosial. Dalam bahasa kasarnya "Boleh berambus" dan terjun ke laut cina selatan.
Anonymous said…
Menjawab : UMNO HARAM?


Sejak bila dan apa hujah kata UMNO Haram. Adakah kerana umno memperjuangkan nasionalisme? PAS ini sudah nyanyok dan bertambah-tambah nyanyoknya. Tidak boleh membezakan halal haram lagi. Atau dia membezakan ikut sedap cakap dia sahaja. Saya terpanggil untuk menasihati PAS supaya bertaubat dengan keceluparan mulut mereka.

PAS ini hanya tahu bercakap. Pengikutnya pula hanya tahu mendengar. Allah menciptakan manusia dua telinga dan satu mulut supaya kita banyak mendengar dan kurang bercakap. Tapi PAS sebaliknya.

Contohnya dia suka ajak debat. Debat dengan PAS tak ada gunanya. Lebih baik PAS berdebat dengan Karpal Singh tentang pembentukan negara Islam. Atau lebih baik berdebat dengan syaitan yang didakwa boleh berkawan dengan PAS.

Saya suruh semua pengikut PAS supaya berdebat terlebih dahulu dengan isteri masing-masing untuk menunjukkan kejantanan kerana apa yang saya nampak, mereka ini kebanyakannya suka berdebat di kedai kopi tetapi takut dengan isteri ( menyaksikan pengalaman ketika minum di sebuah warung di kubu kuat PAS)
Anonymous said…
Salam sdr Azli dan semua yang beriman.

Memang benar parti-parti politik di Tanah Melayu diasaskan berdasar perkauman i.e. UMNO-Melayu, MIC-India, MCA-Cina. Pengasas2 ketiga-tiga parti perkauman ini menerima "Twisted Cross" dari Queen kerana telah berjaya membawa perpecahan Islam di bumi Tanah Melayu. Syabas utk mereka...Tuhan sahaja yang membalas 'budi' mereka!

Perpaduan Islam melalui Kesultanan Islam dan perundangan Islam telah dimusnahkan oleh British. Masuk pula Raja Berperlembagaan dan perundangan syariah yang mendenda pesalah zina dengan wang ringgit.

Saya amat pasti hukum Tuhan hanya ada 2. Ikuti Jalan Lurus atau ikuti Jalan iblis. Kita cuma diberi 2 pilihan semasa kehidupan.

PAS diasaskan sebagai persatuan ulamak yang kemudiannya menjadi parti politik. Sepatutnya perjuangan PAS hanya merangkumi JIHAD SUCI ke jalan Allah SWT. Apabila JIHAD SUCI terpengaruh oleh kepolitikan acuan Roman maka hancurlah JIHAD SUCI.

Pengaruh dajjal diperkenal semenjak Light turun Penang. Tulisan jawi diromankan. Perundangan Islam di sivilkan. Ekonomi Islam diperbankkan (unsur riba). Rasuah menjadi permainan harian. Sejarah diputarbelitkan.
Kepolitikan assabiyah disemai. Ketuanan Islam dipatahkan dengan 2.6 juta pemberian kerakyatan kafir oleh TAR.

Apa yang nak ditakutkan kepada Illuminati dan Freemasons atau bala tentera dajjal yang menggubah Tanah Melayu dan Islam mengikut selera mereka? Sekiranya JIHAD SUCI diamalkan oleh PAS 100%berpandukan al-Quran dan Sunnah nescaya semua orang beriman akan bersama-sama berjihad dan hancurlah pengaruh dajjal di bumi Tanah Melayu. Balasannya kita semua menuju Jalan yang Lurus dan diredhai Nya.

Saya cuma marah dengan pengaruh dajjal yang dibawa masuk oleh Roman Empire, British Empire, New World Order, Zionis dan gereja Roman Katolik. Mereka semua tentera dajjal yang bersatu dibawah payung iblis. Mereka juga yang telah berjaya menyesatkan pengikut ajaran Nabi Musa (a.s.) dan Nabi Isa (a.s.)dan kini ramai pula pengikut ajaran Nabi Muhammad (s.a.w.) sudah terikut-ikut. Tiga rasul mengajar Jalan yang Lurus.

Cuma saya terkilan dengan perjuangan memecahbelah ummah yang berlaku sesama kita sedangkan kita berpayung di bawah satu kalimah dan hanya bertuhankan Allah SWT.

Semoga semua mukmin sedar sebelum datangnya kiamat dan kita akan kembali berpayung dibawah Ketuanan Islam yang sebenarnya.
insya Allah.

Cuma peringatan dari seorang hamba Allah yang serba dhoif
Qorie Afifi said…
Bukan mereka takut bini...cuma bini mereka yang tak takut dengan mereka hehehe.

Kalau mengikut pada pandangan sdr azli , azli mengatakan bahawa kekuatan kaum itu adalah sebuah medium untuk berpolitik. Jika saya melihat hal ini , saya rasakan bahawa kaum Melayu ataupun bangsa Melayu belum mampu dijadikan medium untuk kita mencorakan warna politik di Malaysia. Bagi saya kaum Melayu amat lemah dari salasilah dari mana Melayu ini wujud.

Dalam Umno agenda kita adalah untuk memenangkan kaum Melayu di tanah air ini dan bagi Pas pula adalah untuk memenangkan Islam di kalangan kaum Melayu. Disini saya nampak ada 2 hal yang berbeza yang seumpama minyak dan air yang kalau disebatikan akan menjadi ilmusi iaitu satu proses yang akan menghilangkan kedua-dua bahan tadi dan akan wujud satu bahan baru.

Umno benar dalam dasarnya dan Pas pula benar dengan dasarnya. Kedua-dua parti mempunyai pegangan yang kukuh untuk berdiri sebagai sebuah parti.

Namun jika PAS mengharamkan dan mengatakan UMNO adalah haram kerana acuan pas memang menolak umno jadi kes ini sama dengan sesetengah golongan yang menolak HALAL dari Jakim. Lalu mereka membentuk halal mereka sendiri...

Kalau Umno haram bererti apa yang diperjuangkan oleh umno adalah haram. Jika umno haram , kemenangan umno juga haram. Kalau kemenangan umno juga haram bererti kemerdekaan yang diusahakan oleh umno juga haram. Jika kemerdekaan umno adalah haram maka kerajaan umno juga adalah haram NAMUN APAKAH PAS TIDAK MENIKMATI KEHARAMAN INI?
Anonymous said…
dato adil :mereka ini kebanyakannya suka berdebat di kedai kopi tetapi takut dengan isteri

Qarie: Bukan mereka takut bini...cuma bini mereka yang tak takut dengan mereka hehehe.

mana satu yang betul?
Anonymous said…
pas takut bini...
umno sayang bini....


perempuan yg belum kahwin pilihlah sendiri....
Anonymous said…
hehehehe...

aku ingat aji bakil

ada satu masaelah...kawen..

1. banyak-banyak...UMNO
2. cikit-cikit...UMNO
3. jarang-jarang...PAS
4. kadddang-kadddang...PAS

jadi pompuan pililah.. nak bermadu atau tak..
azlishukri said…
silent MP - saya akan terus menulis

datoadil - nampaknya dato ambil begitu serius berkenaan blogger bernama DAP dan PAS Sgambut tu.

zaidi - saya suka baca komen saudara, memang jelas pengaruh dajjal banyak mencetuskan perpecahan dalam kalangan kaum muslimin.

Qorie - alangkah baiknya jika PAS dan UMNO boleh mewujudkan kerjasama
Anonymous said…
UMNO dah diberi kuasa selama 50 tahun, tapi kenapa masih mendendangkan ayat 'perjuangan belum slesai' 'melayu masih lemah'. Habis kalau dah macam tu, bagi chance kat PAS pula jadi tunjang pemerintahan untuk menbangun umat melayu dengan roh agama, bukannya dgn semangat ketuanan melayu tu.

DR. NO
Anonymous said…
Kepada Anonymous yang bernama Dr No, janganlah jadikan diri anda sangat bodoh sehingga terlalu berpegang kepada angka 50 tahun. Nak memperjuangkan nasib anak bangsa kita bukan boleh dibuat dalam tempoh singkat. Anda jadi doktor pun bukan dalam tempoh 5 hari.

Kalau beri pada PAS, Cina yang akan berkuasa. Apa tidak ingatkah kita Kepada Parti Yang Pernah di asaskan oleh Dato Onn iaitu Parti Negara dan IMP. Jadi dalam hal seperti ini, PAKATAN tidak boleh memperjuangkan nasib Melayu, hanya UMNO sahaja yang terbukti.
azlishukri said…
dr no - saya ingin bertanya, sudah berapa tahun PAS perintah kelantan? berikanlah kepada UMNO pula.
Anonymous said…
PAS perintah Kelantan 19 tahun tapi tak buat HUDUD pun.Alasan dia Dr.Mahathir tak bagi.Itulah yang dibagitau kat penyokong2 dia.Maka terpekik terlolong la kata UMNO tolak hukum Islam.Tapi bila Hadi Awang kata HUDUD cuma 000.1% je dari hukum Islam selepas menang kat Terenggahu dulu, tup tup terus mereka2 ini diam seribu bahasa. Aku nak cabar PAS, kalau benar2 kamu berjuang untuk Islam, tegakkan
lah HUDUD di Kelantan, pertahankan lah dengan darah dan nyawa biar mati diredahi Allah. Bukan bermandi darah dan mati untuk Manik Urai kerana dah tentu dimurkai Allah....
Oh Me said…
:)UMNO komunis? jauh sangat tu....Musuh yang jauh nampak, musuh yang dekat tak nampak...
lebai said…
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: "Wahai orang Islam, bertakwalah kepada Allah. Hubungkanlah silaturahim antara kamu, kerana tiada pahala yang lebih cepat datangnya dari
pahala silaturahim."
Anonymous said…
Memang layak saudara Azli berdebat dengan Nik Aziz.

Harap-harap Nik Aziz terima.
bioN cREWs said…
" main politik ibarat seperti main bola , ade pihak lawan , ade penonton yg tepuk tangan ( penyokong ), ade juga juri ( pengkritik )...mane yg tak tau sepak akan di halau keluar dewan... hahaha..""
Anonymous said…
Perjuangan UMNO bertunjangkan material. Perjuangan PAS bertunjangkan roh perjuangan. Contohnya, musim pilihanraya, aktivitis PAS sanggup panjat pokok tinggi-tinggi tanpa upah dgn niat panji dijulang. Walhal, sebelah kem UMNO, ada kadar upah pasang bendera tinggi atau rendah. Kalau tak bayar, jadi kalut macam kes di Guar Perahu tempoh hari.

DR. NO
Anonymous said…
Salam Bro azli, tolong kupas sikit pasal "najis" ni..
Tuesday, June 30, 2009
Orang PAS Sembahyang, Orang UMNO Sembahyang.. Tapi Tak Sama...
Nik Aziz tegaskan perjuangan PAS dan Umno jauh berbeza


KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa.


"Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.

"Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.

Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar.

Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.

Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.

"Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.

"Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.

"Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, manusia tidak boleh menutup perbezaan terutama perbezaan mengenai hukum hakam sebagaimana ditegaskan dalam Surah Al-Hujrat.

"Dan jika kamu terdiri dari golongan beriman, sekiranya berdepan dengan perselisihan faham dan berlaku peperangan di antara kamu, maka langkah pertama ialah mengambil sikap berbaik antara keduanya.

"Tetapi sekiranya masih bertelagah juga maka tempat rujukan untuk mencari penyelesaian dan perdamaian antara keduanya ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, peruntukan Persekutuan untuk kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak disalurkan mengikut sepatutnya.

Menurutnya menjadi persoalan apabila wang yang telah diberikan disalur ke Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

"Begitu juga setiap projek yang disalurkan ke Kelantan, keputusan pemilihan kontraktor ditentukan kerajaan Persekutuan," ujarnya.

Mengenai cadangan pembangkang supaya dilantik wakil rakyat Barisan Nasional dalam PBT, kata beliau ia boleh dipertimbangkan.

Bagaimanapun katanya, Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri.

"Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walau pun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja.

"Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik," katanya.

Mengenai dakwaan pembangkang pembalakan di negeri ini dilakukan secara tidak terkawal, beliau berkata dakwaan itu sebagai satu penghinaan kepada Jabatan Perhutanan kerana ia tidak berlaku.

"Ini kerana Majlis Perhutanan Negara yang menentukan catuan dan had tebangan dan kayu balak tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya," katanya. - mj _

Haa... ambik kau UMNO Libas maut dari TGNA... baru ada akai....

Posted by Manjungmari at Tuesday, June 30, 2009
Anonymous said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
Salam Sdr Azli.

Sekiranya diizin Tuhan saudara berdebat dengan Nik Aziz, tolong ingatkan dia bahawa,

Amalan seorang ulamak yang tak pernah tinggal solat dan sentiasa khusyuk dalam setiap rakaat pun tak pasti lagi masuk syurga. Amalan harian yang dibawa malaikat hingga ke langit ke-7 sekali pun boleh dihempas balik ke bumi! Hanya kerana:

"Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui segala rahsia dan isi hati."
Anonymous said…
Banyaknya amalan bukan kunci masuk syurga, tetapi rahmat Allah SWT. Tetapi amalan membawa kepada kerahmatan, tidak beramal menjauhkan rahmat. Berjuang tidak semestinya beroleh kemenangan di dunia ini, tetapi membuka pintu rahmat dan keredhaan dari Ilahi. Berjuang di medan perang tempur ada muslihatnya. Pejuang mesti nampak gagah dan garang. Begitu juga dalam medan tempur politik, ada muslihatnya apabila berdepan mereka yang seagama tetapi bertuhankan nafsu.

DR NO
Ruby said…
Satu benda yg mmg saya tak minat dgn perangai org PAS ni, mereka suka sgt kata org tu kafir, org ni fasiq, org tu biadap, org ni ahli neraka. Suka sgt melabel org. Setiap kali terdengar, rasa meluat sgt2. Mereka kena ubah pendekatan. Tak payah la burukkan org lain utk naikkan saham sendiri.
Anonymous said…
PENGANTAR UMUM PSIKOSEMANTIK
(Buku Ulung Penulis Muda)


Kenapa tiba-tiba Pengantar Umum Psikosemantik. Saya membaca buku kerana menghargai tokoh muda yang punya bakat bagus dalam penulisan. Beliau pernah mewawancara saya dan kemudian saya menemui blog beliau. Maka sehingga kini antara blog yang saya baca ialah blog beliau.

Buku ini sempat saya baca baru-baru ini ketika dalam penerbangan dari Jerman ke Malaysia. Saya membawa buku itu kerana banyak yang menarik tentang perubahan diri. Maka tidak mungkin saya dapat mengulasnya dengan panjang di ruangan ini, namun memadai sekiranya beberapa orang membaca buku ini supaya kekalutan politik dan masalah perpaduan yang kita hujahkan mungkin dapat ditangani.
Orang-orang ini patut membaca buku tersebut:

1. Datuk Seri Najib Tun Razak

2. Dato Seri Anuar Ibrahim

3. Dato Seri Abdul Hadi Awang

4. Dato Nik Aziz Nik Mat

Dan Pemimpin melayu ingin kan perpaduan, kerana buku itu memberi keinsafan.

Bagi masyarakat penulis pula, mereka perlu membacanya supaya majalah yang membosankan dan tidak laku sehingga tidak mampu membayar wang peraduan dapat ditangani. Mereka ialah editor Masyarakat, Ekonomi atau Sastera. Sebabnya sejak majalah ekonomi tidak dikendalikan oleh saudara Azli, majalah itu tidak lebih dari sekadar "sampah".

Buku itu patut dibaca untuk memberi idea dan kesedaran.

Ikhlas

Dato Adil
Cyberjaya.
Anonymous said…
panjang lebar ulasan.. mmg hebat dlm menagkis.. Bagaimana dgn konsep ketuanan melayu??? Adakah ia konsep Assabiyah????????? bnyk Ulama mmbahaskan prkara ini... mungkin Syeikh Maulana Azli Shukri waliyyullah rah. lebih arif dan pandai tntg hal ini... boleh kah tuan menerangkanya???????
Anonymous said…
Dr Asri bks mufti ckp Umno perlu berbalik kpd islam.......mcm mane ni??? xpela......Tahniah kpd saudara krn sentiasa betul. Tahniah.

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius KUALA TERENGGANU 12 Julai — Sebanyak 1,286 pelajar di empat buah Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu berjaya menghafaz di antara satu hingga 30 juzuk al-Quran sehingga Mei tahun ini. Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, 636 pelajar menghafaz antara satu hingga sembilan juzuk, 299 pelajar (10-14 juzuk), 193 pelajar (15-19 juzuk), 115 pelajar (20-29 juzuk) dan 43 pelajar (30 juzuk). “Ini satu kelebihan dan keistimewaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz kerana boleh menghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama Ulasan Saya : 1. Suka saya jika kerajaan meluaskan konsep hafazan al-Quran ini di sekolah-sekolah harian di seluruh Malaysia. 2. Terbukti jika pelajar boleh menghafal al-Quran dengan baik, mereka juga berupaya menghafal fomula-fomula sains dan matematik dengan sangat mudah. 3. Pengalaman saya mengajar di sekol...