Skip to main content

Di Sini Jalan Mula Lurus


DI SINI JALAN MULA LURUS


KUALA LUMPUR 16 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak yakin terhadap keikhlasan Pas berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini. Justeru, Perdana Menteri tetap dengan pendiriannya untuk mengamalkan sikap terbuka dan pada masa sama, bersedia mendengar serta mempertimbangkan apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh Pas. Beliau berkata, pihaknya tidak pernah menolak segala bentuk kerjasama yang akhirnya boleh memberi kebaikan kepada rakyat dan negara. ‘‘Saya pernah menyatakan sebelum ini yang kita bersikap terbuka berhubung cadangan tersebut dan kita juga bersedia untuk mendengar dan menimbang cadangan yang dikemukakan oleh Pas mengenainya (kerajaan perpaduan),’’ katanya yang juga Presiden UMNO.


Ulasan Saya : Saya mendoakan agar PAS dapat melihat keikhlasan Perdana Menteri, dan kembali kepada kehendak al-Quran dan As-Sunnah. Jika benar PAS mahu kembali kepada kitab suci al-Quran, maka sambutlah sikap terbuka Datuk Seri Najib ini dengan ikhlas. Sudah jelas Allah mewajibkan umat Islam bersatu padu dan bersaudara. Perpecahan umat Islam di Malaysia hanya menguntungkan musuh-musuh Allah. Dan PAS harus segera keluar daripada Pakatan Rakyat dan meninggalkan Anwar Ibrahim, itu sahaja jalan penyelesaiannya. Wallahualam.

Comments

Aidy Shahiezad said…
pelik juga apabila dalam usaha menyatupadukan umat islam, segelintir umat islam jugalah yang menjadi duri dalam daging terhadap usaha murni ini...

sesungguhnya terlampau banyak prejudis sesama umat islam masa kini...
Frodo Baggins said…
Cadangan Ustaz Nasha & TGHH ttg UG adalah satu titik tolak kepada penyatuan org Islam & Melayu. Tapi hairan kenapa masih ada yg prejudis dan berprasangka. Tiadakah pegangan atau istilah "berbaik sangkalah sesama manusia" dalm diri mereka w/pun sekelumit?

DSN, U. Nasha & TGHH tlh mmbuka lembaran baru kpd corak politik Melayu di masa hadapan ... kpd ahli PAS & UMNO sendiri ~ kalau hidup dendam x sudah, nak rasa bahagia pun susah ...


Just My 2 Cents

-KucingPembela-

Wassalam
SATU BANGSA KASIHI SEMUA
Unknown said…
salam
sebenarnya DS Anwar takut kalau2 PAS bergabung dengan UMNO kerana akan kuranglah sokongan terhadap PR.
PAS dan UMNO jika bergabung akan membawa satu titik perubahan kepada Melayu dan Islam di negara ini. Kegagalan masa lampau jangan dijadikan alasan kenapa tidak mahu untuk mencuba semula
Anonymous said…
jangan harap aku sokong permuafakatan bodoh korang ni..
Fiwdaus said…
1. Kucing yg u ltk kt atas tu cute.

2. Bg sy ini adalah masa utk umat Islam mula beralih drp pemikiran politik parti kpd politik ummah. Klu org2 cina sudah lama mengundi berdasarkan kepentingan mereka, bkn atas dasar parti, umat Islam juga perlu bertindak dgn cara yg sama. [pjg ceritanya..]

3. Sy percaya TG Hadi x bodoh. Ust Nasha x bodoh. Dewan ulama' pas x bodoh. dewan pemuda pas x bodoh. saya percaya apa shj keputusan yg dibuat adalah berasaskn kepada prinsip2 siyasah syar'iyah yg sgt flexible dgn kondisi setempat dan semasa. Saya juga percaya mereka telah mengambil kira faktor2 dari segala sudut, yg mungkin sbhgnya x dpt dihebahkn kpd org ramai.

4. Sy sering berkata kpd rakan2 sy, PRU12 x dimenangi oleh BN atau PR. tp ia dimenangi oleh nonmuslim. tekanan2 thdp kerajaan adalah drp pihak nonmuslim. tuntutan2 yg dbuat thdp kerajaan kebanyakannya adlh perkara2 yg bleh menggugat kepentingan umat Islam. NGO2 yg agresif kali ini adalah NGO2 yg memperjuangkan perkara2 yg menjejaskan kepentingan umat islam. serba-sedikit, kerajaan mungkin akan tunduk kpd tekanan2 ini krn takut kehilangan undi bukan melayu.

5. Ini berbeza dgn situasi politik pasca PRU thn 99. Pas menguasai pembangkang. isu2 yg dbangkitkn adlh isu2 ummah. kesannya UMNO mjadi makin islamik. sekularism dlm UMNO merudum dgn cukup dahsyat. Peranan menteri di JPM ketika itu mjadi sgt penting. Tun Dr. Mahathir sdiri mengisytihar malaysia sbg sebuah negara Islam. NGO2 Islam menjadi sgt agresif. pd masa itu, gerakan2 dakwah mudah utk mendapatkn fund drp kerajaan. pak lah naik sbg PM dgn membawa idea Islam hadhari. Bg sy inilah pertembungan paling cantik dlm sejarah politik malaysia.

6. Namun, pkr ini x dsenangi masyarakat cina. lalu mereka mengalahkan calon2 pas dan memastikan DAP menguasai pembangkang pd PRU 2004. sbg cth, d parlimen ipoh timor, kerusi2 DUN dimenangi oleh BN tp kerusi parlimen dimenangi DAP. ini jelas menunjukkan bhw org cina mengundi atas kepentingan mereka, bkn atas dasar taasub parti.

7. scr ringkas, berikut adlh bbrp manfaat sekiranya kerajaan perpaduan PAS-BN ini terjadi:

a) lebih 51% drp kerusi parlimen yg dimiliki kerajaan dikuasai oleh org2 Islam.

b) kabinet malaysia akan dianggotai oleh ulama' dan org yg mempunyai kesedaran Islam yg tinggi yg memegang jwtn2 penting. Lalu akan terbentuk gandingan "amanah dan quwwah" (amanah dan kekuatan) dlm kerajaan.

c) pas akan menjadi penentu dlm kerajaan, bkn lg gerakan dan MCA. maka, mereka bleh menjadi kuasa pendesak yg baru.

d) pihak pembangkang akan lebih berhati2 dlm tuntutan mereka. mereka x lg akan membuat tuntutan2 yg akan menjejaskan kepentingan umat Islam. Ini bagi menarik undi2 melayu yg pd ketika itu dikuasai kerajaan perpaduan.

e) yg paling penting, KETUANAN UMMAH lebih terpelihara. dgn cara ini, nonmuslim yg menjadi makin "rebellious" skrg ini mungkin akan kembali tunduk kpd kuasa umat Islam. dgn kata lain, mereka akan menjadi lebih menepati ciri2 "ahludz dzimmah" dlm sesebuah kerajaan Islam.

setakat ini dahulu, waLLahu a'alam.

KETUANAN UMMAH!
Anonymous said…
Pi mampus la ngan ko Anon....
Ingat org heran sangat ngan sokongan ko???? Ceh!!! bebal. Bodoh sombong
Frodo Baggins said…
Anonymous said...
jangan harap aku sokong permuafakatan bodoh korang ni..
June 17, 2009 10:46 AM


**********************************

Anon kat atas ni, buta mata buta hati!!!! "pemuafakatan bodoh"??... entah saper yg bodoh sbnrnya. Mana lagi lahanat, keje sama ngan DAP tu kew kejesama ngan UMNO?? xoxoxooxoxo ~ ni mesti bukan org PAS pown ... ni mesti org "xxx" ..muhahahhahahaha .... ko x sokong, ske ati ko lah ...
azlishukri said…
aidy - saya juga kehairanan

hobbit - biarkan puak2 ni melalak..mereka tak nampak bahawa DAP itu bahaya kepada negara

Firdaus - ulasan yang baik saya setuju.
PAS Segambut said…
aku hairan dgn ameno-ameno ni tak malu nak mintak sokongan pas.. padan muka dah lemah baru sibuk nak kerjasama.. .

HIDUP RAKYAT
HIDUP PAKATAN
MAMPUS Kerjasama bodoh korang ni..
PAS Segambut said…
aku nak bagi warning pada kau zarif budak hingusan.. lepas ni kau jangan sibuk jadi penjilat dan kutuk orang.. poyo...
Anonymous said…
sblm kucing tu cakar muka korang baik korang larikan diri.... kah..kah..
PAS Balik Pulau said…
Aku pun setuju PAS kena tinggalkan Anwar.
PAS Kepala Batas said…
pas balik pulau.. kau bertaubat sikit boleh tak..
PAS Bukit Gantang said…
hidup rakyat hidup pakatan
Frodo Baggins said…
kah kah kah ... pas segambut, bagi warning bagai!!!! muhahhahahhaha ~

Okie seyes sket :-

Pas Segambut. Ini bukan soal siapa yg terhegeh2 dengan siapa. Pemikiran yang dangkal & prasangka.

Aku lagik ske jerit

HIDUP UMNO
HIDUP PAS
NYAH KAU PAKATAN ...muhahahhaha

Just my 2 cents
PAS Segambut said…
hoi hobit frodo.. aku nampak kau kutuk lagi pakatan.. aku sumbat kau dalam lobang cacing..
Pujangga Sinis said…
Kenape susah sangat orang melayu nak bersatu?

Apa prinsip tunjang yang kita pegang sebenarnya?

Agama?
Semua agama Islam...Kalau PAS ada kelebihan dalam agama, bersatu dengan UMNO dan sama-sama naikkan agama kita...

Pemerintahan?
Pemerintahan sekarang bangsa melayu masih menguasai majoriti, kalau UMNO ada kuasa pemerintahan, bersatu dengan PAS sama-sama perjuangkan kemelayuan dalam perpaduan...

Buat apa nak gaduh-gaduh,
Kalau ahli PAS benar alim tentang agama pasti tahu yang umat ISLAM saling bersaudara dan kita perlu berpegang pada tali ALLAH secara berjemaah...
Kalau benar UMNO memperjuangkan kemodenan pasti tahu kemodenan boleh dikecap dengan aman melalui bersatu padu cuma...
Dan kalau benar melayu itu Islam, maka tahulah yang ISLAM mementingkan semuanya, perpaduan, kemajuan, kemodenan dan segala macam kekuasaan, baru boleh jadi khalifah ALLAH...

Wallahualam..
P/s: saya sedih sebab melayu makin tenat dengan perkelahian..anyway abang Azli Shukri, terima kasih sebab mengikut perkembangan blog saya..Mogo Ukhwah terbina kerana ALLAH
Frodo Baggins said…
PAS SEGAMBUT?? KO WAT LAWAK KEW?


MMMMMMMUHAHAHHAHAHAHAHAHA ~~


sedey tgok kau ni. benda baik mcm ni nak ngamux. positif skit. kalau bangsa lain bleh bersatu, naper kita tidak?

PAS KELUAR LAH DARI PAKATAN RAKYAT! ANDA DALAM KELAS ANDA SENDIRI, TP BILA BERSATU DGN PARTI YG MEMPUNYAI PERJUANGAN YG SONGSANG ~ SAYA DAH HILANG RESPECT KAT PAS!!!!

GO UST NASHA & TGHH ... TEGUHKAN PENDIRIAN ANDA. JADILAH SEORANG PEMIMPIN YG AKAN DIKENANG SEBAGAI PERINTIS KEPADA PERPADUAN MELAYU DAN ISLAM DI MALAYSIA!!

PAS SEGAMBUT ~ BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH. KAU NAK KUBUR AKU, SILAKAN ... BNYK LAGI ANAK MUDA DILUAR SANA YG AKAN BANGKIT MENENTANG..

P/S: KALAU HIDUP DENDAM X SUDAH, NAK RASA BAHAGIA PUN SUSAH ..

JUST MY 2 CENTS

-KUCING PEMBELA-
WASSALAM
PAS Segambut said…
hai hobit frodo.. kau memang buat aku hangin.. orang macam kau ni punca perpecahan melayu..
Frodo Baggins said…
This comment has been removed by the author.
Frodo Baggins said…
PAS Segambut said...
hai hobit frodo.. kau memang buat aku hangin.. orang macam kau ni punca perpecahan melayu..
June 17, 2009 2:47 PM

********************************

pulak ~~~~


org cam saya yg sokong "kerajaan perpaduan" antara PAS & UMNO punca perpecahan melayu???

dari aspek mana kau tgok "penyatuan melayu" P.Segambut?? dgn berbalah sesama sendiri?? bergaduh sesama sendiri?? itu ker persepsi kau ttg "penyatuan melayu"??

xoxoxoxooxoxoxo ~
PAS Segambut said…
yang kau tanya aku pasal perpaduan apa hal... kau ni melayu ke apa.. org macam kau ni bila dah tersepit baru nak perpaduan.. pirah.. boleh jalan..
PAS Segambut said…
hao frodo aku tengok dalam blog kau ada gambar babi kucing arnab itik.. itukah perpaduan kau kah....kah.... kah...
Frodo Baggins said…
kakakkakakakaka ... klaka gak ko ni.
muhahahhahaa ... xper Pas Segambut. Kita boleh berlainan pahaman politik, tp gaduh2 camni x bawak kita kemana ... peace wokeh ...

But since, gambo babi montel kat blog aku tu pown ko nak jadikan issue ... aku layan jer ... muhahahhaha !!

Kau lupa, dalam gamba tu ader bbrapa ekor natang .. babi, kucen, itik & arnab .... ske ati kau lah nak letak mana kedudukan ko dlm gamba tu (w/pun gamba tu x maksud apa2 pown)


Kalau natang ni kita leh kumpul duk sesama, naper kita manusia x boleh. sdg kita ada perbezaan pndapat dlm bbrapa issue jer. tp naper akhirnya nak bpecah. And aku x nampak apa2 kesalahan dgn kerajaan perpaduan ni.


(Jgn lupa, yg cadangkan kerajaan pduan ni PAS gak kan ... apsal lak nak kata UMNO/BN terhegeh2??) puk


muhkakakakkakakaa .... peace PS ;)
PAS Segambut said…
aku kasiah tengok kau ni.. sampai gambar babi pun kau kumpulkan dengan binatang lain.. kau bukan tak tau babi tu haram.. bangang juga kau ni sampai tak tau haram halal..
Frodo Baggins said…
Pas segambut, x perlu nak kata kasihan kat aku. Aku tak perlu rasa kasihan dan simpati dari org yg sempit dan dangkal pemikirannya.


USTAZ NASA & TGHH ~ SEKIRANYA ANDA BENAR2 IKHLAS, INSYAALLAH AKAN DIPERMUDAHKAN JALAN BAGI PENYATUAN UMAT ISLAM DAN MELAYU DI MALAYSIA INI. PAS SEGAMBUT, X PERLU TOLEH KEBELAKANG ~ MASA SEMAKIN MENINGGALKAN KITA. JIKA TIDAK SEKARANG, BILA LAGI KITA INGIN MELIHAT PENYATUAN UMMAH??


Pas Segambut ~ kalau hidup dendam x sudah, nak rasa bahagia pun susah ... fikir2kan. andai masih memilih jalan berliku, nyata kau lagi bangang dr bangang ((aku kredit word "bangang" kau sendiri)) ;)

(p/s: lapangkan dada anda. lihat dari semua aspek sblum menjatuhkan hukuman. Biar tersalah memberi ampun dari tersalah menjatuhkan hukum)

Just My 2 cents

-Kucing Pembela-
Wassalam
ikan emas said…
Heran,pelik dan kesian sekali .
kenapa nak buat baik pun orang tak suka. Dah sah-sah mereka ni tak tau nak fikir kot.Tak matang dalam berpolitik.

Melayu dan masyarakat Malaysia ni terkenal dengn budi bahasa..bawa-bawalah muhasabah diri.Kalau benarlah penyokong PAS,fikir-fikir dan semak semula kenapa PAS ditubuhkan dulu,bagaimana PAS-UMNO, kejap nikah kejap cerai,kejap rujuk pastu cerai balik..Kalau beginilah cara orang PAS,takut peyokong makin menjauh!!
Yang rugi Melayu dan Islam.

Saudara Azli/Frodo..
teruskan perjuangan anda.Landaskan dengan budi bahasa.
PAPA GOMO said…
SALAM, DI HARAPKAN SAUDARA DAPAT MEMBANTU SAUDARA KITA SAIFUL BUKHARI DENGAN MENYEBARKAN ARTIKEL INI.

ANWAR JUBURI MEMINTA RAKAMAN,BUKTI DNA,NAMA SAKSI YANG ASAL UNTUK APA??? LAYAKKAH SEORANG TERTUDUH DI BERI SEGALA SENARAI SAKSI??? http://www.gomounited.com/2009/06/rakaman-cctvdnaketerangan-112-saksi.html

ANWAR AL-JUBURI SEDANG CUBA MENGHAPUSKAN BUKTI YANG ADA DALAM KES LIWAT NYA INI!!!
Anonymous said…
Saya amat yakin dan percaya TGHH dan UST NASHA dah fikir semasak-masaknya perkara ini.

Mereka dah nampak bahawa kerajaan pakatan adalah permainan Anwar dan DAP semata-mata dengan menggunakan dan memperalatkan penyokong2 PAS. Mereka sedar Anwar telah membohongi mereka dengan rancangan rampasan kuasa yang tidak menjadi pada 16 dan 23 September 2008.

Mereka juga kenal siapa Anwar sebenarnya kerana gelaran ANWAR AL-JUBURI adalah keluar dari mulut pemimpin PAS sendiri iaitu MAT SABU. Semua Pemimpin PAS, Penyokong-penyokong dan ahli-ahli PAS tahu kerana mereka pernah mendengarnya dari mulut MAT SABU.

Dan apabila rancangan 16 dan 23 Sept 2008 Anwar gagal yang sebelum itu telah pun diramal oleh TGHH dan Mustapha Ali, keyakin mereka terhadap Anwar makin terhakis.

Apatah lagi dengan tindak tanduk Anwar kebelakangan ini menambahkan lagi rasa curiga mereka kepada penasihat PKR ini. PAS yang selama ini bersatupadu telah mula menunjukkan perpecahan sesama sendiri angkara permainan Anwar melalui agennya didalam PAS Kamaruddin Jaafar, Husam Musa, Nizar dan lain2.

TGHH dan UST NASHA walaupun orang politik tetapi mereka juga adalah ulama yang tahu hukum hakam. Mereka tahu bahawa hidup di dunia ini adalah sementara dan akhirnya akan kembali ke tempat yang kekal dan akan dipersoalkan segala kerja buat di dunia ini.

Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya dan mungkinkah ini hidayah dariNYA kepada kedua mereka sebagai jalan untuk menyatupadukan ummah.

Sebagai orang Islam, saya menyambutnya dengan hati yang amat lapang. Saya bermohon pada MU ya Allah semoga menjadi kenyataan.AMIN!
rakyat biasa said…
Salam buat pembaca sekalian. Ini hanya sekadar pandangan & pendapat. Harap maaf andai ada yang terasa tatkala membacanya.

Pertama sekali, kenapalah ada mereka - mereka yang tak faham yang Malaysia ni negara demokrasi? Kalau ada orang Pas menyuarakan pandangan nak bersatu dengan UMNO, apalah salahnya? Dia bersuara, mengutarakan apa yang dia fikir. Dan MAKSUDNYA jugak dia ni berani. Tak berselindung dan tak hipokrit.

Selain itu, mesti jugak dia sudah fikirkan hal ini sedalam - dalamnya sebelum dia menyuarakan apa yang dia rasa. Mesti jugak ahli Pas itu sendiri sudah tahu apa yang akan berlaku seterusnya sekiranyan umum tahu pendapat beliau. Bila dia dah berani gini utarakan apa yang dia rasa, maksudnya dia bersedia hadapi segalanya. Tohmahan, pujian, dan apa jua. Seterusnya menunjukkan yang dia memang pejuang politik sebenar. DAN DIA BERANI!!

Lagipun, apa salahnya kalau mereka yang berbeza ideologi itu bersatu sekiranya setiap mereka itu mempunyai matlamat yang sama??? Rasanya, bila makin banyak idea serta pendapat juga pandangan yang ada, makin kita tahu kan langkah mana satu paling sesuai! Takkanlah ini pun nak kena ajar? Rasanya budak darjah satu pun tahu.

Dan buat seseorang kat dalam nih, nampak sangat ketidak matangan beliau. Lagi matang budak - budak hingusan yang wujud kat Malaysia ni. Cakap babi haram, ya memang benar. Tapi takkan tengok babi pun boleh haram?? Inikan lagi letak gambar babi. Aduhai, babi itu hanya haram dimakan dan disentuh, bukan haram ditengok atau dilihat!

Dan cukuplah perbalahan ini semua. Tua muda lelaki perempuan hentikan. Kita nak bersatu bukan?? Dahulu Malaysia ni namanya Tanah MELAYU. Elok sesangat orang Melayu kembali bersatu seperti suatu ketika dahulu.

Terlupa pula, saya tak kisah tentang ini semua. Cuma satu saja saya nak katakan, elok juga orang Islam Malaysia ni bersatu. Sudah cukuplah saudara - saudara kita di Asia Barat dibunuh secara terang - terangan tanpa ada sebarang tentangan dan halangan pun. Ingatlah, perjuangan politik memang penting, tetapi perjuangan AGAMA lagi penting dan benar!!!
Ruby said…
Mmg elok dan cantik sgt jika PAS dan UMNO bersatu. Tak dinafikan, kedua2 parti ini tak perlu berpakat dgn musuh2 Allah(seperti yg saudara nyatakan). Jadi PAS mestilah membuang DAP dan PKR serta UMNO mestilah membuang MCA dan MIC. Kita lihat mcm mana hasilnya.
salam hormat saudara azli.

Pilihan Pembaca

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca