Skip to main content

DAP 2009 : Replika Anak Syaitan


DAP 2009
Replika Anak Syaitan


KUALA KRAI 19 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap lembaran baru hubungan UMNO dan Pas dapat dimulakan segera demi kepentingan umat Islam dan keharmonian negara. Katanya, perbincangan awal berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan membuka tirai ke arah persefahaman bagi merapatkan hubungan dan menjalin kerjasama walaupun hasilnya belum dapat dijangkakan. Beliau menegaskan, soal pengalaman lalu yang mencetuskan persengketaan, menimbulkan dendam dan keraguan sebilangan pemimpin Pas perlu dilupakan ketika keadaan perpecahan umat Islam kini membimbangkan. “Bagi saya itu tidak sepatutnya menjadi halangan. Sebagai umat Islam, kita digalakkan bermaaf-maafan. Itu zaman lampau, kini dalam kepimpinan baru dan situasi baru.


“Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula kita manusia. Bagi saya ia bukan suatu halangan. Kita boleh menggerakkan permulaan baru yang akan memberi lebih banyak faedah kepada umat Islam dan bukannya untuk diri kita,” jelasnya. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, Manek Urai dekat sini hari ini. Pada majlis itu, beliau menyampaikan waran peruntukan Belanjawan 2009 sebanyak RM1.5 juta untuk menaik taraf sekolah-sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai.


Muhyiddin berkata, cetusan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan atau usaha menjalin kerjasama oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat oleh UMNO sebagai selaras dengan tuntutan Islam dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Sehubungan itu, katanya, UMNO tidak menolak perpaduan dan menyifatkan ia suatu permulaan yang baik, malah sedia berbincang dengan Pas biarpun parti itu mengenakan pelbagai syarat.


Ulasan Saya : Jika keikhlasan UMNO masih menjadi tanda tanya kepada PAS berhubung isu kerajaan perpaduan, maka saya syorkan beberapa perkara kepada PAS untuk memastikan sama ada UMNO benar-benar jujur atau sebaliknya dalam isu ini. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :


1. Kembali kepada perintah Allah di dalam surah Al-Hujurat, ayat 10 yang bermaksud :

"Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”

Kita mahu seluruh ahli PAS kembali menghayati ayat ini, termasuk Nik Aziz (itu pun jika benar kita mahu mengikut Al-Quran).

2. Seluruh ahli PAS termasuk Nik Aziz, Ahmad Awang, Harun Din digesa melakukan solat Istikharah bagi mencari jawapan berkenaan persoalan kerajaan perpaduan, sama ada ia baik di sisi Allah atau sebaliknya. Malah, jika mereka sebelum ini sering melakukan solat hajat berkenaan isu Anwar Ibrahim, mengapa pula isu kerajaan perpaduan ini tidak boleh dilakukan solat Istikharah bagi mencari jawapan secara terus daripada Allah SWT? Mohon seluruh ahli PAS melakukan solat Istikharah serta diimankan sendiri oleh Nik Aziz.


3. PAS diminta bertanyakan fatwa kepada Syeikh Yusuf al-Qordhawi sama ada baik atau pun tidak berkenaan umat Islam bersatu padu dalam konteks Malaysia, apakah baik atau pun tidak di sisi Islam jika UMNO dan PAS bersatu padu demi Islam dan umat Melayu. Cuba bawa Yusuf al-Qordhawi ke Malaysia dan minta fatwanya dalam isu ini. Kita tengok, sama ada PAS masih mahu mendengar fatwa Nik Aziz dan Karpal Singh atau pun mahu mengikut fatwa daripada Yusuf Qordhawi (itu pun jika kita ikhlas kerana Allah).

Comments

Cheguman said…
Kepada sesetengah pemimpin PAS yang masih ragu-ragu dengan keikhlasan UMNO (padahal idea asal ialah drpd Presiden PAS), maka tidak perlulah mereka mempercayai pemimpin UMNO itu. Cukuplah sekadar memikirkan apakah kebaikan daripada perpaduan itu kepada ummat Islam di Malaysia.
PAS Segambut said…
ini la blog paling busuk dan kotor...tutup saje la Azli
Anonymous said…
nak perjuang apa lagi? UMNO nak hancur dah. ko nak perbodohkan pembaca blog ko ni? yg baca blog ni semua bodoh.
bERANIKAN hATI said…
Salam Azli,
Yang tak nak kan perpaduan ini adalah sekutu syaitan. Merek rela melihat Melayu dan Islam hancur, tanpa mereka sedari DAP dan bangsa lain telah mempergunakan mereka untuk memecahbelahkan bangsa Melayu dan Islam yang mereka sendiri sebahagian dari padanya yang agama yang mereka anuti. Malang sungguh apbila 2 Melayu bodoh ini di 9:18PM dan 9:19PM tidak sedar akan perbuatan mereka sendiri. 2 Nama dari orang yang sama ni - dia nak tipu siapa? Dia ingat org lain bodoh macam dirinya itu? Teruskan Azli, saya menyokong saudara ~ braveheart
myQza said…
Mana tuan azli tau PAS belum buat solat Istikharah???
silent MP said…
Mereka (pas segambut n the geng)cukup takut dengan blog ni..

Terus menulis Saudara..
Cik Cookie said…
Isu yang berat. Cik Cookie pun xberani nak ulas.
Koboi BM said…
Yen na dey ! Islam semua saudara tapi selalu kurung dalam ai es ey orang islam juga. apa saudara sama saudara pun mau kurung ka? dulu musuh no 1 adalah dadah , skerang kalu tukar itu musuh dari dadah jadi dedah wokey ka? Dedah...musuh no 1 negara ! itu pasal lah kerejaan perpaduan mesti sembang lama-lama baru boleh bikin punya. Saya satu saja minta...mesti tukar nanti DEDAH MUSUH NO 1 NEGARA. kalo itu macam punya tukar , itu soel kerejaan perpaduan baru boleh kasi jadi.
Aney azli....saya cakap betul-betul punya isu la..ini isu kerejaan perpaduan Umno saja reka saja mau ambil hati orang MANIK URAI ada betoi ka? Ini isu Umno mesti main sama pengundi : Tengok2 ...kita warang suda mau gabung ini kerejaan jadi perpaduan tapi FAST punya org la tarak mau...bukan tarak mau ...tarak percaya pun ada la ney...
ney...tosei sama capati mana boleh duduk dalam satu mangkuk ney..satu cepat kembang...satu lambat kembang...nanti dalam perut berentam pula..
Wokey ney nha...romma nandre ney...ini isu banyak tipu la..tarak boleh jadi punya la..buat rakyat sibuk saja.....mana boleh jadi ini macam....jgn tanya yusof ghadawi ney ..better tanya sama hud-hud lah ney...
Anonymous said…
SEMOGA KITA SENTIASA DIBERI PETUNJUK OLEH ALLAH.

KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM DI MALAYSIA.

PERSAUDARAAN ISLAM TERAS KEKUATAN UMMAH.

AYOH..
MARILAH KITA BERSATU..
MASING-MASING HULUR TANGAN DAN MAAF BERMAAFAN.

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA HIDUPKAN SUNAH NABI DAN PENGHAYATAN AL-QURAN
DIBUMI MALAYSIA.


Adam Amin
Kg Jerlun
Kedah
Dalam politik, puak UMNO dan PAS guna label Islam untuk tarik pengundi, mereka bukan pengamal Islam sejati, semuanya kosmetik - sedangkan (hasilnya) hakikatnya mereka berpecah.

UMNO masih teraba raba dengan apa perubahan yang kena dibuatnya dan cukup terdesak mencari pengaruh dan undi. Apabila idea 'kerajaan perpaduan' tampak sedikit cahaya menyelamatkannya - UMNO meluru nak peluk PAS macam nak gila..

PAS pula dalam pertengahan pengaruh dan kuasa tetapi belum cukup kuat untuk menerajui, masih jadi pak turut, masih jadi boneka lantas dilihat kerajaan perpaduan dengan UMNO yang lemah mampu merealisasikan cita cita menjadi sebahagian kerajaan (maksudnya menjadi pak menteri).

Kesimpulan, kedua duanya cuba menggunakan antara satu sama lain dengan alasan demi Melayu dan Islam - alangkah basi dan meloyakan saranan sebegitu, dah biasa dengar pemimpin bercakap macam tu bila terdesak.

Dalam PAS, Nik Aziz berada di kemuncak kerana memerintah Kelantan sebagai MB walaupun hanya pegang Mursidul Am PAS berbanding dengan Presiden yang cukup sekejap memerintah Terengganu (dengan begitu banyak kesilapan-gelojoh).

Kerajaan Perpaduan akan reda jika Nik Aziz ditawarkan satu peranan tertinggi dalam kerajaan dan parti. Itulah hawa manusia.
abdullah said…
saya rasa isu perpaduan ini tidak menjadi masalah.

berdasarkan pemikiran saya, pihak pas tidak perlu pertikai ttg kelemahan pimpinan umno yang sebelum ni. mmg tidak bole dinafikan ttg itu. bila dah bersatu padu, masing2 tegur la jika ada yang salah atau tindakan yang tidak sepatutnya berlaku. jika nak kata pemimpin umno ni byk kelemahan, so korang yang duk satu meja lepas ni masing2 bantu la nak kasi baikkan keadaan. bukankah itu lebih baik dari duk kutuk sesama islam. memburukkan keadaan dan menambah dosa diri sendiri adalah! sebab orang macam andalah orang memandang parti itu hina.

cubalah untuk membaikkan keadaan, jgnlah hanya tahu bercakap.

saya suka pendapat adam amin dan kluangman, kita ada kelebihan masing2 dan ada kelemahan masing. apakata kalau kita gabungkan kelebihan kita tu dan hapuskan segala kelemahan tu untuk sama2 membangun.

'jika aku ada satu epal dan kau ada satu epal, lalu kita tukarkannya. masing2 masih lagi mempunyai satu epal. namun jika aku ada satu ilmu dan kau juga ada satu ilmu, lalu kita tukarkannya, masing2 mendapat 2 ilmu. fikirkanlah'.
Apache said…
teruskan saudaraku..jangan terpengaruh dengan syaitan yang bertopengkan manusia..
rakyat biasa said…
salam ya saudara azli.
teruskan hujah - hujah anda.
jangan takut sampaikan serta lahirkan pendapat anda. ini tidak salah lagi tidak selagi anda tidak terpesong dari undang - undang negara mahupun agama.

dan buat para pembaca blog yang menggelar blog ini busuk lagi kotor juga isinya bodoh, saya ingin bertanya, sama ada benarkah anda berfikiran sedemikian???

ATAU ANDA HANYA TAKUT PADA KEBENARAN YANG SEMAKIN NYATA TERNAMPAK??
Anonymous said…
Malu ngan sikap melayu yang ada otak takda akal macam PAS Segambut ngan anjing kat bawahnya yang hanya tau menyalak.

"yg baca blog ni semua bodoh'

Ayat diatas ditulis oleh orang terbodoh antara yang bodoh.

Kalau dah tau UMNO tu lemah dan nak hancur kenapa takut sangat ngan UMNO..benda yang lemah tak membawa kesan apa apa jadi takyah la sibuk sangat pasal UMNO,buat kerja sendiri,kukuhkan lu punya parti...takan tu pun nak diajar...

Yang sebenarnya PAStu yang dah nak hancur,dah porak peranda,pemimpin ngan pemimpin pun dah mimpi lain lain.

Kepada orang Melayu yang masih ada akal cuba fikirkan seketika apakah jalan kebaikan yang dibawa oleh UMNO.

Kepada orang UMNO ingatlah bahawa UMNO itu masih kuat dan semakin gagah sebab tu la orang PAS dah mula mengelupur macam cacing kepanasan.

Sebab tu tuhan dah tunjukkan kelemahan2 dan kerakusan pemimpin PAS yang bertopengkan agama.
rakyat biasa said…
salam bocah kampung.
saya setuju dengan apa yang saudara sampaikan.

sesungguhnya pas segambut hanya tahu memaki - maki sahaja bagai orang tidak matang lagi tak berfikiran rasional. jangan anggap suatu isu melibatkan agama yang bila dibincangkan secara elok dan baik boleh diperkotak - katikkan.
Ashley Ahmed said…
Anonymous said...
nak perjuang apa lagi? UMNO nak hancur dah. ko nak perbodohkan pembaca blog ko ni? yg baca blog ni semua bodoh.

JUNE 20, 2009 9:19 PM

Salam,

Klu mcm tu ko pun sm la hehehe.

Saudara,
Teruskan perjuangan demi Islam.
Anonymous said…
Hanya SYAITAN yang menentang perpaduan ummah dan tidak suka melihat umat Islam bersatu. Nilailah diri anda wahai PAS Segambut.

Walaubagaimana pun saya tetap mendoakan semoga saudara diberi Allah petunjuk ke jalan yang benar sebab saudara itu orang Islam.
Ruby said…
UMNO itu sendiri makin lemah sejak dipipimpin Pak Lah. Walaupun nampak semakin baik selepas Najib naik, tapi tetap sukar utk kembalikan kepercayaan org2 Melayu.
Bila isu kerajaan perpaduan timbul, UMNO ambil kesempatan ini utk yakinkan org2 Melayu bahawa UMNO masih ada niat dan kesedaran utk berada di landasan agama. Walaupun PAS belum berpadu dgn UMNO, tapi aura PAS itu telah mendatangi UMNO. Sehingga di kaca tv, UMNO dilihat sedang benar2 ingin dibantu oleh PAS utk kembali kpd agama.

Kalau pun PAS masih ragu2 dgn keikhlasan UMNO, sekurang2nya masyarakat melayu yg menonton tv akan mula membentuk perspektif baru terhadap UMNO. Org2 Melayu mula yakin dan terharu dgn keikhlasan UMNO yg digembar gemburkan oleh media.

Tetapi apa pula muslihat politik bagi pihak PAS? Saya rasa mustahil PAS bertindak tanpa sebab. Pasti ada sesuatu disebalik isu kerajaan perpaduan ni.
Koboi BM said…
Morning all...
Saya sekali lagi cakap wokey ka? bodoh ka trak bodoh ka sama saja...mana ada orang semua dia pandai ..betui ka? bodo2 kita pun ...kita boleh baca ini bloq tp pandai punya worang ckp saja kuat ,,kerja tarak boleh bikin. PAS mcm mana mau perintah ini negara. Sudah byk tahun PAS hidup di negara tercinta ini tapi pejabat pas kawasan pun tarak boleh buat. ini mcm kalu...kita juga takut...pas punya org semua kerja di rumah saja..pejabat cawangan pun tarak boleh buat , pejabat pas kawasan pun rata-2 tarak ada...negeri punya pejabat pun kadang2 ambil itu sekolah agama punya. apa ini macam punya worang boleh tadbir ini malaysia ka?apa Islam tak boleh kasi maju sikit ka..bukan mau sekular ini islam tapi ini part kena kasi serupa dakwah juga. donia punya worang tengok islam pas punya cukup takut...cukup worried punya. Pas selalu kutuk worang pakai songkok hitam tapi itu hassan al bana pun kita tengok pakai songkok hitam juga tp pas punya org selalu tutup ini hassan albana punya photo...ada percaya ka?
azlishukri said…
cheguman - saya sependapat

pas segambut - saya fikir tak perlu lah saudara terlalu celupar

beranikan hati - saya sokong

ted - jika benar PAS sudah buat solat istikharah, mereka pasti akan menghebohkannya di dalam harakah

silentMP - mungkin juga

koboi BM - kadang kala kita perlu berprasangka baik

kluangman - dulu nik aziz pernah setuju untuk adakah kerajaan perpaduan

rakyat biasa - terima kasih atas sokongan tuan

bocah kampung - memang blog ni selalu kena ganggu

junah - terima kasih
Anonymous said…
SALAM ZIARAH
KEMELUT DALAMAN PAS SEMAKIN KUSUT. PAS SEMAKIN HANYUT. KEMUDI BKN LG DI TGN HJ HADI TP NIK AJIS. BUKAN KAH NIK AJIS YG MENGENDALIKAN SEGALA FATWA DALAMAN PAS? DIA JUGA SEORANG SPIRITUAL LEADER YG DI AGUNG2KAN OLEH SEBILANGAN PENYOKONG PAS YG TAKSUB.

MALANGNYA CIRI2 BAWAAN ISLAM BELIAU SEMAKIN MENYIMPANG DARI PERJUANGAN ASAL. YANG NYATA SEBAHAGIAN PENYOKONG PAS MMG TAK BERPUAS HATI DGN TINDAKAN KETERLALUAN NIK AJIS APABILA SECARA TERANG2AN MEMBIDAS NAIB PRESIDEN PAS DISUSULI DGN KATA2 YG TAK SEPATUTNYA KELUAR DR MULUT SEORANG MURSYIDUL. INI MENGGAMBARKAN BAHWA BELIAU BKN SEORANG YG ULAMA YG BAIK ATAU TERLALU SUCI..WALLAHUALAM
AKU ANAK GURUN said…
Bagi saya PAS dan UMNO biarlah mcm sekarang kerana apa. Pembelaan UMNO untuk Umat Melayu telah jauh larinya.

1. Felda. Asas penubuhannya, untuk memberi tanah pada orang melayu yang tidak mempunyai tanah, menaikkan taraf ekonomi melayu bukan untuk mengayakan FELDA.

2. Pekerja Melayu Ladang Felda, bila tua mereka nak kemana.

3. Rumah murah kerajaan yang didirikan oleh SPN Orang melayu yang tidak mempunyai slip pendapatan bulanan tidak layak memohon Rumah tersebut. Ada Rumah yang didirikan kerajaan tidak boleh memohon pinjaman Bank Geran tidak ada.

4. Orang melayu ramai yang tidak mampu membuka akaun PTPTN kerana pendapatan tidak menentu. Bagaiman anak nak U.

5. Jika ingin membela melayu kenapa Kelantan diketepikan UMNO, Kelantan adalah Negeri paling ramai orang Melayu.

Masih banyak lagi jika kita nak mempertikaikan UMNO dan pembelaan Umat Melayu. Jangan anggap melayu manusia subsidi. Orang melayu hanya ingin sebuah rumah, sedikit tanah dan perhubungan yang mudah. itu pun dianggap dimanjakan oleh sebahagian Pemimpin UMNO. Jika saudara ingin berjuang untuk melayu ubhlah sistem Felda ke Asal, PTPTN kembali asal jika pelajar yang cerdik tidak perlu bayar (3.0 keatas ). Kemudahan rumah murah seperti dulu. selesai ini semua baru anda boleh cakap UMNO Perjuang hak Melayu. Terima kasih.
paikankb said…
salam saudara,
Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada saudara di atas cadangan yang saudara berikan. Cuma pada saya biarlah kita berdoa agar segala benda yang baik akan terus baik. Andai wujud tiada ketelusan dalam perancangan ini semoga Allah memberikan petunjuk dan begitulah sebaliknya. Hormatilah pandangan seseorang itu sekali pun teramat sakit untuk kita terima, biarlah kita menegur dengan cara berhemah kerana kita punyai akal dan fikiran...
Salam bahagia bro Azli-san yang amat di segani,sory le lama tak memberi Pandangan blok bro ini kerana saya berada di luar negAra.tapi blok u sentiasa aku ikuti. aku menyokong penuh pandangan bro. Kita ni perlu bersatu demi agama , bangsa, negara dan anak cucu kita. Bagi aku bro, semua umat Islam di Malaysia ni perlulah bersatu dalam semua segi tidak kira parti mana yang penting pengikutnya beragama Islam, barulah boleh menjadi seperti zaman andalusia. Kekuatan kita umat Islam akan goncang dan akhirnya kecundang kalau tiang keimanan kita tidak kuat.Aku mengharapkan agar akan berlaku satu rahmat daripada ilahi di negara kita ini.PAS dan UMNO bersatu, maka akan habis larilah semua hantu - hantu pengkhianat bangsa.YA ALLAH HAMBA MU YANG HINA INI BERMOHON PADAMU AGAR SELAMAT KAN LAH ANAK CUCU KAMI DAN PELAYAR BLOG INI TERUTAMA KEPADA ANAK CUCU DIMANA BAPA MEREKA YANG CELUPAR SEMASA MELAYARI BLOG INI, SUKA MENGATA ORANG AGAR MEREKA DI JAUHI API NERAKA DAN MENDAPAT KEREDHAAN MU YA ALLAH. BERSIHKAN LAH HATI MEREKA DAN BERIKAN LAH HIDAYAH MU KEPADA MEREKA . AMIN YA RABBI ALAMIN.

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw