Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Dari Kuala Kangsar Ke Bukit Gantang

Dari Kuala Kangsar ke Bukit Gantang Saya terpanggil bagi menjawab beberapa tuduhan liar Datuk Seri Nizar di Kemunting semalam, dengan mendakwa bahawa rakyat di Bukit Gantang harus menolak BN beralaskan kepada beberapa alasan tersebut : 1. BN/UMNO mengamalkan politik perkauman. 2. BN/UMNO mengugut rakyat. Kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Nizar semalam begitu jelas menggambarkan kegoncangan hati dan emosi beliau selama ini. Saya sangat berkeyakinan bahawa Nizar merupakan seorang yang baik - tetapi malang kerana terpengaruh dengan gaya politik PAS selama ini, akhirnya beliau menjadi kasar serta terikut-ikut dengan rentak dan gaya pemimpin PAS yang lain. Benarkah UMNO mengamalkan politik perkauman? Jawapannya mudah UMNO hanyalah sebuah parti yang percaya bahawa asal Malaysia ini adalah hak orang Melayu, lantaran itu terkandung di dalamnya beberapa hak yang harus ada kepada penduduk asalnya. Dan UMNO hanya mempertahankan hak bangsanya sahaja. "Hak" bermaksud kepunyaan wajib ...

Mahathir Belum Mati

Do You Still Remember Me? Pada hari ini, semua suratkhabar perdana menyiarkan gambar Tun Mahathir berdiri bersama-bersama dengan saf kepimpinan baru UMNO yang dilantik oleh para perwakilan, dan seluruh rakyat khususnya orang-orang Melayu dengan secara tiba-tiba "dikembalikan" semangat mereka untuk bersungguh-sungguh memenangai ketiga-tiga pilihan raya kecil yakni di Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau. Ribuan penyokong UMNO dan BN mengiringi calon BN di Bukit Gantang, iaitu Ismail Safian ke pusat penamaan calon - rasanya belum pernah semangat sebegini rupa yang ditonjolkan oleh para penyokong UMNO dalam mana-mana pilihan raya kecil - malah tidak syak lagi , BN mampu merampas kembali kerusi parlimen tersebut. Jelaslah, kehadiran Tun Mahathir di Persidangan UMNO semalam , dan janjinya untuk kembali kepada UMNO, sekurang-kurangnya telah menyunting semangat baru dalam kalangan ahli UMNO, untuk melihat parti tersebut kembali pulih dan bertenaga semula, malah untuk seketi...

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...

Tan Sri Muhd Muhammad Taib mendahului kiraan undi?

Khabarnya Tan Sri Muhd Muhammad Taib mendahului undian - sama ada benar atau pun tidak, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Kita berdoa agar Tan Sri Muhyiddin menang. Inilah tinggal harapan terakhir. Wallahualam.

Di Sini Jalan Mula Bengkok

Di Sini Jalan Mula Bengkok Saya terpanggil untuk sekian kalinya bagi memberi pandangan terakhir berkenaan kemenangan Khairy Jamaluddin, sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia - saya tegaskan tidak timbul soal untuk tidak menerima keputusan tersebut, kita harus akur akan kehendak "perwakilan". Hakikatnya itu semua telah tertulis sebagai takdir. Ini semua orang tahu. Tidak perlu dipertikaikan. Namun demikian, sesuatu yang berlaku pasti ada sebab musababnya - itu adalah sunnahtullah. Kemenangan Khairy merupakan simbol kepada beberapa perkara yang akan saya senaranaikan di bawah ini. (Senarai ini adalah hasil daripada SMS serta komen yang penulis terima sejak tengah malam semalam sehingga pagi ini) 1. Akan muncul api fitnah yang dahsyat kepada UMNO secara berterusan, dan tidak mungkin mampu dipadam lagi. 2. Akan berlaku perpecahan dengan apa yang saya istilahkan sebagai natijah daripada tidak yakin terhadap sistem pemilihan UMNO. 3. Menjadikan masyarakat semakin membenci dan menuduh ...

Terima Kasih Para Perwakilan

Terima Kasih Para Perwakilan Akhirnya, kebenaran sudah mati - dan kehancuran UMNO berada di hadapan kita semua. Tahniah Khairy, dan Tahniah semua perwakilan. Semoga kesilapan ini akan menyedarkan kita semua. Sesungguhnya memang benar - kita masih belum mahu insaf dan bertaubat, kita masih mahu berkiblatkan wang dan kepentingan diri. Selamat maju jaya kepada Pemuda UMNO Malaysia. Akhirnya, kita dapat jua seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sudah pun didapati bersalah terlibat dalam politik wang. Apa-apa pun sebagai ahli Pemuda saya akur dengan keputusan tersebut, namun demikian saya tetap berasa malu mendapat seorang Ketua Pemuda yang jelas terlibat dengan politik wang, setelah Lembaga Disiplin UMNO membuktikannya sebelum ini. Malu melihat cara dan gaya para penyokong Khairy yang seolah-olah begitu bongkak dan bangga dengan kemenangan yang penuh diselubungi dengan rasa curiga dan sangsi. Semoga kebenaran akan terselah jua akhirnya. Wallahualam.

Kiraan Undi : Khairy Mendahului?

Khairy Mendahului? Khabarnya Khairy Jamaluddin mendahului persaingan dari segi pengundian di PWTC, sama ada benar atau tidak, hanya Allah sahaja yang tahu, namun demikian pengiraan undi masih berjalan. Apa-apa pun, kita tetap berdoa agar Allah selamatkan UMNO. Dijangkakan keputusan akan diketahui pada jam 9 malam ini. Jika benar Khairy menang, nampaknya kita tidak mengambil pengajaran daripada apa-apa yang telah berlaku kepada UMNO selama ini. Wallahualam.

Di Sini Tiada Jalan Bengkok

DI SINI TIADA JALAN BENGKOK Apabila Datuk Seri Najib menyatakan bahawa, Pemuda UMNO harus "Berani Berubah" dan menyebut nama mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad - begitu kuat tepukan yang diberikan oleh perwakilan semalam. Ternyata terdapat mesej tersirat yang harus segera difahami oleh para perwakilan. Saya yakin bahawa Datuk Seri Najib inginkan Mukhriz memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalannya. Untuk sekian kalinya - pada pandangan saya, inilah satu-satunya ucapan Datuk Seri Najib yang paling baik dan memahami aspirasi kehendak akar umbi dan masyarakat - beliau tidak hanya mahu barisan kepimpinan yang bersih dan mampu bekerja semata-mata, bahkan mahu membuka lebih ruang kepada seluruh ahli UMNO agar terlibat sama dalam menentukan pucuk pimpinan pada masa akan datang. Inilah yang kita mahu. Saya percaya, jika beliau ikhlas dan bersungguh-sungguh - UMNO akan kuat semula dan pada masa yang sama jangan lupa "ta...

Ini Pandangan Saya

INI HANYALAH PANDANGAN SAYA Setelah berdoa dan membuat penyelidikan, maka di sini saya perturunkan hasil "Ijtihad Politik" saya berkenaan pemimpin UMNO, (menurut pandangan) yang layak untuk dipilih oleh para perwakilan UMNO kelak. Menurut pengetahuan yang saya miliki (jika salah tolong betulkan), ini adalah senarai pemimpin UMNO yang terbaik dan bersih sehingga saat ini. Masalah peribadi mereka yang lain, saya tidak tahu. Saya serahkannya kepada Allah, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui yang mana benar-benar bersih dan yang mana pula yang kotor. Wallahualam. Kita hanya berupaya menilai dan mencari yang benar-benar hampir ke arah pemimpin yang bersih. Tetapi, hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semoga Allah selamatkan UMNO dan pemimpinnya daripada fitnah dan malapetaka. Amin. Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia ke-6 Datuk Seri Najib Razak Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Naib Presiden UMNO I Datuk ...

Mesej dari Tempat Tinggi

MESEJ DARI TEMPAT TINGGI Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak berkata agar, para perwakilan mestilah memilih pemimpin yang mencerminkan apa yang baik di sisi rakyat, saya sudah dapat mengagak apakah mesej yang tersirat yang ingin disampaikan oleh beliau. Najib agak tertekan jika para perwakilan tidak memahami apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh masyarakat luar, khususnya orang Melayu di luar UMNO. Jika para perwakilan faham akan kehendak dan "mood" sebenar masyarakat di luar sana, Najib yakin beliau akan lebih mudah menangani hujah dan tohmahan parti pembangkang kelak. Sekurang-kurangnya, UMNO tidak lagi dituduh sebagai parti yang masih mahu memilih pemimpin yang "mempunyai rekod yang bermasalah" sebagai menerajui parti tersebut. Najib sebenarnya mahu para perwakilan faham - untuk sekurang-kurangnya kali ini, berilah kepercayaan, dengan memilih pemimpin yang mempunyai rekod bersih di kaca mata rakyat. Dengan kata lain, pilihlah Muhyiddin, Mukhriz, Hishamuddin...

"Semalam, Saya Menerima SMS daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin."

HENTIKAN SEGALA FITNAH Saya agak tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Ali Rustam semalam, bahawa tidak timbul isu konspirasi untuk menjatuhkan beliau melalui Lembaga Disiplin. Kenyataan tersebut turut disambut oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dengan menegaskan bahawa ahli-ahli UMNO perlu menerima keputusan tersebut, serta memikirkan kepentingan UMNO melebihi daripada kepentingan individu. Yang menarik perhatian saya adalah, terdapat satu mesej yang sangat jelas bahawa apa-apa yang sedang berlaku ketika ini merupakan pertembungan antara "pemimpin UMNO yang berimej bersih VS pemimpin UMNO yang berimej tidak bersih", malah terdapat usaha yang meminta mana-mana pemimpin UMNO yang mempunyai imej tidak baik dan bersih, disaran berehat dahulu daripada politik, serta pikirkan terlebih dahulu kepentingan parti dan kehendak akar umbi. Saya mengucapkan kesyukuran, tatkala Datuk Seri Ali Rustam, mengakui kesilapan beliau dan berharap agar para penyokongnya bertenang dan ...

Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Mukhriz Difitnah?

Belajar Menerima Kebenaran Saya terpaksa mempertahankan kebenaran, tatkala semakin ramai penyokong Datuk Seri Ali Rustam dan penyokong Khairy cuba mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin UMNO. Malah, saya juga wajib menegur parti pembangkang yang cuba mengadu domba (melaga-lagakan) kesatuan ahli-ahli UMNO pada ketika ini. Tuduhan-tuduhan songsang lagi tidak bermaruah yang dilemparkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir semakin galak kedengaran, kononnya terdapat konspirasi menjatuhkan Ali dan Khairy. Cerita bohong lagi palsu yang dijaja oleh manusia hipokrit ini semakin mendapat tempat di hati para bloggers pro-pembangkang, sehingga ada yang sanggup mendakwa UMNO akan berpecah kerana hal tersebut. Di sisi lain pula, kedengran ahli UMNO sendiri membuat tuduhan, kononnya "orang dalam" terlibat menganiaya dua pemimpin tersebut yang menurut mereka hanyalah bertaraf "ikan bilis" - pelik dan aneh, jika Kairy dan Ali dianggap sebagai ikan bilis, seorang Calo...

Munajat Seorang Hamba

MUNAJAT SEORANG HAMBA Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan Rasul, dan juga janganlah berkhianat berkenaan dengan amanat yang diamanahkan kepada kamu, sedangkan kamu mengetahui." (Al-Anfal : 27). Apabila Allah mewajibkan kita memegang amanah yang telah diberikan, maka wajib bagi kita melaksanakan amanah yang telah diberikan itu. Dalam konteks ini, sangat jelas pemimpin yang baik adalah pemimpin yang melaksanakan amanah yang telah diberikan kepadanya. Dalam menyelesaikan pelbagai kemelut dan cabaran pada masa kini, kita harus kembali kepada sikap amanah. Dengan hanya bersikap amanah sahajalah pelbagai masalah dan penyakit yang sedang melanda Malaysia pada waktu kini berupaya diselesaikan. Kadangkala, kita ada ilmu dan tahu kebenaran sesuatu perkara itu, tetapi kita tidak amanah dengan ilmu dan kebenaran tersebut, lalu kita sorok perkara yang sebenar dan menyembunyikan kebenaran. Lantaran itulah, banyak perkara dan konflik ...

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh...

Siapakah yang Tertewas?

PILIHLAH KETUA PEMUDA YANG BERSIH DAN BEBAS DARIPADA POLITIK WANG Saya agak sebak dan sangat sedih, tatkala membaca laporan Utusan pada hari ini, - jika benar Datuk Seri Ali Rustam terlibat dengan politik wang, dan akan diambil tindakan disiplin ke atasnya oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO esok, maka jelaslah, pemimpin-pemimpin UMNO tidak mengambil iktibar daripada apa-apa yang terjadi dalam PRU Ke-12 pada tahun lalu. Saya sebak, bukan kerana sedih, tetapi sebak kerana sebagai ahli UMNO biasa yang mahu melihat UMNO bersih dan pulih - seolah-olah masih jauh daripada keyataan, lantaran sikap sesetengah pemimpinnya yang ingin mengejar dunia dan jawatan. Semoga Allah mengampuni mereka. Sekarang sangat jelas, kenyataan Tun Mahathir sebelum ini, bahawa terdapat calon-calon yang sebelum ini tidak cukup pencalonannya terpaksa menabur duit untuk memastikan mereka dicalonkan oleh Bahagian UMNO tertentu, agar memenuhi syarat untuk bertanding hujung bulan ini. Saya terkejut, sedih dan marah - jika ...

Monolog Azli Shukri : Bab 14 : Daripada Pemuda Kepada Pemuda

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 14 : Daripada Pemuda kepada Pemuda Oleh Muhammad Azli Shukri Saya simpulkan semua isu yang mendominasi Malaysia pada bulan ini dalam satu tulisan, bermula isu PPSMI, Penggunaan Nama Allah, Pemilihan UMNO Hujung Bulan ini dan Pilihan Raya Bukit Gantang. Semua akan saya berikan pandangan saya secara jelas dan ikhlas di sini. Tentang PPSMI Saya mempunyai pendirian yang agak sama dari satu segi dengan para pejuang bahasa yang menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong baru-baru ini. Malah, saya juga sempat menghantar SMS kepada Datuk Baha - betapa saya kagum beliau sanggup bersama-sama dengan Prof Ismail Hussien membuat laporan polis berkenaan isu tersebut. Saya katakan kepadanya, "perjuangan Datuk menjadi aspirasi saya." Saya rapat dengan Datuk Baha sewaktu saya bekerja dengan DBP dan beliau menjadi ahli Lembaga Pengelola DBP - banyak aktiviti yang kami hadir bersama. Saya tegaskan bahawa dari segi menguasai ilmu - kita harus mempelajarinya dalam b...

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h...

"Kajian Membuktikan Masyarakat Mahukan Mukhriz Memimpin Pemuda."

INI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG DIKEHENDAKI AKAR UMBI DAN MASYARAKAT LUAR Oleh Muhammad Azli Shukri Laporan Khas Azli Shukri yang saya paparkan semalam mendapat begitu banyak respon yang pro dan yang kontra. Hari ini saya menyambungnya kembali - namun demikian, laporan kali ini lebih menjurus kepada menjawab persoalan-persoalan asas mengapa terdapat sebahagian perwakilan yang tidak mahu memilih Datuk Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Di sini saya kemukakan satu pandangan dahulu - pertama, mereka berhujah bahawa Datuk Mukhriz begitu lembik, manakala Khairy Jamaluddin begitu lantang dan tegas dalam mengemukakan beberapa isu. Agak malang jika inilah yang menjadi hujah utama mereka dalam usaha menyokong Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya tanyakan terlebih dahulu kepada mereka apakah yang mereka faham berkenaan makna "lembik" dalam kepimpinan? Apakah hanya dengan sikap lantang yang tidak bertempat sudah memadai menarik sokongan daripada orang Melayu di ...