Skip to main content

Penulis Bersama Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Pejabatnya.

Belajar
Daripada GURU

Pada 7 Ogos yang lalu saya berkesempatan menghadiri Program Jaringan Usahawan PUNB Peringkat Nasional 2008 dengan tema “Ke Arah Pemantapan Perniagaan”, di PWTC. Ucap Utama yang disampaikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop boleh dijadikan iktibar untuk sama-sama kita menilai keadaan ekonomi negara kita ketika ini.


“Kadar inflasi negara telah meningkat sebanyak 7.7 peratus bagi bulan Jun tahun ini.”


Hal ini merupakan kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh menteri Kewangan Ke II itu. Jelas, bahawa jika kadar inflasi terus meningkat, ekonomi akan berhadapan dengan kelembapan yang berpanjangan.


Beliau menjelaskan lagi, “Sungguhpun baru-baru ini peningkatan harga minyak telah reda sedikit, ia masih berada di paras tinggi.”


Daripada kenyataan tersebut, saya mula berfikir bahawa kerajaan sama sekali tidak akan menurunkan harga minyak, hanya kerana harga minyak dunia telah turun. Sikap manusia dan psikologi manusia sememangnya begitu. Jika harga naik, jarang sekali boleh diturunkan semula. Ia akan terus naik sampai bila-bila. Walaupun kerajaan mahu menurunkan harga minyak, tetapi pihak industri, khususnya akan memberi pelbagai alasan untuk tidak berbuat sedemikian.


Alasan besar mereka, “Kami tidak dapat mengasingkan minyak yang telah kami beli pada waktu harganya yang sedang tinggi, dengan harganya yang sedang rendah ketika ini, kerana minyak kami telah bercampur-campur. Eloklah kiranya kami mengekalkan harganya yang ada ketika ini.”


Saya percaya, ekonomi pasaran bebas sememangnya tidak pernah adil. Mengikut teori pasaran bebas, sesuatu produk atau perkhidmatan itu, ditentukan oleh kuasa pasaran, secara logiknya, inflasi akan sentiasa mengecil dan tidak akan berkembang. Hal ini adalah kerana, apabila sesuatu permintaan meningkat, harga akan naik sedikit dan inflasi turut meningkat. Tetapi, harga pasti akan jatuh semula setelah permintaan itu semakin berkurangan, disebabkan faktor harganya yang sudah terlalu mahal dan permintaan yang semakin berkurangan. Tetapi, realiti itu tidak pernah berlaku secara sama rata, khususnya di peringkat rakyat bawahan. Teori pasaran bebas tidak pernah berlaku di peringkat perniagaan kelas pertengahan. Pihak industri, tidak akan peduli sama ada sesuatu produk atau perkhidmatan tersebut sudah jatuh harganya di peringkat antarabangsa, yang mereka pentingkan ialah memaksimumkan keuntungan.


Di pihak kerajaan, dengan pelbagai kelemahan agensi penguatkuasaan, tidak bisa memantau hal tersebut sehingga ke akar umbi. Mengapa terjadi begitu? Hal ini berlaku adalah kerana, sistem kapitalis itu sendiri yang tidak secocok dengan kehendak ajaran Islam itu sendiri. Namun demikian, bukanlah mudah untuk mengubah sebuah sistem yang sudah sebati dengan ekonomi antarabangsa, tetapi kita mempunyai alternatif untuk menyelesaikannya dengan “sistem” dan “kebijaksanaan” yang Tuhan berikan kepada kita.


Kita hanya perlu membina sistem yang mampu mengawal keseluruhan industri dan bukan mengerahkan tenaga kerja untuk mengawal industri. Hal ini pernah berlaku ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menyelesaikan krisis kewangan yang melanda Asia pada tahun 1998 dahulu. Menentang rejim kapitalis dengan senjata mereka sendiri. Kelembapan ekonomi yang dibicarakan oleh dunia ketika ini, harus dilihat sebagai peluang oleh Malaysia dengan menekankan aspek industri perkhidmatan yang cekap, kemas dan jimat, agar kos sesuatu produk itu dapat dikurangkan.


Di samping itu, mengkaji untuk melaksanakan semula langkah tambatan ringgit ketika ini amat sesuai, para pelabur mementingkan keyakinan dan kepastian terhadap setiap dolar yang mereka laburkan. Jika tambatan ringgit dilaksanakan semua, keuntungan dan kerugian sesuatu pelaburan itu sudah mampu dijangkakan. Sekali gus ekonomi Malaysia lebih berdaya saing berbandingan dengan negara-negara jirannya.


Berjimat cermat ada hadnya. Jika semua rakyat berjimat cermat, hancurlah industri dan ekonomi negara, kerana wang sudah tidak lagi berfungsi sebagai medium untuk pendapatan. Dalam keadaan ekonomi dunia lembap, kita tidak boleh meminta rakyat agar menyimpan duit mereka di bank semata-mata. Tetapi, mesti menggalakkan mereka berbelanja agar industri yang telah kita bina selama ini tidak akan mati.

Comments

saya ragu2 dengan bendera malaysia.
Admin said…
Salam Tuan Azli...

Blog saya pilihananda08 telah dialihkan ke
www.pilihan-anda.blogspot.com
harap maklum...
azlishukri said…
daniell...keraguanmu, keraguanku jua..

desressurection...ok
Salam saudara Azli.

Saya fikir kerajaan akan turunkan harga minyak :) Ini firasat saya barangkali.

Dalam pasaran bebas yang total, keuntungan menjadi perkara nombor satu. Tidak ada erti kemanusiaan atau moral.

Peranan kerajaan amat penting untuk mengawal pasaran bebas/kapitalis. Tetapi jika kerajaan sendiri punya minda seperti kapitalis total, maka punahlah segalanya.
mariahsj said…
Itulah sebabnya harga minyak tidak perlu dinaikkan dengan begitu banyak. Zaman Tun Dr Mahathir dulu harga minyak naik berapa sen je berbanding yang terbaharu ini. Kesannya rakyat juga yang menderita.
Orang nak berbelanja tapi barang mahal. Tapi jika wang tidak bergerak di pasaran, ekonomi juga turut merudum. Pemerintah perlu dengar suara orang bawah.
Mohd Radzian said…
Salam Azli,

My comment sikit tentang berjimat cermat ni. My opinion, konsep berjimat cermat ni di pandang dari lain sudut oleh golongan yang berlainan. Bak kata orang, "lain padang, lain belalang",

Peniaga dan kerajaan berpandangan berjimat cermat akan melembabkan ekonomi dan kitaran pusingan wang.

Tetapi dari sudut pengguna pula konsep berjimat cermat membolehkan pengurangan pembaziran, mengekalkan positif aliran wang tunai positif dan membolehkan kita menangguhkan perbelanjaan pada masa susah untuk perbelanjaan pada masa senang.

Untuk para graduan yang baru bekerja pula , seharusnya berjimat cermat dalam tempoh lima tahun pertama bekerja dijadikan satu amalan. Ini membolehkan mereka menghadapi cabaran masa hadapan dengan lebih mudah. Bak kata perpatah , "Berakit-rakit ke hulu, berenang ke ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-lenang kemudian".
C.H.E Dayat said…
salam tuan,

saya amat mengkagumi hasil tulisan tuan. sudilah hendaknya jika ada program yang tuan hadiri, harap maklumkan kepada saya.. saya juga berminat dengan program-program yang tuan hadiri tetapi tidak mendapat info..

Terima Kasih.

Hidayat Rashid

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
C.H.E Dayat said…
maaf lupa pulak nak sertakan emel..

hidayat_rashid@yahoo.com

terima kasih
Anonymous said…
bagi aku, membelanjakan duit amat perlu untuk pastikan kitaran kewangan berjalan lancar atau lebih dikenali kecairan wang. barulah kerajaan boleh tmbh pendapatan melalui cukai. betulkan bro?

cheers,

syam @ http://aeropama.com
S.YanaZ said…
Azli,
berbelanja di Sogo, misalnya...


errr...
azlishukri said…
InsyaAllah akan saya maklumkan kepada saudara jika ada program2 yang seumpama itu.
azlishukri said…
Syariah, aku beberlanja di mega mall dan kamda..
salam bro
aku masukkan kau punya blog dlm bloglist aku yer
azlishukri said…
terima kasih fauzi.
Saudara Azli,

Untuk makluman, saya sudah menhantar artikel saya ke azli@dbp.gov.my

Blog saudara banyak artikel-artikel menarik. Belum sempat saya habis baca semua.
zeme said…
Salam saudara azli,

Bila kadar inflasi berterusan meningkat tanpa ada had penimbal, ekonomi akan terus mengalami kelembapan seterusnya boleh mencetus kepada keadilan sosial yang semakin berkurangan.

Ini adalah realiti bila mana keadilan sosial berkurangan disebabkan perbezaan jurang yang tinggi antara kaya dan miskin, juga menyebabkan kadar jenayah akan turut meningkat. Maka pengurusan ekonomi yang berhemat akan meningkatkan keadilan sosial agar terus ia tersemat.

Wasalam.
bronaga said…
salam saudara...semoga saudara membicarakan soal kebenaran bila bertemu dengan pemimpin2 ini, rakyat inginkan keadilan dan kebenaran, selamat berjuang...
hanis said…
Saudara azli...

best tak dapat berjumpe tokoh2 terkenal.... nerves tak..
azlishukri said…
nak kata gemuruh tu..tak, tapi kena bersedia dengan ilmu yang banyak agar kita tidak nampak kedangkalan atau ketidakpandaian kita..

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil
Penulis bersama Khairy Jamaluddin di pejabatnya, pada tahun lepas. Khairy Perlu Berundur Saya masih ingat sewaktu pertemuan saya bersama En. Khairy Jamaluddin di pejabatnya di Bukit Damansara pada tahun lepas, pertemuan itu bertujuan bertanyakan kepada beliau tentang perkembangan Industri Halal di Malaysia. Memandangkan beliau pada ketika itu merupakan Pengerusi Forum Halal Sedunia (WHF). Saya mengenali beliau agak lama juga, tetapi tidaklah terlalu baik. Tetapi beliau agak kurang bernasib baik kerana cuba mengejar jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO dengan begitu gelojoh. Apa yang dapat saya simpulkan dalam pertemuan saya dengan beliau, ialah beliau seorang yang pandai, tetapi tidak bijak. Seorang yang mempunyai perancangan dan strategi, tetapi kurang memahami. Kehadiran beliau dalam UMNO sebenarnya banyak mengundang fitnah. Fitnah terhadap bapa mertuanya, fitnah terhadap UMNO dan fitnah terhadap kehidupannya! Saya percaya, jika beliau mengundur diri daripada politik, UMNO mampu di
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 11 : Bukan Salah En. Jamaluddin Saya sebenarnya malas untuk mengulas isu debat yang dilaung-laungkan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) sejak cadangan tersebut beliau utarakan di media massa. Pada hemat saya, berdebat untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, seperti yang disarankan oleh beliau hanyalah sia-sia, dan sama sekali tidak akan mencapai objektif yang diharapkan. Sebelum kita pergi jauh, sebab musabab mengapa saya tidak bersetuju dengan debat ini haruslah diketahui terlebih dahulu dan kemudian kita bisa menganalisisnya secara jujur. kita harus tahu apakah matlamat utama debat yang begitu diminati oleh KJ ini? selepas mengetahui matlamatnya, barulah dibincangkan apakah debat tersebut mampu mengukuhkan UMNO dan menarik minat orang muda kembali kepada UMNO, jika tidak, lupakan sahaja. Orang luar daripada UMNO tidak tahu apakah kesan debat ini terhadap imej dan nama UMNO itu sendiri. Mereka mungkin menyokong agar debat calon-calon ketua Pemuda UMNO M