Skip to main content

E= mc² Einstein dan Adaptasi dalam Perniagaan

ALBERT EINSTEIN YANG MENGHASILKAN TEORI RELATIVI tidak pernah berjaya di sekolah. Dia tidak bagus dalam hafalan, tetapi menjadi pemikir terhebat dalam bidang matematik dan fizik. Otaknya lebih cenderung kepada idea berbanding dengan fakta. Kata Einstein, fakta dapat ditemui di dalam buku, oleh sebab itu beliau tidak berasa perlu menyimpan fakta di dalam mindanya. Beliau mahu mindanya dikosongkan untuk berfikir secara kreatif. Kreatif merupakan pemikiran yang banyak membantu saintis dan usahawan mencipta inovasi.  Dia bukan sahaja hebat dalam ilmu Fizik. Ada juga karakter Albert Einstein  yang perlu dicontohi oleh usahawan dan peniaga. 
 
 
E= mc² menurut Einstein bukanlah lahir kerana faktor bakat, ia ditemui kerana faktor ‘perasaan ingin tahu’ yang tinggi untuk menyelesaikan masalah fizik. Orang berniaga harus ada karakter itu. “Perasaan ingin tahu” yang tinggi berupaya menjana kekuatan untuk menggembangkan perniagaan jauh ke hadapan.
 
Fokus merupakan kaedah Einstein menyelesaikan sesuatu persoalan yang dihadapinya. Dia fokus sehingga sesuatu masalah berjaya diselesaikan, kemudian barulah beralih kepada permasalahan lain. Fokus memberi Einstein tenaga yang kuat untuk memecahkan persoalan-persoalan rumit. Usahawan juga perlu bersikap begitu. Fokus pada kekuatan produk dan fokus pada membangunkan kesedaran dalam segmen pelanggan yang dikenalpasti, kemudian baru fikir soal lain.
 
Kekesalan Einstein dalam hidupnya adalah membantu Amerika Syarikat menciptakan bom nuklear yang telah mengorbankan ratusan ribu penduduk Jepun. Penyesalannya tidak mengubah apa-apa keadaan pun, tetapi pengakuan penyesalannya menjadikan Einstein lebih berhati-hati dan memperbaiki kesilapan lalu. Dalam bisnes melakukan kesilapan adalah lumrah. Silap strategi, silap pilih rakan kongsi dan silap pengiraan untung-rugi, adalah normal. Yang tidak normal apabila anda mengulang kesilapan yang sama berulang kali. Itu tandanya anda tidak ambil peduli dan malas mempelajari.
 
Einstein percaya kejayaan adalah mencipta sesuatu yang berfaedah lagi bernilai kepada masyarakat secara berpanjangan. Rumusan fiziknya telah memberi impak, faedah dan nilai terhadap ketamadunan manusia. Begitu juga dalam perniagaan. Pastikan visi dan misi syarikat kekal bernilai dan bertahan lama. Produk dan perkhidmatan mungkin boleh berubah mengikut masa, tetapi visi dan misi syarikat mesti kekal releven sepanjang masa.
 
Jika sesuatu cara tidak berjaya, segeralah berubah! Ini pegangan Einstein. Dia mengungkapkan kata-kata ini, “Ia adalah suatu kegilaan apabila melakukan hal yang sama  berulang-ulang dengan mengharapkan hasil yang berbeza.” Apabila cara biasa yang anda lakukan tidak memperoleh hasil yang diharap, bertindak melakukan perubahan. Dalam berniaga anda mesti berani melakukan percubaan. Lakukan eksperimen dan cipta inovasi untuk menemukan cara  terbaik dalam meraih hasil yang menguntungkan perniagaan anda.
 
Hakcipta Terpelihara ©Muhammad Azli Shukri, 2020 NS 2021/4/2020 e-NS : kertasputih 04. Ikuti saya di saluran-saluran berikut :
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

Comments

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw