Skip to main content

Menyanggah Semua Analisis Politik Perhimpunan Bersih 2.0 : Jangan Baca Kalau Tidak Suka

Inilah yang aku idam-idamkan..

Rupa-rupanya masih terlalu ramai yang jahil apakah yang sebenarnya terjadi dalam Perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur petang semalam. Masih terlalu ramai penganalisis politik yang gagal mentakrif perhimpunan tersebut dengan tepat dan jujur. Maka, biarlah saya simpulkan analisis politik saya di bawah ini :

1. Perhimpunan Haram Bersih 2.0 adalah perhimpunan suka-suka dan bukan perhimpunan serius. Hujahnya mudah - golongan yang terlibat tahu lebih awal bahawa pihak polis dan kerajaan tidak akan menggunakan kekerasan untuk menghuraikan mereka, seperti mana yang berlaku dalam demostrasi jalanan sebelum ini. Maka, sebab itulah, yang hadir menonton jauh lebih ramai daripada yang terlibat secara langsung dalam perhimpunan haram tersebut.

2. Perhimpunan yang didakwa kononnya disertai oleh semua kaum bukanlah simbol sebuah gerakan massa masyarakat Malaysia yang mahu melakukan reformasi dalam politik, sebaliknya perhimpunan yang disertai pelbagai kaum semalam, tidak ubah seperti sebuah perhimpunan di sebuah pasar malam untuk membeli juadah makanan. Dengan kata mudah - mereka pergi dengan penuh rasa keriangan, keseronokan dan ingin merasa sedikit pengalaman berdemonstrasi serta bertempur dengan polis, seperti mana yang berlaku di negara-negara Timur Tengah - itu sahaja. Ia bukan satu perhimpunan yang serius seperti mana yang berlaku dalam tahun-tahun 98/99/2000. Sebaliknya, ia hanyalah sekadar perhimpunan untuk mengembalikan nostalgia lama, kerana ini sahajalah medan yang mereka ada untuk menonjolkan diri dan mendapat sedikit pengalaman hidup susah.

3. Oleh kerana negara Malaysia terlalu aman sentosa, maka perasaan sebahagian kecil rakyatnya yang terlalu ghairah untuk "berjihad" dan berdemostrasi, telah diterjemahkan dalam perhimpunan haram semalam. Ia sebenarnya tidak lebih daripada perasaan ingin mencuba dan ingin merasa ditangkap, disembur air dan dikejar polis - walaupun mereka tahu, akhirnya mereka akan dibebaskan serta diberi layanan yang sangat baik oleh PDRM.

4. Perasaan yang membuak-buak untuk dilabelkan sebagai pejuang dan menceritakan pengalaman disembur air dan gas pemedih mata oleh pihak FRU dalam kalangan rakan sekerja di pejabat juga didapati sebagai punca utama mengapa mereka bersunggu-sungguh menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0 itu semalam. Pengalaman ditangkap polis (padahalnya bukanlah satu perkara yang hebat sangat) dan kemudian dibebaskan, menjadi satu kebanggaan mereka untuk dicerita dan ditokok tambah dengan pelbagai penyedap rasa bagi menunjukkan kehebatan diri dalam kalangan ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan FB serta Twitter.

5. Golongan ini juga sangat mengidamkan wajah mereka terpampang sebesar-besarnya di muka hadapan surat khabar Utusan Malaysia atau Berita Harian, kerana mereka akan berasa sangat puas, sekiranya diri mereka diberi perhatian oleh surat khabar arus perdana ini. Bahkan, mereka juga akan lebih mudah untuk menunjuk-nunjuk kehebatan diri sendiri. Mereka akan berkata, "Cuba ko tengok front page Utusan hari ini, muka aku tu beb". Lantaran itulah mereka sebenarnya berlumba-lumba berada di barisan hadapan perhimpunan Bersih semalam, agar sekurang-kurangnya jurugambar Utusan Malaysia akan mengambil wajah mereka yang kononnya sedang sibuk dengan pelbagai aksi berjuangan itu. Lagi bagus, kalau kaki atau wajah mereka terdapat sedikit kecerderaan, maka tahap "mengada-ngada" yang mereka tunjukkan, mengalahkan macam orang kena tembak.

5. Dengan kata mudah - rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan haram semalam, sebenarnya sangat dahagakan pengalaman ditangkap polis, dikejar SB, disembur gas pemedih mata dan dipancut dengan air gatal (maklumlah, di Malaysia pengalaman seperti ini bukan mudah diperolehi) - kerana, pada mereka itulah yang dinamanakan sebagai perjuangan! Dan mereka sangat-sangat inginkan semua itu, sekadar untuk merasa dan bukan untuk selama-lamanya. Mereka sebenarnya tidak mahu dipenjarakan lama-lama, tetapi sekali sekala mahu juga merasa untuk satu hari, apabila keluar nanti mereka akan lebih dihormati.

Inilah psikologi yang berlaku dalam kalangan pendemonstrasi Bersih petang semalam. Mereka kecewa bukan kerana dihalang oleh polis, tetapi kecewa kerana tidak banyak pengalaman ganas yang dapat mereka timba untuk menunjukkan kehebatan diri mereka dalam kalangan keluarga dan rakan taulan. Mereka kecewa, kerana polis melayan mereka terlalu baik dan tidak kasar, maka mereka rasa tidak berbaloi hadir pada petang semalam. Kalau boleh, mereka ingin merasa ditendang, diterajang dan ditolak ganas oleh FRU dan polis - malangnya, itu semua tidak berlaku, jadi pengalaman apa yang hendak kami ceritakan kepada keluarga dan rakan-rakan apabila pulang nanti? Tiada banyak isu yang boleh dimainkan.

Sebab itulah awal-awal lagi golongan ini tidak mahu pergi ke stadium, kerana pengalaman yang mereka idam-idamkan untuk bertempur dengan polis tidak akan berlaku sama sekali di sana. Mereka sebenarnya mahu sedikit "keganasan" daripada pihak polis dan FRU, agar adalah serba sedikit cerita dan pengalaman untuk dibawa pulang ke pejabat Isnin ini dan disembangkan di kedai-kedai kopi waktu minum pagi. Inilah yang mereka mahukan. Wallahualam.

Comments

TO'UGI said…
Apabila sudah disekat 'gila-gilaan', ugutan, surat pekeliling, tangkapan dalam & luar KL, tetapi rakyat masih BOLEH berkumpul seramai ini di beberapa lokasi, ini menandakan tahap MAHA SERIUS utk pemerintah TIDAK EGO, buka telinga & hati utk berubah. Perubahan itu pasti baik utk semua termasuk pemerinth itu sendiri. Kerajaan responsif akan disayangi rakyat. Tanpa gangguan spt di atas, jumlah easily boleh mencecah 2 juta orang!. Apalah gunanya ego sgt jika akan ke kubur juga nanti.

Tugas ahli akademik & pemikir adalah memberikan buah pandangannya terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Status ini bukan soal menyokong mana-mana pihak secara sembrono, kecuali mencadangkan solusi yg terbaik menurut hemat masing2. Itulah dilakukan dalam status ini. Islam sentiasa berkait dgn pentadbiran semasa, justeru ilmuan Islam dituntut utk memberi pandangan dalam hal ehwal semasa, bukan hanya bab solat, puas, haji, haid & yg seperti itu shj. Tidak kiralah walau pandangan mereka berbeza2 mengikut telahan & pengamatan masing-masing.

UZAR
Anonymous said…
menyampah la dgn ulasan ni. anjing UMNO yg sedikit berjaya membutuhkan BERJUTA penyokong yg kuat sembahyang nya dan imannya. siap turun hujan ptg tu.
nik aziz pundek pun kene sembahyang sampai keluaq air mata dan panggil JAS tabur iodide nak kasik hujan.
tu pasal aku menyampah dgn ulasan ni sebab aku tak boleh figure out org UMNO sikit, org PAS/PKR juta juta tapi tak mampu lawan. mcm zaman nabi dulu bila juta juta kafir lawan nabi. tp nabi punya askar sikit. tu pasal aku nyampah.
Anonymous said…
TO'UGI,

Apa yang hang cakap ni?

Anon 5.43pm,

Hang pun serupa.

Kalau hampa nak komen, komenlah elok2 bagi semua orang paham. Hampa sajalah yang tau agama.
Anonymous said…
Heeee..tepat
Anonymous said…
Kalau awal-awal lagi bagi depa kumpul kat stadium Merdeka kan bagus? Beralahlah sikit taklah rakyat jadi susahbdgn sekatan jalan bagai. Lagipun PM dah janji boleh buat kat stadium. Sekurang-kurangnya kita boleh dengar apa yang Bersih nakkan sangat. Kepas tu kita dengar pulak apa Pak Menteri kita bagi hujah balas.
Ano Nyme said…
Menarik sudut pandang tuan, memang ada kebenarannya, manusia memang suka dipuji dan dipandang hebat, susah nak buang penyakit tu.
Anonymous said…
Masallah nya dalang nya org luar bukan islam yng bertempur melayu sama melayu islam sama islam yng bertepuk dan ketawa guan eng kit siang dan karpal tak malu ke kit !!
Anonymous said…
T'ugi
Bodohlah sesiapa sahaja yang memerintah nak biarkan begitu saja orang2 yang hilang ingatan tu merosakkan keharmonian negara. LGE pun tak suka.Kalau TO'UGI pun sama, mesti punya strategi untuk menghalang dari berlaku. Kalau negara sudah rosak bukan boleh dibaiki setahun dua. Tenguk saja contoh negara2 lain yang tak aman sampai sekarang. Berubah biar lebih baik jangan lagi teruk. Selangor, P.Pinang apa jadi
Anonymous said…
Apakah Pak Samad Said juga ke sana untuk makan angin sambil menonton gelagat manusia?? Adakah anda ingin katakan Pak Samad itu begitu orangnya??
Anonymous said…
Mereka perassan, ingat mereka hebat sangat... itu ajer di samping kot-kot dapat menggegarkan sedikit kerajaan memerintah.
Salam bro Azli.
Satu kupasan yang tepat.Sama saperti yang aku rasa dan lihat sejak Jumaat malam lagi.

Aku berkesempatan meronda kesemua lokasi dengan kapcai aku tanpa sekatan dari pagi sehingga tamat demo walaupun KL dikatakan dalam LOCK OUT.

Rata rata dimana pun ianya umpama karnival terutama nya di Jln Bukit Bintang dimana rakyat tempatan terutamanya kaum bukan Melayu dan pelancong asing amat teruja dan turut memberikan sorakan semangat kepada Patriot.Tiada langsung sentimen ketakutan dikalangan mereka yang berbaris ditepi jalan.

Pelancong pula dilihat menyelit nyelit dicelah peserta demo mahupun FRU untuk balik ke hotel masing masing atau ketempat tujuan mereka.

So aku setuju dengan analisa bro dan rasa lega sekurang kurang nya ramai pihak dah lepaskan angin mereka sedikit untuk tidak membuat belon itu meletup sendiri.

Yang jelas semua pihak yang terlibat PDRM,Bersih,Patriot dan para penonton dan pelancong dilihat amat matang untuk tidak mencetuskan insiden.
Anonymous said…
Ulasan peribadi tanpa alami sendiri.. Ulasan yang hanya suka-suka , yang mana berlegar dikepala sendiri apa yang difikirkan buruk sahaja sebab telah ditanam dalam pemikiran yang penuh kezaliman dan kebencian. Ulasan yang hanya tertumpu pada media kerajaan dan suratkhabar kerajaan akan mencermin peribadi yang menjerus satu arah tanpa berfikir...
azlishukri said…
anoy 6.42 - banyak org yg pergi bukan tuan sorang sahaja yang berada di sana...
Aemierulrizaki said…
Hamba setuju dengan penulis, apa yang sebenarnya dimahukan adalah tindakan ganas Polis dan FRU supaya mereka boleh jadikan modal untuk kempen PRU yg akan datang.

Selain itu, kelihatan apabila pertempuran berlaku tidak ramai yang berada di barisan hadapan sekaligus menunjukkan kesungguhan mereka untuk berjuang.

Apa yang lebih memalukan apabila terlalu banyak pihak yang mendapat susah atas tindakan mereka tetapi setelah selesai perhimpunan adakah apa yang mereka tuntut itu selesai.

Akhir, adakah selepas ini jika mereka ingin mencuba lagi kerajaan akan berlembut? Atau kerajaan akan menyediakan bufet makanan yg enak-enak untuk santapan pesalah yg ditangkap?
Anonymous said…
Hari berdemo bersih sudah berlalu. Semua dapat lihat apa yang telah terjadi dan jadikan lah satu pelajaran buat kita semua.
1. Yang banyak terlibat ia lah orang2 melayu/islam (yang berdemo dan yang mencegah)
2. Bangsa2 asing ( cina/india) kurang sekali.
3. Tak nampak pun batang hidung ketua2 mereka (cina/india) dari pehak pembangkang..(lebeh2 lagi DAPigs)
3. Pasti nya yang orang2 melayu/islam telah di perbodohkan oleh *ORANG LAIN*..tapi tak mahu mengaku...(lebeh2 lagi penyokong hamPAS)
Anonymous said…
Sokong ulasan penulis. Lihat sahaja masa nak serah memorandum kepada pihak Istana kenapa Pak Samad Said di iringi ramai Hindu yang diarah pergi keistana?. Jika memorandum itu sesuatu yang serius untuk dipertimbangkan oleh Agong hantarlah cara bersopan. Bila polis tak benarkan Pak Samad masuk, pemimpin Pas marah pulak. Nampak sangat perkara ini tidak serius. Pak Samad bukan pemimpin politik tapi seorang sasterawan negara yang sudah lanjut usia.
Anonymous said…
ya saya sokong hujah anda. memang rakyat malaysia suka mengikut terutama yang tidak baik. nak ikut tanpa berfikir. kalau baca blog sanusi, kita telah temui orang yang dikatakan sanusi.

ramai yang pergi berdemo ingat mereka betul. yang tak pi demo tu salah. tapi arahan tak pandai ikut. undang2 telah diberitahu, masih lagi berdegil. betul ke cara tersebut.

sepatutnya selepas ini buat demo kat selangor, penang, kedah dan kelantan tuntut kerajaan negeri yang bersih. buat macam demo bersih. apakah kata para pengikut kerajaan negeri pulak ? mula mengata berbagai-bagai kepada umno. dok asyik kata taik orang busuk. tapi taik sendiri dia tak hidu pun.

spr telah memberi penjelasan. tetapi orang pandai tetapi bodoh bertindak seperti saudara azli katakan, nak cari 'gelamor'. praktikal hancur, harap cakap jer pandai.

para pengikut demo ni tak reti dan memang berniat jahat terhadap keselamatan negara. patutnya layanan polis malaysia terhadap pendemo hendaklah sama seperti layanan polis barat terhadap para pendemo di sana.
Anonymous said…
aku setuju sangat2 dgn hujah2 kau.. memang pendemo tu mintak dikasari baru boleh tunjuk hero tapi malangnya pihak berkuasa bertindak dgn tersangatlah berhemah maka punah harapan pendemo berSHIT tu! .. to'ugi tu terkeliru minda & jiwa.. maafkanlah dia, nanti dia sedar lah tu!
sinbed said…
kita tumpukan pada perbicaraan Anuar meliwat Saiful pulak, pasal demo rasanya baik kita tinggalkan secepat yg mungkin kerana ianya telahpun berlalu. Nasib peliwat dan yg kena liwat harus diadili dgn segera, jgn jadikan mahkamah di Malaysia ni mcm mahkamah kangaroo.
Anonymous said…
BETUL! BETUL! BETUL!


Upin n Ipin
Anonymous said…
As-Salam Bro Azli,..malas nak komen byk cuma nak share je article dri AIDC,..sory ekk panjang sgt,..heheh,..apo nak dikato,..(,")


by Tony Cartalucci, July 9, 2011 – Calling themselves “Bersih, or the “Coalition for Clean and Fair Elections,” the so-called civic group has attempted to rally in the streets of Malaysia’s capital, Kuala Lumpur, only to meet a wall of resistance from a government more than aware of their true intentions.

According to the Australian Broadcasting Corporation (ABC), Ambiga Sreenevasan, the head of the Bersih group said, “we are fighting for free and fair elections.” Undoubtedly Bersih’s rank and file believe this to be true, but the Malaysian government insists that Bersih is a front group for Malaysia’s opposition parties led by dedicated globalist Anwar Ibrahim.

Confirming the Malaysian government’s statement, at least 5 members of the opposition front “Pakatan Rakyat” were arrested while participating in the rally, along with Bersih leader Ambiga Sreeneyasan. Also present was globalist-stooge Anwar Ibrahim himself, leading a throng of protesters before being injured supposedly by a tear gas canister. Just as the Malaysia government has insisted, this is not a spontaneous protest led by concerned citizens, rather a foreign-funded protest mobilized by political opposition groups merely duping well-intentioned citizens to join with their cause.

Anwar Ibrahim himself was Chairman of the Development Committee of the World Bank and International Monetary Fund in 1998, held lecturing positions at the School of Advanced International Studies at Johns Hopkins University (a rock where the worst examples of humanity constantly crawl out from beneath), and a consultant to the World Bank. In 2007, Anwar was a panelist at the Neo-Con lined National Endowment for Democracy’s “Democracy Award” and a panelist at a NED donation ceremony.

It should come as no surprise then that his street-front, “Bersih,” is likewise entwined with foreign money and foreign interests. The same Ambiga Sreenevasan who claimed “we are fighting for free and fair elections,” also admitted on at least one occasion that her Bersih movement received money from the United States government via the National Democratic Institute (NDI), a National Endowment for Democracy (NED) subsidiary, as well as from globalist bankster George Soros’ Open Society.

The NDI website had until recently posted information confirming this, but has since removed it. Only a Google cached version of the original information can be seen (as of July 9, 2011).
It should be noted that while NED, and its subsidiaries like NDI, Freedom House, and theInternational Republican Institute (IRI), claim to promote “democracy” internationally, their boards of directors are lined with an almost cartoonish lineup of villains, dengerate big-business interests, warmongers, and war criminals.

Francis Fukuyama, Zalmay Khalilzad, Frank Carlucci (2002), Will Marshall, and Vin Weber populate the board of directors of NED, while Kenneth Adelman, Max M. Kampelman, Donald Rumsfeld (formally), Paula Dobriansky, Leonard Sussman, and Ellen Bork are on the board of trustees/executive committee of Freedom House. Additionally, certified warmongers John McCain and Lindsey Graham pollute IRI’s board of directors.

It is absurd to suggest men like Donald Rumsfeld, Vin Weber, Frank Carlucci, John McCain, or Kenneth Adelman have any interest in “human rights,” “freedom,” or “democracy” beyond what they can gain by disingenuously leveraging these noble values. In fact, these very people have been the architects and perpetrators of darkest chapters in recent human history.

baca seterusnye kat link ini:-

http://www.anwaraidc.com/?p=13987


~JonHafiz
Anonymous said…
menyusahkan orang nak berniaga. kalau jual makanan/minuman untung la kot..kalau jual benda lain? dah la kais hari makan hari...
Clean and Fair Elections? tuju kat siapa? BN je? smua nye same jer. bertanduk kucing kalau jumpa politik bersih.
Anonymous said…
Kesimpulan drp Perhimpuan Haram Bersih 2.0
Ada 3 Golongan yg menyertai Perhimpinan ini

1. Golongan Pemimpin, termasuk PKR, PAS dan Pemuda UMNO

2. Golongan wartawan/ paparazi, jurugambar, BERNAMA, RTM, TV3 Astro etc

3. 97% adalah org Melayu yg terlalu ekstrim, x sayang akn keluarga dan maruah bangsa, x sayang akan kerja mereka krn ada d kalangan kakitangan kerajaan dan mkn gaji, mana pg india dan cina?
Mat Belalai said…
..pergilah buat demo 100 kali pun tapi kalau tak dapat rasa bertapa nikmatnya tidur dalam lokap polis 2, 3 hari..maka tak sohor pun..demo Bershit 2 tu macam pergi acara Bigwalk KL je..selepas penat bermain air dan gas, makanan nasi beriani dan air bandung disediakan oleh pihak tuan rumah, kemudian berehat dalam khemah..eh seronoknya, lain kali boleh buat lagi demo 3, 4, 5 ...cuma pihak penganjur DAP tak nampak batang hidun pun..
Anonymous said…
Aku setuju dgn Bro Azli ni. Mereka yang menyertai perhimpunan haramjadah ni memang tak pernah merasai pahit maung untuk menentukan keamanan negara. Jadi ape yang mereka boleh buat nak rasa kepahitan perjuangan orang dulu2, dorang pegilah berarak ramai-ramai tanpa ada satu pun agenda yang mereka faham. Cuma semata2 nak merasai sedikit keseronokan beramai2 kat jalanraya dan sedikit kesengsaraan yang dicetuskan oleh pihak polis. Ituje. Lepas tu boleh cite kat kekawan pengalaman masing2 seperti yang Bro Azli citekan..Bagi aku, mereka ni sume semut2 gatal yang suka menyusahkan orang laen tanpa fikirkan yang diri sendiri akan merana akibat perbuatan mereka..

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Isu Kristian Agama Rasmi : Jangan Cepat Hentam Utusan Malaysia dan BigDog

Saya berfikir isu "Kristian Mahu Menjadi Agama Rasmi Malaysia" perlu dilihat secara holistik. Persoalan pengembangan agama Kristian di Malaysia sudah dibicarakan secara serius oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani hampir 10 tahun yang lalu. Sekiranya kita masih ingat, pada suatu ketika dahulu kecoh berkenaan begitu ramai orang Melayu masuk Krtistian dan pendedahan seorang Paderi Besar Kristian dari Sabah yang sudah memeluk Islam berhubung strategi Paderi-Paderi Kristian dalam usaha mengkristian para penduduk Sabah, khususnya yang tinggal dipedalaman. Bahkan terdapat kerjasama antara organisasi Kristian di Singapura dengan organisasi Kristian di Malaysia dalam menyediakan sumber kewangan untuk melakukan kristianisasi di negara ini. Persoalan yang perlu diberi penekanan ialah : 1. Sejauh mana organisasi Kristian di Malaysia mengembangkan agama mereka dalam kalangan penganut Islam? Seperti yang kita sedia maklum, agama lain boleh diamalkan di negara ini, tetapi tida...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y