Skip to main content

Hatinya Terlalu Mulia

Saya sangat terharu dengan kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam Utusan Malaysia hari ini. Inilah cara dan gaya seorang pemimpin yang mulia hatinya. Tiada benci dan tiada dendam sesuai dengan nama beliau sendiri iaitu Najib yang bermaksud keturunan yang mulia. Najib terlalu penyabar, walau dikutuk, dicaci dan dihina - beliau tetapi bersikap lembut dengan sesiapa sahaja - termasuk dengan Pakatan Rakyat. Pendekatan politik lembut Najib ini sangat digeruni oleh Anwar Ibrahim dan kncu-kuncunya, Tahniah Datuk Seri!

Sebenarnya, pentadbiran kerajaan UMNO/BN tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk berhimpun, tetapi jangan sesekali mengadakan demonstrasi jalanan yang menyusahkan orang tua, orang sakit yang mahu ke hospital, kanak-kanak dan ibu-ibu mengandung yang bekerja - semua ini menyusahkan kehidupan mereka semua.

Dengan 2000 laporan polis yang dibuat di seluruh negara, rakyat secara majoritinya membenci perhimpunan Bersih yang dilihat lebih banyak membawa kerosakan daripada kebaikan. Namun demikian, pada masa yang sama DS Najib masih menjunjung demokrasi dan amalan kebebasan bersuara dengan mengizinkan penganjur Perhimpunan Bersih menggunakan stadium untuk berhimpun dan memekik sesuka hati mereka. Tetapi, cadangan ini ditolak. Pada masa yang sama, ucapan terima kasih juga harus ditujukan kepada Pemuda UMNO Malaysia yang sanggup membatalkan hasrat mereka untuk mengadakan perhimpunan yang sama dengan Bersih 9 Julai ini dengan alasan titah Yang di-Pertuan Agong yang tidak mahu negara berada dalam keadaan kacau-bilau.

Pada hemat saya, semua pihak harus menerima saranan daripada Yang di-Pertuan Agong yang mahu demonstrasi jalanan dihentikan segera demi kebaikan bersama. Terdapat banyak cara yang boleh digunakan bagi memperbaiki sistem pilihan raya Malaysia agar menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Saya rasa sudah tiba masanya, kita bertindak secara bijaksana dan bukan mengikut hawa nafsu semata-mata. Baca berita di bawah :

PUTRAJAYA 4 Julai - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) perlu meminta secara baik dengan pihak berkuasa untuk menganjurkan perhimpunan tanpa perlu melakukan demonstrasi jalanan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut beliau, kerajaan boleh menyediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kumpulan itu enggan mematuhinya dan memilih untuk melakukan demonstrasi jalanan walaupun menyedari ia bakal mengundang risiko amat bahaya kepada negara.

''Kalau mereka hendak kemukakan memorandum, cakap baik-baik dengan pihak berkuasa, kita sanggup sediakan tempat untuk mereka berkumpul tetapi kenapa pilih demonstrasi jalanan, mesti ada nawaitu yang lain.

''Kalau kata nak berkumpul dari pagi sampai malam di stadium, kerajaan tidak mempunyai sebarang halangan, bertempiklah sampai tak larat tapi jangan buat demonstrasi jalanan," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, perhimpunan yang jelas bermotifkan politik itu sengaja meletakkan alasan kononnya sistem pilihan raya di Malaysia tidak menjamin pilihan raya yang bebas dan adil. Tegasnya, isu itu hanya tercetus apabila pilihan raya umum semakin hampir dan dengan sengaja menimbulkan isu pengundi hantu walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal melakukan penambahbaikan melalui sistem biometrik.

''Kalau tidak adil, bagaimana mereka boleh menang di lima buah negeri, bila menang senyap saja, tiba-tiba bila dah dekat (pilihan raya) timbul balik, isu undi hantu ada masa timbul dan hilang," katanya. Najib berkata, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut bertitah bahawa Seri Paduka amat khuatir dan bimbang bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk mungkin berlaku tanpa mendatangkan kebaikan.

Menurut beliau, nasihat Seri Paduka itu diharap dapat mengingat dan menyedarkan rakyat bahawa tanggungjawab mereka ialah menjaga masa depan negara dan anak-anak sebagai pewaris. Perdana Menteri menambah, tindakan penganjur perhimpunan haram itu kononnya untuk memperbetulkan sistem pilihan raya negara adalah alasan semata-mata kerana ia jelas bermotifkan politik.

''Melalui demonstrasi jalanan ramai orang akan tumpang semangkuk, langsung tiada jaminan ia akan berlangsung secara aman. Kalau ada (perhimpunan), orang yang suka pada rusuhan dan yang suka buat kekacauan akan tumpang sekaki dan berlakulah keadaan yang kita sukar hendak elakkan.

''Kita mesti beringat sebelum terlambat, janganlah kita buat sesuatu dalam keadaan emosi kerana sebenarnya ada cara dan pendekatan yang lain," katanya. Beliau turut mengingatkan rakyat supaya mengimbau kembali asas kejayaan negara iaitu keharmonian hubungan kaum, kestabilan politik, sistem pasaran terbuka, meletakkan perlembagaan dan undang-undang negara di tempat yang tinggi serta perancangan masa depan untuk jangka masa panjang.

Najib menambah, kedaulatan undang-undang merupakan tiang seri negara yang perlu dihormati kerana ia adalah prinsip yang amat penting untuk menjamin kestabilan politik sesebuah negara. Kerajaan juga, tegas beliau, sentiasa meneruskan usaha untuk meringankan beban rakyat seperti mewujudkan rangkaian kedai runcit 1Malaysia dan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia agar taraf dan kualiti hidup rakyat terus ditingkatkan.

Comments

Anonymous said…
Wah, hebatnya kasyaf tuan hamba boleh tahu isi hati orang lain. Ini sudah sampai makam bodek ni.
Kalau kerajaan betul pegang apa yg dikata, selepas ini haram terus demostrasi jalanan tidak kira dari perkasa,GAPS,pro-waris dasn terutamanya geng kepala lembu.
Anonymous said…
anon.10:14,
lepas ni kalo sapa2 nak buat demo..ko buatlah laporan polis banyak banyak....BERSHIT tu dah lebih 2000 laporan...takkan tak leh faham!
satu lagi kene faham demonstrasi dengan perhimpunan...perhimpunan ni biasanya satu pihak jer....demo plak biasanya melibatkan 2 pihak..satu yang sokong satu yang tentang..kalo dua dua buat.boleh jd haru..itu yang kita nak elakkan..fikirlah dengan akal yang waras dan matang.....

"pekerjaan marah jangan dibela
nanti hilang akal di kepala"
Anonymous said…
kalau Agong dah bersuara tapi mereka masih tak nak dengar , apa maknanya ? bermakna mereka memang kurang ajar , biadab dan berperangai setan , arahan polis tak nak ikut , arahan menteri tak nak dengar , arahan Agong pun dicabar dicaci ?

lalu apa yg layak utk mereka ? peluru ?? belantan ? simbahan air kumbahan ?

Signalnya ialah , Agong dah bersuara ...kalau mereka tak nak dengar juga dan masih buat Demo , kerajaan berhak tangkap dan buat pembenterasan dengan apa juga cara , kerajaan boleh isytiharkan Darurat dan tentera akan ambil alih pentadbiran , tentera dengan caranya mampu bertindak dan tiada siapa boleh arah henti kecuali Agong , pilihanraya akan digantung , lalu apa hasil pembangkang akan dapat?


tu lah pasal , ikut sangat suruhan Ambabiga si peguam penyokong kemurtadan itu ! rela jadi lembu balaci ..rela jadi hamba pak turut , rela jadi perkakas paling hina !
Anonymous said…
Amboiii...mulianya Hati dia,betul ke!!
Anonymous said…
Bagi Ambiga dan Gengnya, kalau tidak mahu mengikut perintah YDPA, maknanya mereka sudah derhaka, tiada kesetiaan lagi kepada Raja dan Negara, maka jalan yang terbaik bagi mereka ialah,"go pack your bags and BERAMBUS engkau keluar dari negara bertuah ini".You are a liability to the country sama macam Anwar the Sex Maniac and part of his family.
Mustaqim said…
Ya mungkin benar hatinya mulia.

Tetapi sebagai pemimpin PM Najib harus berani membuat keputusan yg terbaik utk Ummat dan Agama.

Politik adalah kuasa utk menjaga semua itu. Kalau masih berlembut dan tidak cepat membuat keputusan maka jaadilah seperti pemimpin lain.

Masalah Agama dan Ummat ini adalah jelas dan akan ada golongan yg tidak akan suka dgn kita. PM Najib harus bersangka TIDAK BAIK dgn bukan Ummat dan yg bukan seAgama. Tetapi bersangka baik dgn yg seUmmat dan SeAgama.
Anonymous said…
kalaula saya pm sekarang(dengan hati yang busuk dan dendam kesumat), saya akan ajak semua yang masih majoriti nih turun satu malaysia buat demo bantah Bershit!!!tapi tu angan angan jela..PM kita bukan bengong macam puak2 yang tak sabar sabar nak lelong putrajaya!
shamshul anuar said…
Saudara anonymous( 10:14),

Perkara ini mudah saja. Yang DiPertuan Agong sudah bertitah bahawa Baginda tak berkenan budaya demonstrasi ini.

Jadi pada orang Melayu yang megah dengan institusi raja raja ini eloklah kita semua patuh pada Baginda.

Kalau kita orang Melayu sendiri ingkar pada segala titah dan arahan Yang DiPertuan agong , maka tak perlulah kita ada sistem beraja.

Bila dah tiada sistem beraja, maka lebih mudah nak buat perarakan tuntut buang taraf islam sebagai ugama Rasmi dan taraf bumiputera sekali. Sebab segala lambang yang menunjukkan pada dunia sal usul negara ini sudah lenyap.

Apa yang tak puas hati sangat ni? Pilihanraya tak adil? Nik aziz boleh jadi MB selama 20 tahun tu apa maksudnya.

Selangor boleh jatuh pada pR apa maksudnya?

Maknanya pilihanraya ini dah adil. yang jadi masalah bila ada orang politik( anwar Ibrahim) tidak menerima rukun Iman iaitu Qada dan qadar.

Itulah puncanya segala kelam kabut . Ini masalah peribadi beliau. bukan masalah negara.
Anonymous said…
ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha
wargh wargh wargh wargh wargh wargh
kah kah kah kah kah kah kah kah kah
Anonymous said…
tersangat mulianya......sampai orang kat pd pun tahu.... sampai dapat pengiktirafan jabatan agama ns lagi..
Anonymous said…
Mustaqim...

Bersangka baik dengan seumat dan seagama tak guna juga kalau dia tahi rasuah, perompak duit rakyat, pembazir nombor wahid...

Biar aku bersangka baik dgn yg tak seagama dan sebangsa asal semua nilai baik dia buat dan amalkan...

Jangan Hipokrit lah

Munoh
Anonymous said…
9 julai...ot la ....harga barang semua sudah mahal cari duit la....sapa benar sap salah biar tuhan yang tentukan...bersih bodoh bn pun sama...tolong la kurangkan cukai yang berlambak lambak nie...alasan buat kemudahan...taik...buat jalan 1 km tak samapi 100 ribu markup sampai 200 ribu...sakit hati...kerja markup ajer....
Anonymous said…
Mat Mulia kaki sex...kah...kah...kah
Mat janda, penyanyi, model semua dia balun..MULIA?
shahrul said…
Assalamualaikum,
Tuan Blog, kalau nak bodek PM pun agak-agak laa. hehehe kelakar laaa.
Anonymous said…
apa punya bodek daaaa.
Anonymous said…
adalahlah pulak melayu bangang ikut sedap dia saja takrifkan Demontrasi... sejak bila Dewan bahasa kata Demo tu melibatkan 2 pihak.. lain kali refer dulu pada kamus bahasa barulah bercakap... shit.. maksud demontrasi ada 2 yang pertama... Penerangan, peragaan,penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain.. yang kedua.. Tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain. .... dah tahu bodoh belajarlah
alahai kassim said…
ya rabbi melayu melayu

awat teruk sangat hang bodek? ada projek kah?

org umno ni yg aku kenai,kalau dia ada sedikit pendidikan,pastinya da jawatan sekurang-kuragnya jkkk atau yg kurang cerdik.
hang yg mana satu,mai habag mai..
azlishukri said…
apa2 pun kelembutan najib menyebabkan anwar melompat
Anonymous said…
aku,
ehh..yang berdegar degar perlekeh hukum islam dari dulu lagi kan umno...ngok ngek betul..
ehh.. yang tak putus putus demontrasi selepas pakatan menang beberapa negeri kan umno..ngok ngek betul.. tak de pulak dengar agong bersuara, tak de pulak dengar harusani berfatwa...ingat tak umno berdemo di tregganu, di perak ketika pakatan, pulau pinang hampir setiap bulan, kat selangor..tapi orang buat dono je...almaklumlah umno le katakan.
Anonymous said…
tapi korang satu bangsa korang tak kutuk ..APCO YAHUDI,,,...kepda kaum yahudi jgn lu nak buat ini negara palastin...
Anonymous said…
mulia kepala butoh...hg bodek mcm hg isap kote najib lg senang. hahaha. jgn isap kuat2 nanti k.mah pendek marah.
kimae said…
hhhuuuuhhh gila punya bodekkkk brroook....


ni mesti dpt rojekkk kau kau punya..
Anonymous said…
mulia sgt hati..smpai sanggup khianat janjinya sendri..mula2 kasi..pastu x kasi plak..apa barang sheikh..mcm ni kata mulia hati...khak ptuih..

Pilihan Pembaca

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca