Tetamu Kehormat...

June 22, 2009

PAS + DAP + PKR : Perjanjian Mungkar


PERJANJIAN MUNGKAR!


Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

(Dipetik dari blog Anwar Ibrahim)

22 Jun 2009- Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang


Ulasan Saya :


1. Jelas kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim melalui blognya pada hari ini bermotif dan berniat tertentu. Anwar sangat takut dan bimbang jika kerajaan perpaduan menjadi realiti dan titik temu antara PAS dengan UMNO. Jelaslah Anwar masih berdendam dengan UMNO dan tidak mahu melihat orang Islam bersatu.


2. Jika benarlah Hj Hadi turut bersetuju dalam soal ini, maka saya isytiharkan bahawa Hj Hadi lebih takutkan manusia yang bernama Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Karpal Singh daripada takutkan Allah SWT yang jelas menyuruh umat Islam bersatu padu dan berdamai. Perjanjian yang mereka lakukan di atas merupakan perjanjian mungkar serta terpesong jauh daripada akhlak dan roh Islam. Hj Hadi seharusnya berasa dosa kepada Allah, kerana seolah-olah PAS meletakkan kepentingan politik dan kuasa lebih tinggi daripada kesatuan dan perpaduan orang-orang mukmin di Malaysia.


3. Saya memohon kepada pihak kerajaan, agar Anwar Ibrahim yang jelas merupakan punca kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat di Malaysia segera diheret ke muka pengadilan, kerana sudah jelas bahawa beliau sama sekali tidak mahu negara ini terus aman dan sentosa, sebaliknya beliau masih mahu memainkan isu perkauman, agar rakyat saling membenci antara satu sama lain. Anwar harus menanggung segala dosa ini.

27 comments:

ATAS PAGAR said...

Setuju bro... apa saja akan dilakukannya untuk berkuasa... kuasa... kuasa..

kluangman said...

Pengajaran berguna kepada UMNO !!!

Sebenarnya UMNO ini sudah di ajar berkali kali untuk cepat2 insaf diri dan berubah mengikut kehendak rakyat, kembali kepada perjuangan asal, utamakan Melayu dan Islam!

UMNO dulu kuat bukan kerana berkawan atau tidak dengan PAS tapi kerana perjuangannya yang ketal membela Melayu maka balasannya Melayu undi UMNO, tapi hari ini kalau Melayu dah malas nak undi dan sokong UMNO..itu tandanya UMNO sudah kurang ajar..

Siapa lagi yang boleh mengajar UMNO.

http://pemudatamanperuda.blogspot.com said...

Assalamualaikum...Dengan nama Allah yang Maha mengetahui...Nampaknya cerita Kerajaan Perpaduan dah sampai ke penghujungnya.Ini berikutan kenyataan terbaru pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang menolak sebarang perbincangan berkenaan kerajaan perpaduan dengan UMNO atau BN. Apa yang peliknya ialah Hj Hadi pun turut bersetuju dengan perjanjian itu malah Hj Hadi dalam kenyataannya telah mengatakan UMNO dengan sengaja cuba membuat Fitnah Jahat! Saya begitu hairan dengan sikap ulamak sebegini. Jika kita renung dari awal lagi, idea cadangan untuk bekerjasama dalam isu kerajaan perpaduan ini datangnya dari beliau. Kenapa Hj Hadi menyatakan UMNO sengaja membuat fitnah jahat berkenaan isu ini. Kenyataan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Muhyidin sangat terbuka dan ikhlas supaya UMNO dan PAS boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai isu ini. Nampak gayanya penyatuan umat melayu dan umat Islam tidak dapat menjadi kenyataan.Puncanya ialah PAS yang takut dan bacul dengan rakan-rakan pakatan mereka bukan kerana faktor fitnah UMNO. PAS LEBIH SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN RAKAN-RAKAN KAFIR DAP DARIPADA BEKERJASAMA DENGAN UMNO YANG SESAMA BANGSA DAN SEAGAMA...ALLAH MAHA BESAR...

Anonymous said...

Sila baca:

http://www.ruangbicarafaisal.com/2009/06/eksklusif-kerajaan-perpaduan-anwar.html

kanak-kanak berumur bawah 18tahun said...

tapi UMNO pun banyak salah jugak. persepsi saya, menteri menteri kabinet majoritinya UMNO.

pengundi yg mengundi UMNO ini sebenarnya bukan PEKA, tapi PEKAK. menteri menteri dah buat salah pun tak diletakkan jawatan. malahan, mereka masih terus berkuasa dan bertugas hingga kini.

sebagai bukti, salah seorang atau mungkin lebih ramai lagi menteri malaysia kita. especially Melayu, pengundi dah pun tau yang menteri ini melakukan sumbang mahram, scandal dan sebagainya. tapi mengapa masih mengundi?

takkan hanya disebabkan sebelum menang pertandingan tu, menteri tersebut dah hadiahkan seberas guni, sehelai kain pelikat, sudah terhutang budi lalu mengundi mereka, sedangkan pengundi tahu bahawa menteri itu banyak melakukan perkara terkutuk.

jangan asyik menuding jari pada kesalahan dan keburukan orang lain. sekurang kurangnya, PAS, DAP dan PKR tidak banyak main kotor untuk menang undian.

rakyat biasa said...

Salam. Kita lihat sahaja kesudahannya. Melihatkan PAS yang tidak lagi memperjuangkan pemerintahan berdasarkan syiar Islam yang dimahukan mereka sejak bertahun - tahun dahulu, sejak awak penubuhan parti itu sendiri lagi. Namun kini segalanya telah berubah. Mengejar pangkat dan kedudukan, inikah PAS? Bekerjasama dengan Pakatan semakin meletakkan PAS dikedudukan tidak bererti sebab hakikatnya, mereka semakin hilang integriti diri. Wallahualam.

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Skrg hadi tak nak tapi Nik ajih kata nak.Semua jadi pening lalat.Bonus untuk orang bukan Islam.

Afdzal Mokhtar said...

sapa x knal anwar ibrahim ni bro..die ni mmg suke putar belit samapi pikiran abdul hadi pun die bole kasi racun samapi kan abdul hadi tu x nk berkerjasama dgn umno..apa punya org ni..busuk hati..dengki..


anakmelayu30.blogspot.com support bro...

Jeffry said...

SALAM PERJUANGAN PD TUAN RUMAH
MUNGKIN SELEPAS NI TIADA LAGI PERBINCANGAN SAMA ADA BERKAITAN KERAJAAN PERPADUAN ATAU APA SEKALI PUN. UMNO DAH TAK PERLU DIPERBODOH2KAN LAGI. SKRG LAH MASANYA KITA TERUS GEMPUR. HANYA TINGGAL 3 TAHUN SJA LG

BOCAH KAMPONG said...

Biarkan PAS dengan labu labu nya..

Oleh kerana terlalu alim dan warak sangat sampai lupa wujudnya syaitan yang kerjanya mengoda manusia.

Aku orang UMNO yang beragama Islam mendoakan saudara saudaraku yang berada dalam PAS agar sedar dari lamunan dan berjuang di landasan Islam yang sebenar.....Amin.

Aku said...

salam,

saya bersetuju dengan apa yg saudara ungkapkan..

kenapalah agaknya mereka ni tak nak bantu menyatukan ummah? takkan gila kuasa semata2?

Atan said...

Rasa saya, salah UMNO dalam hal ini. Idea penubuhan Kerajaan Perpaduan (KP) yang dicetuskan PAS tumbuh di hujung Tun Abdullah berkuasa. Objektif implisitnya, untuk memastikan Tun terus berkuasa.

Sesudah peralihan kuasa berlaku, seharusnya UMNO, melalui media arus perdana, tidak usahlah lagi memprovokasi hal itu. Seharusnya, jika dimahukan juga idea itu, lakukan di balik tabir. Atau DS Najib sepatutnya pada masa itulah berkata bahawa UMNO-BN mantap dan dapat mentadbir negara ini tanpa KP. Nah, sekarang apabila PKR-DAP-PAS menyanggah idea itu baru hendak berkata demikian! (Bukankah Tun Mahathir sendiri berpendirian
bahawa KP itu tidak wajar direalisasikan?)

Natijah daripada keadaan ini, jika UMNO kalah dalam PRK Manek Urai, impak negatifnya sangat besar. Kalau menang, impak positifnya juga besar. Jadi, kena pastikan UMNO menang.

Nasihat saya, usahlah disentuh lagi isu ini. Usahlah diburuk-burukkan kedua-dua pihak itu. Buang masa kerana kita akan berkata dua perkara yang sama kerana kita berada di dua pihak yang berpendirian berbeza.

Tetapi, kita bebas bersuara, sama seperti Anwar Ibrahim. Manfaatkanlah kebebasan itu dengan otak yang dingin.

insan pendidik said...

Assalamualaikum,
Setuju dengan pendapat saudara. Atas nama Islam PAS dan UMNO perlu berbincang. Kita bercakap soal survival bangsa Melayu.Jangan biar maruah bangsa tergadai di bumi sendiri. Kenapa tidak ketepikan perbezaan fahaman politik. Sepatutnya konsep ukhuwah islamiyah perlu ada dalam hati pemimpin ini. Selain itu, keikhlasan adalah penting. Jangan pula ambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Jangan juga lupa diri nanti apabila sudah berkuasa penuh.

Iszuani Humairah said...

Salam bro Azli-san the great. Aku bersetuju dengan pandangan bro. Kita ni akhirya akan di perintah oleh bukan melayu akibat perpaduan yang kita sendiri sangkalkan. Yang hairannya pimpinan ulama yang menolak perpaduan. Di mana kah jalan sirraturahim yang mereka gembar-gembarkan selama ini. Bagi aku bro mereka ini lah mempercepatkan berlakunya proses tanda-tanda hari kiamat. 'takutnya'. Ya Allah ku mohon perlindungan mu daripada ulamak yang menjadikan agama sebagai mainan duniawi mereka. Ya Allah selamtkan anak bini dan keturunan kami daripada malapetaka yang Amat dashat di dunia dan akhirat, Amin ya Rabbi alamin.

Anonymous said...

padan muka umno terhegeh-hegeh nak join pakatan.. kah..kah..kah. Eeeeeeeee..... malunya ditolak bulat-bulat.. ingat anuar tu bodoh ke tak tahu muslihat korang... eeeeee.. malulah....

Anonymous said...

padan muka umno terhegeh-hegeh nak join pakatan.. kah..kah..kah. Eeeeeeeee..... malunya ditolak bulat-bulat.. ingat anuar tu bodoh ke tak tahu muslihat korang... eeeeee.. malulah....

Anonymous said...

hidup pakatan...
hidup anuar...
hidur rakyat...

Anonymous said...

Tahniah kepada anuar, haji hadi dan lim kit siang atas keputusan yang dibuat..

umno akan kalah dek kairi turun padang said...

KUALA KRAI 23 Jun — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program Pemuda Masuk Kampung di Manik Urai selama tiga hari bermula Khamis ini.


Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata program yang akan turut dihadiri semua Exco Pemuda Umno Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri itu bertujuan mendekatkan golongan muda di Manik Urai dengan Umno.


“Pelbagai program sarat diatur terutama untuk bertemu golongan muda seperti mengadakan program anak angkat, sukan persahabatan dan bengkel membaiki motosikal,” katanya kepada Bernama selepas majlis bertemu penduduk di sini, malam tadi.


Mohamad Zaidan berkata selain itu jentera Pemuda itu juga akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah untuk bertemu penduduk bagi mendengar segala permasalahan mereka.


Penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai itu akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian pada 14 Julai.


Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas.

ikaa said...

PAS + DAP + PKR : Perjanjian Mungkar

UMNO + MCA + MIC :________????

PAS Segambut said...

aku setuju dengan anony, padan muka umno..

PAS Segambut said...

memang tak payah perpaduan umno dan PAS, biar umno jadi pembangkang pula pada masa akan datang.. nanti kair toyo jadi ketua pembangkang malaysia pasal dia dah ada pengalaman penggal ni..

datoadil said...

Itukah Bangsaku...?

Mencari orang bodoh di alam maya amat mudah. Antaranya dengan melihat komentar yang dilontarkan dan isi fikiran, ketajaman minda yang membina atau sekadar carut marut najis yang tidak bisa menyenangkan. Kebodohan terjelma kerana ceteknya ilmu dan malasnya berfikir. Yang difikirkan hanyalah bagaimana untuk mencarut dan mengaib orang, maka hingga kepala beruban, hidupnya si Melayu itu tidak pernah berubah.

Kita bisa sahaja berbeda kata atau bicara. Namun dengan hemah dan penuh hikmah, berlapang dada dan usah membubuh racun bisa pada setiap tutur kata. Kalau yang kita muntah dan lontarkan sekadar hampas-hampas bicara, usah bicara pada maya, bicara pada sendirinya jiwa agar kebodohan tidak berjangkit seperti menularnya H1N1.

PAS, KEADILAN, UMNO, DAP, PPP, GERAKAN dan sekian banyak lagi parti tidak akan ada hujungnya perjuangan politik mereka. Tidak akan ada hujungnya isu antara mereka. Sebab itu pada hemat saya, bangsa melayu ini kurangkan sedikit berpolitik. Banyakkan bicara soal pendidikan dan penguasaan ekonomi. Debat dan forum tentang ekonomi hendaklah lebih banyak berbanding politik.


Politik membuatkan kita leka, tertipu dengan janji-janji manis dan laporan-laporan media, tetapi jika diselami isinya, bangsa kita masih derita dan melarat. Kerajaan kata tahun hadapan (2010) tiada miskin tegar atau diturunkan ke 3 peratus, kita dengar dan kita seronok dengar, tetapi adakah itu realiti dan hakikatnya. Maka politik terus menyanyikan lagu yang sama, tetapi ekonomi terus parah, pengangguran, jenayah kerana kemiskinan, keciciran dan taraf kesihatan di desa semakin terpinggir.

Saya sebenarnya sedih dengan sikap bangsa Melayu dan segelintir pemimpinnya, baik dari kerajaan atau Pembangkang, sikap mereka ini membuatkan banyak melayu yang hanya menang pada kata, tewas pada fakta. Perubahan minda daripada bangsa Melayu itu haruslah segera ke arah pemacuan ekonomi yang lebih jitu.

Kurangkan sedikit berpolitik dan hentikan komen mengarut yang hanya mengambarkan kebodohan dan ceteknya ilmu didada.


Dato Adil
Cyberjaya.

khairuddin said...

entah la... dunia dah nak akhir zaman... Firman Allah;
" Apabila orang-orang jahil menyapa mereka (dengan sindiran atau kata2 kesat dan sebagainya), mereka (orang Islam) tetap mengucapkan kata-kata yang baik." Al-Furqan: 63

Anonymous said...

hmm, kenapa masih mengagungkan UMNO sedangkan semua pun tahu UMNO banyak main kotor.

anwar dipenjarakan kerana umno takut anwar bocor rahsia. haha kelakar laa umno.

Anonymous said...

Anon 11.51am,
tolong ye, siapa yg mula2 bangkitkan kerajaan perpaduan tu ye..ko jgn jd munafik macam ramai pengikut2 totok pas yg aku tguk..takutkan anver + kit siang, lebih daripad Allah swt..

Anonymous said...

anon 8.47pm
"anwar dipenjarakan kerana umno takut anwar bocor rahsia. haha kelakar laa umno."

KO NI MMG BYK PRASANGKA..BIAR MAHKAMAH TENTUKAN..JIKA BENARLAH PERKARA TU DILAKUKANNYA SEDANGKAN KO TAK TAHU UJUNG PANGKAL SIBUK2 DEFEND DIA, SEBENARNYA KO DH MENEMPAH SALAH SATU TIKET KE NERAKA JAHANNAM..NA'UZUBILLAHMINZALIQ !!