Skip to main content

Jalan Semakin Lurus


JALAN SEMAKIN LURUS


KUALA LUMPUR 17 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berbincang dengan semua parti dalam pakatan pembangkang sebelum memutuskan sebarang kerjasama mengenai isu kerajaan perpaduan. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali berkata, perbincangan antara Pas dan UMNO tidak akan berlaku selagi Najib belum membuat pertemuan dengan pemimpin parti pembangkang yang lain. “Najib perlu berjumpa dengan pemimpin DAP dan PKR. Konsep kerajaan perpaduan ini masih dibincangkan dan perlu mendapat persetujuan bersama. “Ini isu besar. Ada isu yang boleh diputuskan satu parti saja namun isu ini memerlukan persetujuan semua,” katanya pada sidang akhbar berhubung idea kerajaan perpaduan di sini hari ini. - Utusan


Ulasan Saya :


1. Saya ingin bertanya kepada Datuk Mustapha Ali, nak ikut cakap Anwar dan Karpal Singh atau nak ikut ayat Al-Quran? apabila berlaku perselisihan faham antara umat Islam, kembali kepada kitabullah dan hadis shahih dan bukan kembali kepada DAP atau Anwar Ibrahim.


2. PAS jika mahu terus kuat dan kukuh, tinggalkan sahaja Anwar dan Karpal Singh! berdiri di atas kaki sendiri. Semua ahli PAS tahu siapa Anwar Ibrahim. Mustapha Ali harus ikhlas dalam soal ini.


3. Nasihat saya, PAS dan UMNO kembali kepada kehendak al-Quran, InsyaAllah semua masalah akan selesai. Selagi kita menuruti hawa nafsu untuk berkuasa, maka selagi itulah kita akan terus disesatkan oleh syaitan.

Comments

rakyat biasa said…
salam encik azli.
saya ulang kembali.
perjuangan politik itu penting, namuan perjuangan AGAMA lebih mulia serta harus diutamakan!

kita sebagai umat Islam yang punya akal fikiran harus bersatu supaya kedudukan kita di tanah keturunan kita tidak tergugat.

saya mohon maaf andai ada yang berasa marah namun ini sekadar pendapat. diulang, hanya pendapat. diulang kembali, hanya pendapat.

sekian, harap maklum.
AKU ANAK GURUN said…
Salam persaudaraan Encik Azli

Agama adalah segala-galanya.Politik adalah satu cabangnya.Jalan yang lurus dicari. Islam untuk semua. Kembalilah kita kejalan Allah dan menuju kejayaan.

Allah ampunkan doa ku jika tersalah

Salam persudaraan
Unknown said…
salam
doa2kanla mudah-mudahan kedua-dua pihak dibukakan hati oleh Allah untuk bersatu semula.Insyallah kita akan jadi kuat semula jika bersatu.

''Manusia yang dibenci Allah ialah yang paling berkeras kepala ketika perbalahan''(hadis Nabi)
Cheguman said…
Mempertahankan negara dan mempertahankan kuasa politik adalah satu cara menjaga agama.
denaihati said…
Menjaga dan TAAT pada AGAMA yang paling utama...kemudian yang lain akan datang dengan IZIN ALLAH. Nabi berjuang selama 10 tahun di MEKAH tanpa NEGARA.

http://1-malaysia.blogspot.com
ikan emas said…
Salam,
dalam hal ini,sebenarnya siapa yang meminang siapa?.

'Perkahwinan'memerlukan persefahaman.Walaupun 'perkahwinan' itu amat digalakkan namun kalau ia hanya mendatangkan mudarat,kenalah fikir masak-masak.Takut nanti rumah yang dah kukuh ini jado goyang kerana masuk orang baru.
Ruby said…
Sejauh mana UMNO ikhlas terhadap PAS? Jika PAS tinggalkan DAP dan PKR, maka BN berjaya meruntuhkan Pakatan rakyat. Tapi apa yg akan berlaku selepas itu? Adakah wakil2 PAS diberi jawatan2 dlm kabinet?
Nik Aziz jelas sekali tak percaya langsung dgn keikhlasan UMNO. Tapi kenapa ada ahli PAS yg boleh percaya?
Atau ada ahli PAS yg sudah termakan sesuatu dari UMNO?

Teringat kata2 seorg wakil UMNO dlm rancangan hujjah di tv9: Rasuah itu adalah perkara biasa dan berlaku di mana2 sahaja.
Bila rasuah sudah dianggap perkara biasa, di mana letaknya moral pemimpin masyarakat kita?

Sekadar pemerhati yg prihatin.
azlishukri said…
ikaa - bagaimana pula Nik Aziz boleh percaya dengan keikhlasan Anwar Ibrahim dan DAP pula?
Alhamdulillah,

Segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah,

Jalan semakin lurus,

Navigasi kita sudah tepat dan tetap.

'The Turning Point' dan 'The Point of Return' sudah berlaku.

Alhamdulillah.
salam hormat kepada saudara kita ikaa,

ikaa,
hati-hati apabila dikau berkata-kata, kelak dirimu boleh tercela,

hati-hati dengan perengganmu yang pertama, kerana yang kamu bicarakan itu hanyalah 'yang bernama', dengan ketentuan siapa engkau bicara?

pada perengganmu yang kedua,
dikau pun tahu, aku pun tahu, kami pun tahu, kita semua pun tahu,
maka,
usah lagi kita memperkatakan tentangnya, sungguh sedih terasa hina dan sangat berduka jikalau engkau kian mengungkit akan perihal itu,

jauh sekali dihati kita semua ini untuk mempertikaikannya,

usahah lagi kita bersedih hati dihina sehingga begitu sekali,
marilah kita sama-sama berusaha untuk kita mengubahnya,

aku mengajak dirimu ikaa,

kami semua memerlukan dirimu,

kembalilah kita semua kepada Yang Haq',
Baijat said…
Semoga perpaduan yang ingin dicapai tidak meleret panjang biarpun jalan semakin lurus

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A