Skip to main content

Kuasa Pengulangan dan Strategi Winston S. Churchill

TERDAPAT 25 SURAH DI DALAM AL-QURAN YANG MEMBICARAKAN TENTANG KESABARAN. Allah ulang 90 kali perkataan tersebut dalam pelbagai cara dan kaedah. Yang paling hebat dalam Surah al-Baqarah ayat 153, Allah umumkan secara nyata, "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." Hebat. Sangat hebat. Beruntunglah kepada sesiapa yang telah Allah anugerahkan dengan sifat sabar kerana DIA akan sentiasa bersama mereka.
 

Sabar bukan kemahiran atau bakat yang diperoleh dengan menuntut ilmu semata-mata. Sabar ialah anugerah. Dipohon melalui doa dan merayu bersungguh-sungguh dengan-Nya. Allah ulang dan ulang perkataan sabar berkali-kali agar mesejnya sampai kepada orang-orang yang beriman tentang pentingnya sifat sabar dalam kehidupan. Allah ulang, ulang dan ulang mesej ini agar sifat sabar melekat di dalam hati dan minda kita.
 
Winston S. Churchill, Perdana Menteri UK pernah menyampaikan pidato yang sangat terkenal ini. Cuba anda kira berapa banyak beliau ulang perkataan  WE SHALL FIGHT
 
We shall go on to the end, we shall fight in France, we shall fight on the seas and oceans, we shall fight with growing confidence and growing strength in the air, we shall defend our Island, whatever the cost may be, we shall fight on the beaches, we shall fight on the landing grounds, we shall fight in the fields and in the streets, we shall fight in the hills; we shall never surrender, and even if, which I do not for a moment believe, this Island or a large part of it were subjugated and starving, then our Empire beyond the seas, armed and guarded by the British Fleet, would carry on the struggle, until, in God's good time, the New World, with all its power and might, steps forth to the rescue and the liberation of the old.”
 
Pendakwah sifatnya sentiasa mengulang perkataan-perkataan penting agar pendengar sentiasa ingat dan mengambil perhatian serius terhadap mesej yang hendak disampaikan. Asasnya tetap pengulangan kata dan mesej dalam pelbagai cara.
 
Perhatikan pidato Winston Churchill di atas, beliau melakukan pujukan dan berusaha mengambil perhatian ramai dengan cara mengulangi kata-kata we shall fight bahkan melontarkan idea yang sama melalui lapan cara. Asasnya ialah pengulangan kata untuk menyampaikan mesej dalam pelbagai cara. 
 
Dalam perniagaan dan pemasaran juga sama. Asasnya adalah repeat, repeat, repeat. Nyatakan maksud anda berulang kali, namun dengan beberapa cara yang berbeza. Nyatakan secara langsung keunikan produk anda menggunakan kata-kata yang sama berulang kali. Gunakan testimoni yang jujur lagi jelas. Perkenalkan produk anda melalui cerita dan visual. Ulang dan ulang jangan jemu.
 
Sudah tentu untuk melakukan semua ini anda memerlukan perkataan yang sama berulang kali. Tetapi itulah cara terbaik untuk mendidik dan memastikan pelanggan sentiasa mengingati perniagaan anda. Sentiasa ulang dan ulang dengan cara yang berbeza dan kreatif. Ulang perkataan-perkataan positif setiap hari,  inshaAllah ia akan meresap dalam jiwa pelanggan dan diri anda sendiri.
 
Hakcipta Terpelihara ©Muhammad Azli Shukri, 2020 NS 2021/5/2020 e-NS : ASRJ 05. Ikuti saya di saluran-saluran berikut :
 
Telegram   : t.me/azlishukri
FB Profile  : Azli Shukri
FB Page     : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok       : Azli Shukri

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Siti Nurhaliza 2010 : Yang Tinggal Hanya Cinta!

Siti Nurhaliza 2010 Yang Tingga Hanya Cinta Malaysia Instinct Melaporkan seperti berikut : Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 dengan nilai bidaan RM66,550, semalam. Berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, nama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa disenaraikan sebagai pemenang bagi bidaan untuk memiliki nombor emas itu. Selain Khalid, 192 nama lain yang membida nombor pilihan masing-masing menggunakan pendaftaran KCT turut disenaraikan dengan KCT 1 muncul nombor pendaftaran yang mempunyai nilai paling tinggi. Semalam, akhbar melaporkan penyanyi terkenal itu menjelaskan beliau bukan pembida utama nombor pendaftaran kenderaan berkenaan seperti yang dilaporkan akhbar sebelum ini. Sebaliknya, pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2009 itu memberitahu pembida sebenar yang dimaksudkan adalah suaminya sendiri. Ulasan Saya 1....