Skip to main content

Rahsia Besar Storytelling!

RAHSIA BESAR KANDUNGAN DALAM MANA-MANA storytelling ialah ‘musuh yang paling kuat’. Mari sama-sama kita fahami. Apakah yang menyebabkan sesebuah cerita menjadi epik? Ramai yang berpandangan ia disebabkan ‘karakter’. Apakah Hang Tuah menjadi epik kerana karakternya yang perkasa, setia, bijak dan kuat semata-mata? Jawapannya – tidak!

 
Storytelling yang hebat adalah hubungan antara karakter dengan konflik. Pertarungan antara mereka berdua adalah konflik. Hang Tuah berjaya membunuh pendekar Jawa yang kebal Si Taming Sari. Majapahit akhirnya menghormati Sultan Melaka, semua ini adalah ‘hubungan’ yang terbentuk antara konflik dengan karakter. Kematian Taming Sari menjadikan Hang Tuah super hero yang kebal dan tidak terkalah.
 
Konflik ialah jantung setiap kisah epik yang hebat. Batman memerlukan Joker, Daenerys memerlukan Lannister dan Luke Skywalker memerlukan Darth Vader. Lazimnya musuh yang hebat memaksa pahlawan menjadi pahlawan. Inilah konflik yang menghasilkan kekacauan. Kekacauan dihasilkan oleh penjahat dan penjahat mengaktifkan tindak balas daripada pahlawan (hero) – hubungan antara konflik dengan karakter inilah yang membina storytelling super hebat.
 
The Dark Knight adalah contoh yang baik. Batman tidak terlibat apa-apa dengan Joker. Batman terpaksa bertindak kerana kekacauan yang dicetuskan oleh Joker. Hero atau wira adalah penawar untuk semua jenis kekacauan. Kekacauan berfungsi untuk melahirkan penjahat, kejahatan dan musuh.
 
Penjahat atau musuh tidak semestinya manusia. Penjahat hanya perlu menjadi sumber kekacauan dan pergolakan yang hebat. Musuh atau penjahat boleh sahaja berwajah alam semesta (Armageddon) atau teknologi (The Terminator dan The Matrix) atau kuasa asing (Alien dan The Independence Day).
 
Apakah maknanya semua ini kepada kita? Semua jenama besar di dunia mengetahui hal ini. Setiap kisah pemasaran yang hebat memerlukan karakter penjahat atau musuh. Siapakah ‘musuh’ kepada Apple? Microsoft?, siapakah ‘musuh’ kepada Coca-cola? Pepsi?, Siapakah ‘musuh’ kepada McD? KFC?, Siapakah ‘musuh’ kepada Amazon? Kecekapan dan kepantasan?, Siapakah ‘musuh’ kepada Tesla? Iklim dan persekitaran yang sukar?, Siapakah ‘musuh’ kepada Google? Teknologi carian ‘jahat’?. Penjahat tidak semestinya manusia, apa-apa sahaja yang mencetuskan huru-hara dan kekacauan yang menarik perhatian – jadi bina hubungan antara karakter (produk) dengan konflik dan tawarkan cerita penyelesaian.
 
Nah! Sekarang apakah produk atau servis anda? Siapakah ‘musuh’ dan penjahat yang anda lihat boleh mencetuskan ‘huru-hara dan kekacauan’? Bina cerita hebat untuk menentangnya! Dan jadikan cerita anda cerita pemasaran yang super hebat. Selamat mencuba. 
 
Hakcipta Terpelihara©Muhammad Azli Shukri, 2020 Sertai telegram saya di t.me/azlishukri untuk tip penulisan, personal branding, keusahawanan, marketing dan bisnes.
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...
MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 9 : PEMIMPIN UMNO AL-MUNTAZAR “UMNO telah mengguna pakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.” – Tun Mahathir Mohamad Saya mulakan Monolog Azli Shukri Bab 9 kali ini dengan kenyataan Tun Mahathir yang didakwa oleh ramai pihak bahawa beliau cuba campur tangan dalam mempengaruhi pemilihan dan pencalonan pemimpin-pemimpin UMNO Mac depan. Namun demikian, saya t...
Neurosis Pekerjaan Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah tersiar di dalam Majalah dewan Ekonomi, Mei 2008) Buku The 8th Habit : From Effectiveness to Greatness tulisan Stephen R. Covey dihasilkan dua puluh tahun sesudah buku paling terkenal beliau The Seven Habits of Highly Effective People dihasilkan. Buku tersebut dilihat oleh kebanyakan ahli pengurusan dan kepimpinan sebagai sebuah buku yang ditulis dengan “hati dan bukan tangan”, ekoran ideanya yang mengagumkan. Kemunculan buku tersebut mengundang kefahaman yang amat mencabar tentang konflik dunia pengurusan yang semakin rapuh, ketika memasuki gerbang ekonomi dunia berasaskan pengetahuan pada lewat 90-an. Para pekerja hari ini khususnya generasi muda tidak boleh lagi diikat dengan kata-kata “Aku ketua, kamu ikut sahaja” sebaliknya, “Aku ketua, dan kamu akan dipimpin”. Dunia semakin sempit untuk diurus seperti mana ketika kebangkitan Revolusi Industri yang mementingkan siapa ketua dan siapa pengikut. Dalam hal ini Covey ...