Skip to main content

Yang Saya Pelajari daripada Tan Sri Azman Hashim

"AZLI, APAKAH YANG YOU TAHU TENTANG AMBANK?", Tiba-tiba suara tegas Tan Sri Azman Hashim, Mantan Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad menerjah masuk ke dalam telinga saya. Tersentak sebentar. Belum pernah mana-mana tokoh korporat yang saya interview akan bertanya soalan terlebih dahulu kepada saya. Kali ini benar-benar berbeza. Nahas ni! 
 
 
Seketika berdiam mencari idea, lantas saya jawab penuh yakin. Satu persatu saya menceritakan tentang AmBank. Dia tersenyum, kemudian membetulkan setiap butiran yang saya kemukakan tadi dengan kemas lagi tersusun. Terasa malu, seolah-olah saya tidak membuat homework yang cukup sebelum bertemu dengannya. Saya fikir, saya mengetahui banyak perkara tentang AmBank, tetapi ternyata salah!
 
Selesai mewawancara Tan Sri Azman Hashim. Saya pulang ke rumah. Termenung sebentar di hadapan cermin. mencari pengajaran di sebalik peristiwa yang terjadi. 
 
Setiap CEO, founder produk atau sesiapa sahaja yang menjadi ketua organisasi, syarat pertama untuk berada di puncak ialah anda harus tahu segala-galanya tentang syarikat dan perniagaan anda. Dari operation hinggalah level strategi anda mesti mendalami, bukan sekadar tahu! 
 
Product Knowledge bukan tentang keunggulan produk perniagaan atau harga yang ditawarkan oleh para pesaing anda semata-mata, tetapi berkenaan "rantaian pengetahuan dan kefahaman yang melahirkan sesuatu produk atau perkhidmatan." Product Knowledge tidak cukup dengan apa-apa yang anda tahu, ia adalah tentang segala yang anda fahami berkenaan "dunia" produk atau perkhidmatan yang anda ceburi. Product Knowledge adalah jantung syarikat anda. Tanpa jantung yang sihat, tubuh anda pasti lemah dan tidak bermaya.
 
Kepantasan dan kecekapan membuat pelbagai keputusan besar adalah kompetensi wajib seorang CEO. Tanpa ketajaman melihat dan bijaksana membuat pertimbangan berkualiti, jangan bermimpi company akan bergerak jauh. 
 
Sentiasa up to date pengetahuan dan trend semasa. Jangan selesa dengan ilmu yang ada. Belajar sebanyak mungkin ilmu yang berkaitan untuk tingkatkan produktiviti dan inovasi.
 
Berdiri atas kaki sendiri. Jangan banyak berharap dengan orang lain untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan. 
 
Tempat kerja harus menggembirakan. Bukan tempat menghimpun stress. Tan Sri Azman Hashim tidak mudah menyalahkan para pekerjanya dan sentiasa menegur mereka secara berhikmah. 
 
Bersembang dengan billionaire ini tidak sama bersembang dengan millionaire . Billionaire ini cakapnya simple, tidak ada rahsia-rahsia. Semua resepi kejayaan akan dikongsi. Tidak kedekut pengetahuan dan ilmu. Mereka jenis berterus-terang dan berani berkongsi pelbagai tip dan kaedah bagaimana mereka boleh berjaya. Mereka, kalau boleh mahu melihat lebih ramai lagi usahawan yang jadi jutawan. 
 
Hakcipta Terpelihara©Muhammad Azli Shukri, 2020. Sertai telegram saya di t.me/azlishukri untuk tip personal branding, penulisan dan keusahawanan.
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...
MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 9 : PEMIMPIN UMNO AL-MUNTAZAR “UMNO telah mengguna pakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.” – Tun Mahathir Mohamad Saya mulakan Monolog Azli Shukri Bab 9 kali ini dengan kenyataan Tun Mahathir yang didakwa oleh ramai pihak bahawa beliau cuba campur tangan dalam mempengaruhi pemilihan dan pencalonan pemimpin-pemimpin UMNO Mac depan. Namun demikian, saya t...
Neurosis Pekerjaan Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah tersiar di dalam Majalah dewan Ekonomi, Mei 2008) Buku The 8th Habit : From Effectiveness to Greatness tulisan Stephen R. Covey dihasilkan dua puluh tahun sesudah buku paling terkenal beliau The Seven Habits of Highly Effective People dihasilkan. Buku tersebut dilihat oleh kebanyakan ahli pengurusan dan kepimpinan sebagai sebuah buku yang ditulis dengan “hati dan bukan tangan”, ekoran ideanya yang mengagumkan. Kemunculan buku tersebut mengundang kefahaman yang amat mencabar tentang konflik dunia pengurusan yang semakin rapuh, ketika memasuki gerbang ekonomi dunia berasaskan pengetahuan pada lewat 90-an. Para pekerja hari ini khususnya generasi muda tidak boleh lagi diikat dengan kata-kata “Aku ketua, kamu ikut sahaja” sebaliknya, “Aku ketua, dan kamu akan dipimpin”. Dunia semakin sempit untuk diurus seperti mana ketika kebangkitan Revolusi Industri yang mementingkan siapa ketua dan siapa pengikut. Dalam hal ini Covey ...