Skip to main content

Mengapakah Jeff Bezos Larang Menggunakan PowerPoint?

Beberapa tahun yang lalu, kami melarang 'persembahan' PowerPoint di Amazon. Ini mungkin perkara yang paling pintar pernah kami lakukan.

JEFF BEZOS MELARANG MENGGUNAKAN POWER POINT DALAM MESYUARAT atau pertemuan perbincangan syarikat. Dia mahukan dokumen naratif. Dia menyedari kekuatan tulisan yang baik dan menjadikannya sebahagian daripada budaya syarikat. Mengapakah dia melakukan hal tersebut? Kerana dia tahu betapa kuatnya impak penulisan naratif sebagai medan latihan dalam menyampaikan pemikiran yang jelas dan memberikan hasil yang sangat baik kepada cara pemikiran staf dan meningkatkan daya kognitif mereka.
 

Bezos percaya dengan penulisan. Dia tahu kekuatan untuk menawan para pekerjanya melalui naratif pelaporan. Dia tahu penulisan yang baik membawa kepada idea yang baik. Dia tahu tulisan yang baik membawa kepada perbahasan yang baik. Dia tahu penulisan yang baik membawa kepada prestasi yang lebih baik. Dan dia tahu penulisan yang baik membawa kepada pemikiran yang lebih baik.
 
Di Amazon, mesyuarat dimulakan dengan setiap ahli yang hadir akan membaca memo naratif dengan senyap selama setengah jam atau lebih. Pada Bezos memo tersebut akan mewujudkan konteks dan tujuan yang jelas yang kemudiannya menjadi perbincangan yang sangat baik. 
 
Dalam tempoh membaca secara senyap, setiap orang mengumpulkan pemikiran mereka dan mencatat, kemudian membincangkan memo tersebut dengan lebih jelas dan tersusun. 
 
Apakah yang dimaksudkan 'naratif' dalam mesyuarat. Ia menjurus kepada pengarang mesti menulis dalam ayat penuh, bukan titik peluru dalam PowerPoint. Fikirkan kembali kelas penulisan di sekolah menengah, anda memerlukan:
 
👉 Perenggan
👉 Ayat topik
👉 Ayat sokongan
👉 Subjek, objek, kata benda, dan kata kerja
 
Menulis secara naratif diwajibkan agar tidak ada persembunyian di sebalik senarai titik peluru yang ditulis dengan malas di Amazon. Menulis dengan cara ini bermaksud anda harus mengembangkan idea anda. Lebih penting lagi, anda mesti memahami dan dapat mengelak daripada budaya 'mencuri PowerPoint' orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Seperti yang dikatakan Bezos, hal ini pada awalnya sukar bagi staf di Amazon, tetapi mampu memaksa dan melatih mereka untuk menjelaskan pemikiran mereka dengan lebih meyakinkan.
 
Struktur memo eksekutif di Amazon akan merangkumi empat perkara ini:
 
👉 Titik penting atau objektif yang dibincangkan.
👉Bagaimanakah pasukan telah berusaha menangani masalah ini pada masa lalu.
👉Bagaimanakah percubaan untuk menyampaikan mesej yang berbeza.
👉Mengapakah Amazon perlu mengambil berat (iaitu hal-hal yang berlaku di dalam dan di luar syarikat demi kepentingan Amazon).
 
Menyelaraskan pasukan dengan idea yang jelas sebelum memulakan perbincangan memberi faedah yang banyak kepada syarikat. Jauhi ego dan jangan melayaninya.
 
Anda lihat bagaimana penulisan menjadi asas budaya kecemerlangan di Amazon. Penulisan yang jelas adalah asas untuk pemikiran yang jelas. Pemikiran yang jelas akan memandu visi dan misi yang jelas.
 
Sekarang anda faham mengapa Amazon boleh berkembang pantas. Perhatikan budaya mesyuaratnya yang berbeza dan daya kognitif pekerjanya yang dilatih untuk sentiasa menjadi pintar. 
 
Hakcipta Terpelihara©Muhammad Azli Shukri, 2020
Sertai telegram saya di t.me/azlishukri  untuk tip personal branding dan keusahawanan.
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

Comments

veronica said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Pilihan Pembaca

KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...

Monolog Azli Shukri : Bab 15 : Monolog Terakhir Azli

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 15 : Monolog Terakhir Azli Kurang 6 hari lagi, genaplah setahun saya menjadi bloggers amatur dalam alam maya. Penuh ranjau dan berliku untuk menjadi bloggers yang cuba sedaya upaya bercakap benar. Segala macam cemuhan, fitnah dan cacian saya terima, malah tidak kurang juga pujian dan sanjungan. Semua itu, merupakan asam garam kehidupan. Kita harus berhadapan dan bersabar dengan barisan kawan-kawan yang tidak setia dan jujur, dengan kawan-kawan yang menikam dan memburukkan kita dari arah belakang, dan dengan kawan-kawan yang mahu melihat kita tersungkur. Namun demikian, dalam hidup ini masih terdapat juga kawan-kawan yang benar-benar menghargai persahabatan. Monolog ini adalah monolog terakhir saya, setelah selama setahun ia disiarkan di dalam blog ini. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyukainya. Tetapi, itu merupakan hak masing-masing. Saya masih percaya kepada kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Itu adalah hak asasi manusia. Blog seharusnya men...

Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Mukhriz Difitnah?

Belajar Menerima Kebenaran Saya terpaksa mempertahankan kebenaran, tatkala semakin ramai penyokong Datuk Seri Ali Rustam dan penyokong Khairy cuba mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin UMNO. Malah, saya juga wajib menegur parti pembangkang yang cuba mengadu domba (melaga-lagakan) kesatuan ahli-ahli UMNO pada ketika ini. Tuduhan-tuduhan songsang lagi tidak bermaruah yang dilemparkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir semakin galak kedengaran, kononnya terdapat konspirasi menjatuhkan Ali dan Khairy. Cerita bohong lagi palsu yang dijaja oleh manusia hipokrit ini semakin mendapat tempat di hati para bloggers pro-pembangkang, sehingga ada yang sanggup mendakwa UMNO akan berpecah kerana hal tersebut. Di sisi lain pula, kedengran ahli UMNO sendiri membuat tuduhan, kononnya "orang dalam" terlibat menganiaya dua pemimpin tersebut yang menurut mereka hanyalah bertaraf "ikan bilis" - pelik dan aneh, jika Kairy dan Ali dianggap sebagai ikan bilis, seorang Calo...