Skip to main content

Mengapakah Jeff Bezos Larang Menggunakan PowerPoint?

Beberapa tahun yang lalu, kami melarang 'persembahan' PowerPoint di Amazon. Ini mungkin perkara yang paling pintar pernah kami lakukan.

JEFF BEZOS MELARANG MENGGUNAKAN POWER POINT DALAM MESYUARAT atau pertemuan perbincangan syarikat. Dia mahukan dokumen naratif. Dia menyedari kekuatan tulisan yang baik dan menjadikannya sebahagian daripada budaya syarikat. Mengapakah dia melakukan hal tersebut? Kerana dia tahu betapa kuatnya impak penulisan naratif sebagai medan latihan dalam menyampaikan pemikiran yang jelas dan memberikan hasil yang sangat baik kepada cara pemikiran staf dan meningkatkan daya kognitif mereka.
 

Bezos percaya dengan penulisan. Dia tahu kekuatan untuk menawan para pekerjanya melalui naratif pelaporan. Dia tahu penulisan yang baik membawa kepada idea yang baik. Dia tahu tulisan yang baik membawa kepada perbahasan yang baik. Dia tahu penulisan yang baik membawa kepada prestasi yang lebih baik. Dan dia tahu penulisan yang baik membawa kepada pemikiran yang lebih baik.
 
Di Amazon, mesyuarat dimulakan dengan setiap ahli yang hadir akan membaca memo naratif dengan senyap selama setengah jam atau lebih. Pada Bezos memo tersebut akan mewujudkan konteks dan tujuan yang jelas yang kemudiannya menjadi perbincangan yang sangat baik. 
 
Dalam tempoh membaca secara senyap, setiap orang mengumpulkan pemikiran mereka dan mencatat, kemudian membincangkan memo tersebut dengan lebih jelas dan tersusun. 
 
Apakah yang dimaksudkan 'naratif' dalam mesyuarat. Ia menjurus kepada pengarang mesti menulis dalam ayat penuh, bukan titik peluru dalam PowerPoint. Fikirkan kembali kelas penulisan di sekolah menengah, anda memerlukan:
 
👉 Perenggan
👉 Ayat topik
👉 Ayat sokongan
👉 Subjek, objek, kata benda, dan kata kerja
 
Menulis secara naratif diwajibkan agar tidak ada persembunyian di sebalik senarai titik peluru yang ditulis dengan malas di Amazon. Menulis dengan cara ini bermaksud anda harus mengembangkan idea anda. Lebih penting lagi, anda mesti memahami dan dapat mengelak daripada budaya 'mencuri PowerPoint' orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Seperti yang dikatakan Bezos, hal ini pada awalnya sukar bagi staf di Amazon, tetapi mampu memaksa dan melatih mereka untuk menjelaskan pemikiran mereka dengan lebih meyakinkan.
 
Struktur memo eksekutif di Amazon akan merangkumi empat perkara ini:
 
👉 Titik penting atau objektif yang dibincangkan.
👉Bagaimanakah pasukan telah berusaha menangani masalah ini pada masa lalu.
👉Bagaimanakah percubaan untuk menyampaikan mesej yang berbeza.
👉Mengapakah Amazon perlu mengambil berat (iaitu hal-hal yang berlaku di dalam dan di luar syarikat demi kepentingan Amazon).
 
Menyelaraskan pasukan dengan idea yang jelas sebelum memulakan perbincangan memberi faedah yang banyak kepada syarikat. Jauhi ego dan jangan melayaninya.
 
Anda lihat bagaimana penulisan menjadi asas budaya kecemerlangan di Amazon. Penulisan yang jelas adalah asas untuk pemikiran yang jelas. Pemikiran yang jelas akan memandu visi dan misi yang jelas.
 
Sekarang anda faham mengapa Amazon boleh berkembang pantas. Perhatikan budaya mesyuaratnya yang berbeza dan daya kognitif pekerjanya yang dilatih untuk sentiasa menjadi pintar. 
 
Hakcipta Terpelihara©Muhammad Azli Shukri, 2020
Sertai telegram saya di t.me/azlishukri  untuk tip personal branding dan keusahawanan.
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

Comments

veronica said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Pilihan Pembaca

Terima Kasih Para Perwakilan

Terima Kasih Para Perwakilan Akhirnya, kebenaran sudah mati - dan kehancuran UMNO berada di hadapan kita semua. Tahniah Khairy, dan Tahniah semua perwakilan. Semoga kesilapan ini akan menyedarkan kita semua. Sesungguhnya memang benar - kita masih belum mahu insaf dan bertaubat, kita masih mahu berkiblatkan wang dan kepentingan diri. Selamat maju jaya kepada Pemuda UMNO Malaysia. Akhirnya, kita dapat jua seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sudah pun didapati bersalah terlibat dalam politik wang. Apa-apa pun sebagai ahli Pemuda saya akur dengan keputusan tersebut, namun demikian saya tetap berasa malu mendapat seorang Ketua Pemuda yang jelas terlibat dengan politik wang, setelah Lembaga Disiplin UMNO membuktikannya sebelum ini. Malu melihat cara dan gaya para penyokong Khairy yang seolah-olah begitu bongkak dan bangga dengan kemenangan yang penuh diselubungi dengan rasa curiga dan sangsi. Semoga kebenaran akan terselah jua akhirnya. Wallahualam.

Sultan Azlan : Tanda Harga Tanggungjawab

Sultan Azlan Tanda Harga Tanggungjawab Nampaknya, hampir semua orang keliru dan dikelirukan berhubung dengan mengapa kerajaan dan Sultan Perak tidak mahu mengadakan pilihanraya semula di negeri tersebut. Banyak hujah dan penerangan di alam maya gagal disampaikan kepada rakyat berkenaan hal tersebut secara tepat dan jujur. Sebaliknya, banyak pihak yang terus termakan dengan omong kosong Anwar Ibrahim melalui slogan "Mahkamah Rakyat", "Kuasa Rakyat" dan sebagainya. Semua lapisan rakyat ditipu oleh Anwar Ibrahim. Malah, semua orang tidak tahu hakikat sebenar mengapa Sultan Perak tidak mahu menerima usul bagi membubarkan DUN Perak sebelum ini. Mari kita sama-sama bertanya kepada diri kita terlebih dahulu, sebelum kita pergi lebih jauh dalam isu ini. Andaikan jika pilihanraya diadakan semula di negeri Perak, parti manakah yang akan menang? Saya fikir semua orang akan tahu jawapannya, baik orang UMNO mahupun orang PAS. Jawapannya mudah, yang menang nanti ialah - PAS, PKR ...

Di Sini Jalan Mula Lurus

DI SINI JALAN MULA LURUS KUALA LUMPUR 16 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak yakin terhadap keikhlasan Pas berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini. Justeru, Perdana Menteri tetap dengan pendiriannya untuk mengamalkan sikap terbuka dan pada masa sama, bersedia mendengar serta mempertimbangkan apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh Pas. Beliau berkata, pihaknya tidak pernah menolak segala bentuk kerjasama yang akhirnya boleh memberi kebaikan kepada rakyat dan negara. ‘‘Saya pernah menyatakan sebelum ini yang kita bersikap terbuka berhubung cadangan tersebut dan kita juga bersedia untuk mendengar dan menimbang cadangan yang dikemukakan oleh Pas mengenainya (kerajaan perpaduan),’’ katanya yang juga Presiden UMNO. Ulasan Saya : Saya mendoakan agar PAS dapat melihat keikhlasan Perdana Menteri, dan kembali kepada kehendak al-Quran dan As-Sunnah. Jika benar PAS mahu kembali kepada kitab suci al...