Alhamdulillah, akhirnya apa yang saya katakan selama ini terselah kebenarannya - bahawa perbuatan demonstrasi sama ada aman atau pun ganas, adalah haram hukumnya menurut jumhur ulama sunni sedunia. Sebelum ini, kenyataan saya dikritik hebat oleh puak-puak PAS, sehingga ada yang sanggup mengkafirkan saya. Malah, hujah saya berhubung isu diperbolehkan dalam keadaan darurat seorang wanita bersalaman dengan lelaki yang bukan mahramnya, juga tidak sunyi daripada kritikan pedas orang-orang yang jahil. Nah, apabila saya menyiarkan pembuktian dalam bentuk gambar Syeikh Yusuf Qardhawi dan mantan Syeikhul Al-Azhar bersalaman dengan wanita yang bukan mahramnya, maka melompatlah puak-puak PAS kerana sukar menerima kebenaran tersebut. Malah, terdapat komen yang begitu jahil sehingga mendakwa Mazhab Imam Abu Hanifah tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Waljamaah. Terlalu ceteknya pengetahuan mereka, sehingga perkara asas tersebut pun tidak mereka ketahui. Tidak kurang saya juga di...
Memimpin Kebijaksanaan