Skip to main content

UMNO Cabar PAS : Tukar Slogan PAS for All kepada Islam for All


UMNO Cabar PAS
Tukar Slogan
PAS for All kepada Islam For All


KUALA LUMPUR 22 April - Pas mengakui slogan dan logo Pas For All yang diperkenalkan pada 2007 sebagai platform politik kepada semua rakyat Malaysia hampir menyamai slogan dan lambang Israel 4 All. Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar berkata, bagaimanapun, ia tidak diciplak daripada slogan dan logo yang diperkenalkan Israel bagi sektor pelancongannya.

"Hampir sama tapi tak sama. Kita tidak ciplak. Israel 4 All itu adalah usaha meningkatkan sektor pelancongan negara itu.

"Sementara Pas For All pula adalah untuk parti politik," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pada sidang Dewan Rakyat hari ini berhubung slogan parti itu yang dikatakan ada kaitan dengan slogan yang diperkenalkan Israel sebelum ini.

Perkara itu dibangkitkan ketika perbahasan usul bagi merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perunding asing, Apco Worldwide dan One Israel.

Mahfuz turut menafikan pimpinan Pas mengetahui wujudnya slogan Israel 4 All yang hampir menyamai slogan yang diperkenalkan Pas sebelum ini.

Logo Pas For All dilancarkan pada 11 September 2007 sempena tarikh serangan ke atas World Trade Center (WTC), New York. Ia bertujuan mendekati golongan bukan Islam melalui gerakan dakwah dengan mengikis perasaan fobia terhadap Islam di kalangan mereka. Selain itu, ia juga dicetuskan dan diusahakan oleh Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) Pas yang dipengerusikan oleh Dr. Mujahid Yusuf Rawa. Logo ini mempunyai bendera Pas dan Malaysia serta tulisan Pas For All dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil.


Ulasan Saya


1. Saya secara berterus-terang mencabar kepimpinan PAS termasuk Datuk Mahfuz Omar agar segera menukar slogan PAS for All kepada Islam for All. Ada berani? Kita mahu lihat apakah respon DAP dan PKR dalam hal ini. Saya fikir, lebih enak didengar jika kita promosi Islam untuk Semua berbanding dengan Parti Islam Se-Malaysia untuk Semua (macam kelakar sahaja bunyinya).

2. Isu yang dibangkitkan oleh PAS akhirnya memakin diri sendiri. Jelas - PAS juga menjadikan Israel sebagai ikutan.

3. PAS tidak sesuai dijadikan sebagai "for All", sebaliknya Islam lebih mulia dan lebih layak dijadikan sebagai "for All" - kerana Islam sememangnya dinul hayah atau the way of life untuk setiap manusia.

4. Jadi - saya nasihatkan, agar PAS tanggalkanlah segera topeng jijik yang dipakainya selama ini atas nama agama. Sifat-sifat munafik semakin jelas dan banyak melekat di batang tubuh parti tersebut. Berubahlah sebelum menerima azab Allah.

5. Oleh yang demikian, maka UMNO pada hari ini secara rasmi melancarkan ISLAM FOR ALL!

6. Saya juga mencabar PAS, agar kempen "Jom Sertai PAS" diganti dengan "Jom Masuk Islam" untuk dipromosikan kepada DAP dan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak. Ada berani? Wallahualam.

Comments

KINAS said…
cabaran yang menarik
FAN said…
Pasti mereka tak berani tuan..Sekarang nak menyebut Islam pun susah depan DAP apalagi nak ajak masuk Islam.. PAS ni hanya nakkan undi kaum Cina n India saja..
Anonymous said…
TEPAT DAN PADAT SARANAN SDR AZLI SHUKRI. KALAU ORANG LAIN BUAT, CEPAT PKR/PAS MELENTING DENGAN TUDUHAN BAHAWA BN (Khususnya UMNO) MENGIKUT JEJAK ISRAEAL YANG SUDAH DIKETAHUI UMUM MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DSAI SEJAK DAHULU HINGGA SEKARANG!SAYA YAKIN DAP AKAN MENYAMBUT BAIK LANGKAH PAS UNTUK MENUKAR SLOGAN PARTI PAS DARIPADA PAS 4 ALL KEPADA ISLAM 4 ALL KERANA PAS MENDAKWA DAP DAH FAHAM DAN TELAH MENERIMA IDIOLOGI PAS.
Anonymous said…
cabaran yg tak akan disahut.tak untung rugi lagi ada.Tak siapa dalam pas tu yg berani,mereka takut khalifah dari penang tu hunus pedang.
Anonymous said…
PAS cabar ahli parlimen melayu dari UMNO untuk menyokong usul PAS nanti dalam perlaksanaan untuk hudud. Ada setuju, kita usulkan.
Nak sokong konon, lesen judi diluluskan makin bertambah.

DR NO
Anonymous said…
aku nk tggu bile pas akan usulkan hukum hudud kt parlimen....
Anonymous said…
Pernah cuba diusulkan, tengok fail lama. Melayu sendiri tak mahu kononnya bercanggah dgn perlembagaan.Sebab itu, mahu puak melayu sendiri kena ada pre-agreement.

DR NO
hanizam said…
nak tukar??jangan mimpilah..nanti si KAPAL yang nak karam tu kata langkah mayat saya dulu...

PAS takan berani buat begitu...buat yang lain seperti fitnah, caci orang tu PAS berani buat...jadi tunggangngan DAP serta balaci PKR, tu pun PAs berani buat...
joegrimjow said…
sebagai pemerhati bebas
tergelak baca benda ni
kekeke

nak cabar tukar slogan watpe? cakap same dengan israel for all? haha

bagi alasan yg berjela2 cam anuar tu yg rakyat pun nampak 1israel dengan 1malaysia lebih kurang sama, bukan saje nama, tapi pembuatnya pon org berkaitan

rakyat bijak kot ;)

khairy tu, bek g tengok rakyat rembau yg duk sakit perut sebab xde duit nak p hospital dari duk cabar benda2 ngarut ni, lg org bertambah benci ade lah
Anonymous said…
taubatlah tuan punya blog.. tanya hati.. ok.
Anonymous said…
ape benda la yg ko menagrut nie...
cuba plak ko pk kalo budha lancar budha 4 all...agak2 ko marah x?
atleast pas 4 all xpela,sbb pas parti...
kalo ko ckp sbb islam itu benar dan suci...
aku nk tanya ko,nabi amik mase brape lame nk berdakwah secara terang-terangan?
lagi 1,ape simboliknya azan zohor n asar kita kena rendahkan nada suara?
pening2....
Anonymous said…
kalau dah tak berani, cakap aje la..soalnya sekarang apakah Anwar akan sokong hudud PAS? kalau hukum Hudud dibentangkan di parlimen?
Anonymous said…
pandai mu cakap..nabi ambik lama untuk laksana Islam, abeh..mulakanlah dari sekarang sebut Islam untuk semua..piraaaah parti menipu
Anonymous said…
Gerenti tak berani punya. Nanti dijerkah oleh Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Lim Kit Siang barulah terketar-ketar. Nak jawab lagu mana kat mereka. Mereka itu adalah idola pemimpin PAS. Kalau tidak masakan boleh disamakan Lim Guan Eng dengan Omar Abdul Aziz oleh pemimpin PAS.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua
pakngah santan said…
mana pas berani. selama ini pun, apa yang pas buat untuk islam? pas 4 all lagi tepat sebab pas boleh jadi islam dan kafir dalam sekelip mata.

tentang hudud tu, pasal kena cabar, baru pas bentangkan. itupun suam-suam kuku dan hangat2 tahi ayam sahaja. sepatutnya pas dah boleh jadikan ini sebagai isu besar sepanjang hayat. teruskan panaskan isu ini ke peringkat pusat. gulung-guling tengah jalan pertegakkan isu ini. ada berani ka????

kepada dr no, baik hang pi tanya setiap seorang pemimpin pas tentang perlaksanaan hudud. adakah semuanya setuju. mesti jawapannya setujuuuuuu.... tapi ... blah blah blah.
Anonymous said…
Kemenangan dari yang diperjuangan memang nampak sukar diperolehi contohnya isu Palestin-Israel. Mungkin mengambil masa berkurun-kurun sehingga berabad. Sebab itu,Allah tidak hanya melihat kemenangan, tapi lebih menrahmati usaha dan ikhtiar yang dibuat. Jadi, siapa yang lebih berusaha di dalam perjuangan Islam di dalam dunia kontemporari dan amat pluralistik hari ini ?

DR NO
Anonymous said…
Umno tak mahu laksanakan hudud. Siapakah yang melucutkan ayat perintah laksanakan hudud dalam Al Quran dari bahu umno. Sepatutnya usahlah cabar Pas,Umno kan mempunyai kuasa dalam segala hal.Mengapa mencabar satu kuasa kecil iaitu Pas untuk laksanakan Hudud ? Umno kan punya kuasa besar, mutlak, memerintah negara, paculah kearah melaksanakan hudud, mengapa mencari alasan dengan menuding orang lain ?
Anonymous said…
Apa alasan yang diberikan oleh puak-puak ameno mengenai keengganan mereka untuk pelaksanaan hudud?.....dari rekod yang kita dapati....1.masyarakat majmuk 2. tak punya tenaga professional 3. tak punya prasana 4. rakyat belum faham hudud 5. undang-undang zalim 6. Hudud PAS 7. bla..bla...bla..
Boleh diterima ka alasan-alasan tu ? Ustaz Azli ni tak pernah ikut kuliah tafsir ka? Mengapa ustaz azli tak sarankan ameno laksakan hudud...nampak ustaz ni macam benci tak tentu pasal pun ....
mancina said…
tak terjawab si azli ni...hehehe

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma