Skip to main content

Dr. Asri Ketua Dewan Ulama UMNO?


Dr. Asri
Ketua Dewan Ulama UMNO?



KUALA LUMPUR, 5 April (harakahdaily): Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dilaporkan sedang berusaha untuk menubuhkan parti politiknya sendiri bagi membolehkan beliau dan rakan-rakannya menyertai pilihan raya. Menurut sumber, untuk mempercepatkan proses itu, beliau dilaporkan berusaha untuk mengambil alih parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) namun ditolak oleh para pemimpin mereka.

Akim ditubuhkan pada tahun 1995 ekoran tindakan PAS terhadap ketuanya, Musa Salleh. Dalam pilihan raya umum 1999, Akim bertanding dua kerusi parlimen iaitu Kota Bharu dan Pasir Puteh namun kalah kedua-duanya. Presidennya, Hanafi Mamat menyertai pilihan raya kecil Permatang Pauh namun hanya mendapat 92 undi sahaja. Menurut sumber, ekoran kegagalan untuk mendapatkan persetujuan mengambilalih Akim, Asri sedang berusaha untuk mendaftar sebuah parti politik baru.

Baru-baru ini, Asri telah berhenti menjadi kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Ekoran itu, beliau mula menulis dengan laman web Malaysiakini. Menurut sumber Utusan, tulisan terakhir Asri di Utusan ditolak oleh sidang editornya kerana terlalu banyak unsur-unsur kefahaman Wahabi yang dikaitkan dengan Asri dalam tulisan itu.

"Kami telah cuba edit dan memotong hampir separuh tulisannya tetapi masih tidak boleh disiarkan kerana masalah itu," kata satu sumber Utusan.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib pernah mengunjungi Asri di rumahnya dekat Pulau Pinang. Dalam pertemuan itu, Asri dilaporkan berkata, Harun menawarkan beliau menyertai PAS. Namun begitu, Harun dalam jawapan balasnya berkata, beliau bukan menawarkan Asri menyertai PAS tetapi meminta atau mengarahkan Asri menyertai PAS. Akhbar Sinar Harian pernah melaporkan, Asri pernah berminat untuk menyertai PAS.

“Masa jadi Mufti Perlis dahulu, dia memang sayang PAS. Masa jadi pensyarah universiti pun dia sayang dengan PAS. Masa jadi penceramah agama pun begitu. Saya yakin sekarang pun begitu. Saya pernah mengatakan dia layak masuk PAS memandangkan parti ini berjuang menegakkan Islam syumul, tidak seperti UMNO. Maka PAS adalah parti yang paling sesuai dengannya,” kata Harun Taib sebagaimana dilaporkan akhbar itu November 2009. Pandangan politik Dr Asri tidak diketahui kebelakangan ini. Beliau yang turut serta di perhimpunan Perkasa pimpinan Ibrahim Ali memuji ucapan Dr Mahathir di majlis itu. Beliau kini masih dalam perbicaraan oleh Mahkamah Syariah Selangor ekoran tangkapan yang dibuat ke atas beliau kerana memberikan kuliah agama tanpa tauliah.

Ulasan Saya

1. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan tuduhan kononnya Dr Asri berfahaman Wahabi. Hanya orang yang jahil dan bodoh sombong sahaja yang tidak tahu membezakan antara Salaf dengan Wahabi. Kejahilan ini berpunca daripada sikap kita sendiri yang malas membaca dan mentelaah kitab-kitab muktabar yang ditulis oleh ulama silam - khususnya generasi salaf. Orang Melayu sangat gemar dan mudah percaya kepada khabar angin dan "cakap orang" berbanding dengan melakukan penyelidikan dan mengkaji sesuatu masalah itu secara menyeluruh dan terperinci. Akibatnya - orang Melayu tidak hanya dituduh sebagai bangsa yang malas membaca dan berusaha, bahkah kita juga dituduh sebagai bangsa yang mudah ditipu dan dijual-beli, gara-gara sikap negatif yang kita ada ini.


2. Kedua, jika memang benar Dr Asri ingin menubuhkan parti politiknya sendiri - maka, sayalah orang pertama yang akan menentangnya. Hal ini adalah jelas, penubuhan parti baharu hanya mengundang perpecahan yang lebih parah dalam kalangan orang Melayu-Islam di negara ini. Sedangkan Dr Asri sendiri sering kali mengingatkan kita bahawa ulama salaf sangat memusuhi perpecahan dan menganggap perpecahan umat Islam sebagai perbuatan keji dan bidaah yang sama sekali tidak boleh dikompromi lagi. Lantaran itu, jika Dr Asri ingin menubuhkan sebuah lagi parti politik untuk orang Melayu - maka, ia sama sahaja dengan memecahbelahkan perpaduan orang Islam yang sedia ada.


3. Oleh kerana saya juga bermanhaj salaf seperti Dr Asri - maka saya fikir kita akan berkongsi pengalaman dan penghayatan yang sama - sesungguhnya mana-mana individu yang mengikut metod salaf, maka parti kerajaanlah pilihannya. Kita dilarang mencaci dan membuka aib kepimpinan negara, jika mereka melakukan kesalahan, maka tegurlah dengan cara berhikmah dan jika mereka melakukan kezaliman, kita harus bersabar dan mendoakan mereka perkara yang baik-baik, dan bukan dengan cara mengadakan demonstrasi atau perarakan jalanan yang sering dianjurkan oleh PAS dan PKR. Islam tidak mengajar kita seperti itu.


4. Jika Dr Asri berhasrat untuk membetulkan negara - maka UMNO adalah parti terbaik untuk beliau. Bawalah seramai mungkin ahli-ahli Salaf ke dalam UMNO, betulkan UMNO dari dalam dan bukan dengan cara mewujudkan satu parti lagi. Perjuangan UMNO sudah betul dan jelas - hanya kita perlu mewujudkan ahli-ahli UMNO yang berakhlak dan mentaati agama. Jika terdapat budaya politik UMNO yang kotor dan jijik, maka mari sama-sama kita perbetulkan. Perjuangan UMNO tiada masalah, yang bermasalah hanyalah sebahagian daripada ahli-ahlinya yang mengamalkan rasuah, politik wang dan tidak taat kepada agama. Itu sahaja. Rasanya, Dr Asri boleh melupakan hasrat beliau untuk mewujudkan politik baharu di negara ini. Ia tidak akan pergi ke mana-mana. Percayalah.


5. Pada hemat saya, UMNO harus segera memancing Dr Asri agar segera menyertai parti tersebut. Selain beliau mempunyai pengaruhnya yang tersendiri - beliau juga mampu membawa perubahan dan tajdid dalam budaya politik UMNO yang selama ini telah dilihat kotor dalam kalangan masyarakat. Peluang ini harus segera diambil dan bukan dibiarkan begitu sahaja. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Saya setuju dengan saudara Azli Shukri.

UMNO telah dikotori oleh beberapa kerat manusia yang rakus dan mencari jalan mudah untuk mengecapi habuan duniawi.

Biarlah ramai tokoh agama, tokoh ilmuan dan para sarjana diberi ruang dan tempat yang selamat untuk berjuang bersama-sama UMNO, demi umat Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.


adam amin
Jerlun, Kedah.
azlishukri said…
saya sependapat dengan tuan adam amin.
haz-ONE said…
salam..lama x tggalkan komen di blog saudara..saudara azli..ini sedikit komen sya mengenai penyataan saudara.."Oleh kerana saya juga bermanhaj salaf seperti Dr Asri "

berdasarkan surah zukhruf ayat 43..telah jelas menyatakan bahawa akidah utama sunnah wal jamaah hendaklah bermanhajkan as salaf as salih..

dijelaskan pula dalam hadis sahih..

Sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:

"Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabiin) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabiut at-tabiin)"

Ibn Taimiyah rahimahullah telah memfatwakan tentang penentuannya siapa sebenarnya mereka yang berhak bergelar Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh sehingga setiap orang yang beriman diwajibkan bermanhaj dengan manhaj mereka:
"Ahli Sunnah ialah mereka yang berpegang dengan kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam (Hadis sahih) dan apa yang disepakati oleh orang-orang pendahulu yang awal (salaf) yang terdiri dari kalangan Muhajirin dan Ansar dan juga orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik"


maknanya disini saudara azli yg cukup saya hormati..sunnah wal jamaah adalah bemanhajkan as salaf as soleh..itu yg saya nak tegaskan..itu maksud saya..saya juga adalah sunnah wal jamaah dan bermanhajkan as salaf as soleh..

saya bersependapat dengan saudara azli mengenai wajarnya Dr. Asri menyertai UMNO dan memperjuangkan agama dan bgsa bersama2 pemimpin kita dalam UMNO demi agama bgsa dan negara..

andai saya tersalah kata..dengan komen dan teguran saya..saya pohon maaf..perbetulkanlah jika ada salahnya..ini hanyalah pandangan seorang anak muda..Salam..
j3bat said…
Saya pun anak murid Dr Asri jua.

Sunnguh ramai yg masih blur tentang wahabi ini. Termasuk mereka yg mendakwa ahli dlm ugama.
Anonymous said…
Saya sangat-sangat menyokong penulisan ini.Salam
Anonymous said…
Tiada bezanya dan untung ruginya jika beliau dalam UMNO atau tidak. Banyak lagi orang bijak pandai agama dalam UMNO hanya mereka tidak mencari publisiti macam beliau.

Al-Amin
Kuala Lumpur
saya juga setuju dengan saudara. Dr Asri bukanlah wahabi. Cuma masalahnya orang kita ni cukup gemar mendengar kata kata fitnah dan malas berfikir.

Saya juga sokong Dr Asri masuk UMNO tetapi boleh kah orang UMNO terima terutama mereka yang gunakan UMNO untuk kepentingan peribadi.

Golongan beginilah yang membusukkan UMNO. Dan saya juga pasti mereka akan menentang sekiranya Dr Asri dibawa masuk dan diberi jawatan.

Golongan pencinta dunia akan sentiasa mencari helah untuk memastikan habuan mereka tidak hilang.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua
Anonymous said…
Azli.. tlg komen ni.

http://www.kdn.gov.my/template03.asp?tt=news&newsID=290
Anonymous said…
ni satu lagi Azli...

http://www.kdn.gov.my/template03.asp?tt=news&newsID=305
Anonymous said…
Azli.. pekejadahnya link tu? aku pun tertanya-tanya kenapa KDN panggil APCO????
gagasan_warisan said…
Dr asri lah membawa perpecahan...Dr asri lah menghina Syeikh al barzanji....Dr Asri marah org sambut maulid nabi....mmg dia wahabi yang berselindung dengan pelbagai nama...tajdid laa..salafi lah....

sekian pemerhatian kami.
Ismi Ijmi said…
agen umno apa??heh,sekadar komen
azlishukri said…
antara menghina dan mengkritik ia jauh bezanya, sikap mengkritik sudah lama diamalkan sejak zaman para sahabat lagi...harap maklum
Anonymous said…
saya setuju dengan saudara Azli Shukri dan meyokong penuh pendapat sdr. Adam Amin,dengan doa supaya Dr. Asri mahu sambut pandangan sdr. Adam Amin itu.Sabagaimana yang dilaku kan oleh Jen.{B} jamil khir- nampak perubahaan pada sambutan hari pahlawan nanti.
gagasan_warisan said…
ermm masalahnya bukan dia mengkritik tapi dia menghina.....kami memahami antara menghina dan mengkritik....mengkritik sambil menghina dengan cara untuk menjatuhkan pihak lain sebab nak tunjuk dia sahaja bagus....ilmunya sahaja yang tinggi hadis dia sahaja yang sohih.....
parjo_7 said…
"3. Oleh kerana saya juga bermanhaj salaf seperti Dr Asri - maka saya fikir kita akan berkongsi pengalaman dan penghayatan yang sama - sesungguhnya mana-mana individu yang mengikut metod salaf, maka parti kerajaanlah pilihannya. Kita dilarang mencaci dan membuka aib kepimpinan negara, jika mereka melakukan kesalahan, maka tegurlah dengan cara berhikmah dan jika mereka melakukan kezaliman, kita harus bersabar dan mendoakan mereka perkara yang baik-baik, dan bukan dengan cara mengadakan demonstrasi atau perarakan jalanan yang sering dianjurkan oleh PAS dan PKR. Islam tidak mengajar kita seperti itu."



salam...
bertemu kembali kpd semua saudara ku yg mengaku islam...
saya juga ahli sunnah wal jamaah yg bermanhaj salaf dan mengikuti pendirian Syeikh Yusuf Qardawi...
tetapi saya lebih cenderong kpd PAS dlm menegakkan islam di bumi malaysia ini...
sebagaimana hujah anda bahawa ramai ahli UMNO yg jahil dan fasik...yg telah mengotorkan UMNO...begitu jugalah hujah saya...iaitu PAS juga telah dikotorkan dgn ahli2 yg jahil,munafik dan ada yg fasik...ini lumrah dalam satu komuniti yg besar samada dlm organisasi parti politik atau organisasi yg lain...tetapi didlm PAS tidaklah terlalu ramai yg jahil berbanding didlm UMNO...
dasar yg perlu kita tengok sblm menyertai parti politik atau memberi sokongan pada satu2 parti politik itu ialah perlembagaan parti tersebut...kemudiannya diikuti situasi semasa parti itu...di pimpin oleh siapa...adakah orang yg zalim atau orang yang amanah dan memenuhi ciri2 kepimpinan dalam islam...
berbalik kpd hukum demontrasi...ianya bukanlah satu perkara yg diharamkan secara mutlak oleh islam...jika anda benar2 seorang yg bermanhaj salafus soleh...anda pasti tahu perkara ini dan cara2 menanggani perbezaan pendapat di kalangan ilmuan islam...oleh itu x perlulah untuk sy ulas di ruangan yg terhad ini...tapi jika masih x memahami boleh sy jelaskan di masa akan datang...insyaAllah.
Anonymous said…
mana dia tau salafus soleh apa maknanya... dia tau NAK FULUS BOLEH!!
fahaman selain Ahli Sunnah Wal Jamaah yang didokong ulama dan MUFTI akan hancur walau cuba disebarkan.

Penentangan akan berlaku dengan cara ilmiah.bukan kekeranasan. seperti kita lakukan sekarang.

Saya tidak setuju Dr Asri yang tak mengaku sebagai wahabi ditarik masuk ke dalam parti.

Jelas beliau menerusi pendedahan Tuan sendiri cuba mengambil alih AKIM namun gagal.

Jelas sekarang Dr Asri cuba menggunakan saluran politik untuk tujuan menyebarkan wahabi.

Maafkan saya, wahabi tidak akan ada tempat di mana mana negara Islam seluruh dunia.Salafi tidak wajar dikatakan sebagai Wahabi.Jauh antara langit dan bumi.

Baca sedikit kupasan tentang salafiyah wahabiyah dan kaitan dengan JI di blog saya.

maaf sekali lagi tetapi perkara ini perlu jelas antara kita semua. tanpa perlu takut pada sesiapa dan apa-apa.


salam perjuangan.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma