Skip to main content

Azli Shukri 2010 : Selamat Datang Tahun Yang Ke-31!


Azli Shukri 2010
Selamat Datang Tahun yang Ke-31


Selamat pagi semua, hari ini merupakan harijadi saya yang ke-31, saya memohon kepada Allah semoga dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan saya pada tahun ini. Sepanjang hampir dua tahun saya menjadi blogger amatur, banyak perkara yang saya pelajari - tentang nilai persahabatan, nilai perjuangan dan nilai moraliti - namun demikian, sesungguhnya - hidup adalah perjuangan dan kesihatan - tanpa apa-apa perjuangan, kehidupan adalah kosong dan tanpa kesihatan yang baik, kehidupan umpama nikmat yang tidak cukup. Percayalah asas kekuatan kita ialah Iman dan Islam - peganglah ia kuat-kuat, nescaya Allah akan membantu kita dalam segenap urusan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjadi pembaca setia blog saya - mana-mana yang baik terimalah dan mana-mana yang tidak secocok dengan agama, maka tinggalkanlah. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan pertunangan saya baru-baru ini - semoga Allah membalas segala kebaikan tuan-tuan semua. Saya mendoakan agar semua rakan seperjuangan bersungguh-sungguhlah menghayati Islam - agar dunia akhir zaman ini akan kembali milik orang-orang yang beriman. Saya juga mohon ampun dan maaf, jika terdapat tulisan-tulisan saya selama ini menyinggung perasaan sesetengah pihak - percayalah untuk menegakkan kebenaran - kadangkala perasaan dan emosi terpaksa diketepikan. Akhir kata, azam saya pada tahun ini adalah untuk menjadi lebih baik daripada tahun lepas - semoga Allah meredhoinya. Wallahualam.

Gambar : Majlis Pertunangan saya dengan Ustazah Azrin pada 3 Januari yang lalu di Jeram, Kampar, Perak. Semoga Allah membahagiakan kami berdua.

Comments

1887 said…
tahniah tuan Azli

Spnjag mengenali tuan melalui blog, tuan seorg yg jujur. Tuan antara blogger yang sangat sy kagumi, berani, berterus-terang dan bersemangat. Teruskan perjuangan!!
azlishukri said…
1887 - Terima kasih
Anonymous said…
Tahniah Azli,
Sama-sama kita perjuangkan 'Islam for all' dan 'Allah for all' ?!

DR NO
tabuan said…
Hepi birthday bro...moga kelangsungan dapat di teruskan...
gagasan_warisan said…
Tahniah laa tuan. Muda lagik tuan ni tapi nampak kematangannya...ingat kan dah 35 ker...heheheh ...teruskan perjuangan.
Anonymous said…
Tahniah
ZULKIFLI said…
Salam, Syekh;
Selamat hari lahir dan selamat bertunang. Tahniah.
Unknown said…
Aku terasa sekali lagi "dipinggirkan" kerana tidak dimaklumkan.

:(
azlishukri said…
anuar - jangan cak mcm tu sedih aku dengar...

tabuan - terima kasih

Dr No dan gagasan warisan - terima kasih

zul dan syafawani - terima kasih
hilbert said…
Selamat Hari Jadi ke 31 saudara Azli, semoga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu... :-)
echah_syed said…
slmt hari lahir dan tahniah en azli.. :)

semoga dipermudahkan ALLAH swt semua urusan didunia & akhirat.amin
azlishukri said…
terima kasih semua...
The Informist said…
Tahniah...moga dapat smpi ke jinjang pelamin. Jaga baik2 tunang tu.
azlishukri said…
informist - InsyaAllah
A.I said…
Wahhhhhhhhh...

Tahniah!!

Semoga dipanjangkan umur + dimurahkan rezeki + semoga jodoh berkekalan hendaknya (^_^)
Anonymous said…
laaaa....agak ko ni baru 31 azli. aku ingat baya2 aku dlm 40++. tapi apa2 pon otak ko ni matang dari usia atau bdak2 yg sebaya dgn ko.

byk bdak2 yg 20an, 30an masih tak tau guna pala otak dgn betul. masih terikut2 berfikir dgn emosi.

kawin cpat2 azli, bila berkahwin ada anak kita lagi cepat matang.

apa2 pon tahniah utk ko.

Joe.
Abdul Hayee said…
TAHNIAH!
JijahJambu@Jj said…
Semoga dimurahkan rezeki, selamat sihat n happy selalu ... amin ..
azlishukri said…
terima kasih joe dan jijah...
Jun said…
selamat harijadi n tahniah atas pertunangan azli..wah3, muda lagi rupanyer ye...all d best in life
Ir MIM NUSANTARA said…
Selamat Bertunang.Moga2 pertunangan
ini membuka minda anda kepada satu
dari nikmat ALLAH SWT.Bakal isteri anda itu adalah seorang ustazah, jadi belajar2 ugama Islam dengan lagi mendalam agar hidup anda sentiasa didalam IMAN....
JiwaKosong said…
Salam ziarah,nice info n blog.Nak info yang cambest x ? jom join n lawat blog saye ni di http://tolongsenyap.blogspot.com
BarakalLah, tahniah Sdr. Azli, cepat-cepat kahwin...

Pilihan Pembaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y