Skip to main content

KJ dan Pertemuan dengan Pemimpin Pelajar Universiti


Khairy Adakan Pertemuan
dengan Pemimpin Pelajar Universiti


Saya dihubungi oleh salah seorang pemimpin pelajar IPTA sebentar tadi - menurut pemimpin pelajar itu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia - saudara Khairy Jamaluddin sedang giat menjemput para pemimpin pelajar universitri tempat untuk bertemu dengan beliau dalam waktu terdekat ini. Majlis pertemuan itu, masih belum diketahui tarikh dan lokasinya, malah, saya juga tidak tahu tujuannya - namun demikian, saya menyeru semua pemimpin pelajar yang pro-Mukhriz agar menghadiri perjumpaan tersebut. Saya melihat langkah Khairy ini dari sudut positif, bahkan inilah masanya yang paling sesuai agar para pimpinan pelajar universiti dapat berdialog secara one to one kepada saudara Khairy. Saya yakin banyak perkara yang perlu ditimbulkan dalam pertemuan tersebut antaranya :

1. Mengapa Pemuda UMNO kelihatan sangat lemah ketika ini?

2. Mengapa masih terdapat perpecahan yang sangat ketara antara penyokong KJ dengan Dato' Mukhriz?

3. Mengapa Pemuda UMNO tidak mempunyai program yang jelas dalam menarik minat generasi muda kepada UMNO.

4. Mengapa Ketua Pemuda UMNO seolah-olah tidak mampu menangani isu-isu utama negara yang sedang menjadi perdebat hangat ketika ini?

5. Mengapa wartawan media arus perdana seakan-akan tidak mengambil peduli apa-apa isu atau perkara yang melibatkan Khairy Jamaluddin?

6. Mengapa Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan barisan Exconya tidak mempunyai idealisme perjuangan yang jelas dalam mengharungi isu-isu nasional pada ketika ini?

7. Jika keadaan begini berterus - Pemuda UMNO akan menjadi lemah. Dan apakah saudara Khairy Jamaluddin masih mahu mengekalkan jawatan Ketua Pemuda? Atau lebih baik berundur sahaja?

8. Mengapa Pemuda UMNO Malaysia kelihatan begitu ketinggalan jika dibandingkan dengan Pemuda PAS dari segi programnya? Wallahualam. Dan banyak lagi...

Comments

SUARA RAKYAT said…
Salam saudara. Pemuda Umno sekarang tidak dapat mencontohi dikala kepimpinan Syed Ahmad Albar, Datuk Harus Idris malah ketika dipimpin oleh Anwar ibrahim. Pemuda Umno masa kini seolah-olah tumpul dari segi penghayatan perjuangan dan tumpul dalam mencorakkan kepimpinan. Pemuda umno dikatakan pewaris atau kesinambungan kepimpinan, jika keadaan pemuda Umno masa kini terus terusan begini, nampaknya kesinambungan yang biasanya berlaku akan pupus. Di daerah misalnya.. Kota Belud Sabah Khususnya, kepimpinan pemuda Umno begitu lemah, tiada hala tuju seolah-olah seperti tunggul yang menunggu rebah dan reput. Tiada tahu kenapa perkara ini boleh berlaku? Apakah kerana pemilihan pemuda itu sendiri mempunyai kesilapan, sehingga mereka yang terpilih adalah kayu-kayu tunggul? Hanya pemuda umno yang dapat memperbaiki dirinya. Sayogianya jika seseorang itu tumpul dari segi minda dan wawasan atau visi perlulah melepaskan jawatan itu dan serahkan kepada mereka yang mempunyai jiwa perjuangan yang kental dan berwawasan. Fikir-fikirlah
Arif Omar said…
TALKIN UNTK KJ. CAKAP AJE BERDEGAR. OTAK TAK JALAN DIA NI.
taipingmali said…
Pemuda Umno Malaysia nak jaga periuk nasi. Dapat projek boleh beli Cayene. hehehe...usaha memperkasakan Umno biar Najib dan bloggger jalanan laksanakan.
PARPUKARI said…
Aku sokong semua komen di atas!
azlishukri said…
saya juga sependapat.
matrengganu said…
Aku ada komen sikit dlm blog KJ. Dia hentam balik aku kaw kaw. Lepas tu balaci2 KJ turut sama hentam aku. Tapi pakai annonymous jer. Takut nak pakai identiti. Mcm ayam jantan ..tak der telur.
MK IV said…
jemputan program dialog bersama pemimpin,
sila emailkan nama penuh, no ic, nama blog dan no telefon ke darulehsantoday.blog@gmail.com dengan kadar segera untuk booking tempat duduk.
Singh Is Kinng said…
Walaupun Saudara Azli menyeru mana2 pelajar pro Mukhriz supaya menghadiri, Singh pula nak seru

"MANA-MANA PELAJAR TOLONG JANGAN HADIR. JANGAN CUBA NAK BERSUBAHAT DENGAN PENGKHIANAT BANGSA YANG KINI HANYA NAK CARI PUBLISITI MURAHAN JE"

HELL WITH KHAIRY ... HI HI HI
Anonymous said…
Salam semua...Sila baca 'perenggan yang terakhir'...kenapalah sahabat kita ni 'cerdik' sangat keluar statement macam tu....aduihhhh....

Anwar cipta isu baru menjelang 25 Januari?
KUALA LUMPUR 15 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diramal mencipta satu lagi isu baru menjelang tarikh perbicaraan kes tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 25 Januari ini.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azwanddin Hamzah yang membuat dakwaan itu berkata, isu baru memburukkan kepimpinan kerajaan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap perbicaraan kes berkenaan.

"Saya tidak terkejut jika muncul satu lagi isu baru yang menyerang kepimpinan kerajaan termasuk Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kemudian mangsa serangan diberi label negatif tertentu sebelum 25 Januari ini.

"Taktik sebegini pernah dibuat sewaktu perbicaraan kesnya pada 1998 dengan menyerang dan melabelkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebagai 'Mahafiraun' dan 'Mahazalim', akhirnya rakyat lebih banyak bercakap tentang dua label itu berbanding perjalanan kes," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azwanddin yang pernah berkhidmat di akhbar rasmi PKR, 'Suara Keadilan' dan memegang jawatan Ketua AMK Wilayah Persekutuan mendakwa 'masak' dengan pelbagai isu ciptaan Anwar.

Ia termasuk yang dilancarkan dari dalam penjara mengenai penggunaan racun arsenik kononnya untuk membunuhnya.

Katanya, semua anggota AMK diarah terus memainkan isu arsenik tersebut bagi menggoncang sentimen rakyat.

"Tapi sampai hari ini dia masih sihat, kalau sudah diracun arsenik pasti lain ceritanya," tegas Azwanddin.

Dalam pada itu Azwanddin mengemukakan beberapa isu yang diolah Anwar untuk mengabui mata masyarakat termasuk penubuhan kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September 2008 dan serangan terhadap Biro Tatanegara (BTN).

Dakwanya, isu 16 September dicipta bagi mengalihkan perhatian terhadap pertentangan pendapat di kalangan PKR negeri berhubung kerjasama dengan parti pembangkang lain.

Sementara itu, isu BTN pula untuk mengalihkan perhatian masyarakat menjelang sebutan kes liwatnya.

"Bagaimanapun saya tidak pelik dengan sikap masyarakat untuk mempercayai apa jua penipuan Anwar.

"Ini kerana semua isu itu direka mengikut selera sekumpulan besar masyarakat yang sememangnya tidak berpuas hati dengan kerajaan," katanya.
b1n1 said…
eleh soalan ni senang nak jawab
2. Mengapa masih terdapat perpecahan yang sangat ketara antara penyokong KJ dengan Dato' Mukhriz?

KERANA PENYOKONG MUKHRIZ TU SORE LOSER DAN MUKHRIZ MENGUPAH BLOGGERS TAIK MACAM PARPUKARI DAN PIGGI SINGH
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua

Pilihan Pembaca

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...
MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 9 : PEMIMPIN UMNO AL-MUNTAZAR “UMNO telah mengguna pakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.” – Tun Mahathir Mohamad Saya mulakan Monolog Azli Shukri Bab 9 kali ini dengan kenyataan Tun Mahathir yang didakwa oleh ramai pihak bahawa beliau cuba campur tangan dalam mempengaruhi pemilihan dan pencalonan pemimpin-pemimpin UMNO Mac depan. Namun demikian, saya t...