Skip to main content

Tahniah Zulkifli Noordin!


Tahniah Zulkifli Noordin!

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menegaskan beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan ketegasannya dalam memperjuangkan isu berkaitan Islam. Walaupun akur dengan keputusan mesyuarat Biro Politik PKR hari ini yang akan menghadapkan beliau kepada jawatankuasa disiplin parti kerana membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, namun Zulkifli berkata, beliau juga mempunyai hak dan pendirian berhubung perkara itu.

‘‘Tidak apa saya tunggulah sebulan apa yang hendak dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti kerana ia dilaksanakan berdasarkan kepada peruntukan parti, itu hak mereka, tetapi saya juga ada hak.

‘‘Malahan saya tidak perlu pun tunggu sebulan untuk mengambil pendirian dan membuat keputusan, saya ada pilihan berbuat demikian tanpa menunggu jawatankuasa disiplin,’’ katanya.


Ulasan Saya : Saya sangat bersetuju dengan pendirian Zulkifli Noordin - pandangan beliau sering kali tidak selari dengan barisan kepimpinan partinya : yang jelas beliau meletakkan kebenaran sebagai garis panduan untuk beliau berpolitik. Sekurang-kurangnya, beliau akan mula memahami - bertapa sukarnya mahu melafazkan kebenaran dalam dunia politik Malaysia. Apa-apa pun tahniah Zulkifli Noordin!!!


Comments

pencinta kebenaran said…
salam azli..

sy ada pandangan sy sendiri dlm kes ni..zul ni cam ahli pkr yg lain gak lidah bercabang2 kalah biawak..

ceh dah tunjuk gaduh sana sini cam dgn sivarasa hari tu tetiba berpeluk sakan..psycho war je tu..
azlishukri said…
pencita kebenaran - saya setuju bahawa banyak ahli pkr mempunyai lidah bercabang-cabang...namun demikian dalam soal ini...saya sependapat dengan beliau - terutama dalam membela nama Allah. Wallahualam.
MoCk said…
Kalau WB Zul berniat murni kerana Allah.. Lillahirabbilalamin.. dia sudah keluar dari kumpulan mungkar dan munafik tu hari ini juga.. namun kerana ni melodrama daripada drama king.. bak kata MUH.. hahaha so jangan la aspect yang bukan2.. ni kalah pilem tamil ni!
Anonymous said…
Zulkifli Nordin - walaupun penyokong kuat DSAI dan PKR tapi beliau amat konsisten dalam pegangannya dalam hal-hal keislaman.

Beliau sebenar tidak lagi layak duduk dalam PKR. Martabatnya lebih tinggi dari mereka yang dalam PKR. Lebih baik beliau ikuti jejak seperti mana Ibrahim Ali.

Hatihitam
Anonymous said…
taik
Anonymous said…
Saya pun agak keliru dengan pendirian Zul.Adakalanya macam bersungguh-sungguh menegakkan kebenaran/Islam tapi adakalanya tidak konsisten dengan ajaran Islam sebab tidak mungkin orang yang kuat berpegang teguh pada ugama boleh begitu kagum dan menyokong seorang hipokrit dan gila kuasa macam Anwar.
Anonymous said…
Zulkifli Noordin is not PKR's material. PKR is kind of neutralizing agent for pluralism, yet he is kind of polarizing one.So, he should jump out of PKR and become free-spirit likes Datuk Him Ali.

DR NO
pencinta kebenaran said…
sy ni bukan nya apa..sy cuma nak kita semua berhati2 dgn psycho war dia tu..

cam kes sivarasa hari tu siap gaduh sana sini..cabar mencabar..siap tv9 panggil utk program hujah klau x silap..smpai kat program tu dia divert kenyataan..ke x sakit otak tu..n x alih2 peluk2 sivarasa..mmm...

ni mmg mainan geng pr..utk kes membela nama Allah ni sy mmg la setuju tanpa kompromi kalimah Allah x boleh dipermainkan n diguna oleh agama lain..

persoalan plg utama sy adalah..betul ke dia ni..or just propaganda..ye lah bos pujaan dia kan dok bising kat majalah luar kata islam x de hak utk monopoli penggunaan kalimah Allah..
Anonymous said…
Perlu bersama kumpulan yg menentang BN/UMNO tapi tak semestinya jadi tukang angguk saja.

Hal2 agama mesti bertegas.
Kita bukan bersama2 untuk robohkan agama.

Kebenaran kena di perjuangkan terus!
hans said…
orang yg berfikiran macam nih la yang kurang sebenarnya dkt gov or pembangkang
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua.

Pilihan Pembaca

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...

Azli Shukri Bukan Milik Kita Lagi...

Azli Shukri Bukan Milik Kita Lagi Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan blogger dan pembaca setia blog ini yang sudi meluangkan masa dan tenaga bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan saya pada 31 Oktober yang lalu. Semoga Allah membalas jasa baik tuan semua. Doakan juga, agar saya dan isteri akan terus bahagia sehingga ke anak cucu. Dikesempatan ini juga, saya menyusun sepuluh jari, mewakili keluarga saya, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kecacatan sewaktu tuan-tuan menghadiri majlis tersebut, khususnya kepada mereka yang terpaksa berbaris panjang untuk mengambil makanan. Sesungguhnya hal tersebut bukanlah disengaja - ia berlaku diluar jangkaan, kerana para jemputan hadir terlalu ramai pada masa yang sama. Saya berharap agar tuan-tuan berpuas hati dengan layanan dan masakan yang telah kami sediakan. InsyaAllah blog ini akan kembali aktif dalam masa dua atau tiga hari lagi. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi hadir ke majlis say...

Isu Syiah : Tutup Pintu Neraka Itu!

Kepada sesiapa yang masih mahu mempertahankan ajaran Syiah Imam 12 atau yang seangkatan dengannya, cubalah renung dan baca tulisan-tulisan di sini, semoga Allah membuka hati dan memberi hidayah kepada tuan-tuan. Klik di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini - cukuplah rasanya bukti-bukti ini bagi menolak fahaman Syiah yang jelas menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Sekiranya kita mengaku sebagai ahli akademik dan golongan ilmuan, apakah kita masih tergamak menolak segala bukti ini demi mempertahankan ajaran dan ideologi Syiah semata-mata atas alasan demokrasi dan kebebasan beragama? Syiah bukan salah satu mazhab dalam ajaran Islam, pokok akidahnya sangat jauh daripada ajaran dan amalan Islam yang sebenar - segala hujah dan alasannya sangat lemah dan tidak bersifat akademik yang menyeluruh. Saya masih tidak faham mengapa masih terdapat para intelektual di negara ini sangat mudah terpengaruh dan begi...