Skip to main content

Di Mana Kita Sekarang?


Di Mana Kita Sekarang?


KUALA LUMPUR, 18 Jan (Harakahdaily): Pro-mahasiswa (pro-M) Nasional mengucapkan tahniah kepada kumpulan pro-M di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang telah memenangi sebanyak 11 daripada 12 kerusi yang telah dipertandingkan dalam pilihan raya kampus, semalam. Pengerusinya, Mohd Shafie Hashim berkata, walaupun terdapat halangan demi halangan oleh pihak pentadbiran dan 'tangan ghaib' yang tidak bertanggungjawab, namun kumpulan pro-M berjaya di UMT.

“Kemenangan ini membuktikan bahawa perjuangan pro-mahasiswa diterima oleh semua dan pro-aspirasi semakin hilang pengaruhnya,” ujarnya yang juga Pengerusi pro-M Universiti Malaya.

Katanya, kemenangan itu merupakan gelombang awal sebaik sahaja Misi-10 dilancarkan oleh pro-mahasiswa baru-baru ini.

“Selepas ini, pro-M akan terus meningkat usaha sehabis mungkin untuk memastikan gelombang kemenangan di UMT ini akan terus dibawa ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang dijangka tahu keputusannya 21 Januari ini dan seterusnya meresap ke kampus-kampus utama yang lain yang dijangkakan penghujung Januari ini,” katanya.

Sejak UMT dinaik taraf sebagai sebuah universiti pada 2007, tahun ini merupakan pertama kali dalam sejarah pro-aspirasi tumbang teruk apabila dalam pilihan raya kampus yang berakhir semalam di mana telah dimenangi pro-M yang baru dizahirkan kewujudannya pada kali ini.


Ulasan Saya : Jika laporan ini merupakan laporan yang sahih, maka ingin saya mengingat kepada semua pemimpin-pemimpin muda UMNO - agar mereka tidak berpeluk tubuh lagi. Kita harus faham bahawa pilihanraya kampus merupakan salah satu indikator penting yang menunjukkan sejauh mana kepimpinan negara diterima dalam kalangan generasi muda - khsusnya golongan terpelajar. Jika berterus kumpulan Pro-Mahasiswa menguasai kerusi majlis perwakilan pelajar di universiti-universiti, - dikhuatiri - kita sebenarnya sedang berhadapan dengan ancaman byang sangat serius. Benarlah kata sesetengah pemimpin UMNO - sesungguhnya UMNO ketandusan tokoh muda yang benar-benar berketerampilan dan boleh dicontohi, di samping berupaya menarik minat golongan tersebut agar kembali menyokong kerajaan. Realiti yang berlaku di UMT - harus dipandang berat, malah dibimbangi akan berjangkit ke universiti-universiti lain - khususnya di sebelah Pantai Timur. Soalnya sekarang - apakah program Pemuda UMNO Malaysia bagi menghampiri pemimpin-pemimpin pelajar yang semakin ramai menyokong idealisme pembangkang?

Comments

Eldy Voon said…
jangan peduli sgt pandangan terutamanya pandangan yang sengaja mengata buruk daripada yg lain..
gagasan_warisan said…
Pemuda dan UMNO kene lebih proaktif dalam perkara ini....memang sikap para pelajar biasanya melawan kerajaan sebabnya mereka tidak masuk ke reality sebenar....kene2 student pengajian islam....lagi kuat bantahannya.....

Banyak perkara2 buruk yang disampaikan kadang2 oleh pensayarah mereka sendiri.....

sedangkan hakikatnya pensyarah ni pun makan gaji ngan kerajaan tapi banyak komplen..

pelajar2 pun banyak ambil biasiswa atau pinjaman yang disediakan kerajaan...bila dah kuar mula liat nak bayar hutang.....

Akhirnya kerajaan juga yang salah.....buat apa pun tetap disalahkan.
azlishukri said…
unit media - saya listkan blog tuan

eldy - saya setuju

gagasan warisan - kita sependapat

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Ya Allah, Banyak Ini Duit Yang Habis Beri Mereka Makan?

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim seolah-olah menyampah dan teramat benci terhadap pendedahan pihak kerajaan berhubung jumlah wang rakyat yang terpaksa digunakan bagi memberi makanan dan menyediakan tempat berteduh kepada 1697 tahanan demonstrasi haram Bersih baru-baru ini. Sejumlah RM42 425 diperuntukan daripada wang rakyat, termasuk daripada cukai ahli-ahli UMNO bagi menanggung makan - minum peserta perhimpunan haram Bersih 9 Julai lalu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak. Soalnya sekarang, bersediakah ahli-ahli UMNO menghalalkan duit daripada hasil cukai mereka digunakan bagi membiayai makan-minum para pendemonstrasi haram yang akan diadakan oleh Pakatan Haram pada masa akan datang? Jika sekarang baru ada Bersih 2.0, mungkin selepas ini akan muncul pula Bersih 3.0, 4.0 dan seterusnya, dan berapa banyak lagi duit rakyat yang hendak digunakan lagi bagi membiayai makan-minum para peserta perhimpunan haram seperti ini? Sudikah kita men...

Setelah Puas "Membelasah" Syed Mokhtar al-Bukhary, Kini Mokhzani Pula Sasaran Anwar Ibrahim

GERIK, 5 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji semalam untuk menarik balik kontrak Petronas bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan kepada anak Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah ia adalah salah satu langkah awal Pakatan Rakyat (PR) menghentikan kronisma sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya 2013. Dalam satu ceramah di Taman Semarak, Ketua Pembangkang itu mengkritik hebat musuh ketatnya kerana menguruskan syarikat minyak negara terkaya seperti syarikat keluarga, terutamanya Mokhzani. “Pertama, dalam masa 24 jam Pakatan bersumpah akan menurunkan harga minyak di seluruh negara,” katanya kepada ribuan orang ramai hadir daripada kawasan sekitar di Hulu Perak. “Nombor dua, adalah kontrak minyak ini. Adakah anda berfikir di bawah Najib ia akan ditarik balik? No. Tetapi jika kita mengambil alih, saya ingin memberitahu Dr Mahathir — Saya Anwar, bukan seperti Najib.“Najib takut kepada kamu tetapi saya tidak. Saya tidak mempunyai niat untuk menjadi kejam kepada kamu at...