Skip to main content

UMNO Juara Rakyat


UMNO
Juara Rakyat


KUALA LUMPUR 4 Dis. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan satu kaedah pemutihan ahli parti akan diperkenalkan supaya senarai ahli yang ada di setiap bahagian adalah mengikut daftar yang terkini. Beliau berkata, ini perlu dilakukan disebabkan mengikut pindaan perlembagaan parti yang dilakukan baru-baru ini, tidak akan ada lagi kutipan yuran tahunan ahli.

''Oleh itu adalah penting untuk memastikan kesahihan senarai ahli UMNO dengan pihak ibu pejabat akan berhubung dengan semua bahagian untuk menerangkan kaedah pemutihan itu.

''Selain itu Pendaftar Pertubuhan telah luluskan pindaan Perlembagaan UMNO yang dilakukan baru-baru ini dan berkuat kuasa 10 November lalu," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Najib turut mengumumkan yang mesyuarat MT malam ini meluluskan program UMNO untuk tahun depan yang bertemakan 'UMNO Juara Rakyat'. Menurutnya, walaupun demikian, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di peringkat bahagian akan diajak bersama bagi menjayakan program ini.

''Program-program ini meliputi pelbagai jenis aktiviti antaranya pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawanan, perekonomian, bidang sosial dan berkaitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

''Di samping itu pelbagai jenis lagi program yang telah pun kita tentukan yang mana garis panduannya diluluskan MT. Program ini akan kita jalankan mulai Januari tahun depan dan merupakan program berterusan," jelasnya.


Ulasan Saya :

1. Saya setuju dengan slogan UMNO Juara Rakyat.

2. Saya setuju kerana UMNO sudah lama tidak bermain dengan retorik seperti Anwar Ibrahim dan Nik Aziz. Anwar cukup terkenal dengan slogan-slogan kosong yang hanya mengaburi mata rakyat.

3. Kita lihat pada hari ini rakyat mahukan slogan yang manis-manis seperti mana yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat - walaupun banyak slogan yang berbohong tetapi rakyat tetap percaya. Jadi, UMNO juga harus bermain dengan retorik bahasa di samping kita ada kuasa untuk melaksanakannya.

4. Mana-mana cadangan yang baik dari Pakatan Rakyat kita akan ikut secara berhikmah, biar mereka putih mata.

5. Untuk menjadi Juara Rakyat kita harus faham ianya bukan bermaksud apa-apa sahaja yang rakyat pinta kerajaan harus penuhi, yang dimaksudkan dengan menjadi Juara Rakyat adalah merujuk kepada ketegasan kerajaan terhadap perkara-perkara yang boleh mengganggu-gugat kepentingan negara dan masyarakat. Jika kita berjaya melakukannya - InsyaAllah rakyat akan menghormati kerajaan dan menyokongnya kembali. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Juara apekebendanya?? hahaha..

juara dlm menipu ada ler kot!
Anonymous said…
tapi pas dan nuar bontot lg kuat nipu.

lupa ka 16sept.... satu malaya kene klentongg.

joe

psstt...we've the numberss.. kehkehkeh
DR 1221 said…
salam
kita boleh lihat hasilnya selama BN memerintah.
YANG GAMBI said…
Salam bro, hanya bagi orang yang bodoh dunggu sahaja yang masih menafikan kebajikan yang telah dibuat UMNO....... anonymous 1 tu sudah jauh ketinggalan kerana terlalu bodoh dengan penipuan Anwar dan PAS.....
Anonymous said…
yang Gambi

tak ada sapa yg menafikan kebajikan UMNO la Yang Gambi Bodoh.

hahahah..bodoh punya Gambi!
Boleh menjadi Juara Rakyat tetapi pembesihan dalam UMNO perlu dilakukan dahulu dengan lebih serius.
wakilrakyat said…
UMNO memang telah lama manjadi "JUARA" kepada rakyat, yang pasti menjadi "PENIPU" besar kepada rakyat adalah DSAI yang menipu semua orang termasuk PAS yang "merelakan" diri ditipu.

Tidak ada rakyat Malaysia yang boleh menafikan bahawa mereka hidup selesa aman dan damai kerana Allah redha dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO. Kepada mereka yang cuma menjadikan UMNO sebagai alat cita-cita mereka, lambat laun Allah akan menghukum mereka. Contoh terbaik pemimpin UMNO yang mendapat bala akibat mempergunakan UMNO untuk kepentingan diri adalah Anwar Ibrahim.
Anonymous said…
contoh UMNO juara rasuah adalah dengan membenarkan ISA SAMAD yg perasuah kebangsaan jadi calon kerana takut kalah kat N9.

hahahaha...

1. Juara UMNO melahirkan budak ingusan KJ utk mengajar anak muda jadi kurang ajar pada orang tua.

2. Juara UMNO dalam mendominasi carta rasuah kebangsaan dengan hanya membiarkan SPRM dikudakan oleh elit politikus mondok.

ada banyak lagi.. tp maleh aaa nak type.sebab buang masa jer nak cerita kat korang yg dah tahu tapi saja busuk usus bak kata Mahathir pemimpin agung UMNO. kah kah kah..

pi laa tibai Mahathir tu.. dia yg mengajar orang lain utk tibai UMNO balik.

muahhahahha..
hans said…
saya tak tahu nak cakap la
kalau ikut prestasi dahulu memang UMNO
tapi skrg tak tahulah
makin lama makin banyak keburukan terbongkat
Anonymous said…
Assalamualaikum...

manifesto UMNO mmg terpuji malah wajib kita pertahankan. tapi masalah utama UMNO ialah para pemimpinnya yang dah lupa daratan. perlu ada rombakan minda besar-besaran agar parti keramat bangsa Melayu-Islam ni tetap utuh.kot idak, PRU 13, ke tanah waqaf ler parti keramat ni.

manifesto PAS juga amat baik sebab berlandaskan Al-Quran dan Hadith. masalahnya pemimpinnya saja yg menyalahguna keagungan Al-Quran dan Hadith. mmg nampak lari dari dasar sebenar. so, kena juga tegur dan rotan sekali sekala.so,sebelum lebih teruk melalut,elok kita rentap bagi sedar.

cubalah cari titik persamaan antara UMNO dan PAS sebab hanya dua parti ni sahaja yg boleh kata 100% Melayu dan Islam. jgn ler jolok menjolok antara satu masa lain. kasihan anak cucu kita nanti. jgn sampai dikencing pusara kita kelak sudah ler.

ayuh...hentikan polemik.stop kutuk mengutuk.hentikan fitnah.

pemimpin dok gaduh tp deme kenyang dan tido boleh lena. kita apa nak jadi pulak? so,paksa ler pemimpin kita baik dari PAS atau UMNO utk bersatu.

Fadly Bahktiar Bin Othman.
Geng Azli Shukri sejak 1992.
Sek.Men.Bukit Merchu,
Kuala Kangsar,Perak.
Anonymous said…
Saudara Azli,
UMNO sudah lama ada mandat (kuasa & wang) buat apa lagi nak jadi juara.
Bila lagi kah Saudara Azli berjaya menghasilkan antibiotik dan antibodi menyah-rasuah dari UMNO. Blog Saudara ini hanya tidak lebih satu pancingan utk saudara ke tahap tinggi seperti jadi SETPOL dsbg. Mana jihad membunuh rasuah. Rasuah itu juga anasir yang bakal mengugat dan menruntuhkan negara dan ummah.

DR NO

DR NO
azlishukri said…
dr no - saya cuba sedaya upaya agar, kita mampu bercakap perkara yang benar. soal ini blog untuk pancing bagi saya melompat lebih tinggi rasanya tersasar jauh tu. sebabnya ramai lagi blog umno yang wujud dalam kalangan ahli-ahlinya yang jujur.

fadly - aku sokong kenyataan ko ni

Pilihan Pembaca

Terima Kasih Para Perwakilan

Terima Kasih Para Perwakilan Akhirnya, kebenaran sudah mati - dan kehancuran UMNO berada di hadapan kita semua. Tahniah Khairy, dan Tahniah semua perwakilan. Semoga kesilapan ini akan menyedarkan kita semua. Sesungguhnya memang benar - kita masih belum mahu insaf dan bertaubat, kita masih mahu berkiblatkan wang dan kepentingan diri. Selamat maju jaya kepada Pemuda UMNO Malaysia. Akhirnya, kita dapat jua seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sudah pun didapati bersalah terlibat dalam politik wang. Apa-apa pun sebagai ahli Pemuda saya akur dengan keputusan tersebut, namun demikian saya tetap berasa malu mendapat seorang Ketua Pemuda yang jelas terlibat dengan politik wang, setelah Lembaga Disiplin UMNO membuktikannya sebelum ini. Malu melihat cara dan gaya para penyokong Khairy yang seolah-olah begitu bongkak dan bangga dengan kemenangan yang penuh diselubungi dengan rasa curiga dan sangsi. Semoga kebenaran akan terselah jua akhirnya. Wallahualam.

Dari Kuala Kangsar Ke Bukit Gantang

Dari Kuala Kangsar ke Bukit Gantang Saya terpanggil bagi menjawab beberapa tuduhan liar Datuk Seri Nizar di Kemunting semalam, dengan mendakwa bahawa rakyat di Bukit Gantang harus menolak BN beralaskan kepada beberapa alasan tersebut : 1. BN/UMNO mengamalkan politik perkauman. 2. BN/UMNO mengugut rakyat. Kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Nizar semalam begitu jelas menggambarkan kegoncangan hati dan emosi beliau selama ini. Saya sangat berkeyakinan bahawa Nizar merupakan seorang yang baik - tetapi malang kerana terpengaruh dengan gaya politik PAS selama ini, akhirnya beliau menjadi kasar serta terikut-ikut dengan rentak dan gaya pemimpin PAS yang lain. Benarkah UMNO mengamalkan politik perkauman? Jawapannya mudah UMNO hanyalah sebuah parti yang percaya bahawa asal Malaysia ini adalah hak orang Melayu, lantaran itu terkandung di dalamnya beberapa hak yang harus ada kepada penduduk asalnya. Dan UMNO hanya mempertahankan hak bangsanya sahaja. "Hak" bermaksud kepunyaan wajib ...

Azli Shukri Bukan Milik Kita Lagi...

Azli Shukri Bukan Milik Kita Lagi Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan blogger dan pembaca setia blog ini yang sudi meluangkan masa dan tenaga bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan saya pada 31 Oktober yang lalu. Semoga Allah membalas jasa baik tuan semua. Doakan juga, agar saya dan isteri akan terus bahagia sehingga ke anak cucu. Dikesempatan ini juga, saya menyusun sepuluh jari, mewakili keluarga saya, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kecacatan sewaktu tuan-tuan menghadiri majlis tersebut, khususnya kepada mereka yang terpaksa berbaris panjang untuk mengambil makanan. Sesungguhnya hal tersebut bukanlah disengaja - ia berlaku diluar jangkaan, kerana para jemputan hadir terlalu ramai pada masa yang sama. Saya berharap agar tuan-tuan berpuas hati dengan layanan dan masakan yang telah kami sediakan. InsyaAllah blog ini akan kembali aktif dalam masa dua atau tiga hari lagi. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi hadir ke majlis say...