Skip to main content

Satu Tindakan Bijak


Satu Tindakan Bijak


KOTA BHARU 22 Dis. – Sehari selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah agar tidak tinggal bersama isteri keduanya, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Rosli Allani Abd. Kader meletakkan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta- merta. Keputusan itu diambil beliau selepas kes perkahwinannya dengan Ilyani Mohd. Noor, 30, mendapat liputan meluas media hari ini. Menurut Dr. Rosli Allani, 35, surat peletakan jawatannya akan dihantar kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPNK) dalam masa terdekat.

Beliau turut memohon maaf kepada pucuk pimpinan dan ahli-ahli Pas jika masalah peribadinya telah mencalar imej atau mendatangkan masalah kepada parti. Dalam pada itu, beliau turut mengakui menjadi mangsa sindiket perkahwinan diuruskan oleh seorang bekas imam muda yang memberikan sijil dan kad perkahwinan tidak didaftarkan.

Menurutnya, walaupun yakin berada di pihak yang benar, peletakan jawatannya itu adalah untuk menjaga nama baik, integriti dan persepsi masyarakat terhadap Pas.

“Saya meletakkan kesemua jawatan dalam Pas berkuat kuasa serta-merta. Saya juga telah meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri sebagai pegawai khas kepada ahli Exco pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Begitu pun saya masih kekal dan setia sebagai ahli Pas. Saya serahkan masa depan politik saya sepenuhnya kepada pertimbangan pucuk pimpinan dan ahli-ahli Pas untuk menentukannya,’’ katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini bagi menjelaskan isu perkahwinan keduanya selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu semalam memerintahkan dia dan isteri keduanya tinggal berasingan, sehingga keputusan dibuat. Ia berikutan permohonan bapa mertuanya, Mohd. Noor Che Man, 58, seorang ahli perniagaan untuk membatalkan perkahwinan pasangan tersebut kerana percaya perkahwinan yang berlangsung di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008, tidak sah. Dr. Rosli Allani berkata, perkahwinan dengan isteri keduanya itu dilakukan dengan hati yang suci setelah menyedari wujudnya perasaan kasih antara mereka berdua.

“Saya dan isteri telah banyak kali cuba mendapatkan persetujuan bapa mertua, namun berdepan dengan kegagalan sekalipun isteri pertama saya telah memberi persetujuan untuk berpoligami.

‘‘Disebabkan halangan bapa mertua, saya menggunakan wali hakim, ini pun setelah saya diberi jaminan oleh rakan yang pernah memegang jawatan imam muda sebuah masjid negeri bahawa perkahwinan yang diuruskan tidak menyalahi undang-undang,” ujarnya.

Dr. Rosli Allani bagaimanapun menafikan peletakan jawatan itu disebabkan wujudnya tekanan ekoran kenyataannya agar Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Abdul Ariffahmi Abd. Rahman melepaskan segera jawatannya demi kepentingan parti. Ditanya sama ada Abdul Ariffahmi patut mengikut langkahnya dengan meletakkan segera jawatan demi kepentingan parti, beliau enggan mengulas.


Ulasan Saya : Saya fikir ini adalah langkah bijak Dr Rosli - meletakkan jawatan dan menjauhkan diri daripada fitnah politik. Tak salah jika kita ingin berkahwin dua atau tiga. Tetapi - kita harus ingat tidak semua perkara peribadi boleh dipolitikan. Dalam soal ini - saya fikir kita harus ada etika serta tahu membezakan antara politik dan peribadi. Jika peribadi seseorang ahli politik itu kotor seperti perasuah, penzina, perogol, peliwat, pencuri atau sebagainya maka wajiblah kita menolak ahli politik tersebut, sebaliknya jika seseorang ahli politik itu berkahwin dua, atau tiga atau empat sekali pun, dan mengikut lunas-lunas yang diizinkan oleh syarak - maka janganlah dipolitikan. Dalam isu Dr Rosli ini, masalahnya bukanlah beliau berkahwin dua - sebaliknya cara perkahwinan keduanya yang sangat meragukan - maka eloklah beliau meletakkan semua jawatannya dalam politik. Hal ini juga merupakan pengajaran kepada PAS agar memastikan setiap ahlinya benar-benar ditarbiyyah dan dididik dengan kefahaman agama yang secukupnya, sebelum mereka terjun ke medan politik Islam. Wallahualam.

Comments

Pemerhati said…
Dr Rosli telah mengambil tindakan yg bijak dgn meletak jawatan. Bukan spt Ariffahmi yg pentingkan diri yg tidak mahu letak jawatan serta merta. Pemuda PAS Kelantan pun tidak berani!
Kami tabik spring kpd Dr Rosli yg mengutamakan parti PAS dpd kepentingan diri. Orang macam inilah yg PAS patut hargai dan pilih utk parti!
Unknown said…
Bila pula kau mahu kahwin?
azlishukri said…
anuar - tunggu sponser dari ko la nie...
Unknown said…
Walau bagaimanapun, kau jangan berkahwin di Thailand ya! Aku tak sanggup nak "bela" kau lagi! haha.
azlishukri said…
anuar - aku baru aje fikir nak beli sijil nikah dari Thailand tu...hu..hu tragis...
Anonymous said…
tu la berkat ajaran tok guru yg tak ikhtiraf k'jaan malaysia sebagai ulil amri.

mana mungkin nikah di subang boleh sah jika tak dapat perkenan dari wali hidup. tak ikhtiraf negara malaysia akhirnya tak iktiraf sempadan.

akhirnya berzina dengan pompuan yg dianggap sebagai isteri.

dgn manusia ko bleh menipu, depan tuhan nanti, sendiri jawab laaa.
Anonymous said…
budak umoq 20thn pon tahu kawin macam ni tak sah. sbb tu la ramai yg lari nikah siamm... tu nasib baik bapak pompuan tu report, kalau tak....ahahaha....pandai makan pandai simpan la yaaa.

lagi pon dr. ni muda lagi kalau dah tua bangka mcm nuar brahim mesti dia kata pitnahh...nak menjatuhkan saya. hahaha

zol
Anonymous said…
Lie,

Aku pulak mcm mana? hahaha..

Fadly Bahktiar Othman

Pilihan Pembaca

21 Dalil Perbezaan antara PAS dengan ISLAM

21 Dalil Perbezaan antara PAS dengan ISLAM PAS sering melaungkan slogan Islam sehingga masyarakat menjadi keliru. Manakala bagi rakyat yang kurang berpendidikan agama pula, mereka dengan segera beranggapan kononnya PAS itu adalah ISLAM, dan ISLAM itu adalah PAS. Dan mana-mana parti politik selain daripada PAS, parti tersebut bukanlah parti Islam yang tulen. Islam yang betul ialah Islam bawaan PAS sahaja. Parti lain semuanya tidak betul. Malah, keIslaman ahli-ahli parti lain pun boleh dipertikaikan oleh PAS. Inilah dogma dan ideologi PAS yang sangat merbahaya kepada orang ramai. Hal ini harus segera dihentikan. Maka, di sini saya senaraikan 21 alasan bahawa PAS itu bukan Islam dan Islam itu bukan PAS. Semoga Allah menyedarkan kita semua. Wallahualam. 1. Islam adalah Agama - Manakala PAS adalah sebuah parti politik. 2. Seseorang yang mahu masuk Islam, wajib mengucap dua kalimah syahadah - mahu masuk PAS tidak wajib mengucap kalimah syahadah. 3. Islam menjadikan al-Quran dan al-Hadis se...

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...
Penulis Bersama Datuk Shahrir Samad ketika Perasmian Forum Ekonomi Islam Datuk Shahrir Samad Cuba Renung Kembali Apabila Datuk Shahrir Samad, Menteri di KPDNHEP mengkritik Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan isu beliau keluar daripada UMNO, Tun Mahathir menjawab dalam blognya seperti berikut, “Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar daripada UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam pilihan raya kecil dengan simbol kunci. Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihan raya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO. Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya. Tepuk dulang paku serpih. Katakan orang awak yang...