Skip to main content

PAS Haramkan Perkataan "Salam 1Malaysia"?


Mengapa PAS
Mahu Haramkan Perkataan
"Salam 1Malaysia"?


KOTA BHARU, 14 Dis (Harakahdaily): Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’. Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam.

Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'. Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya. Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama.

"Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.

“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya. Ucapan Salam 1Malaysia kini seperti menjadi peraturan yang diwajibkan pembaca berita di media elektronik di negara ini. Ucapan itu dilafazkan ketika awal dan akhir membaca berita.

Bagaimanapun ramai ulama yang mencari makan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam. Begitu juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membisu. Beliau sebelum ini dilihat lebih cepat mengkriitik dan mempersendakan pemimpin PAS.

Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal. Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan BN sejak menerajui negara ini pada 1957.

“Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt tidak ditunaikan.

“Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini. Beliau juga berkata, konsep 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri sekarang sekadar mengajak rakyat bersatu di atas dasar seperti diamalkan di United State America. Sedangkan kata beliau penyatuan sebenar bagi umat Islam berdasarkan kepada tauhid.


Ulasan Saya : Tiada masalah pun kalau kita ucap "Salam 1Malaysia" - itu bukan bidaah namanya - bidaah terjadi apabila kita beriktikad bahawa 1Malaysia itu adalah sebahagian daripada syariat Islam - barulah jatuh bidaah atau terkeluar daripada Islam. Dalam konteks ini, apabila kita menyebut "Salam 1Malaysia" ia bukanlah salam yang mengikut Islam yang sebenarnya - ianya sekadar tanda hormat atau tanda sapaan sesama kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum.


Memandangkan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum eloklah slogan "Salam 1Malaysia" dijadikan alat untuk perpaduan dan boleh diucapkan di mana-mana majlis sekali pun. Ucapan salam yang sebenarnya adalah ucapan yang berbunyi "Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh" inilah ucapan salam dalam erti kata yang sebenar - selama ini perbuatan kita menghantar SMS atau e-mail dengan perkataan "salam" kepada kawan-kawan, pada hakikatnya tidaklah dikira sebagai salam pun. Kita tidak dapat pahala salam pun, andaikata dengan mengucap atau menulis perkataan "salam" ia tidak memadai sama-sekali. Malah, ia hanya sekadar menjadi ucapaan sapaan/hormat semata-mata.


Maka - "Salam 1Malaysia" merupakan ucapaan sapaan/hormat sahaja dan tidak lebih daripada itu. Ia bukan ucapan salam seperti mana yang kita fahami mengikut Islam. Tidak perlu rasanya hal ini dipolitikan oleh PAS dan semua orang tahu. Tidak perlu meminta mana-mana mufti untuk mengeluarkan fatwa berhubung isu tersebut - sama ada halal atau pun haram. Hal ini samalah juga halnya apabila terdapat rakan bukan Islam kita yang menyampaikan salam kepada kita melalui SMS dengan menulis atau mengucapkan "Salam sahabatku" - ia hanyalah sekadar ucapan sapaan sahaja. Justeru itu - harus kita ingat "Salam 1Malaysia" bukanlah salam seperti mana yang kita fahami dalam konteks Islam, oleh yang demikian janganlah kita terkeliru apabila terdapatnya perkataan "salam" di dalam sesuatu ucapan itu - maka ianya dikira sama dengan salam yang selalu kita ucapkan sesama kaum muslimin. Saya fikir, perkataan "Salam 1Malaysia" tidak mengelirukan sesiapa pun, sebaliknya yang mengelirukan umat Islam ialah perkataan PAS for All. Sepatutnya yang dicanangkan adalah perkataan Islam for All barulah tepat. Hal ini adalah kerana PAS for All hanya mengundang fitnah sahaja - masyarakat melihat bahawa maksud PAS for All hanya mernyeru agar orang bukan Islam menyertai "parti" PAS sahaja dan bukan untuk beriman dan masuk ke dalam Islam secara seluruhnya. Inilah bahananya.Wallahualam.

Comments

kalau dah pembangkang, pasti dicari segala keburukan. Kalau tak ada keburukan, maka mereka akan menyebarkan fitnah.

Itulah cara mereka cari makan selama ini.
tabuan said…
Assalammualaikum saudara ku Azli moga Allah memberkati kamu.

Apa yang saya perhatikan sebelum berita dibaca, terlebih dahulu di berikan ucapan Assalammualaikum dan kemudian nya di ikuti dengan salam satu Malaysia.

Kalau dulu Salam selepas itu ucapan selamat pagi/malam/petang.Tiada apa-apa tambahan pon..

Saya setuju apa yg saudara katakan PAS for all bukan islam for all..

Sekarang ni apa yang PAS buat lebih teruk lagi apabila orang yang bukan islam berminat dengan islam di berikan nya borang ke ahlian PAS. Ajak masuk PAS di kata berdakwah...

Apakah itu cara nabi berdakwah..? mungkin puak PAS boleh jawab..
Anonymous said…
salam
PAS ni..aku ibaratkan orang buta..disuruh pegang gajah untuk mengenal gajah..tapi puak2 Pas ni pegang taik gajah..dan kata puak2 pas ni..ohh..inilah rupanya gajah..lembik rupanya..
Kita pun mungkin sama tak jelas..mungkin tafsiran salam satu malaysia ni berlainan antara individu..tapi janganlah kita jadi sebodoh dan sebebal puak2 Pas ni...
Padaku..salam 1Malaysia maknanya sejahtera 1Malaysia..mudahkan tafsiran tu..?
Rakyat didahulukan..pencapaian diutamakan pun disalah tafsir..yang jadi salah jika matlamat terakhirnya bukan nak cari keredhaan Allah Swt..adakah dengan dengar ceramah anwar ceramah pas kita akan rasa tenang dan redha?Allah Maha Mengetahui..
Maaf terkasar bahasaku..
A-I-B said…
Ucapan salam hanya untuk manusia. Apasal bengap sangat pencacai UMNO dah tak tahu nak beza, mana satu manusia dengan negara!...
uncle boy said…
Assalamualaikum... Apa bezanya pulak klu memaki hamun, fitnah sesama Islam, mengkafirkan saudara seagama tetapi mengangkat kafir harbi... PAS lupa, dalam mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian sudah pastinya tuntutan Islam kepada pemimpin... PAS punya slogan DAP didahulukan, pangkat dan kekayaan diutamakan...
Anonymous said…
Pemimpin pemimpin PAS sudah sampai ketahap MAHA BENGONG lagi MAHA BANGANG.Mereka langsung tidak mahu melihat kearah positif apa saja tindakan yg dibuat UMNO walaupun nyata ianya memberi kebaikan pada seluruh rakyat.

Inilah pelacur pelacur Islam yg hanya menganggap mereka saja benar.dan para pemimpin PAS ini ibarat Bapa Ayam atau Ibu Ayam atau Ah Long yang hanya mahu mencari untung dgn apa saja cara dan dalam apa saja keadaan.

TGNA adalah bapa penyesatan umat yang ujud di ufuk timur ketika ini.berhati hatilah semua umat melayu dengan pemimpin pemimpin PAS ketika ini.MEREKA AKAN BUAT APA SAJA UNTUK KELIRUKAN RAKYAT.
Anonymous said…
ermmm... susah betul jadi orang yang menyalahgunakan agama untuk berpolitik.. PAS (Politik Apa Saja)

Macam2 hal...
Anonymous said…
DAP didahulukan...
Putarbelit di utamakan...

Slogan untuk PAS PIS PUS
joegrimjow said…
wahh
baru tahu pasal ni
nanti ku tgok kat sumber lain
hans said…
hurm
semua tu politik
biasalah pembangkang di Malaysia
semuanya dibangkang
Anonymous said…
kalau nak bangkang pon , cari la idea yg bernas sket...ni tak, ucapan salam dia nak pertikaikan, rakyat didahulukan dia nak politikkan.

tapi yg meluat tu puak2 ni gunakan alasan islam sempit mereka yg nak sumbat dlm kepala kita.

puak2 ni agaknya tak takut ke bermain dgn hukum Allah. rakyat malaysia bukannya semua bodoh mcm puak2 mereka. mereka semua tahu menilai.

joe
azmi said…
Pandai pula "ulamak" PAS ni cakap "ulamak" UMNO membisu dalam hal yang budak sekolah pun boleh faham apa maksudnya..sepatutnya "ulamak2" PAS yang patut memberi nasihat pada juak juak mereka supaya jangan memfitnah..jangan mencaci..jangan mengutuk...itu yg lebih penting!ada tak sapa sapa pernah dengar ulamak pas menegur cara mat sabu berceramah??ada??takde kan..sebab benda tu untuk kepentingan mereka..
Anonymous said…
Bangang py org....
benda camtu pun nk pertikai ker??

dah tade rase nk bermuafakat lgsg ke org2 kt malaysia nie???

org malaysia dah xde sifat nk bersatu da ker??

org malaysia skang lebih pentingkan diri sendiri ke dari org lain??

susahla kalu nk bantu rakyat malaysia terutamanye org melayu kalu perangai masing2 dah xbleh berubah...

org melayu cakap xserupa bikin, rase diri hebat, tapi diri sendiri x kemane...

org melayu yg tdo lame sgt....lena sgt...rase idup da senang sgt...padahal org lain da ambil peluang terhadap org melayu...
fahana_ann said…
huhu...salam tuan,
saya benar maksdkan salam di sini..salam untuk tuan:)..
saya seblum ni tak terfikir pulak salam satu malaysia atau salam perpaduan tu salah pada pas..dari ulasan tuan saya boleh faham maksud yang tuan nak sampaikan..tapi macam komen saudara joe, saya pun ingin nak tahu dari pendapat orang lain..

entah mungkin kalau PAS memang sengaja dan suka mencari salah pihak yang bukan dari golongan mereka..

sayangnya, orang islam sendiri dah tak nak menyatu..mungkin kalau boleh pas sendiri terangkan lebih lanjut bila baca ulasan tuan tenatang sa;am 1 malaysia ni..

salam hormat kembali:)
kangkung said…
TOK JAHIL NGAJAR TOK ALIM..
Anonymous said…
siapa sokong satu malaysia ni jilat pantat najib kahkahkahkah
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...