Skip to main content

PAS adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat"


PAS Adakan Kempen
"UMNO Pengkhianat Rakyat"



KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno.

"PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno.

"Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan.

"Kaum Cina, India dan lain-lain bangsa juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA," katanya.

Sehubungan itu semua Ketua Penerangan PAS negeri diminta supaya berkerja keras untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan dikubu-kubu kuat mereka pada Pilihanraya ke-13 nanti. Lajnah Penerangan PAS Pusat juga jelasnya sudah menyiapkan buku kecil yang menjelaskan umno khianat kepada Islam dan Melayu di negara ini.


Ulasan Saya :Jika PAS mampu melancarkan kempen jijiknya ini - maka UMNO juga perlu segera melancarkan kempen yang seumpamanya itu : Justeru ini saya menyeru agar semua blogger UMNO segera melakukan kempen bagi menghancurkan parti pembangkang di Malaysia - jelas pembangkang di Malaysia bukannya bertujuan untuk mencari kebenaran, sebaliknya hanya mahu menjatuhkan kerajaan semata-mata. Antara kempen yang saya cadangkan adalah seperti berikut : 1. "Kempen Benci DAP", "Kempen PAS Khianat Islam". "Kempen Tolak Parti Pembangkang" dan "Kempen Pulaukan DAP". Wallahualam

Comments

ikan emas said…
Strategi paling buruk..mereka terdesak, sebab mereka sedar mereka tak punya apa-apa bukti fizikal yang mampu menunjukkan siapa mereka sebenarnya...kempen lah apapun akhirnya memakan diri mereka dan 'rakan-rakan mereka jg..Adakah PAS menyesal bersekongkol dgn DAP dan PKR ??

Kpd UMNO,kotakan apa yang dilaung-laungkan selama ini.Msh wujud team,rejim dan kelompok berpuak-puak..semuanya merosakkan kenyakinan org Melayu.Banyak janji-janji masa PRU dulu yg masih tak nampak apa-apa pun.Rakyat tak kisahpun apa benda KPI tuu, janji hargailah mereka.

Rasanya UMNO tak perlu mengikut rentak ganas ,kasar dan tiada kesopanan dan budi bahasa mereka. UMNO berkempenlah secara berhemah,
Saudara Azli,

Politik kebencian PAS sudah turun temurun lebih 50 tahun. Mengejek, mencerca, memperbesarkan yang kecil, memperkecilkan yang besar, terkadang bermain dengan halal-haram, mainan tradisi mereka.

Ini semua menggambarkan saiz minda mereka yang sangat kecil.
Saya fikir, kita jangan asyik defensif, terikut sangat rentak tari mereka.

Mari kita mula heret mereka menari ikut rentak kita pulak.
Hasnor Effendi said…
salam
dari sy
www.hasnoreffendi.blogspot.com
amieida said…
salam perjuangan azli,

saya tak begitu gusar dengan kempen PAS kali ini kerana apa yang akan di bawa hanyalah lagu2 lama dan beberapa siri fitnah.

apa yang pasti MENJUARAI RAKYAT harus di realisasikan!!
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

PAS sebenarnya dah tunggang langgang sekarang. Semenjak tidur sebantal dengan DAP( atau lebih tepat jadi hamba DAP), PAS dah kelam kabut.

Hukum hakam entah kemana. Ibarat meludah jatuh ke muka sendiri. Dulu amboi mengata kiri kanan UMNO sebab kerjasama politik dengan MCA dan MIC, kini PAS lagi teruk.

Bukan saja tidur sebantal dengan DAP. Malah lebih teruk lagi jadi kuli DAP.

PAS tak mahu terima hakikat yang sokongan Melayu padanya mewrosot. Kerana orang Melayu sendiri menyampah dengan sikap melalut Nik aziz yang begitu anti persahabatan sesama Islam tapi sanggup jadi kuli DAP.
Anonymous said…
aku yg satu masa dulu tak pernah miss beli harakah 98-03, yg bawa bendera pas kehulu kehilir, ....

skrg dah benci, meluat, ,meloya dgn pas. dulu aku tak brapa kenal dgn pas ni cuma marahkan umno sbb singkirkan anwar.

tapi bukan skrg la. dulu muda 30an masa thn 98, skrg dah 40an. skrg dah kenal anwar brahim ni. dulu cuma baca harakah dan mahazalim jeee.

hehehe....

TIR
Anonymous said…
satu lagi produk makihamun oleh pas.

pas nak kata umno pengkianat, ko cermin muka dulu laa. 50thn dah brapa byk jasa umno tak terbilang.

tapi apa jasa pas pada negara.?? kalau tak da di negara, cuba beri satu jasa pas di kelantan??

rembat duit balak dan makan rasuah aji ada laa.

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah ses...
MENCARI KEBENARAN Oleh Muhammad Azli Shukri Saya agak kecewa, apabila terdapat pihak yang mendakwa bahawa “politik wang” bukanlah rasuah, sebaliknya “politik wang” merupakan duit kopi, atau duit ehsan daripada seseorang ahli politik yang “baik hati” yang diberikan kepada para pengikutnya, demi perjuangan untuk mengejar sesuatu jawatan dalam parti. Lantaran itu, para ahli politik yang mengejar jawatan ini telah “menabur” sebanyak mungkin wang di bahagian-bahagian UMNO seluruh Malaysia demi memastikan nama mereka dicalonkan bagi melepasi syarat kuota yang ditetapkan. Mendakwa bahawa “politik wang” bukanlah satu bentuk rasuah, merupakan pembohongan dan penipuan terhadap kebenaran dan menafikan larangan Allah berhubung isu tersebut. “Politik wang” yang diketahui umum, merupakan sogokan dan pemberian wang tunai kepada seseorang, agar orang tersebut mengundi atau menyokongnya untuk mendapatkan sesuatu jawatan. Dengan kata lain, “politik wang” ialah istilah bagi perlakuan mengguna...

Malam Dengan Bulan Yang Sama

Malam Dengan Bulan Yang Sama Saya paparkan di sini satu komen yang bernas daripada seorang pembaca blog saya yang bernama Shamsul Anuar. Dan saya fikir sangat baik untuk sama-sama kita renungkan. Kepada saudara Shamsul Anuar, terima kasih komen saudara. Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini. 1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR. 2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS. 3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi k...