Skip to main content

Mahathir Tetap Berjasa Selama 22 Tahun


Mahathir Tetap Berjasa
Selama 22 Tahun


Oleh Shamsul Amri Baharuddin


Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah diberi pelbagai nama jolokan dan gelaran, positif dan negatif, oleh pelbagai kelompok manusia, kawan dan lawan, di dalam dan luar Malaysia.

Kepada kawan di Malaysia beliau pernah dipanggil `Bapak Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT' dan puluhan lagi gelaran. Kepada kawan di luar Malaysia beliau pernah dikenal sebagai `The Voice of the South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai Ibnu Khaldun abad ke-21.

Kepada lawan di Malaysia beliau pernah dicemoh sebagai `Penjahanam Bangsa', `Penjual Harta Negara', `Pembela Korporat Korap' dan pelbagai lagi gelaran yang tak enak bunyinya. Di luar Malaysia, media Barat pernah menggelarnya `The Dictator', `Anti-Semitic', `Authoritarian and Corrupt' dan bermacam lagi nama yang keji bunyinya.

Yang menariknya, gelaran-gelaran ini amat terpolarisasi sifatnya, sama ada terlalu memuji-memuja atau sangat negatif dan seolah-olah mengeji. Tidak ada gelaran yang `jalan tengah' dalam mana ciri-ciri positif dan negatif tersimpul satu. Maka demikian keadaannya sungguh menarik kepada ramai pemerhati mengenai Dr. Mahathir.

Dapat disimpulkan bahawa Dr. Mahathir, biar apa pun gelaran yang diberikan oleh sesiapa saja, adalah seorang tokoh yang mendapat perhatian umum dan cukup luas audiennya, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Di kalangan anggota ASEAN beliau dianggap sebagai seorang pemimpin yang full-of-substance, atau kental lagi berisi.

Dalam UMNO ada yang menganggapnya sebagai seorang magician, yang punyai banyak muslihat dan mantera. Ada juga yang melihatnya macam seorang guru besar yang garang dan kuat disiplin serta suka merotan. Tak kurang juga bilangan orang BN dan UMNO yang melihatnya sebagai seorang intelektual, yang dilatih dalam bidang kedoktoran perubatan, tetapi menguasai ilmu dan infomasi yang mendalam tentang pelbagai bidang lain.

Kalau kita teliti setiap komen, pemerhatian dan gelaran yang telah diberikan terhadap Dr. Mahathir kita akan dapati beliau mempunyai kesemua ciri tersebut. Seperti cerita kanak-kanak tentang 12 orang buta dengan seekor gajah, tidak ada seorang pun yang memberikan komentar terhadap Dr. Mahathir telah mengalami semua aspek kesan daripada kepimpinannya. Lain orang, lain pengalamannya dalam berinteraksi dengan Dr. Mahathir. Maka lainlah persepsi dan pandangan mengenai beliau.

Apabila kita gaur-campur kesemua pandangan ini, maka Dr. Mahathir bukan hanya seorang `gajah', malah jauh lebih besar dari itu. Sebenarnya beliau adalah suatu fenomena. Biar sebanyak manapun pandangan yang telah diluahkan oleh pelbagai orang dan yang telah dirakamkan dalam bentuk tulisan, jauh lebih besar lagi bilangan manusia di seluruh dunia yang mempunyai pandangan masing-masing mengenai Dr. Mahathir tetapi tidak meluahkannya secara terbuka. Mungkin mereka tidak ada kesempatan berbuat demikian atau tidak punyai saluran untuk menyuarakannya.

Yang menyokong atau membangkang mungkin mengatakan bahawa bangunan Petronas Twin Tower sebagai `Twin Tower Mahathir', perlumbaan kereta Formula 1 di Sepang sebagai `F1 Mahathir', jambatan Pulau Pinang sebagai `Jambatan Mahathir', lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, atau KLIA, sebagai `KLIA Mahathir', lebuh raya Utara-Selatan sebagai `Lebuh Raya Mahathir', yang pastinya, dari sudut linguistiks, perkataan atau nama Mahathir sudah menjadi suatu idiom yang telah diterimapakai dan digunakan dalam wacana rasmi dan perbualan seharian di Malaysia.

Apabila sesuatu hal atau seseorang mempunyai pengaruh dan kesan yang bagitu luas dan mendalam dalam sesebuah masyarakat, lokal dan global, seperti kini yang dialami oleh Dr. Mahathir, maka, dari sudut sosiologikal, ia mengangkat sesuatu hal atau tokoh berkenaan ke taraf suatu fenomena. Maka tidaklah keterlaluan untuk mengungkapkan Dr. Mahathir sebagai suatu fenomena. Inilah pertama kali seorang pemimpin Malaysia boleh dikategorikan sedemikian.

Yang paling penting ialah tempoh jangka waktu yang panjang beliau menerajui Malaysia. Beliau bermula, awalnya, sebagai seorang Menteri Kabinet, pada 1974, dan akhirnya menjadi Perdana Menteri, pada 1981 dan bersara pada 2003. Ertinya, beliau telah menjadi Menteri Kabinet kira-kira 30 tahun dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka.

Yang paling signifikan ialah fakta bahawa hampir 22 tahun, dalam tempoh 30 tahun beliau menjadi Menteri Kabinet itu atau dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka, beliau telah menjawat jawatan Perdana Menteri. Oleh kerana jawatan-jawatan kabinet yang telah beliau sandang itu, seperti Menteri Pelajaran dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Antarabangsa, adalah jawatan-jawatan yang sangat tinggi profilnya di pandangan masyarakat tempatan dan dunia, maka beliau senantiasa berada dalam pemerhatian umum, setidak-tidaknya dalam radar sosial setiap rakyat Malaysia.

Dalam bidang kajian demografi, tempoh 30 tahun itu dihitung sebagai satu generasi. Maka Dr. Mahathir telah memerintah selama satu generasi. Oleh yang demikian, segala dasar dan pelaksanaan dasar yang digubalnya mengesankan setidak-tidaknya tiga generasi, iaitu, generasi beliau (yang berumur 50-an semasa beliau mula-mula menjadi Menteri Kabinet), generasi yang lahir lepas kemerdekaan 1957, dan generasi yang lahir selepas beliau menjadi Menteri Kabinet.

Ini bermakna kesan pelaksanaan semua dasar yang diperkenal oleh Dr. Mahathir telah mengesankan tiga generasi rakyat Malaysia. Tidak pernah seorang Perdana Menteri Malaysia sebelum beliau memerintah lebih dari satu generasi.

Faktor jangka waktu ini sangat signifikan dalam meletakkan beliau sebagai seorang pemimpin yang mencapai taraf fenomena. Kerana beliau punyai waktu yang relatifnya sangat panjang untuk memperkenalkan sesuatu dasar, melaksanakannya, merobahnya bila perlu dan memperkenal sesuatu yang baru. Dalam kata lain, kita telah didedahkan kepada pemerintahan gaya Mahathir cukup panjang.

Dalam tempoh berkenaan beliau telah mampu atau terpaksa menangani pelbagai isu domestik yang mencabar. Dalam tempoh berkenaan juga beliau mempunyai waktu dan ruang untuk menerobos ke arena politik antarabangsa dan melibatkan diri dengan aktif.

Dalam konteks Malaysia, beliau telah melakukan satu anjakan paradigma penting dalam bidang ekonomi yang mengesankan kehidupan setiap rakyat Malaysia. Beliau telah merobah wajah ekonomi Malaysia daripada bergantung kepada komoditi utama, seperti bijih, getah dan kelapa sawit, kepada yang berorientasikan pengeluaran industri untuk eksport. Dalam bidang pengeluaran industri ini pula Malaysia tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran dan eksport barangan yang menggunakan teknologi rendah dan sederhana (seperti industri membuat pakaian, bahan elektronik dan lain-lain) tetapi juga yang menggunakan teknologi tinggi (seperti industri automobil, ICT dan aeroangkasa).

Limpahan ekonomi daripada anjakan paradigma ekonomi ini telah dirasakan oleh rakyat Malaysia dengan meningkat berlipat gandanya pendapatan per kapita daripada sekitar AS$800 ke AS$3,000 dalam tempoh dua dasawarsa. Loncatan pendapatan per kapita inilah yang dijadikan bahan bualan dan pujian, malah menimbulkan semacam rasa ajaib, di kalangan pimpinan negara-negara Dunia Ketiga, OIC, dan juga pimpinan negara maju G7 serta badan-badan dunia seperti Bank Dunia dan IMF.

Kejayaan ekonomi ini pastinya telah melibatkan pembentukan rangkaian hubungan bilateral dan multilateral dalam bidang ekonomi dengan pelbagai negara di dunia dan juga dengan gergasi-gergasi syarikat multinasional global. Berlandaskan hubungan ini dan juga kejayaan yang dicapai telah memungkinkan beliau menerobos ke arena politik antarabangsa.

Beliau telah memprofil Malaysia, di pentas politik global, sebagai sebuah middle-range power, justeru melipat gandakan kegiatan Malaysia dalam ASEAN, APEC, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Mesyuarat ASEAN-Eropah (ASEM) dan akhir-akhir ini OIC. Melalui platform wacana Selatan-Selatan dan Dialog Antarabangsa Langkawi beliau bukan sahaja meletakkan Malaysia sebagai sebuah kuasa politik bahkan juga sebagai satu model pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan ikutan.

Banyak lagi kegiatan yang boleh disenaraikan yang telah dilaksanakan oleh Dr. Mahathir dalam tempoh 30 tahun sebagai Menteri Kabinet termasuk 22 tahun sebagai Perdana Menteri, yang mengesankan manusia dalam dan luar Malaysia. Tidak semuanya berjaya. Adunan kejayaan dan kegagalan beliau itu telah memperkukuhkan lagi klise bahawa manusia itu tidak sempurna.

Kejayaan beliau dalam ketidaksempurnaan itulah yang telah menjadi buah mulut sedunia dan akan terus menjadi buah mulut. Inilah yang sebenarnya telah mengangkat Mahathir ke taraf suatu fenomena.

- Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin adalah Pengarah Institut Kajian Oksidental (Ikon).

Comments

Reformasi said…
depa sendiri cakap depa gagal sampai nanges-nanges masa nak berhenti pasai apa? depa berhenti pon nak nanges-nanges wat pa?
Unknown said…
Mahathir menagis sebab gagal membwa umat melayu lebih berjaya berbanding bangsa lain di negara ini terutamanya gagal memahamkan ahli hamPAS mengenai tipu daya DAP dan si nuar bontoty tu
Anonymous said…
wareeddeen... kau pun nak jadi pengampu ke? sudah-sudahlah tu.. buat azam barulah.. ubah sikap..
Tanpa Tun Mahathir, orang negara luar takkan kenal Malaysia. Tapi TANPA Niky Ajeh yang dah memerintah Kelantan selama 19 tahun, orang tetap kenal Tun Mahathir.

Tun Mahathir, jasamu akan tetap kami kenang hingga ke akhir hayat.
Abdul Hayee said…
Saya tidak pernah rasa tertipu menyokong Tun Dr Mahathir dari tahun 1981 hingga sekarang. Tetapi saya rasa tertipu menyokong Anwar dari tahun 1981 hingga 1998.
Brahim Nyior said…
Salam Azli,

Saya memang hormat Tun. Pandangannya bernas. Misalnya hari ini, dia minta rakyat Malaysia melupakan negara asal, kerana inilah tanah air kita yang sebenar.

Mengapa tiada pemimpin kita bercakap seberani dia? Pandangannya kekadang mengundang kontroversi, tetapi jika dilihat dari sudut yang berbeza, ia tetap relevan.

Cuma, saya berharap Tun tidak bercakap soal prinsip agama, sebab beliau agak kurang mahir tentang hal ini. Pandangannya boleh menjadi sebab kepada kebencian ramai orang.

Apa pun, saya doakan dia kekal dianggap Negarawan yang banyak jasa kepada negara ini.
Panglipulara® said…
abdul hayee< kepala bana apa ko cakap...? 1981 sampai sekarang ko sokong madey kuti, pastu 1981 sampai 1998 ko sokong anwar pulak...cakap belit2...yg sebenornya ko sokong siapa..? ini la corak minda ketuanan melayu gamaknya, cakap berbelit2, tapi melayu juga yang kena bodoh
hilbert said…
Salam sejahtera,

ulasan yang sangat menarik, bagus untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia...

saya sangat mengkagumi ketokohan YABhg Tun Dr Mahathir sebagai seorang Negarawan yang sangat sukar untuk dicari ganti...semoga beliau terus sihat dan cergas selalu.
Anonymous said…
Secara hardware, TDM adalah arkiteknya. Tapi software poor, dan secara circuit system,TDM adalah master of illusion.
Note : Pemimpin Islam sejati membawa hasanah bukan saja dunia tapi juga akhirat.

DR NO
hanya orang waras dan cerdik saja yang tahu jasa Tun kepada negara.

orang bodoh sombong pasti tak akan mengakui dan menghargai walaupun berbagai kebaikan yang telah Tun laksanakan untuk dia.

orang bodoh sombong inilah ibarat melepaskan anjing yang tersepit..kita buat baik kepadanya tetapi kita pula digigitnya.
ikan emas said…
Itulah seorang pemimpin..
Kenapa masih menidakkannya?
Beliau juga hanya manusia..
Kenapa kita tidak menilai banyak BAIKnya berbanding kekurangannya?

Terima kasih krn lahirnya dia di negara ini
Abdul Hayee said…
Panglipulara, kamu ini bangsa apa?
Bahasa melayu yang mudah pun kamu tak faham.
hans said…
saya apa2pun tetap anggap dia PM terbaik Malaysia
teori said…
wareeddeen said...
Mahathir menagis sebab gagal membwa umat melayu lebih berjaya berbanding bangsa lain di negara ini terutamanya gagal memahamkan ahli hamPAS mengenai tipu daya DAP dan si nuar bontoty tu

yang pasti mahatir telah GAGAL...SEGAGAL-GAGALNYA...
Anonymous said…
betul kata penglipurlara, abdul hayee cakap putar belit... ini minda ketuanan melayu yang dijangkiti ketuanan keling....
Anonymous said…
abdul hayee ni macam 3 abdul. dia ni yang sulung tu.. bahalol bebal... jgn marah yang si bahalol... nanti kena jual...
Anonymous said…
aku nak melompat terguling terhantuk termuntah terkentut terberak tengok madey nanges nak lepas jawatan... kelaka siot... dia kata ... dah lama dah... kahkahkahkah
Juhari2020 said…
Aku faham apa yang dimaksudkan oleh Abdul Hayee. Dari tahun 1981 hingga 1998 Anwar adalah pemimpin UMNO. Sebagai ahli UMNO dia menyokong pemimpin yang telah dipilih dan dilantik.

Tetapi selepas Anwar disingkir daripada parti UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri disebabkan moralnya dia rasa telah tertipu.

Aku doakan semoga mereka yang tidak faham itu akan dikurniakan Allah akal untuk faham.
Anonymous said…
aku tak paham apa masalah sebenarnya
tabuan said…
Tetapi sayang Tun Mahathir sudah 10 sepuluh langkah ke depan tetapi pemimpin melayu yang lain langkah pertama pon masih belum mula..mungkin mereka ini tak tahu bagaimana mana nak mula langkah tersebut.

Apa yang Tun M nak buat untuk negara Malaysia dan Umat Melayu, bukan sahaja rakyat jelata kurang faham tetapi amat malang semua menteri dan barisan kepimpinan Melayu langsung tak faham.

Lihat bagaimana kepimpinan Pak lah, sewaktu jawatan di serahkan, Dollah di dapati memang tak faham dan tahu bagimana nak mula, walupon berada di dalam kabinet Tun M begitu lama...lebih malang bila Dollah berjalan ke belakang.

Mungkin Najib nampak sikit kut tapi rakyat masih lagi tak merasai kesan nya, seperti mana kesan yang di rasai oleh rakyat bila di bawah pimpinan Tun M...
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
Sisingamangaraja Gorgor said…
Tepat skali Bro Tabuan...~

Disebabkan mereka neh tak nampak lagik la sebab tu mereka tak paham2...~

Klo mereka dah nampak... Dah tentu mereka paham... Sebab tu lah pemimpin2 kita neh masih terkial2 gik... Takdek hala tuju...~

Neway Bro Azli... Da dgr lom lagu kat bwh neh?...~

1st solo album Malique Too Phat...~

Bru dpt lagu ni masa nak cari lagu Too Phat - Whutadilly...~

Sile2... Hehehe...~


Malique feat. Tun Dr. Mahathir - Layu


Tun Dr. Mahathir:

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari melihat bangsaku dihina

Malique:

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan Bunga Raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

Tun Dr. Mahathir:

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercutanda Bangsanya yang berjaya

Album: Malique - OK (2008)


Klo nak dgr gi kat cni...~

Youtube:
http://www.youtube.com/watch?v=-qEGdaSPo_k

Mp3:
http://www.mediafire.com/?mnngyzth1m4

Pehni leh dapatkan yang Ori...~

d:...~

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius KUALA TERENGGANU 12 Julai — Sebanyak 1,286 pelajar di empat buah Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu berjaya menghafaz di antara satu hingga 30 juzuk al-Quran sehingga Mei tahun ini. Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, 636 pelajar menghafaz antara satu hingga sembilan juzuk, 299 pelajar (10-14 juzuk), 193 pelajar (15-19 juzuk), 115 pelajar (20-29 juzuk) dan 43 pelajar (30 juzuk). “Ini satu kelebihan dan keistimewaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz kerana boleh menghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama Ulasan Saya : 1. Suka saya jika kerajaan meluaskan konsep hafazan al-Quran ini di sekolah-sekolah harian di seluruh Malaysia. 2. Terbukti jika pelajar boleh menghafal al-Quran dengan baik, mereka juga berupaya menghafal fomula-fomula sains dan matematik dengan sangat mudah. 3. Pengalaman saya mengajar di sekol...