Skip to main content

Jangan Permainkan Islam


Jangan Permainkan Islam!

Oleh Noraini Abd Razak (Utusan Malaysia)


PERKARA 3 (1) Perlembagaan Persekutuan sangat jelas. Tidak ada makna tersembunyi. Juga tidak ada sebarang keraguan mengenai maksud yang ingin disampaikan. Sejak digubal, peruntukan tersebut tidak pernah dipinda. Kedudukannya sangat utama. Perihal yang memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan itu diletakkan di Bahagian 1 Perlembagaan.

Ia dibaca selepas Perkara 1 mengenai nama Malaysia dan negeri-negeri lain dan Perkara 2 yang menyentuh tentang kemasukan wilayah-wilayah baru dalam Persekutuan. Sementara Perkara 4 menyebut tentang undang-undang utama Persekutuan. Susun atur Perlembagaan sedemikian rupa cukup jelas untuk menunjukkan betapa penting dan tingginya kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Bagaimanapun menyedari kerencaman kaum yang menghuni negara ini, ada klausa sebelum frasa “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan” dinoktahkan. Frasa tersebut diletak sendi “tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di manamana bahagian Persekutuan”.

Biarpun telah melalui proses pindaan lebih 40 kali sejak digubal pada tahun 1956, Perkara 3 itu tidak pernah disentuh. Kedudukan serta keistimewaannya kekal. Semestinya kerana ia selaras dengan kedudukan penduduk majoriti di negara ini iaitu Melayu dan beragama Islam. Namun selepas 52 tahun merdeka, cubaan menjentik kedudukan Islam sebagai agama rasmi dimulakan.

Cubaan pertama secara terang-terangan itu semestinya kesinambungan daripada usaha mempertikaikan kedudukan istimewa bumiputera yang secara khususnya dipanggil ketuanan Melayu.

Perihal Islam dan Melayu termaktub dalam Perlembagaan. Maka usaha tanpa jemu itu sebenarnya tidak lain tidak bukan bertujuan memperlekehkan semangat Perlembagaan itu sendiri.

Gambaran itu sangat jelas. Apa tujuan Ahli Parlimen Taiping yang mewakili parti DAP itu membangkitkan isu tersebut jika bukan kerana “kesucian” Perlembagaan itu tidak mendapat tempat di hati beliau. Tidakkah terlintas di benaknya sebelum mengedarkan maklumat itu kepada media, bahawa isu tersebut sangat jelas kaitannya dengan Perlembagaan?

Dan isi kandungan Perlembagaan telah memuktamadkan kedudukan istimewa Islam itu sendiri sebagai agama rasmi yang semestinya mendapat pelbagai keistimewaan termasuk peruntukan besar bagi pembinaan masjid di seluruh negara.

Apa sebenarnya matlamat Nga Kor Ming? Mengeluarkan kenyataan provokasi seperti itu dalam keadaan perpaduan kaum di negara ini setipis kulit bawang terang-terangan menyemarakkan api kebencian di kalangan rakyat negara ini. Apatah lagi apabila kenyataan tersebut mengaitkan kaum-kaum lain sebagai pembayar cukai yang kononnya mesti mendapat hak sama rata dalam semua perkara termasuk bagi pembinaan rumah ibadat.

Tidakkah Kor Ming melihat rumah-rumah ibadat kaum-kaum lain yang berselerak di negara ini dengan kedudukannya amat strategik. Malaysia negara Islam yang dikunjungi penganut agama lain apabila tiba musim perayaan seperti Thaipusam. Ada penganut agama Hindu dari luar Malaysia datang ke Batu Caves bagi menyempurnakan ibadat mereka. Tokong-tokong pula terletak di tengah bandar. Apabila tiba acara keagamaan, pembakaran colok dibuat secara terbuka tanpa ada hadnya. Kebebasan itu bertepatan dengan kehendak Perlembagaan yang membenarkan agama-agama lain diamalkan di negara ini dengan syarat ia berjalan secara harmoni.

Justeru apabila Kor Ming menuduh penganut agama lain dianaktirikan oleh kerajaan kerana tidak mendapat peruntukan sebanyak yang disediakan untuk membina masjid, sudah tentu ada suasana tidak harmoni di situ.

Kor Ming terlupa bahawa mana-mana negara sekali pun telah menetapkan dalam Perlembagaan apa agama rasmi mereka. Penetapan itu akan disusuli dengan keistimewaan-keistimewaan yang dinikmati oleh rakyat yang menganut agama rasmi itu.

Contoh paling dekat adalah Thailand. Adakah umat Islam di negara jiran itu yang juga merupakan pembayar cukai mendapat peruntukan yang sama seperti penganut agama Buddha dalam hal pembinaan masjid? Atau pun umat Islam di situ terpaksa bermandikan keringat, menumpahkan darah untuk membina masjid untuk dijadikan tempat ibadat? Adakah umat Islam di negara itu mempunyai kebebasan sebagaimana kaum-kaum lain di negara ini menyempurnakan kehendak agama masing-masing tanpa ada batas dan sempadannya?

Tidakkah Kor Ming melihat bagaimana rakyat beragama Islam di negara jiran menjadi pelarian lantaran ‘begitu istimewanya’ dan ‘sama ratanya’ kedudukan mereka dengan rakyat yang agama rasminya termaktub dalam Perlembagaan?

Bagaimana pula dengan negara-negara lain yang tinggi amalan demokrasinya? Adakah umat Islam di situ mempunyai kebebasan tanpa rasa hormat seperti Kor Ming menuntut sesuatu yang bukan hak serta milik mereka?

Jadi apa sebenarnya kewajaran atau alasan paling munasabah untuk Kor Ming membangkitkan persoalan yang bertentangan semangat Perlembagaan itu? Sedangkan Perlembagaan sebenarnya tidak mengizinkan satu sen pun untuk agama-agama lain.

Namun atas semangat menghormati kaum-kaum lain, maka kerajaan tidak kedekut menyediakan peruntukan dan balasannya muncul orang seperti Kor Ming yang pasti cuba menyampaikan maksud tersirat di sebalik tersuratnya kenyataan beliau Selasa lalu.

Sangat jelas satu demi satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan dijadikan alat oleh pembangkang untuk menyemai benih kebencian di antara penduduk beragama Islam dengan penganut bukan Islam. Usaha yang dimulakan dengan menabur benih kebencian bersandarkan kepada ketuanan Melayu kini mula menampakkan cambahnya.

Usaha tersebut kini dibajai dan disirami dengan dakwaan bahawa penganut agama lain dianaktirikan – dakwaan yang sama sekali tidak sepatutnya timbul selepas termeterainya persetujuan semua kaum untuk dinaungi oleh pemerintah beragama Islam, 52 tahun lalu.

Lebih membimbangkan gagasan 1Malaysia yang begitu luhur matlamatnya cuba diselewengkan untuk menghalalkan tuntutan kesamarataan sehingga mengetepikan buku Perlembagaan yang kini semakin ‘lusuh dan luntur’ semangatnya di mata rakyat bukan Melayu dan bukan Islam. Usaha-usaha seperti yang diterajui Kor Ming tidak boleh dibiarkan sedemikian rupa. Kesannya amat parah.

Perlembagaan yang menjadi asas pembentukan negara bernama Malaysia mesti dipelihara supaya kelak ia tidak dijadikan ‘alasan’ perpecahan kaum dan keruntuhan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Comments

Anonymous said…
ini blog macam taik da...
tabuan said…
Anon 8.50...jangan baca la bodoh, baghal..


Salam tuan azli..

Dalam hal ini saya tidak mengatakan wakil DAP ini kurang ajar atau pon biadap, perbuatan beliau adalah betul kerana beliau mewakili kaum beliau dan beliau perlulah memperjuangkan hak-hak kaum beliau dan mengketengahkan suara kaum beliau.

Tindakan beliau sama sekali tidak kurang ajar.Beliau mesti menjadi hero di dalam kaum beliau..

Di mana tokoh hebat melayu adakah setakat memberi amaran dan warning, mereka terus memperolehi apa yang mereka inginkan. Keadilan sosial yang mereka perjuangkan demi kepentingan kaum mereka sudah diperolehi sedikit demi sedikit. Misalnya tuntutan agar memansuhkan ISA sudah diperolehi bila mana kerajaan telah membuat pindaan.

Begitu juga dengan DEB yang dilihat mendiskriminasikan mereka telah dirombak hasil daripada perjuangan mereka. Hak-hak keistimewaan Melayu menerusi DEB sudah pun dikurangkan. Terbaru ialah desakan DAP agar BTN dibuabrkan untuk tidak menjadi bilik indoktrininasi kepada Umno.

Apa guna nya tuan memberi amaran dan warning dari masa ke semasa. Kata-kata, “jangan main api”, “jangan biadap”, “sedar diri”, “ini peringatan terakhir”, “jangan cabar Melayu”, dan sebagainya tidak langsung memberi bekas.

Memijak gambar, membakar gambar, itu hanya tindakan budak berstatus tabika, yang lahir dari akal yang tak cerdik..

Tindakan dan strategy yang lain perlu di buat dalam menangani desakan daripada DAP ini..

Perlembagaan tak akan kekal selama nya sekiranya PR merintah dan mendapat sokongan 2/3 dewan rakyat, di tangan tangani oleh sultan maka perlembagaan itu boleh di ubah...

sekarang kita lihat hak-hak istimewa dah sedikit-sedikit terlerai....kerana apa? Kerana UMNO nak tarik sokongan kaum kiasu ini

Saya akui UMNO telah berjaya membawa orang melayu keluar dari kepompong kemiskinan, keluar dari kekurangan kecerdikan, selama 50 tahun memerintah banyak kejayaan yang di bawa untuk umat melayu...tetapi kini setelah umat melayu dah keluar dari tempurung UMNO pulak masuk duduk dalam tempurung tersebut...
Anonymous said…
marilah umat Islam bersatu untuk menghalau cina kulup keparat ni ke negara asalnya. Tak ada guna kalau duduk dalam negara Tanah Melayu ni kalau tak bersyukur akan tolak ansur yang orang melayu berikan.
Jika ada lagi cina atau keling atau paria yang tak tau nak bersyukur beramboslah korang.

Aku dah muak dengan cina dan keling yang tak tahu bersyukur....

Pada Melayu yang sokong cina dNan keling pundek ni...korang pun sama juga bungkuslah dari tanah melayu dan tanah islam ni!!!!!!
YANG GAMBI said…
Salam bro, satu paparan yang baik......

kawan setuju sangat dengan komen tabuan..... kita perlu renung sehalus-halusnya maksudnya.....

Anonymous 1, orang macam tuan yang berfikiran jumud tidak perlulah memberi pendapat kalau tidak mahu memahaminya......
Anonymous said…
betul tu azli shukri.

di mana2 negara pon di dunia ni waima di UK tu pun masjid dibina atas derma negara2 arab yg kayaraya.

di malaysia ni mereka puak2 cina nak semua samarata, kalau masjid 900 juta mereka pun mau 900juta. cuba la cermin muka tu skitt, ini negara islam, ada soltan. korang tu pendatang. cuba la hormat sikit.

mereka tak sedar yg mereka hanya perlukan ruang semayang dibawah pokok saja.

joe.
Anonymous said…
hoi tabuan dan yang gambi, lu bodoh apasal hah? apa salah si cina tu nak tanya pasal kos bina masjid? dia buka pertikaikan. dia cuma tanya kenapa tak ada peruntukan untuk agama dia. yang lu 2 orang bangang apasal?
datoadil said…
Nampaknya orang yang bodoh dalam penulisannya semakin berleluasa. Itulah Melayu, kuat merapu. Saya turunkan fakta tentang rumah ibadat ini supaya ramai yang berfikir dan tidak terus bodoh.

Melayu 13.4 juta orang (19,927 surau dan mesjid)

India 1.86 juta orang (17,000 didaftarkan daripada 70,000 rumah ibadat)


Cina 6.22 juta orang (Tiada data)
Sebab Cina ni macam-macam agama. Ada yang hindu, kristian dan buddha.

Ambil Kes Selangor.
Selangor mempunyai 4.8 juta rumah orang. Dari jumlah itu orang melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 358 masjid dan 1000 surau.
Orang Cina Buddha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong,

Orang India berjumlah 647, 000 dengan 810 kuil berdaftar.

Manakala Kristian berjumlah 50,000 dengan 27 buah gereja. Jumlah gereja ini tidak termasuk yang berada di rumah kedai. Statistik ini tidak termasuk gereja dan kuil berselerak di sana sini dan tidak didaftarkan.
datoadil said…
Jadi Masalah ini perlu ditangani kerana jika dibiarkan, masyarakat lain akan menjadikannya isu. Misalnya di Sabah dan Sarawak (Bumiputera). Kadazan, Dusun, Iban, Murut, Suluk, Bajau, Melanau, Kelabit dan ada hampir 100 suku kaum menuntut peruntukan rumah ibadat ini.

Jika Pakatan Rakyat menggunakan Isu ini di Sabah dan Sarawak, maka ucapkanlah selamat tinggal kepada Barisan Nasional.

Jumlah Bumiputera Bukan Melayu ialah 2.92 juta orang

Dan Lain-lain 318.p Ribu.

Dato adil
Cyberjaya.
adf55650 said…
Anonymous yg pertama (8.50) ni asik main taik aje dari semalam.
Kita ada PERLEMBAGAAN. Baca lah.
DAP dah memang biadap. Bukan tak tau perlembagaan tapi PAS yang batil ajar depe macam tu. PKR pun golongan Atheis. Depe bukan kisah sangat hal Agama ni.
Haiwan dalam hutan pun hidup ada peraturan. Depe ni haiwan pun tak terima jadi masyarakat.
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua, berkenaan komen anonymous tu saya harap sahabat2 sekalian tidak perlu dilayan. Pengacau seperti itu, sering buat hal di dalam blog ini. Sekian. Ulasan Dato adil agak menarik untuk direnungi.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Jadi Super Jutawan dalam Masa Enam Tahun!

ENAM KALI GAGAL BERNIAGA, SATU KETIKA DUIT  HANYA TINGGAL RM2.50   di dalam akuan bank. Diminta keluar dari rumah sewa. Tiada ijazah, tiada mewarisi kekayaan keluarga. Lahir daripada keluarga sederhana, berhenti belajar kerana mahu mengejar impian. Dia ialah Rites Agrawal pemuda India berusia 26 tahun, menjadi super jutawan (billionaire) hanya dalam masa enam tahun. Pemilik jenama OYO Rooms, perniagaan hotel bajet terkenal di dunia.     Tidak ramai usahawan muda yang ada jiwa macam Rites Agrawal, dia tahu apakah yang dia mahu dan impikan. Misinya jelas matlamatnya tidak pernah berubah. Dia berhenti belajar bukan bererti membenci pendidikan, tetapi berpindah pembelajaran daripada universiti formal kepada universiti realiti. Dia memilih jalan yang berbeza daripada rakan-rakan sebayanya untuk memperoleh hasil yang berbeza. Realiti menjadi gurunya.   Perniagaan ialah dunia yang macam-macam boleh terjadi. Orang biasa boleh jadi luar biasa. Banyak perkara yang kita tidak disangka boleh terja