Skip to main content

Ini Untuk PAS!

Antara dakwah, politik Pas

(Artikel ini saya petik dari Utusan hari ini. Sangat menarik dan berguna untuk kita fikir-fikirkan)


IDENTIFIKASI kumpulan dakwah dengan aliran pemikiran tertentu menjadi salah satu ciri utama gerakan dakwah di negara kita. Setiap kumpulan dakwah meyakini bahawa uslub dakwahnya lebih awla (utama) dan lebih asalah (tulen) dari jemaah lain. Ketaksuban pemikiran jemaah seperti inilah sering membawa kepada lahirnya pandangan bersifat ekstrem sehingga memperlekehkan jemaah lain. Malah ada yang sanggup mengkafirkan individu atau jemaah lain.

Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya perpecahan, persengketaan, benci-membenci, permusuhan dan terungkainya perpaduan di kalangan umat Islam.

Lupakah kita kepada firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah kamu bersengketa maka kamu akan gagal (lemah) dan hilang kehebatan kamu." (al-Anfal:46).

Paling mengelirukan ialah apabila wujud gerakan Islam yang bersifat politik tetapi dalam masa yang sama meletakkan dirinya sebagai organisasi dakwah. Demikianlah Pas yang mendakwa menjalankan kerja dakwah tetapi bergerak dan berdaftar sebagai pertubuhan politik. Gerakan Islam seperti ini melihat 'kuasa politik' sebagai matlamat untuk menegakkan Islam.

Pas mendakwa perjuangannya adalah menentang kezaliman penguasa (kerajaan). Justeru, UMNO yang dilihat sebagai saingan politik dianggap musuh yang perlu dihadapi sebagai satu jihad.

Anggapannya, UMNO adalah jemaah (parti) taghut semata-mata kerana perjuangan UMNO berasaskan nasionalisme. Perjuangan UMNO juga dituduh bersifat sekular.

UMNO sering dikaitkan dengan kekufuran sehingga Mursyidul Am Pas pernah menyatakan perjuangan yang dibawa UMNO tidak melayakkan ahli-ahlinya masuk syurga.

Pas meletakkan dirinya sebagai parti yang memperjuangkan Islam tulen mengikut al-Quran dan Hadis. Kerana pegangan itulah maka Pas pernah mengeluarkan fatwa bahawa haram bekerjasama dan bersekutu dengan parti yang tidak mendukung Islam.

Peliknya, sejak Pilihan Raya Umum ke-12, keadaan sudah terbalik. Pas bukan sahaja bersekutu tetapi mempertahankan DAP sepenuh jiwa dan raga. Mungkin inikah ijtihad baru Pas, atau mungkin juga jihad terbaru yang di bawa Pas?

Hari ini, ramai ahli Pas yang terpukau dengan retorik Lee Guan Eng yang kononnya mahu mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Memang tidak salah mencontohi khalifah Islam yang mulia itu tetapi kepalsuan Guan Eng tersingkap apabila beliau pernah menyatakan bahawa menegakkan negara Islam dan undang-undang hudud bukannya matlamat perjuangan pakatan pembangkang dan ia tiada dalam manifesto pakatan pembangkang.

Kenyataan yang sama juga pernah disebut oleh bapanya, Lim Kit Siang. Ini bermakna Pas bersetuju dengan manifesto tersebut yang tidak mahu meletakkan Islam sebagai perjuangan pakatan itu. Adakah pentadbiran Umar Abdul Aziz sedemikian sifatnya? Khalifah Umar adalah khalifah yang tinggi kewarakan dan ketakwaan serta sangat ikhlas dan telus dalam melaksanakan hukum dan keadilan sosial Islam.

Pengerusi DAP, Karpal Sighn juga kekal dengan pendiriannya menolak pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam. Karpal pernah mencabar Pas supaya melangkah mayatnya dulu jika mahu melaksanakan agenda menegakkan hukum hudud dan negara Islam yang dicita-citakan Pas. Keangkuhan Karpal terbukti lagi apabila pernah dalam perbahasan di Parlimen beliau mengeluarkan ungkapan "Singh is King". Apa yang tersirat dari ungkapan Karpal itu ialah mencabar politik Melayu-Islam.

Perlu diingat bahawa di antara tujuan politik Melayu di negara ini adalah mempertahankan Islam. Sama ada Pas atau UMNO, kedua-duanya mempunyai cita-cita untuk memelihara agama Islam di negara ini. Dalam hal ini UMNO lebih berupaya merealisasikan hasrat itu. Pas tidak pernah mahu mengakui bahawa UMNO adalah parti yang banyak berjasa dalam menegakkan syiar dan pembangunan umat Islam di negara ini. Sesiapa pun boleh membuat penyelidikan tentang fakta ini. Ia adalah hakikat dan Pas tidak mampu menafikannya.

Benarkah kerajaan yang ditentang Pas itu zalim? Bagi penulis, ia adalah persepsi politik Pas semata-mata. Dalam politik hari ini, pendekatan persepsi adalah pendekatan berkesan mempermain dan mempengaruhi emosi dan minda rakyat.

Kekuatan pembangkang ialah bermain dengan persepsi, bukannya fakta. Ia bukanlah satu pendekatan dakwah yang bijak kerana persepsi politik biasanya tidak bersifat benar, apatah lagi kalau ia cuba dikaitkan dengan kedudukan akidah orang lain.

Hari ini Pas lebih banyak berpolitik daripada berdakwah. Oleh kerana terlalu banyak berpolitik banyak perkara aneh muncul dari Pas. Terbaru ialah tindakan Mursyidul Am Pas "berdoa laknat" untuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO. Jika benar Pas mengutamakan kerja dakwah maka tidak sepatutnya perkara ini menjadi amalan Pas. Apa yang dilakukan Pas itu boleh mencemarkan imej Islam bahkan boleh menjerumuskan Islam kepada fitnah.

Sebagai sebuah parti yang mendakwa melaksanakan aktiviti amal Islam serta bercita-cita meninggikan kalimah Allah SWT maka Pas sepatutnya kaya dengan prinsip Islami, adab dan akhlak berasaskan wahyu dan sunah.

Dalam konteks ini, berakhlakkah apabila mendoakan perkara-perkara buruk untuk orang lain? Berprinsipkah apabila menolak usaha perpaduan dengan UMNO yang boleh memperkukuhkan lagi kekuatan ummah di negara ini. Bukankah seruan perpaduan ummah itu adalah prinsip asas yang ditekankan Islam?

Berakhlak dan beradabkah Pas apabila membiarkan beberapa pemimpin bukan Islam yang bersekutu dengannya menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan sewenang-wenangnya demi kepentingan politik mereka? Pas sepatutnya tahu tentang keutamaan dalam berdakwah yang jauh lebih besar dari berpolitik. Prinsip dakwah Islami mesti diutamakan dan perpaduan ummah sepatutnya dilihat jauh lebih penting dari memburu kuasa.

Penulis pasti Nik Aziz arif tentang perkara ini tetapi kerana terlalu berpolitik, maka Mursyidul Am Pas itu seolah-olah menjadi seorang ulama yang keliru dalam persoalan mengenai "kuasa politik" dan tanggungjawab mengutamakan "prinsip asas Islam". Lantaran politik dendam maka terkeluarlah pelbagai ucapan dan fatwa yang mengelirukan umat sehingga Islam dilihat sebagai ajaran yang 'aneh'.

Pas seharusnya mengutamakan tanggungjawab dakwah, khusus dalam memimpin fikrah, peribadi dan spiritual masyarakat. Ingatlah bahawa keindahan dan kehebatan dakwah itu tidak terbentuk melalui 'doa laknat' dan perpecahan umat. Seorang pendakwah sepatutnya sentiasa berdoa dengan penuh kesabaran melalui doa-doa yang baik untuk sasaran dakwahnya.

Apa yang berlaku hari ini ialah keghairahan berpolitik Pas tidak banyak membantu tanggungjawab asas itu. Malah dalam kebanyakan hal, cara berpolitik Pas banyak menanamkan bibit-bibit kebencian dan 'kekasaran sahsiah' pengikutnya, bukan personaliti yang budiman.

Hari ini terbukti bahawa kebanyakan pemimpin Pas semakin menjadi keliru dengan perjuangan Pas sebenarnya. Oleh kerana itulah wujud pelbagai masalah dalaman Pas yang semakin membelit kepemimpinan parti itu. Sebagai seorang Muslim saya doakan moga Pas kembali kepada 'fitrah dakwah' yang sebenarnya, bukan hanyut dengan 'ngauman politik' yang terlalu bernafsu memburu kuasa.


PENULIS ialah Pegawai Perhubungan Awam. Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan

Comments

Anonymous said…
alahai.. mahathir pun ada seloroh kalau nak makan sup jari dan tangan pi la Kelantan. orang melayu islam pulak tuh. tak ada pulak sapa nak petik kenyataan Mahathir tu.

kalau kafir yang cakap kita sedia maklum ler deme tu kafir. tapi kalau orang islam sendiri (puak UMNO) yang menolak hudud nak kategori murtad ke kafir?
Zabib said…
mahathir boleh lah tuan2 kata jahil..tapi kalau nik aziz cakap yang bukan2 tuan kata apa pula? cakap mahathir bukan ada pengaruh pun sebab dia bukan golongan agama, sebaliknya kata-kata nik aziz jika diucapkan akan menjadi fatwa dan ikutan orang kelantan.
Ron said…
to Anon 2:50,

By showing your typical malay shallow mentality...you are the type that will achieve nothing in your life and so goes with your next generation.

what a shame malay nowdays...
Anonymous said…
ooo sebab dia Ustaz ajer ker? Yang mahathir tu sebagai Perdana Menteri iaitu ketua negara korang tak kata pulak? dasar buta perut dan usus busuk!

hahahahha
YANG GAMBI said…
Azli, apakah bila dah bergelar tok guru, semuanya bagus, baik, betul, luru, amanah, jujur ? shingga gambar dipamer seluruh bandar lebih dari Sultan ?......... piiiiiirah dengan ular dalam semak....
azlishukri said…
yang gambi - saya setuju
Anonymous said…
cuba lah berpolitik berdasarkan siapa yg lebih baik dan ikhlas bekerja.

sudah tentu negara malaysia skrg dah jauh lebih maju.

ini tidak, politik berdasarkan kebencian/hate. sbb tu sesama islam dah jadi semakin membenci diantara satu sama lain.

PAS la yg jadi juara benci. menanam kebencian didada bdk2 muda. sehingga hilang pertimbangan yg waras. gunakan agama sewenang2nya utk pertahankan politik sempit.

din
petronas
Ahzab2020 said…
Satu artikel yang menarik. Dikupas dengan ilmiah. Patut dibaca oleh semua orang Melayu yang pastinya beragama Islam.
shamshul anuar said…
Dear Anonymous,

Ada satu pepatah Inggeris " Do not reinvent the wheel". Maknanya roda adalah bulat. tak perlu cipta roda yang memangnya akan sentiasa bulat.

Jadi jika PAS ingin dikenali( dan lebih penting diberkati Allah swt), maka hendaklah PAS mengikut cara Rasulullah berdakwah.

Taklah susah sangat. Kurangkanlah berceramah pagi petang siang malam. Sebaliknya masa yang ada( sebab kurang berceramah) boleh digunakan untuk mentadbir negeri. PAS pun bukan pembangkang saja. Sekarang dah pegang Kelantan dan Kedah. Jadi tadbirlah negeri dengan baik.

Pastikan kedua-dua negeri itu bersih. Kalau Melaka sekarang ini begitu bersih, maka hendaklah Kelantan dan Kedah jauh lebih bersih.

Pastikan juga orang miskin dibantu dan sampah sarap tak berterabur macam di Alor Setar.

Keduanya ikutlah peribadi Nabi Muhammad SAW. Baginda tak memaki hamun. Nah sekarang bayangkan Muhammad Sabu berceramah. beza beliau dan watak Nabi Muhammad bagai langit dan bumi.

Oh ya. Bagaimana pula editor Harakah? Masih suka memfitnah bersulamkan ayat Kuran ke. Jadi segala "pemimpin yang mengaku nak tegakkan Islam" dalam PAS eloklah nasihatkann beliau.

Sudah-sudahlah menipu. Cukup-cukuplah jual ayat Kuran dengan harga yang terlalu murah.

Pada orang PAS yang terlau bencikan UMNO dan sanggup pula jadi kuli DAP, ingatlah perbuatan anda akan menjahanamkan umat Islam di Malaysia.

di selangor, tahukah anda ada tanah wakaf dah dirampas dan dijadikan tapak perkuburan Cina. Masih tak sedar lagikah?

Satu pentyakit PAS ialah RIAK. PAS sentiasa percaya ia lebih beriman dari UMNO. Tak boleh cakap macam itu.

Bukan kita tentukan keimanan. Dn janganlah hukum Dr Mahathir bukan-bukan sebab beliau kritik PAS. Kritik PAS bukan hina Islam.

Selama PAS menyebarkan kebencian, selama itulah peluang PAS untuk tewas terbuka luas. Insaflah kita semua. Jadikan pembelotan Arab terhadap Empayar Osman satu pengajaran berguna.

Tiada siapa dikalangan Islammdisana untung dengan sekap Gabenor Arab. semuanya rugi. Insaflah. Sekali-sekala dengarlah nasihat untuk kebaikan kita semua.

Pilihan Pembaca

Mengapa Mesti Di Masjid? Mana Kaum Lain?

Saya terpanggil untuk berkongsi sebuah rencana yang agak menarik untuk kita renungi. Rencana yang ditulis oleh JEFRI ZACHARIAH dari Malaysia-Instinct ini sedikit banyak mampu membuka fikiran orang Melayu dan mengapa bangsa kita selalu diperbodohkan oleh orang lain. Baca tulisan menarik beliau : APA SUDAH JADI dengan orang Islam? Itulah persoalan yang bermain di benak saya apabila melihat majoriti mereka yang hadir dalam perhimpunan haram semalam di Masjid Negara. Pada mulanya saya membayangkan bahawa perhimpunan haram ini akan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tariff air. Malangnya apa yang saya bayangkan tidak kesampaian. Nampak sangat orang Islam telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjerit di masjid. Nampak sangat pihak tertentu ini bukan sahaja mahu mempergunakan orang Islam tetapi juga mengganggu orang Islam lain yang hendak beribadat. Pernahkah kita terfikir kenapa setiap kali demonstrari haram ...

Ranking Terbaru Blog Politik : Di Mana Kedudukan Anda?

Terlalu ramai blogger yang telah menghantar alamat blog mereka dan setelah diaudit, 10 blog baru telah tersenarai kedalam Top 100 dan 10 blog yang berada didalam Top 100 pada 15 Disember telah terkeluar. Pada kali ini sebanyak 54 blog telah jatuh anak tangga, yang paling teruk ialah blog 'Buaya Merah' sebanyak 23 anak tangga. Sebanyak 23 blog berjaya berubah tempat yang mana blog 'Ipoh Malay' melompat sebanyak 13 anak tangga dan 13 blog lagi kekal ditangga masing-masing. Pihak kami masih menerima mana-mana blog yang tiada dalam senarai Top Ranking Online. Memandangkan terlalu banyak blog yang mempunyai potensi untuk meningkat naik, pihak kami mungkin akan menambah 50 anak tangga lagi, menjadikan ia sebagai Top 150 pada masa akan datang. Segala sokongan daripada anda semua sangat-sangat kami alukan. Untuk memudahkan, anda boleh melihat dibahagian bawah laman Top Ranking Online adakah blog anda ada dalam senarai jika tiada, sila hantar alamat blog anda. Lihat ranking terb...

Mufti Perlis Perlu Betulkan Kenyataan

Saya fikir, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya tidak benar-benar memahami apa yang sedang berlaku di dalam negara kita pada waktu ini (baca di sini) . Isu S.Kesavan yang memetik dua terjemahan ayat dalam surah Ali Imran secara songsang dan menyimpang jauh daripada kebenaran merupakan kemuncak segala penyelewengan yang telah dilakukan oleh kaum bukan Islam di negara ini, selepas tercetusnya isu bacaan merapu Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Perak, terhadap ayat suci al-Quran pada pilihan raya kecil Bukit Gantang tahun lalu. Juanda Jaya seharusnya faham, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak hanya melihat isu S.Kesavan semata-mata dalam menetapkan hukum, sebaliknya para mufti yang hadir pada malam tersebut, telah mendalami isu ini terlebih dahulu secara holistik dan menyeluruh, agar ia tidak menimbulkan fitnah yang berterusan terhadap agama Muhammad! Sejak akhir-akhir ini, orang bukan Islam semakin berani mempersendakan al-Quran atas alasan demokrasi dan kebebasan bersuara - manakala sebahag...