Skip to main content

Ingatan Tuan Guru Harussani Kepada Umat Melayu


Ingatan Tuan Guru Harussani
Kepada Umat Melayu


IPOH 13 Dis. - Perpaduan di kalangan orang Melayu berada pada tahap membimbangkan dan mereka perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar jika mahu mengukuhkannya, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar). Menurut tokoh agama itu, Islam tidak mengajar umatnya berkelahi sesama sendiri hanya disebabkan oleh perbezaan fahaman politik dan ideologi.

''Kita kena sedar betapa perlunya kita bersatu. Berbeza fahaman politik dan ideologi, tidak semestinya kita harus berkelahi sesama Islam.

''Orang Melayu kena kembali pada agama. Kita lemah kerana kita ingkar dengan perintah Allah SWT," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurut Harussani, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan pihak-pihak tertentu mudah mengambil kesempatan untuk terus melemahkan mereka.

Katanya, antara strategi yang dilakukan oleh pihak-pihak terbabit dalam usaha memecah-belahkan orang Melayu ialah memuji tindakan-tindakan yang hanya akan lebih melebarkan lagi jurang perpecahan tersebut. Tegas beliau, tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang mempersoalkan kedudukan raja- raja Melayu dan agama Islam yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan berlaku sekiranya orang Melayu bersatu.

''Manusia ini akan jadi melampau kerana mereka berasa mereka kuat. Orang Melayu mesti sedar keadaan ini.

''Jangan biarkan perpaduan kita lemah kerana terpengaruh dengan orang lain, terpengaruh dengan pujian-pujian yang ada muslihat lain," katanya. Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa sikap orang Melayu yang terlalu berlembut menyebabkan pihak-pihak berkepentingan tersebut semakin berani.


Ulasan Saya : 1. Orang Melayu masih tidak mahu sedar diri lagi - khususnya PAS. 2. Kaum bukan Melayu semakin berani mengambil kesempatan terhadap kelemahan kita semua. 3. Orang Melayu mudah kena tipu dan digula-gulakan dengan janji kosong. 4. Anwar Ibrahim adalah punca segala-galanya - beliau penyebab kepada keadaan kucar-kacir di dalam negara. 5. Orang Melayu khususnya para pemimpin UMNO masih leka dan tidak mahu membuat perubahan. 6. Masalah sekarang adalah masalah orang Melayu dan bukan sekadar masalah orang Melayu di dalam PAS atau pun masalah orang Melayu di dalam UMNO. Wallahualam.

Comments

anti fitnah said…
i think blogger like adf55650 better stop write comment at this blog. people like you like rubbish.
Anonymous said…
memang si adf55650 penjilat si kerry jamban. dia ni panatik kat kerry jamban tu...
Fadly Bahktiar Othman said…
Assalamualaikum...

Azli, kembali kepada fitrah manusia iaitu AGAMA ( iman ). kita hentikan berbicara soal bangsa. terlalu kecik skop perbahasan mengenai bangsa berbanding agama. sedangkan di akhirat kelak tidaklah ditanya suku atau bangsa melainkan iman atau agama kita semata-mata. semua berkisar kepada Agama.

jadi Azli, luaskan skot perbahasan bukan sekadar ritorik bangsa semata-mata.

itulah titik persamaan parti politik kita ni. baik pas atau umno dua-dua pun ada satu persamaan yang khusus iaitu AGAMA ISLAM.

tu ler terasanya...kalau betoi semua melayu itu islam, maka kita teruskan.tapi pokoknya tetaplah agama islam itu sndiri. harus diingat, ada melayu yang murtad. jadi, apakah masih mahu kita bermatian kerana bangsa lagi?

sebaliknya kita akan bermatian kerana agama kita iaitu ISLAM.

soal beriman atau tidak, tu kita dengan Allah sahaja. so, kembali kepada pokoknya iaitu carilah persamaan antara kita.

KUAT KITA KERANA AGAMA BUKAN KERANA BANGSA! bangsa datang kemudian dari agama. mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah swt.

maaf Azli, bukan membangkang tapi ingin sekadar berwacana di alam maya. :)

maaf Azli, ni pendapat dari Faqir Ilmu Fadly Bahktiar Othman
azlishukri said…
saya sependapat dengan sahabat saya fadly Bahktiar...
Fadly Bahktiar Othman said…
secara tradisi mmg benar Melayu-Islam amat sinonim. sukar sangat nak pisahkan.

tp tu sekadar tradisi mutakhir jer. kalau dinilai dari sudut sejarah, melayu bukan asalnya muslim.

entah aper jenis agama yang dianuti melayu sebelum kedatangan Islam teman pun kurang ler pasti. tak kisah ler tu, sebab tok nenek moyang kita jugak.mudahan ruh sekaliannya berada dlm rahmat Allah swt.

jadi beringatlah, skop kita hari ini bukan sekadar bangsa Melayu semata. tetapi secara khususnya ialah Melayu yang Beragama Islam.
tak aci lah dok sibuk dgn melayu tapi Islam jadi no.2 pulak.

utamakan agama dahulu baru dtg cerita bangsa. sbb agama tu lah yang akan ditilik Allah swt kelak.

insyaAllah, kita rapat2 saf dan polish titik persamaan kita.

Bersatunya bangsa Melayu kerana agamanya Islam!

wassalam ajmain.

Al-Faqir Fadly Bahktiar Othman

*Peace to Azli sahabat lama. :)
Anonymous said…
Jawapannya adalah mudah, kerana mereka (PAS-PR) hanya mampu membuat tuduhan, dan apabila dibalas dan soaljawap, maka mereka tidak mampu menjawap... kerana tuduhan mereka hanyalah tuduhan liar, pandangan peribadi, tiada fakta. Maka itu jugalah mereka hanya mampu-mapu menjawap persoalan dengan tuduhan2. mengapa? kerana itulah cara untuk menutup kepalsuan yg mereka cipta.

Pilihan Pembaca

Isu Syiah : Tutup Pintu Neraka Itu!

Kepada sesiapa yang masih mahu mempertahankan ajaran Syiah Imam 12 atau yang seangkatan dengannya, cubalah renung dan baca tulisan-tulisan di sini, semoga Allah membuka hati dan memberi hidayah kepada tuan-tuan. Klik di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini - cukuplah rasanya bukti-bukti ini bagi menolak fahaman Syiah yang jelas menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Sekiranya kita mengaku sebagai ahli akademik dan golongan ilmuan, apakah kita masih tergamak menolak segala bukti ini demi mempertahankan ajaran dan ideologi Syiah semata-mata atas alasan demokrasi dan kebebasan beragama? Syiah bukan salah satu mazhab dalam ajaran Islam, pokok akidahnya sangat jauh daripada ajaran dan amalan Islam yang sebenar - segala hujah dan alasannya sangat lemah dan tidak bersifat akademik yang menyeluruh. Saya masih tidak faham mengapa masih terdapat para intelektual di negara ini sangat mudah terpengaruh dan begi...
Hikayat Dewan Ekonomi Episod Satu : Kemelut Di Dalam Sarang Semut Oleh Muhammad Azli Shukri Menguruskan sebuah majalah, bukanlah semudah menerbitkan sebuah buku atau jurnal. Penerbitan sebuah majalah memerlukan kesinambungan idea dan komitmen para penulis. Saya diterima bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7 Disember 2006 (mungkin kerana saya agak rapat dengan mantan Ketua Pengarah DBP dahulu, Datuk Dr Firdaus Abdullah) - sebagai staf kontrak (kontrak akan disambung pada setiap tahun). Oleh kerana latar belakang pekerjaan saya sebelum ini adalah dalam pendidikan dan bukan penerbitan, maka dunia penerbitan merupakan dunia baharu bagi saya. Setelah saya ditempatkan untuk bertugas di bahagian majalah, di bawah kendalian ketua editornya, Puan Padilah Hj Ali, maka saya terpaksa menyahut cabaran dengan apa-apa juga tugas yang akan diberikan olehnya kelak. Pada ketika itu, DBP baru sahaja mengambil alih penerbitan majalah yang sebelum ini telah difancaiskan kepada syarikat Karangkra...

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...