Usaha untuk memadamkan kebenaran semakin giat dijalankan oleh para hacker (penggodam) untuk menutup kelemahan parti pembangkang atau pemimpin agung mereka, Anwar Ibrahim. Setelah salah seorang blogger Pembela Negara, saudara Kumbang melalui blognya analisisringan.blogspot.com digodam dua hari yang lepas, para hacker ini bersembunyi dibalik nama blog tersebut untuk melancarkan serangan bertali-arus terhadap blog-blog yang pro kerajaan lewat petang semalam dan sehari sebelumnya. Blog saya juga tidak ketinggalan daripada diserang sebanyak dua kali melalui domain blog milik Kumbang tersebut. Serangan terpaksa dipatahkan seberapa segera, agar domain atau tapak blog tersebut tidak digunakan lagi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi melancarkan serangan yang penuh dengan kejelekan dan tidak bermaruah ini daripada terus-menerus memporak-perandakan persahabatan serta hubungan ukhwah sesama blog pro-kerajaan. Modus operandinya adalah sangat mudah - iaitu memilih salah satu domain/tapak blog milik pro-kerajaan untuk menyerang blog kawan-kawan mereka sendiri, agar masing-masing saling tuduh-menuduh dan bergaduh. Dikenalpasti hampir dua ratus serangan godaman dilakukan melalui blog analisis ringan - hal ini sangat membimbangkan. Saya yakin dan percaya ini merupakan satu perancangan yang terperinci bagi menutup mulut para bloggers yang jelas menyokong kerajaan. Nasihat saya hanya satu - mengapa kita harus menggunakan cara kotor dan jijik ini, jika kita yakin berada di pihak yang benar? Mengapa ada sesetengah blogger yang masih tidak matang pemikirannya dengan merosakkan blog orang lain? Bukankah lebih baik berhujah dan berdialog dengan cara intelektual daripada menggodam blog dan mengharu-birukan domain milik orang lain? Kerja jahat semacam ini hanya dilakukan oleh golongan yang berada dalam keadaan terdesak. Tetapi percayalah, kebenaran tidak akan mungkin mampu disembunyikan dan blog-blog yang jujur akan tetap wujud sampai bila-bila. Wallahualam.
MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya. Bagi golongan usahawan yang suka membaca
Comments
budi baik balas baik
budi jahat jahat juga balasannya.
kita serahkan pada Allah.
bersifat sabar adalah yang terpuji.maka usah lah melawan selagi mana boleh bersabar. kepada analisisringan.blogspot.com, ambillah iktibar. tuan kena lebih mahir dalam selok belok keselamatan blogs.
sebenarnya tapak blogs tuan dijadikan tapak pelancar script malware. alhamdulillah telah disekat oleh Hamba Allah dari terus manjadi punca merebaknya masalah malware tersebut.
IP yang dpt dikesan juga dari KL. mungkin kawan2 tuan yang nakal sedang mencuba ilmu. bak santau jugak tuan..setahun sekali kena mencuba dan mencari mangsa. heheheh..
so, Tuan Azli, harap tuan juga kena mantop kan pengetahuan sket. dicadangkan para bloggers pro kerajaan menyertai seminar keselamatan blogs.
mungkin pihak saya boleh membantu. tapi ada caj laa.. hehhee.. cari makan sket yop!
Fadly Bahktiar Othman
sahabat Azli Shukri Al Talangi
Attack from http://www.analisisringan.blogspot.com
Malicious software is hosted on 1 domain(s), including bronesortir.in/.
2 domain(s) appear to be functioning as intermediaries for distributing malware to visitors of this site, including golderstub.in/, clicksor.net/.
This network has hosted sites that have distributed malicious software in the past 90 days. 13 sites dah kena sbg contoh,otorvaniegodi.in/, bronesortir.in/, salarisgreetteplo.in/, that infected 75 other site(s), including, for example, tricolumbia.org/,kilincarslankasabasi.com/, grinders21.yourfreehosting.net/.
Bro, please visit this website http://bronesortir.ru/ Pelik tak? baca jgn tak baca.. mcm tulisan yahudi jer. hahaha...
Hidup bloggers!!!
try ler tgk IP ni.. 216.239.37.0/24, 74.125.185.0/24 senang ckp bro.. deme ni dari ....................... jeng jeng jeng...
pehtu jgn segan silu tgk ni pulok.. ada 768 overlapping IP.
imported from AS4788(TMNET , Telekom Malaysia)
as-tmnet-customers(member of as-arbinet-buyer-customers, as-cwcustasia, as-eastgate, as-globeinternet-clients, as3320:as-dtag) DHL-AS DHL Systems Inc. Prague, Czech Republic
as3918 SHELL-3918 Shell Information Technology International B.V. Dokter van Zeelandstraat 1 2265 BD Leidschendam the Netherlands
as4628 ASN-PACIFIC-INTERNET-IX Pacific Internet Limited 10 Eunos Road, Singapore 408600 Email: abuse@pacific.net.sg for Spamming/Security Issue Email: noc@pacific.net.sg for network related issue CAT, Thailand Information Technology Limited, Internet Service Provider, Hongkong
TMNET , Telekom Malaysia
COMCLARK-DATACENTER ComClark Network & Technology Corp 2/F ComClark Bldg, M.A. Roxas Hi-way CSEZ telkomnet-as-ap PT komunikasi Indonesia Internet Access Provider (NAP) NETLOGISTICS-AU-AP Net Logistics Pty. Ltd. Web Hosting Provider Sydney
TPMNETWORK-AS-AP TPM Corp. Berhad, Netowork Service Provider of TPM, Technology Park Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia iAdvantage Ltd. TOTNET-TH-AS-AP TOT Public Company Limited HICOM-AS-AP http://www.plexus.net Network Operation Centre HICOM Teleservices Sdn. Bhd.
apa² pun perjuangan kita tetap diteruskan demi bangsa, agama dan negara tercinta.
kita di pihak yg benar ;)