Skip to main content

Anwar Pelik Pelabur Tidak Masuk Ke Malaysia?


Anwar Pelik
Pelabur Tidak Masuk Ke Malaysia?



KUALA LUMPUR, 8 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mempersoal kegagalan kerajaan dalam menarik minat pelabur antarabangsa untuk melabur di negara ini. Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam meletakkan Bursa Malaysia sejajar dengan pasaran antarabangsa sebagai sebuah destinasi penjanaan dana yang kondusif. Namun beliau hairan mengapa usaha itu masih gagal menarik golongan pelabur luar.

"Saya terima baik langkah-langkah yang diambil kerajaan tapi masalahnya mengapa dengan kecekapan Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti itu, kita masih gagal menarik minat peabur antarabangsa untuk jadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelaburan," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi.

Anwar turut mendakwa kegagalan itu sebenarnya ada kaitan dengan krisis keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya percaya ini ada kaitan dengan krisis keyakinan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, datuk Najib yang seri dinafikan," katanya.

Beliau meminta kerajaan menjelaskan sejauhmana kebenaran langkah yang diambil kerajaan ini dapat menarik pelabur asing memandangkan data pelaburan menyatakan bahawa Bursa Malaysia berada di kedudukan tercorot brbanding Jakarta dan Singapura.

"Saya minta penjelasan daripada kementerian, apakah langkah yang diambil sekarang ini dapat menarik pelaburan sebab data pelaburan menyatakan sebaliknya,"soalnya. Sebelum itu, datuk Nur Jazlan Mohamed (BN Pulai) meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan syarikat antarabangsa untuk menyenaraikan saham mereka dalam Bursa Malaysia. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung (BN-Alor Setar) dalam jawapannya memberitahu Bursa Malayssai dan SC mengambil enam inisiatif dalam menarik pelabur antarabangsa antaranya menganjurkan taklimat kembara dan penyebaran risalah ke China, Vietnam dan India bagi menarik penyenaraian asing.


Jawapan Saya : Saya agak terkejut dengan kenyataan Anwar Ibrahim di atas. Bagaimana mungkin beliau tidak tahu apakah sebab utama pelabur tidak mahu melabur ke Malaysia. Punca utamanya adalah mudah - iaitu disebabkan oleh Anwar Ibrahim sendiri yang selama ini sering memburuk-burukkan nama negara di peringkat antarabangsa. Pelbagai tohmahan dan kutukan yang beliau lemparkan ke atas pentadbiran dan kepimpinan negara. Seolah-olah hampir sudah tiada apa-apa yang baiknya pada kerajaan yang ada sekarang ini. Segala-galanya busuk dan jijik. Anwar harus sedar, sikap beliau yang suka membuka aib kerajaan di mata dunia dengan tuduhan-tuduhan yang buruk dan keji, merupakan punca utama para pelabur kurang berminat dengan Malaysia. Sepatutnya Anwar membantu kerajaan dan bukan memburuk-burukan kerajaan di luar negara. Menuduh kononnya kerajaan Malaysia adalah zalim, kerajaan menindas hak rakyat, kerajaan begitu korup dan pelbagai lagi kata-kata jijik yang dilemparkan oleh Anwar selama ini - sesungguhnya mempunyai motif politik yang tertentu - yakni mahu melihat ekonomi negara berada dalam keadaan yang tidak stabil dan tatkala itu Anwar akan mengambil peluang untuk membuktikan kepada rakyat kononnya kepimpinan negara begitu lemah. Saya fikir, semua orang tahu akan hal ini. Tetapi sejauh mana kesedaran kita untuk menolak Anwar adalah bergantung kepada setinggi mana rasa sayang kita kepada negara. Sudah tiba masanya Anwar Ibrahim - si tukang fitnah - dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya mengkucar-kacirkan negara. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
sibuk salahkn anwar.. macam taik
Anonymous said…
dah dia sendiri buruk2kan m'sia diluar negara mcmana la pelabur tak masuk. dia ckp dia menteri parlimen m'sia diluar negara. lepas tu kata k;jaan immoral la, tak transparent la, gunakan network jews dia buruk2kan malaysia.

nasib baik aku tak de kat parliman kalau aku ada dah aku ludahkan muka nuar nie.

shahrul
Anonymous said…
aku bukan setakat nak ludah...aku nak berak atas muka nuar ni...nuar bukan rakyat malaysia lagi
Anonymous said…
AI = israel
Pandai si sesumpah ni bermuka2, memang benar tujuan utama AnWAR ke luar negara sebelum ini adalah memburukkan nama Malaysia supaya tiada FDI yang masuk ke dalam negara. Kerosakan telah AnWAR lakukan adalah ketika zaman Pak Lah yang terlalu berlembut dengan kerenah AnWAR. Sekarang ini nampaklah hasilnya hasutan2 AnWAR terhadap pelabur2 asing ke Malaysia.

Matlamatnya supaya ekonomi Malaysia menjadi kacau-bilau, cuba menunjukkan bahawa AnWAR Al-Juburi nanti akan muncul sebagai hero yang datang untuk menyelamatkan ekonomi dari terus menjunam. Ini semua taktik yang telah dirancang oleh sesumpah yang mungkin mendapat nasihat dari Godfathernya dari bangsa Yahudi.

Ya, Allah... Selamatkanlah negara ini dari terjerumus ke tangan bangsa Yahudi melalui hamba-Mu si AnWAR ini.
UMNO Kuala said…
anuar tak salah, dia banyak bantu malaysia. korang je yang dengki.
Anonymous said…
anwar memang macam taik
UMNO Kuala said…
Ya Allah selamatkanlah negara ini daripada pengkhianat Bangsa.
Syameer Firdaus said…
Dear UMNO Kuala, AI inspiring Malaysian with the slogan of 'a New Dusk for Malaysia' not 'a new dawn for Malaysia'. And he's a pain in the butt!

Malaysia didn't failed in attracting foreign investors but Malaysia failed in educating people like 'him' to appreciate our beloved-nation and not to be a 'tali barut'!
Hidup YB Khairy said…
Khairy Jamaluddin dilantik timbalan menteri

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Sebuah portal berita melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkemungkinan dilantik timbalan menteri dalam perubahan kecil peringkat kementerian yang akan dilakukan tidak lama lagi.

Menurut portal Malaysia-instinct.com, pelantikan itu kemungkinan menjadi kenyataan jika perletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib diterima.

''Khairy dijangka diberikan jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan tidak semestinya mengisi vakum di Kementerian Pelancongan jika Sulaiman Abdul Rahman berundur,'' menurut portal berkenaan di sini hari ini.

Menurut portal itu, pelantikan itu akan dibuat sebagai menghormati jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu bahawa tiada rombakan Kabinet akan dilakukan dalam jangka masa terdekat melainkan beberapa perubahan melibatkan timbalan menteri.

Beliau juga mengesahkan bahawa Sulaiman telah menyampaikan hasrat untuk berundur sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

Khairy sebelum ini tidak diberikan sebarang jawatan dalam mana-mana kementerian sebagai memberikan ruang untuk beliau menumpukan perhatian menarik kembali sokongan golongan muda kepada UMNO.
Hidup YB Khairy said…
Khairy Jamaluddin dilantik timbalan menteri

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Sebuah portal berita melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkemungkinan dilantik timbalan menteri dalam perubahan kecil peringkat kementerian yang akan dilakukan tidak lama lagi.

Menurut portal Malaysia-instinct.com, pelantikan itu kemungkinan menjadi kenyataan jika perletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib diterima.

''Khairy dijangka diberikan jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan tidak semestinya mengisi vakum di Kementerian Pelancongan jika Sulaiman Abdul Rahman berundur,'' menurut portal berkenaan di sini hari ini.

Menurut portal itu, pelantikan itu akan dibuat sebagai menghormati jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu bahawa tiada rombakan Kabinet akan dilakukan dalam jangka masa terdekat melainkan beberapa perubahan melibatkan timbalan menteri.

Beliau juga mengesahkan bahawa Sulaiman telah menyampaikan hasrat untuk berundur sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

Khairy sebelum ini tidak diberikan sebarang jawatan dalam mana-mana kementerian sebagai memberikan ruang untuk beliau menumpukan perhatian menarik kembali sokongan golongan muda kepada UMNO.
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
Anonymous said…
hidup kjjjjjjjj
gagasan_warisan said…
Puncanya Pak nuar bangsat ni laa duk buruk2kan malaysia kat dunia luar....pastu buat2 hairan......
ZULKIFLI said…
Alangkah hebatnya makhluk yang bernama Anwar ini. Hanya dengan dia sendiriam berkata itu dan ini, orang asing terpengaruh lalu enggan melabur ke Malaysia. Alangkah dungunya orang asing ini kerana mudah dibodoh-bodohkan oleh makhluk Anwar ini.

Adakah hal ini yang hendak kita katakan? Rombongan kerajaan yang pastinya membawa cerita yang baik-baik tidak mahu didengarkah oleh orang-orang asing ini?

Kita harus berfikir, jika benarlah orang tidak mahu melabur ke Malaysia kerana hasutan Anwar, sudah tentulah indeks Bursa Saham kita berada di bawah indeks bursa di Jakarta sejak lama dulu. Persoalannya, mengapa baru sekarang?

Kita harus terbuka dan menyokong DSAI itu yang meminta dijelaskan mengapa berlaku demikian? Kalau di dalam Parlimen, ada MP yang berkata hal yang sama dengan Sdr Azli, kita terimalah.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil