Skip to main content

Zaid Ibrahim 2009 : Rasa Bosan Yang Tersisa


Zaid Ibrahim 2009
Rasa Bosan Yang Tersisa


SEREMBAN 21 Julai - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Rais Yatim mengingatkan Datuk Zaid Ibrahim supaya tidak bersikap lupa diri setelah mengecap kejayaan semasa berada dalam UMNO. Beliau berkata, tindakan Zaid mendakwa perjuangan UMNO masa kini bersifat perkauman adalah tidak tepat kerana parti itu merupakan komponen Barisan Nasional (BN) yang selama ini memperjuangkan nasib semua kaum. ''Tindakan Zaid membuat dakwaan (dalam blognya) itu dilihat seperti orang yang lupa diri selepas mendapat faedah dan kejayaan menerusi UMNO ketika berada dalam parti.

''Beliau (Zaid) perlu ingat bahawa kejayaan firma beliau juga berlandaskan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Zaid mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dakwaan terhadap perjuangan UMNO adalah berbentuk perkauman. Kata Rais, tindakan Zaid itu dianggap seperti tidak memahami 'asam garam' politik sambil menyifatkannya masih mentah.

''Zaid masih baru ketika berada dalam UMNO, dia tidak pernah berasa susah dan menghadapi naik turun dalam politik sebaliknya terus menjadi menteri," jelas beliau. Dalam perkembangan lain, Rais memberitahu, pertemuan dengan Muhyiddin bertujuan membincangkan strategi memperkukuhkan kepimpinan UMNO di peringkat negeri.

''Antara yang dibincangkan adalah hala tuju memperkukuhkan parti dengan menyaksikan pemimpin sendiri turun padang untuk memainkan peranan positif, memperbaiki kepimpinan bahagian meliputi Pemuda, Wanita dan Puteri," katanya.


Ulasan Saya :


Nampaknya, Zaid masih jahil berkenaan perjuangan UMNO yang diibaratkannya sendiri sebagai sudah ketinggalan zaman, lantaran UMNO masih menjadikan perkauman sebagai kerangka perjuangannya. Sememangnya layak Zaid segera meninggalkan UMNO, kerana sangat jelas kedangkalan pengetahuaannya dalam hal-ehwal perjuangan UMNO. Zaid dan Nik Aziz hampir sama sahaja pemikiran mereka berkenaan hakikat perjuangan UMNO. selama ini Jika Zaid tidak mengetahui, adalah lebih baik beliau diam sahaja. Tidak perlu bersusah-payah menjemput orang lain agar bersama-sama dengannya untuk menaiki kapal yang semakin karam. Jika Zaid tidak tahu asal perjuangan UMNO, maka biar saya jelaskan dengan mudah dan tidak perlu berfikir secara panjang lebar.


Tatkala Zaid mendakwa bahawa perjuangan berasaskan kepada perkauman sudah tidak relevan lagi, maka mengapa hal yang sama tidak ditujukan kepada DAP? Apakah DAP tidak termasuk dalam istilah memperjuagkan perkauman juga? Jadi, mengapa Zaid harus menunding jari kepada UMNO, kononnya dasar perjuangan UMNO sudah tidak relevan lagi? Jika perjuangan UMNO sudah tidak relevan lagi, maka begitu juga dengan perjuangan DAP - kerana adalah jelas dan semua orang tahu bahawa sejak DAP ditubuhkan, parti tersebut sememangnya memperjuangkan kepentingan kaum Cina secara ekstrim. Maka, apakah maksud sebenar Zaid ini, apabila menimbulkan persoalan ini? Kedua, apakah Zaid terlalu naif untuk memahami antara perjuangan sesuatu hak dengan sebuah perjuangan perkauman yang membuta-tuli? Apakah Zaid, selama beliau berada di dalam UMNO, beliau tidak tahu, sesungguhnya UMNO ditubuhkan untuk mempertahankan hak-hak yang seharusnya dimiliki oleh orang Melayu di bumi yang tercinta ini?


UMNO bukan memperjuangkan kaum Melayu secara membuta-tuli, sebaliknya UMNO memperjuangkan hak-hak yang telah termaktub di sisi undang-undang sebagai hak yang harus dimiliki oleh orang-orang Melayu di negara ini. Adalah tidak adil, jika menuduh kononnya UMNO sudah tidak lagi relevan, lantaran terdapat sesetengah daripada pemimpinya yang korupsi dan mementingkan diri sendiri.


Apakah kerana umat Islam pada hari ini lemah, maka kita boleh mendakwa, sesungguhnya Islam itu sememangnya lemah? Apakah kita tidak dapat membezakan antara umat Islam dengan Islam itu sebagai Ad-Deen? Apakah Zaid tidak mampu membezakan antara UMNO dengan ahli UMNO? dan antara UMNO dengan pemimpin UMNO? Jadi, di manakah asas ketidakrelevanan perjuangan UMNO yang didakwa oleh Zaid tersebut? Dan lebih jauh daripada itu, apakah Zaid berfikiran bahawa PKR akan terus relevan andaikata Anwar Ibrahim sudah tidak ada lagi? Apakah Zaid terlalu buta dalam melihat kebenaran, sesungguhnya PKR kelihatan kuat adalah disebabkan oleh faktor Anwar Ibrahim dan bukannya atas faktor ideologi yang didukung oleh parti tersebut selama ini? Zaid, nampaknya harus tahu membezakan antara memperjuangkan bangsa secara membuta-tuli dengan memperjuangkan hak bangsanya seperti mana yang telah dipersetujui.


UMNO bukan parti perkauman, tetapi ia dikaitkan dengan perkauman, kerana ahli-ahlinya adalah dalam kalangan orang Melayu. Jika UMNO parti perkauman, sudah tentu UMNO tidak akan berkongsi kuasa dan bertolak ansur dengan mana-mana kaum yang jelas tidak membantu parti tersebut selama ini, khususnya ketika orang-orang Melayu secara bersendirian menentang Malayan Union 63 tahun dahulu. Mari kita bertanya, di manakah kaum Cina dan India pada ketika itu? Apakah mereka bersama-sama dengan orang-orang Melayu sewaktu menentang Malayan Union? Atau mereka hanya bersikap tunggu dan lihat? Jika benar Zaid mendakwa bahawa perjuangan berbentuk perkauman sudah tidak relevan, mengapa sehingga hari ini jumlah anggota tentera dan polis dalam kalangan kaum Cina dan India masih mengecewakan?Apakah mereka tidak mahu membantu kerajaan dan bersama-sama menjadi barisan hadapan negara dalam mempertahankan bumi tercinta ini, jika benar selama ini unsur perkauman tidak wujud dalam hal tersebut? Soalnya, mengapa kaum Cina dan India tidak berminat untuk menjadi anggota tentera atau polis? Jawapannya mudah, kerja tersebut tidak mempunyai dampak nilai ekonomi dan politik yang besar terhadap kedua-dua kaum tersebut.


Adalah jelaslah, unsur perkauman masih mendominasi corak pemikiran masyarakat Malaysia dalam melihat pelbagai isu yang berlaku disekelilingnya, baik yang berkaitan dengan ekonomi, mahu pun yang berkaitan dengan politik - semuanya masih didominasi oleh unsur-unsur perkauman. Jadi, apakah hujah Zaid tatkala beliau mendakwa bahawa UMNO sudah tidak lagi relevan kerana ideologinya yang bersifat perkauman? Apakah beliau sendiri tidak dapat melihat bahawa DAP juga berideologi perkauman? Perjuangan menuntut hak kaumnya adalah tidak salah sama sekali, tetapi memperjuangkan bangsanya secara membuta-tuli sehingga kaum lain tertindas barulah ianya dipanggil sebagai zalim dan bersifat assabiyah yang bercanggah dengan ajaran Islam. Zaid harus insaf dan kembali ke panggal jalan berkenaan hal ini. Wallahualam.


Comments

siti_asiah said…
aaa...can u simplify it for me?
heheh...
Z-MAY said…
salam,
ada org yang sudah banyak dapat betis, dia akan hendakkan paha pula. bila dah dapat paha, dia mahukan kepala. bila tak dapat kepala, dia sanggup jadi penderhaka.
itulah sebenarnya manusia durjana...
Anonymous said…
For Siti

Agaknya simplified version ialah

Seperti kacang lupakan kulit.

Kuman seberang laut nampak,gajah depan mata tak nampak.
wakilrakyat said…
salam,
agaknya apa akan jadi pada zaid dan firma guamannya kalau la dia tak pernah masuk UMNO.
Orang yang kufur nikmat adalah sahabat syaitan.
azlishukri said…
siti - secara mudahnya, zaid merasakan perjuangan yang bersandarkan kepada perkauman sudah tidak relevan, tetapi hakikatnya secara realiti dan praktikal hal tersebut adalah sebaliknya. Pemikiran kita semua masih menjadikan perkauman sebagai alat penyatuan.
Zaid Pening said…
Hate Zaid,

Nama seorang pejuang Islam, tapi dia paling sekular..

Adil sgt ke dia??
C.H.E Dayat said…
salam abang azli, mudah saja:

MELAYU MUDAH LUPA

che dayat

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
Anonymous said…
PENGAJARAN DARI KISAH UTUSAN MALAYSIA

Sekarang berlaku kekecohan di utusan Malaysia gara-gara ada masalah yang berlaku melibatkan wartawan dan pekerjanya.

Keadaannya begini.,

Seorang pekerja Mempertikaikan nama jawatan “wartawan Gred 4” seperti dalam surat, sedangkan aduannya kepada SPRM didakwa atas kapasiti sebagai pengerusi NUJ cawangan itu.


Menyanggah kewajaran tindakan disiplin kerana menurut Seksyen 21 dan Seksyen 22, Akta Kesatuan Sekerja 1959, pegawai-pegawai kesatuan sekerja diberikan kekebalan daripada sebarang tindakan, sekiranya ia berkaitan dengan urusan kesatuan.

Menjelaskan bahawa Amran tidak pernah menfitnah syarikat, sebaliknya hanya meminta SPRM menyiasat perbelanjaan Utusan yang didakwa melibatkan kos yang tinggi.

Itu apa yang disiarkan dalam Malaysiakini sehingga membawa kepada cadangan mengadakan perarakan ke pejabat perdana menteri.

Persoalannya, bukankah saudara Azli dahulu dalam perlantikannya mendakwa ditawarkan jawatan editor sebaliknya diminta melakukan kerja-kerja Timbalan Editor.

Apakah Saudara Azli akan melaporkan hal ini kepada SPRM?


Dato Adil
Cyberjaya.
Anonymous said…
Datuk Adil kalau masuk blog ni tak sah kalau tak hentam dewan.
Panglipulara® said…
Perjuangan pekembar dulu semasa zaid di dalam parti tak sama dengan perjuangan pekembar harini, mungkin sebab tu zaid quit kot...orang buta pun boleh nampak, yang tak nampak tu mungkin tuhan dah gelapkan mata hati mereka...wassalam
YB_ajak said…
Salam Untuk Semua,

Kerajaan Malaysia sekarang nie hang kena tangkap si mamat yang lupa diri nie masukkan jer dalam ISA...dia yang menimbulkan isu perkauman sekarang...DIA TUDUH UMNO AMALKAN ISU PERKAUMAN...SUMBAT JER DIA DENGAN sorang lagi mamat kelantan...yang selalu bagi fatwa salah....

YB Ajak
Anonymous said…
Salam:
Zaid is plain and simple is a bastard. kalau orang Melayu, pengkianat bangsa. And this guy will be forever dilaknat dunia dan akhirat bersama geng2 beliau seperti Nizar terencat akal, pemimpin2 PAS, parti Sesat, dan the father of Dajjal, trah ketah2 Sivaji the Boss-Aljuburi dan mereka yg sewaktu dgn nya.
Najwa Raz said…
Assalamualaikum..
Di sini saya ingin mengemukakan cadangan bahawa anda yang menonong sahaja menulis komen-komen kepada Zaid Ibrahim perlu membuat penilaian dahulu dengan membaca buku Saya Pun Melayuyg ditulis oleh Zaid Ibrahim sendiri.
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 tidak sempat untuk membalasnya.
hilbert said…
Saya sangat setuju dengan ulasan tuan mengenai kenyataan Datuk Zaid Ex-GratiaRM10.5 itu.

Memang Zaid itu species kacang yang lupakan kulit, species pengidap penyakit alzheimer...nyanyuk, pelupa..
azlishukri said…
montel, benar tu.
Anonymous said…
Kalau zaid tu berani, serahkan semua kekayaannya yg dijana dari DEB kpd Baitul Mal..Dan sila mulakan kembali firma guamannya dari bawah..Kita nak tguk sejauh mana handalnya firma beliau tu tanpa bantuan kerajaan.

Org spt ini umpama melepaskan anjing tersepit. Ingat, jika beliau tidak bersyukur, Allah swt boleh tarik balik semua kemewahan yg dia ada pada bila-bila masa..
C.H.E Dayat said…
ikuti kisah manusia lupa diri, hanya di blog kisah sebuah bangsa,

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com

Wadah Perjuangan Bangsa Melayu
Najwa Raz said…
Yela..beliau memberikan ex-gratia kepada bekas-bekas hakim yang telah dipecat(kisah lama) ada sebabnya.Mengapala..manusia suka mengutuk-ngutuk sesama manusia walhal beliau tiada pun sakitkan hati kamu(blogger yang mengutuk beliau)..baca dulu tulisan dan penjelasan beliau dalam buku Saya Pun Melayu.
Anonymous said…
blogger philosof benarlah cakap kamu tu, tapi apa salah najib pula sampai bloggers pembangkang kutuk2 beliau.
Najwa Raz said…
Saya tiada menulis untuk meyebelahi mana-mana parti,tetapi saya menulis mengenai Zaid Ibrahim yang mana saya kagumi beliau sejak saya membaca buku Saya Pun Melayu.Sesetengah isi kandungannya ada yang saya kurang bersetuju,namun kebanyakan pandangan beliau saya setuju.Hal ini kerana, beliau seorang pengamal undang-undang yang pernah belajar undang-undang lebih-lebih lagi beliau seorang peguam.Dan ramai tertanya-tanya mengapa beliau meletak jawatan sebagai menteri.Sebab itu, saya menyuruh anda membaca buku yang dikarang oleh beliau sendiri untuk melihat sisi beliau sebagai seorang penulis.Jadi,penyakit rakyat Malaysialah yang "semberono" mengeluarkan hujah dan hentam individu sana sini tanpa membaca.Membaca buku adalah amalan yang penting untuk melihat sisi seseorang.

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka

Matahari Di Tengah Malam

MATAHARI DI TENGAH MALAM MACHANG 13 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan hanya mereka yang layak sahaja menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam pemilihan pada Muktamar PAS yang dijadualkan Jun ini. Nik Aziz ketika mengingatkan perkara itu berkata beliau tidak mahu anggota parti itu yang tidak mampu menjadi pemimpin yang baik, membuang masa menonjolkan diri menarik sokongan. “Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia,” katanya. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Merbau Chondong, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2009 peringkat negeri di sini, hari ini. Katanya, PAS turut memberi kebebasan kepada anggota akar umbi untuk memilih barisan pimpinan yang mereka mahukan dan menolak mana-mana

Malam Dengan Bulan Yang Sama

Malam Dengan Bulan Yang Sama Saya paparkan di sini satu komen yang bernas daripada seorang pembaca blog saya yang bernama Shamsul Anuar. Dan saya fikir sangat baik untuk sama-sama kita renungkan. Kepada saudara Shamsul Anuar, terima kasih komen saudara. Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini. 1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR. 2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS. 3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi k