SEREMBAN 21 Julai - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Rais Yatim mengingatkan Datuk Zaid Ibrahim supaya tidak bersikap lupa diri setelah mengecap kejayaan semasa berada dalam UMNO. Beliau berkata, tindakan Zaid mendakwa perjuangan UMNO masa kini bersifat perkauman adalah tidak tepat kerana parti itu merupakan komponen Barisan Nasional (BN) yang selama ini memperjuangkan nasib semua kaum. ''Tindakan Zaid membuat dakwaan (dalam blognya) itu dilihat seperti orang yang lupa diri selepas mendapat faedah dan kejayaan menerusi UMNO ketika berada dalam parti.
''Beliau (Zaid) perlu ingat bahawa kejayaan firma beliau juga berlandaskan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Zaid mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dakwaan terhadap perjuangan UMNO adalah berbentuk perkauman. Kata Rais, tindakan Zaid itu dianggap seperti tidak memahami 'asam garam' politik sambil menyifatkannya masih mentah.
''Zaid masih baru ketika berada dalam UMNO, dia tidak pernah berasa susah dan menghadapi naik turun dalam politik sebaliknya terus menjadi menteri," jelas beliau. Dalam perkembangan lain, Rais memberitahu, pertemuan dengan Muhyiddin bertujuan membincangkan strategi memperkukuhkan kepimpinan UMNO di peringkat negeri.
''Antara yang dibincangkan adalah hala tuju memperkukuhkan parti dengan menyaksikan pemimpin sendiri turun padang untuk memainkan peranan positif, memperbaiki kepimpinan bahagian meliputi Pemuda, Wanita dan Puteri," katanya.
Ulasan Saya :
Nampaknya, Zaid masih jahil berkenaan perjuangan UMNO yang diibaratkannya sendiri sebagai sudah ketinggalan zaman, lantaran UMNO masih menjadikan perkauman sebagai kerangka perjuangannya. Sememangnya layak Zaid segera meninggalkan UMNO, kerana sangat jelas kedangkalan pengetahuaannya dalam hal-ehwal perjuangan UMNO. Zaid dan Nik Aziz hampir sama sahaja pemikiran mereka berkenaan hakikat perjuangan UMNO. selama ini Jika Zaid tidak mengetahui, adalah lebih baik beliau diam sahaja. Tidak perlu bersusah-payah menjemput orang lain agar bersama-sama dengannya untuk menaiki kapal yang semakin karam. Jika Zaid tidak tahu asal perjuangan UMNO, maka biar saya jelaskan dengan mudah dan tidak perlu berfikir secara panjang lebar.
Tatkala Zaid mendakwa bahawa perjuangan berasaskan kepada perkauman sudah tidak relevan lagi, maka mengapa hal yang sama tidak ditujukan kepada DAP? Apakah DAP tidak termasuk dalam istilah memperjuagkan perkauman juga? Jadi, mengapa Zaid harus menunding jari kepada UMNO, kononnya dasar perjuangan UMNO sudah tidak relevan lagi? Jika perjuangan UMNO sudah tidak relevan lagi, maka begitu juga dengan perjuangan DAP - kerana adalah jelas dan semua orang tahu bahawa sejak DAP ditubuhkan, parti tersebut sememangnya memperjuangkan kepentingan kaum Cina secara ekstrim. Maka, apakah maksud sebenar Zaid ini, apabila menimbulkan persoalan ini? Kedua, apakah Zaid terlalu naif untuk memahami antara perjuangan sesuatu hak dengan sebuah perjuangan perkauman yang membuta-tuli? Apakah Zaid, selama beliau berada di dalam UMNO, beliau tidak tahu, sesungguhnya UMNO ditubuhkan untuk mempertahankan hak-hak yang seharusnya dimiliki oleh orang Melayu di bumi yang tercinta ini?
UMNO bukan memperjuangkan kaum Melayu secara membuta-tuli, sebaliknya UMNO memperjuangkan hak-hak yang telah termaktub di sisi undang-undang sebagai hak yang harus dimiliki oleh orang-orang Melayu di negara ini. Adalah tidak adil, jika menuduh kononnya UMNO sudah tidak lagi relevan, lantaran terdapat sesetengah daripada pemimpinya yang korupsi dan mementingkan diri sendiri.
Apakah kerana umat Islam pada hari ini lemah, maka kita boleh mendakwa, sesungguhnya Islam itu sememangnya lemah? Apakah kita tidak dapat membezakan antara umat Islam dengan Islam itu sebagai Ad-Deen? Apakah Zaid tidak mampu membezakan antara UMNO dengan ahli UMNO? dan antara UMNO dengan pemimpin UMNO? Jadi, di manakah asas ketidakrelevanan perjuangan UMNO yang didakwa oleh Zaid tersebut? Dan lebih jauh daripada itu, apakah Zaid berfikiran bahawa PKR akan terus relevan andaikata Anwar Ibrahim sudah tidak ada lagi? Apakah Zaid terlalu buta dalam melihat kebenaran, sesungguhnya PKR kelihatan kuat adalah disebabkan oleh faktor Anwar Ibrahim dan bukannya atas faktor ideologi yang didukung oleh parti tersebut selama ini? Zaid, nampaknya harus tahu membezakan antara memperjuangkan bangsa secara membuta-tuli dengan memperjuangkan hak bangsanya seperti mana yang telah dipersetujui.
UMNO bukan parti perkauman, tetapi ia dikaitkan dengan perkauman, kerana ahli-ahlinya adalah dalam kalangan orang Melayu. Jika UMNO parti perkauman, sudah tentu UMNO tidak akan berkongsi kuasa dan bertolak ansur dengan mana-mana kaum yang jelas tidak membantu parti tersebut selama ini, khususnya ketika orang-orang Melayu secara bersendirian menentang Malayan Union 63 tahun dahulu. Mari kita bertanya, di manakah kaum Cina dan India pada ketika itu? Apakah mereka bersama-sama dengan orang-orang Melayu sewaktu menentang Malayan Union? Atau mereka hanya bersikap tunggu dan lihat? Jika benar Zaid mendakwa bahawa perjuangan berbentuk perkauman sudah tidak relevan, mengapa sehingga hari ini jumlah anggota tentera dan polis dalam kalangan kaum Cina dan India masih mengecewakan?Apakah mereka tidak mahu membantu kerajaan dan bersama-sama menjadi barisan hadapan negara dalam mempertahankan bumi tercinta ini, jika benar selama ini unsur perkauman tidak wujud dalam hal tersebut? Soalnya, mengapa kaum Cina dan India tidak berminat untuk menjadi anggota tentera atau polis? Jawapannya mudah, kerja tersebut tidak mempunyai dampak nilai ekonomi dan politik yang besar terhadap kedua-dua kaum tersebut.
Adalah jelaslah, unsur perkauman masih mendominasi corak pemikiran masyarakat Malaysia dalam melihat pelbagai isu yang berlaku disekelilingnya, baik yang berkaitan dengan ekonomi, mahu pun yang berkaitan dengan politik - semuanya masih didominasi oleh unsur-unsur perkauman. Jadi, apakah hujah Zaid tatkala beliau mendakwa bahawa UMNO sudah tidak lagi relevan kerana ideologinya yang bersifat perkauman? Apakah beliau sendiri tidak dapat melihat bahawa DAP juga berideologi perkauman? Perjuangan menuntut hak kaumnya adalah tidak salah sama sekali, tetapi memperjuangkan bangsanya secara membuta-tuli sehingga kaum lain tertindas barulah ianya dipanggil sebagai zalim dan bersifat assabiyah yang bercanggah dengan ajaran Islam. Zaid harus insaf dan kembali ke panggal jalan berkenaan hal ini. Wallahualam.
Comments
heheh...
ada org yang sudah banyak dapat betis, dia akan hendakkan paha pula. bila dah dapat paha, dia mahukan kepala. bila tak dapat kepala, dia sanggup jadi penderhaka.
itulah sebenarnya manusia durjana...
Agaknya simplified version ialah
Seperti kacang lupakan kulit.
Kuman seberang laut nampak,gajah depan mata tak nampak.
agaknya apa akan jadi pada zaid dan firma guamannya kalau la dia tak pernah masuk UMNO.
Orang yang kufur nikmat adalah sahabat syaitan.
Nama seorang pejuang Islam, tapi dia paling sekular..
Adil sgt ke dia??
MELAYU MUDAH LUPA
che dayat
www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
Sekarang berlaku kekecohan di utusan Malaysia gara-gara ada masalah yang berlaku melibatkan wartawan dan pekerjanya.
Keadaannya begini.,
Seorang pekerja Mempertikaikan nama jawatan “wartawan Gred 4” seperti dalam surat, sedangkan aduannya kepada SPRM didakwa atas kapasiti sebagai pengerusi NUJ cawangan itu.
Menyanggah kewajaran tindakan disiplin kerana menurut Seksyen 21 dan Seksyen 22, Akta Kesatuan Sekerja 1959, pegawai-pegawai kesatuan sekerja diberikan kekebalan daripada sebarang tindakan, sekiranya ia berkaitan dengan urusan kesatuan.
Menjelaskan bahawa Amran tidak pernah menfitnah syarikat, sebaliknya hanya meminta SPRM menyiasat perbelanjaan Utusan yang didakwa melibatkan kos yang tinggi.
Itu apa yang disiarkan dalam Malaysiakini sehingga membawa kepada cadangan mengadakan perarakan ke pejabat perdana menteri.
Persoalannya, bukankah saudara Azli dahulu dalam perlantikannya mendakwa ditawarkan jawatan editor sebaliknya diminta melakukan kerja-kerja Timbalan Editor.
Apakah Saudara Azli akan melaporkan hal ini kepada SPRM?
Dato Adil
Cyberjaya.
Kerajaan Malaysia sekarang nie hang kena tangkap si mamat yang lupa diri nie masukkan jer dalam ISA...dia yang menimbulkan isu perkauman sekarang...DIA TUDUH UMNO AMALKAN ISU PERKAUMAN...SUMBAT JER DIA DENGAN sorang lagi mamat kelantan...yang selalu bagi fatwa salah....
YB Ajak
Zaid is plain and simple is a bastard. kalau orang Melayu, pengkianat bangsa. And this guy will be forever dilaknat dunia dan akhirat bersama geng2 beliau seperti Nizar terencat akal, pemimpin2 PAS, parti Sesat, dan the father of Dajjal, trah ketah2 Sivaji the Boss-Aljuburi dan mereka yg sewaktu dgn nya.
Di sini saya ingin mengemukakan cadangan bahawa anda yang menonong sahaja menulis komen-komen kepada Zaid Ibrahim perlu membuat penilaian dahulu dengan membaca buku Saya Pun Melayuyg ditulis oleh Zaid Ibrahim sendiri.
Memang Zaid itu species kacang yang lupakan kulit, species pengidap penyakit alzheimer...nyanyuk, pelupa..
Org spt ini umpama melepaskan anjing tersepit. Ingat, jika beliau tidak bersyukur, Allah swt boleh tarik balik semua kemewahan yg dia ada pada bila-bila masa..
www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
Wadah Perjuangan Bangsa Melayu