Skip to main content

1Malaysia : Dunia Bukan Bulat


1MALAYSIA
Dunia Bukan Bulat


Sebenarnya, saya masih susah hati sedikit, apabila konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Susah hati saya adalah berasaskan kepada beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini, antaranya ialah, sehingga hari ini, konsep 1Malaysia masih belum diperjelaskan secara terperinci - sekurang-kurangnya seperti gagasan dua PM sebelum ini - Tun Mahathir dan Tun Abdullah, melalui Wawasan 2020 dan Islam Hadhari. Setidak-tidaknya 1Malaysia harus mempunyai "list" atau senarai yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Namun demikian, hal ini tiada dalam konsep 1Malaysia - ia masih berada dalam erti kata sebuah slogan dan bukan sebuah garis panduan.



Akibatnya, 1Malaysia telah ditafsirkan secara bersendirian dalam kalangan rakyat dan parti pembangkang. Saya mengharap, agar konsep 1Malaysia mempunyai takrifnya yang tersendiri dan mempunyai senarai berkenaan apakah yang dikatakan dengan 1Malaysia dan apakah dasar yang mendasari gagasan tersebut? Yang menjadi konflik pada hari ini adalah pertanyaan rakyat berhubung dengan ciri-ciri yang dikatakan sebagai 1Malaysia itu? apakah bidang atau lapangan yang digunakan bagi menterjemahkan konsep 1Malaysia? Apakah 1Malaysia hanya slogan politik atau sebuah garis panduan bagi mencapai Wawasan 2020 atau ia lebih jauh daripada itu? Saya rasa - atau lebih jauh daripada itu, mengharapkan kepada Perdana Menteri, agar sambutan 100 hari sempena beliau menjawat jawatan sebagai PM Malaysia, hal ini dapat dijelaskan secara tuntas kepada rakyat, agar kekeliruan dan salah faham dapat diatasi dengan cara ilmiah dan bijaksana. Yang membimbangkan kita pada hari ini - adalah bertitik tolak daripada sikap sesetengah kaum yang menganggap 1Malaysia merupakan sebuah manifestasi kesamarataan antara kaum, malah sesetengah daripada mereka mula menuntut hak yang boleh dipertikaikan di sisi perlembagaan. Dalam ucapan Datuk Seri Najib sempena 100 hari sebagai PM, di KLCC pagi tadi, beliau hanya menyentuh sedikit sahaja berkenaan konsep 1Malaysia, menurut beliau,



" Jika diimbas, sejak mula mengambil alih pucuk pimpinan negara, saya telah menggagaskan pentadbiran kerajaan dipaksikan atas konsep 1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa konsep 1Malaysia dan mengapa ia menjadi landasan pentadbiran saya?


Jawapannya mudah, kerana, bagi saya kita adalah satu keluarga besar yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya mahu pun kepercayaan. Justeru, setiap warga Malaysia merupakan komponen penting demi menentukan maju atau mundur, berjaya atau gagal negara yang tercinta ini. Hakikatnya, kita, sama ada orang Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Bidayuh, Orang Asli, kaum-kaum lain sekali pun orang Malaysia keturunan Siam yang menetap di sini adalah penting untuk kejayaan Malaysia. Pendek kata, kita semua adalah rakyat Malaysia. Kemajmukan kita inilah yang menjadi 'asset and competitive advantage that has and will continue to put us head and shoulder above our global competitors’."



Secara peribadi saya setuju dengan semua kenyataan DS Najib - tetapi setakat ini konsep tersebut masih bersifat permukaan/retorik. Saya memikirkan bahawa harus ada - atau sekurang-kurang "sempadan" antara makna 1Malaysia dengan Hak Keistimewaan Orang Melayu yang sama sekali tidak boleh disentuh. Dalam hal ini, saya percaya Datuk Seri Najib harus menjelaskannya secara jujur dan terang. Beberapa perkembangan terkini berkenaan nasib bangsa Melayu di Malaysia, sudah mula diperbahaskan secara terbuka dan terang-terangan. Malah, sesetengah orang Melayu mula hilang keyakinan serta mempertikaikan perjuangan UMNO. Lebih jauh daripada itu, sudah terdapat begitu ramai orang Melayu yang menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membela dan memperjuangan nasib bangsa Melayu, lantaran rasa kurang senang mereka terhadap beberapa dasar liberalisasi yang diperkenalkan oleh UMNO sejak belakangan ini. Jika isu 1Malaysia masih terus menjadi tanda tanya, dan polemik, saya khuatir NGO yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu akan mendapat lebih sambutan dan penyertaan dalam kalangan orang Melayu itu sendiri- sekaligus orang Melayu berpecah dalam bentuk yang lain pula, malah kesannya, UMNO akan disisihkan oleh orang Melayu secara beransur-ansur kerana idealisme perjuangannya lebih tertumpu untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu. Maafkan saya, mungkin dan mungkin, saya terlalu racis dalam hal ini - atau menunjukkan kebimbangan yang tidak kena pada tempatnya, atau akan ada orang yang mula berkata, "Azli Shukri sudah merapu".



Namun demikan, sekurang-kurang saya sudah merasakan bahawa, orang Melayu melihat UMNO semakin membuka pintunya kepada orang lain, semata-mata mahu memastikan rakyat menyokong UMNO kembali pada masa akan datang. Saya percaya, bahawa 1Malaysia banyak kebaikannya, namun begitu - tafsirannya juga harus jelas dan sama sekali tidak mengorbankan perjuangan dan pembelaan terhadap orang Melayu. Dasar liberalisasi yang mula kita amalkan - adalah bertujuan untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan, tetapi kita juga tidak harus lupa atas alasan yang tertentu kadang-kala liberalisasi juga bisa meruntuhkan kerajaan dan sesebuah organisasi politik.



Saya masih cuba menyembunyikan rasa bimbang ini dangan prasangka yang baik dan cermat. Memohon agar PM kita akan segera menjelaskan apakah maknanya 1Malaysia itu - kerana tanpa tafsiran yang tepat ia bisa sahaja merobohkan kerajaan dan bangsa Melayu itu. Mungkin, saya terlalu jauh memikirkan hal ini dari dasarnya - tetapi, saya fikir saya mempunyai alasan yang agak baik untuk menunjukkan rasa bimbang itu, melalui beberapa perkembangan terkini, khususnya berkenaan liberalisasi ekonomi yang diumumkan baru-baru ini, di samping berkenaan isu biasiswa yang semakin terbuka sifatnya dan beberapa isu lagi yang saya fikir tidak perlu saya sentuh di sini. Maafkan saya kerana mengetengahkan kebimbangan yang mungkin pada tanggapan sesetengah pihak ia sama sekali tidak berasas - tetapi percayalah, setiap sesuatu yang roboh ada tanda-tanda awalnya. Dan kita berharap 1Malaysia bukanlah tanda awalnya. Wallahualam.

Comments

Unknown said…
salam saudara azli
jujurnya saya sendiri kabur dengan konsep 1malaysia ini.Adakah dengan 1malaysia ini hak istimewa bumiputera perlu dimansuhkan juga supaya dapat mencapai gagasan ini?Itulah yang menjadi persoalan sehinggakan M.Manoharan ahli Hindraf tu pun sudah mula menafsirkan bahawa 1Malaysia bererti orang bukan Melayu juga perlu mendapat hak istimewa yang sama seperti orang melayu.

Benarkah begitu konsepnya?
Anonymous said…
saudara zharif kefahaman saudara itu adalah konsep pembangkang iaitu malaysia for malaysian.`1malaysiabermaksud secara mudah semua rakyat berjiwa kemalaysian dan bukan perkauman dan kenegerian dan patuh kepada perlembagaan negara malaysia. tiada perubahan perlembagaan bermakna hak melayu tidak disentuh. kita tak nak orang melayu sahaja berjiwa kemalaysian.
PAKCIK said…
Konsep 1Malaysia rakyat didahulukan adalah satu slogan yang menarik untuk di amati oleh seluruh warga negara.

dasar lain yang telah diperbaharui seperti liberalisasi adalah sesuatu yang menyokong dasar iMalaysia tadi.

dasar yang mengambilkira kepentingan dan hak semua WARGANEGARA tidak mengira kaum dan agama adalah bertepatan dengan sistem DEMOKRASI yang diamalkan oleh negara kita.

Hak Keistimewaan melayu, YDP Agong sebagai ketua Negara, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Agama Islam sebagai agama rasmi negara dan sebagainya lagi sesungguhnya telah termaktub di dalam Perlembagaan dan tiada sesiapa yang boleh mengubahnya.

walau apa dasar atau konsep diperkenalkan, hak melayu tetap dijamin di dalam perlembagaan.

jika dilihat dari sudut politik, Konsep ini dianggap sebagai PENGIMBANG kepada konsep yang ingin dipraktikkan oleh pihak Pakatan PEmbangkang dalam usaha memulihkan sokongan terhadap Barisan Nasional.

Konsep ini mungkin berjaya mengambil hati rakyat berbilang bangsa / kaum di negara ini tetapi ianya mungkin mendapat tentangan dari kalangan orang melayu.

sesungguhnya saya menyokong sekiranya pihak UMNO dapat menjelaskan tentang konsep ini seadanya kepada orang melayu khusunya.

sekiranya menjadi keperluan, pentas forum atau hujah perlu diadakan dalam menjelaskan halatuju sebenar konsep ini kepada masyarakat melayu.
tulang cacing said…
inilah akibatnya kalau suka meniru idea anwar ibrahim. anwar ibrahim nak buat harapan baru, korang buat 1 malaysia. ini bodoh bin bangang dan membunuh umno sendiri. najib-najib, apalah yang dungu sangat ni.
Khairul Onggon said…
Kita tgk dulu camana.. adakah perlaksanaan dia nanti memberi manfaat...
Unknown said…
saudara anony terima kasih atas penjelasan.itu bukan kefahaman saya tetapi kefahaman M.Manoharan.Saya cuma ingin tahu apakah kefahaman sebegitu yang dimaksudkan dengan 1Malaysia
Anonymous said…
1Malaysia juga bermaksud ketaatan yang mendalam ibu pertiwi ini. Sanggup berkorban tulang empat kerat membangun negara tercinta ini. Jadi, sebagai 'walk the talk', pohon para pemimpin elitis di atas sana janganlah duk labur membeli hartanah diluar negara, lebih baik dana itu dilabur dalam negara untuk mencergaskan ekonomi tempatan. Satu mansion dah boleh buka kilang agro utk peluang kerja belia-belia di desa.

DR NO
Anonymous said…
Slogan slogan politik sebenarnya mengikut aliran zaman dan cita rase semasa.(pinjam-flavour of the month).
Cuma visi tidak bolih ubah selalu.
Ini adelah politicl ekspedince sebab kalau ketat sangat nisbah, bolih menjerat pengasas kata kata hikmat masuk ke suatu sudut yang menjerat diri.
Yang penting adelah kemajuan orang melayu dan sosial kontrak itu tak di sentuh.
changkat lobak.
arjuna waspada.
Hang Jebat said…
Sdr Azli,

Saya setuju. PM yang selalu sebut-sebut pasal 1Malaysia. Lepas tu ahli-ahli politik yang lain (BN) pun mula sebut-sebut benda yang sama di mana-mana mereka ada peluang berucap. Tapi dalam ramai-ramai yang bercakap tu tak ada sesiapa pun yang dapat huraikan secara komprehensif apa yang dimaksudkan dengan 1Malaysia ni. Saya rasa hanya PM sahaja yang tahu apa yang dimaksudkan beliau tentang 1Malaysia ni. Beliau sendiri pun belum memberikan huraian secara jelas. Saya rasa PM sendiri kena tubuhkan satu kumpulan pemikir yang beliau ketuai sendiri untuk menzahirkan maksud 1Malaysia ini.
Anonymous said…
manoharan bercakap bukan sebab 1 malaysia tapi sebab beliau dah besar kepala kerana ada segelintir orang melayu menganggap beliau dengan hero.tanpa satu malaysia beliau akan cakap benda yang sama. politik pembangkang semenjak anwar ibrahim bebas yang menjadi punca.
Anonymous said…
cuma ada satu malaysia bukan sama dengan malaysia for malaysian
Anonymous said…
ASM UNIT TRUST
PNB jual ASM 1.3 billion kuota Melayu kpd bukan bumiputra.
Adakah ini sebagai balasan sokongan atau orang melayu dah taada duit lagi ?
Apa lagi dalam karung 1Malaysia PM untuk jadi kan wawasan 1Malaysia kenyataan
Mengapakah tidak di tawarkan beri peluang kapada Tabung Haji,PPZ, MOCCIS,Bank Rakyat,Ajensi Ekonomi Negeri,Tabung Perwira,Tabung Polis ?
Tabung terengganu dah ade I billion royalti tak kan ta bolih beli kut ?
DenganSatu pangillan talipon semua bolih dapat melabur !!!.
Ini kuota Melayu dan tidak di rampas dari orang bukan bumiputra.
Geram rase.
changkat lobak.
arjuna waspada.
konek said…
Najib is the son of bitch and he is also scrap of the earth!

He definitely will get the punishment from God!
ruyom said…
Malaysians are very naive.

It is pretty clear that the MACC is operating like the German or Soviet secret police of the ruling party to punish opposition members.

How more transparent can they get? We must be all completely idiots to even discuss MACC.

Something like the MACC has to be completely independent or not in existence at all.

This is truly preposterous, as would be the case if the Mafia ran the police force.
San said…
When you believe in God, you would value life! These Umno idiots claim to have faith but don't value one's life, where will they end up in after life! God judge!

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil