1. Ideologi Perlu Dirombak
3. Sistem Pemilihan dan Pengekalan Kuasa
4. UMNO/BN Perlu Berwajah Baharu
5. Pemimpin UMNO Perlu Menekankan Soal Agama
1. Oleh kerana PKR, PAS dan DAP sudah mendahului dari segi ideologi, yakni mempromosikan satu negara, satu kesamaan dan tiada parti perkauman, maka UMNO telah dilihat agak ketinggalan di belakang. UMNO seolah-olah tidak lagi relevan setelah PKR mempromosikan ideologi tersebut. Walaupun kita tahu, campuran tiga ideologi yang berbeza itu tidak akan kekal lama, dan sudah pasti sampai satu masa nanti PKR, PAS dan DAP akan saling tikam menikam antara satu sama lain. Namun demikian, kita tidak boleh menunggu sehingga mereka hancur dengan sendiri baru UMNO mahu bertindak, kita harus segera bertindak dengan mengetengahkan satu wahana ideologi UMNO yang baru dan menghampiri jiwa anak muda dan generasi baru. Jadi, apakah ideologi baru UMNO yang perlu wujud? Jawapannya mudah, UMNO perlu mengekalkan ideologi "Mempertahankan hak kaumnya yang telah termaktub di sisi undang-undang" di samping "Memberi hak yang telah dipersetujui kepada kaum-kaum lain". Selain itu, UMNO juga harus menguatkan ideologi Islamnya dengan menekankan fahaman, "Islam agama Agung dan Islam perlu diletakkan dikedudukan yang lebih tinggi daripada sesiapa pun" di samping, "Budaya kehidupan Islam serta akhlak Islam haruslah menjadi keutamaan parti, bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai."
2. Konsep politik bodek membodek harus dihapuskan dalam UMNO, yang perlu ditekan oleh para pemimpin UMNO adalah kebenaran. Jika kebenaran yang datang, maka terimalah seadanya, tidak kira daripada sesiapa pun. Ajar dan didik ahli-ahli UMNO buat kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan dan wang ringgit. Kita memerlukan ahli UMNO yang ikhlas dan bukan semata-mata masuk UMNO harap imbuhan. Selama ini, masyarakat melihat UMNO sebagai lubok emas, dan sesiapa yang mempunyai "link" dengan orang atasan, maka kerja jadi lebih mudah. Semua ini harus dihapuskan, dengan mengenalpasti "orang-orang" yang tidak suka dikipas dan dibodek diangkat dan diletakkan di tempat yang sesuai sama di dalam UMNO, Kerajaan ataupun organisasi milik kerajaan.
3. Untuk menjadikan UMNO terus relevan, cara pemilihan UMNO harus berubah daripada di tangan perwakilan semata-mata kepada seluruh ahli UMNO akar umbi. Malah, diadakan juga tempoh bagi seseorang itu untuk memegang jawatan penting parti seperti Ketua Pemuda, Ketua Bahagian, Ketua Wanita dan lain-lain. Jangan terlalu lama seseorang itu memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian sehingga seolah-olah UMNO Bahagian tersebut telah menjadi milikinya. Rakyat benci dan menjauhi UMNO, gara-gara orang yang sama menjadi Ketua Bahagian dan wakil rakyat. Tetapkan tempoh berapa lama seseorang itu boleh menjadi Ketua UMNO Bahagian/ wakil rakyat. Begitu juga dengan jawatan-jawatan yang seangkatan dengannya. Jika ini mampu dilakukan, saya percaya ramai yang akan sokong UMNO dan kerajaan semula. Dan tak kurang juga para remaja akan kembali menyokong UMNO. Wallahualam.
4. Mahu ataupun tidak UMNO dan BN harus melakukan "perwajahan baru" ke atas bentuk logo dan slogan mereka. Rebranding akan melengkapkan Restructuring yang diinginkan oleh DS Najib. Dengan logo yang baru, warna yang baru bagi UMNO/BN, di samping ketiga-tiga sayap UMNO/BN turut juga mempunyai logo masing-masing, sedikit sebanyak, masyarakat dan warga muda akan tertarik mendampingi parti tersebut. Maknya, transformasi dalaman turut akan melibatkan transformasi luaran dan fizikal.
5. Kita lihat sekarang, Amy dan Siti Nurhaliza, walaupun mereka penyanyi dan sudah pasti selama ini mereka terlibat dengan dunia hiburan yang penuh dengan dosa dan noda, tetapi dalam diam-diam hati mereka inginkan kebaikan, malah tanpa ragu-ragu mereka menyatakan bahawa mereka amat mengagumi ketokohan dan keperibadian Nik Aziz. Hal ini menjelaskan, bahawa masyarakat sama ada baik atau pun tidak - mereka akan tetap tertarik kepada manusia yang mempunyai keperibadian yang baik. Jadi, pemimpin UMNO harus jadi begitu. Pemimpin UMNO tidak kira diperingkat mana sekalipun harus berupaya menjadi Imam, membaca doa, berkhutbah, zuhud, berceramah agama, dan menguasai pelbagai cabang ilmu agama. Dengan cara ini sahajalah PKR, PAS dan DAP akan tewas. Saya bercakap dengan ikhlas dan jujur, terpulanglah sama ada untuk menerima atau sebaliknya. Jika tuan-tuan yang membaca cadangan saya ini dengan jujur dan bukan dengan niat lain, saya yakin tuan-tuan akan memahami apa-apa yang saya maksudkan. Kepada Allah jua saya berdoa, agar UMNO terus relevan dan berubah menjadi lebih baik, malah kepada Allah jua, saya berdoa, agar Melayu bersatu dan meninggalkan perpecahan. Wallahualam.
PUTRAJAYA 9 April – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua peringkat pemimpin UMNO bahawa mereka mesti berani membuat perubahan dengan mengubah cara metodologi politik bagi memastikan parti itu terus relevan dan dikasihi rakyat.
Berucap pada majlis kesyukuran di Sri Satria malam ini, Presiden UMNO itu menegaskan, sekiranya ahli UMNO masih alpa dan tidak mengambil kira persekitaran baru sekarang, risikonya parti itu akan tewas di tangan lawannya sekali gus lenyap dan dilupakan begitu sahaja.
‘‘Semasa zaman muda saya, waktu itu letak songkok dan pokok pisang pun, kita pasti menang tapi keadaan sekarang berbeza. Kalau kita lihat pilihan raya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, parti lawan menggunakan metodologi baru tapi UMNO dan BN masih guna yang lama.
‘‘Oleh itu salah satu penugasan yang perlu dilakukan adalah untuk kita tanya apakah yang patut kita lakukan agar metodologi kita bertepatan dengan zaman yang kita lalui sekarang. Saya anggap ini satu agenda penting bagi UMNO yang kita hasratkan akan dibincangkan metodologi ini dalam mesyuarat pertama Majlis Tertinggi UMNO nanti,” kata beliau.
Comments
zharif - benar kenyataan adik tu.
bkaitan dgn membuka pengundian kpd kesemua ahli, sy krg bersetuju. krn dgn cara memperbanyakkan jumlah pengundi, kita takuti umno gagal mengawal kualiti undi. di dalam sistem Islam, org yg diberi kelayakan untuk memilih pemimpin hanyalah mereka yg benar2 layak memilih. atau sbhg menyebutkn sbg ahlul ahdi wal aqdi.
tp dlm kes umno yg mengamalkn sistem demokrasi, bg sy sistem perwakilan yg sedia ada adlh lbh baik. namun, disbbkn oleh masalah politik wang, mungkin cadangan DS najib utk memberi kelayakan kpd sekitar 50000 pengundi yg mungkin dr kalangan perwakilan cawangan ke bhg. bg sy, ini mungkin jln pertengahan.
begitu juga dgn tempoh masa memegang jawatan. sy krg setuju. bg sy kalau org itu layak dan masih dperlukan, apa salahnya dia pgg lama skit... mcm tun dr mahathir dulu.
umno juga perlu menukar drp "bangsa, agama dan negara" kpd "agama, bangsa dan negara."
selain itu, perjuangan ketuanan melayu perlu diluruskan mknanya. dr segi perlembagaan, melayu ditakrifkn dgn agama dan budaya, bkn dgn darah keturunan. maka pejuang ketuanan melayu perlu merubah pndekatan mereka drp bercakap soal bangsa kpd bercakap soal agama.
adalah lebih baik jika konsep "ketuanan melayu" diubah kepada "ketuanan umat Islam." Ini adlh lbh jelas dr segi mkna serta selaras dgn konsep Islam. Ini sekaligus menolak idea "ketuanan rakyat" yg membawa konsep kesamarataan yg jelas sekali lebih ekstrim drp konsep "ketuanan melayu".
stkt ini dahulu. sekian.
Kalau bagi pembangkang ruang dalm media, habis la umno/bn
Bagi saya perkara no.5 Pemimpin UMNO Perlu Menekankan Soal Agama adalah perkara pokok.
UMNO dilihat sebagai sebuah parti elit yang pentingkan kekuasaan dan habuan. Bersikap rakus dan selfishness. Itu adalah pandangan masyarakat bawahan yang bukan di kalangan Ahli UMNO.
Apa-apa projek yang dilihat untuk kebaikan rakyat dibolot dulu oleh Ahli-Ahli UMNO yang berkuku panjang terlebih dahulu. Begitu juga dengan peruntukan Pilihanraya, isi dilahap secukupnya oleh orang atas dan kuah yang basi barulah meleleh ke bawah.
Ini memang berlaku di mana-mana jua. Kekadang tu saya sendiri terpaksa mengeluarkan duit dari poket untuk menggerakkan jentera disebabkan duit peruntukan tidak sampai ke bawah. Jentera parti di peringkat bawahan melopong dan di peringkat atasan lenjun bibir.
Kejadian ini berlaku adalah kerana tiada kejujuran dan amanah dan sudah tentu berkait rapat dengan perkara no.5. UMNO perlu merobah persepsi masyarakat terhadap ketulinan perjuangan UMNO.
UMNO perlu kikis persepsi perjuangan periuk nasi peribadi melalui kuasa.
1.Semua bini atau menteri islam kena pakai tudung menutup aurat,, bukan pakai tudung ala siti nurhaliza.
2.Dalam jemaah menteri shahrizat sorang je lagi orang islam yang tak tutup aurat.
3.Kepada anak-anak menteri dan timbalan menteri... berjinak-jinaklah dengan surau dan jauhkanlah diri dari kelab malam,minum dan perkara yang boleh menjatuhkan jawtan bapa/ibu anda sendiri..
4.Kalau DSN buat perubahan ini,, konfom KPI beliau terus dapat cemerlang untuk prestasi dalam masa seminggu ni...
Wassalam
Kalau boleh, minta tolong war-warkan kehadiran blog saya ini kepada sahabat, rakan dan taulan.
Sekian.
Che Dayat.
www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
http://parpukari.blogspot.com/2009/04/skandal-pas-judi-dan-arak-truth.html
sangat teruja untuk melihat perubahan trsebut..baiknya kalau mereka dapat lakukannya dgn betul ikhlas..ape2pun dalam UMNO, tuan cuba memberikan yg terbaik..moga usaha tuan mncapai kejayaan dan ada yang menyedari..
2 perkara yang menarik untuk dilihat perubahannya...
1. Bodek - membodek.. Bolehkah pemimpin UMNO menolak atau merubah budaya ini..
2. Memisahkan politik dalam UMNO dengan kuasa Wang Ringgit....
Apapun saya sama-sama berdoa agar perkara ini berubah demi UMNO dan Melayu dalam pilihanraya akan datang...
Syabas saudara semakin berterus-terang tentang kejelekan UMNO yang selama ini cuba dilindung..Moga inilah pendekatan hikmah yang terbaik untuk mnyedarkan UMNO betapa rosaknya kalau tak diperbetulkan lagi...
thx!
apalah dihirau dibenci di gelangang sendri,
apalah digusar dicemuh di
tempat sendiri,
dibenci dicemuh tanda diketahui,
sebab tak menyorok didalam gelap,
jika bergerak didalam terang,
janganlah lagi lindung selindung,
pemimpin yang pandai pemimpin yang senyum,
pemimpin yang senyum sukalah dihati,
yang suka dihati suka Illahi,
yang ada Illahi bersuara dihati,
pemimpin buat rakyat ikut,
rakyat buat pemimpin dapat,
pemimpin buat perahu,
rakyat naik perahu,
perahu pecah pemimpin fikir,
perahu pecah rakyat perhati,
perahu pecah pemimpin perbaiki,
pemimpin perbaiki rakyat perhati,
perahu pecah tak diperbaiki,
rakyat tengok perahu lain,
perahu lain pemimpin lain,
pemimpin lain perahu lain,
pemimpin prihatin rakyat prihatin,
rakyat prihatin tak cari perahu lain!
salam hormat,
ini suara remaja dari tepi, belum lagi menjadi akar umbi, cuma rumput di tepi kali,
(pandangan dari sudut remaja)
suka tak suka, azli kena dengar jugak,(paksa) :), begini:
1. bila tengok logo UMNO (sticker) di kereta siapa-siapa,
kata mereka: "whuishhhhhh..."
(apa maksudnya?)
2. bila tengok rakan sebaya pakai baju melayu penuh (bersampin) dan bersongkok hitam (ada yang bersongkok tinggi) menghadiri majlis apa-apa,
kata mereka: " fuyyooo, ni pahlawan melayu ni, songkok tu...songkokk.."
(apa maksudnya?)
3. bila tengok rakan sebaya pakai baju melayu separuh penuh (tiada bersampin) dan berketayap putih menghadiri majlis apa-apa,
kata mereka: "ustazzzz.......hehehe..."
(apa maksudnya?)
4. bila tengok rakan sebaya pakai baju jubah putih panjang (jubbah balik haji) dan berketayap putih (ada yang berserban) menghadiri majlis apa-apa,
kata mereka:
"assssalamulaikum warahmatullah, as sahlan wa sahlan...ya sheikh...(senyum)..."
(apa maksudnya?)
saudaraku,
ini baru pada perihal pakaian,
banyak lagi perkara bicara,
ada juga perkara rahsia,
tahu dek musuh kita binasa,
maafkan saya wahai sahabat,
medan ini medan terbuka,
susun rencana tertutup rapat,
mulut ditutup hatilah yang buka,
salam hormat.
saya sudah bangkit, bangun, gerak,
Teruskan usaha membawa UMNO ke arah yang lebih baik supaya terus relevan di mata rakyat. Saudara mendapat 100% sokongan dari saya..malanya saya tidak dapat bersama2 membincangkan isu2 seperti ini kerana masih terikat dengan akta. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada en Azli.
Salam,
zulrahman - terima kasih atas nasihat.
Memang naluri manusia tertarik kpd perkara yg baik.
Nik Aziz - penampilannya baik, kata tutur bicaranya baik, contoh tauladannya baik.....
Pemimpin UMNO pula sinonim sgt dgn - poligami dgn Artis, rasuah, bawa kereta besar dan ada rumah besar, cakap besar masa beri ucapan dan mcm2 lagi lah.
Setakat ni rasanya Dato' Zahid Hamidi ada ketokohan utk keluar dari persepsi buruk UMNO ini.
Tahniah kpd Dato' Zahid Hamidi.