Skip to main content

UMNO 2009 : INDEPENDENCE DAY


UMNO 2009
MAHATHIR THE REBORN


Hari ini saya isytiharkan sebagai Hari Kemerdekaan ke-2 kepada Malaysia, Datuk Seri Najib sudah sah bergelar Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Dengan slogan "One Malaysia" Najib dijangka akan menjadi pilihan rakyat berbilang kaum di negara ini sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang akan disokong oleh setiap lapisan masyarakat, di samping disokong penuh oleh Tun Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.



Anwar Ibrahim dikatakan semakin bimbang, kerana usaha untuk menyekat DS Najib menjadi Perdana Menteri telah menemui kegagalan, usaha jahat beliau untuk mempengaruhi YDP Agong bagi menggagalkan pelantikan DS Najib, tidak hanya mencemarkan nama baik Anwar sendiri, malah menjadikan rakyat Malaysia semakin benci melihat akan gelagat dan cara permainan politik rakus beliau selama ini. Manakala, kembalinya Tun Mahathir ke pangkuan UMNO tidak sekadar memulihkan semula kekuatan parti tersebut, bahkan secara tidak langsung menjadikan pasaran saham dan ekonomi negara kembali stabil, sekaligus menyakinkan rakyat dan para pelabur.



Hanya PAS dan PKR sahaja yang masih tidak mahu berusaha untuk menerima kenyataan bahawa DS Najib sudah pun menjadi Perdana Menteri Malaysia yang sah. DS Najib dijangka akan membentuk kabinetnya Rabu depan, dan nama Datuk Mukhriz Mahathir telah disebut-sebut sebagai calon untuk menerajui Kementerian Pelajaran Malaysia, manakala, Khairy Jamaluddin mungkin diminta berehat seketika sehingga namanya pulih daripada fitnah dan politik wang. Tidak akan ke mana gunung dikejar, kalau betul Khairy ditakdirkan menjadi Perdana Menteri Malaysia pada satu hari nanti, maka ia akan tetap berlaku. Tetapi untuk masa sekarang eloklah rapatkan dulu barisan Pemuda UMNO dan bersihkan imej yang sudah tercalar selama ini.



Akhir kata, Selamat Bersara Pak Lah, jasamu tidak akan kami lupa sebagai Bapa Kebebasan. Selamat Bertugas DS Najib, kami menunggu perubahan yang dijanjikan dan Selamat Kembali Tun Mahathir, bantuanmu sangat kami perlukan. Bersyukur kepada ALLAH dan semua warga bloggers, SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-2. Digarhayu Negaraku. Takbir!!

Comments

Mohd Faizal said…
Mohon petunjuk dari Allah SWT, supaya Datuk Najib diberi kekuatan sebagai pemimpin yang dapat mengembalikan kekuatan agama, bangsa dan tanah air.
Mudah-mudahan yang terbaik untuk Malaysia.

Insyaallah!
haniesyafique said…
sembelit plak la al-juburi....melepas la nk jd pm ;)

slmt kembali tun mahathir!!!
add said…
Alangkah manis dan sejuk mata memandang jika esok pagi kita melihat Datin Rosmah Mansor sudah menutup aurat sebagai wanita pertama negara.....bila berada dikhalayak ramai....

Alangkah baiknya.......semoga Allah memberi hidayah kepada Datin Rosmah Mansor....
Unknown said…
UMNO akan menjadi kuat semula insyallah.
DS Najib perlu membuat satu penjelasan kepada rakyat tentang semua isu2 yang dikaitkan dengan dirinya. Penjelasan ini boleh dilakukan live di televisyen untuk membersihkan diri beliau daripada isu2 buruk yang dikaitkan oleh pihak pembangkang.
Tun Mahathir-sokongan tun untuk UMNO sangat diperlukan sekarang.terima kasih kerana masih mahu berjuang untuk agama,bangsa dan negara
TAHNIAH DATUK SERI NAJIB, PERDANA MENTERI KE-6 UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

AKHIRNYA TAKDIR ALLAH TERLAKSANA JUA WALAUPUN SEMALAM RAMAI RAKYAT TERTIPU DENGAN BERITA DAN SMS PALSU PIHAK OPPOSISI.

BESAR HARAPAN RAKYAT KEBANYAKAN UNTUK MELIHAT PERUBAHAN SEPERTI YANG DIJANJIKAN.

"ORANG TIDAK AKAN PEDULIKAN KITA SELAMA MANA KITA BERSIKAP TIDAK AMBIL PEDULI."
Anonymous said…
syukur
azlishukri said…
faizal - sama2 kita berdoa

syafique - selamat kembali Tun Mahathir

add - sama2 kita berdoa tentang hal itu

zharif - InsyaAllah

kontraktorwibawa - rakyat menanti perubahan
Anonymous said…
siapa sahaja jadi PM di Malaysia, patut berbaring dalam keranda setiap malam - sekurang-kurangnya 15 minit. kusyukkan hati mengingatkan diri apakah yang dijanji, dikota, diberi dan dizalimi terhadap rakyat dan hak mereka.

tak kira PM itu dari BN, PAS, PKR atau lain-lain parti memerintah ketika itu.

amanah itu amat berat.. dikatakan para pemimpin dan pemerintahlah yang paling lama dihisab di hari akhirat kelak. lebih banyak tanggungjawab, lebih panjanglah hisabnya. 1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia.

pesan dan salam dari seorang islam untuk umat islam yang lain.
azlishukri said…
anonymous - saya setuju, amanah itu amat tegas hisabnya di akhirat kelak.
CIVIC Power said…
Bilakah melayu mahu bersatu dibawah satu bumbung dan fahaman jitu.
Tanpa pepecah belahan ideologi dan fahaman. Itu yang teman harap-harapkan.. Nak kata pasal pembangunan dan kejayaan Negara. Itu semakin kita kecapi. Tapi ada satu yang kian kita tinggali.
Melayu takut kian layu.
Ikaa said…
ohh
i luv tun mahathir!
he's my idol forever
slamat kmbali
:D
BOB said…
Tahniah DS Najib
Selamat Beristirehat Tun Abdullah
Anonymous said…
Assalamualaikum Azli,

Akhirnya doa kita semua yang ingin dan dahagakan perubahan pucuk pimpinaan dimakbulkan oleh Allah jua. Alhamdulillah.

Kembalinya Tun Dr.Mahathir ke pangkuan UMNO juga merupakan satu rahmat dari Allah Subhanahuwataala.

Melihat peristiwa Tun menghadiri persidangan Agung pada 28.3.09 yang lepas memberi petanda bahawa Tun masih disayangi, dirindui dan dinantikan.

Tepukan gemurah yang diberi tanpa disuruh tentunya datang dari hati yang ikhlas para perwakilan dan pemerhati yang ada didewan. Ramai yang menitiskan air mata.

TS Muhyiddin nampak tergamam sekejap dan kelihatan bergenang air mata kerana terlalu gembira.
Tun telah menyatakan sokongan terbuka kepadanya sebelum pemilihan dan kemenangannya telah disambut oleh Tun dengan menghadirkan diri di PWTC.

Kepada Tun Abdullah selamat bersara. Mungkin berpeluang untuk muhasabah diri.

Kepada DS Najib selamat bertugas untuk Agama, Bangsa dan Negara.
ikan emas said…
DS Najib perlu menjadi pemimpin yang lembut dan sabar gaya Tun Abdullah , yang kreatif dan tegas gaya Tun Dr.M..

DS Najib !! tolong pulihkan nama Malaysia
mufid said…
yang pasti ada manusia yang menangis berguling-guling. syahdunya ari ni, membayangkan patutnya angkat sumpah tadi orang lain. tapi semuanya impian belaka. kepada pemuja-pemuja PM dalam impian itu sabarlah, tunggu le ... jangan buat tahana. kesian kat hangpa no!!! cek tak boleh nak tolon. hangpa kena tolon diri hangpa sendiri no. nak nangis lagi nih... sob...sob...sob...kesian!!!
azlishukri said…
ikan emas - benar tu

mufid - Anwar kecewa betul ni.
PAPA GOMO said…
SALAM BRO...
NI PATUT BACA BRO...

YAHUDI SALURKAN DANA BUAT PAKATAN PEMBANGKANGhttp://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/dana-yahudi-kepada-pkr-malaysiakini.html
Anonymous said…
Jaga-jaga helah baru SUKJ @melayusesat dan sivaji boss dia siKJ.
Hope said…
azli,

kalau boleh saya nak minta alamat email azli. ada perkara yang mahu saya sampaikan. thanks.
Anonymous said…
muhkriz patut jd timbalan menteri dahulu bawah hisyamuddin

dia kena mula dr bawah dahulu sgb timbalan menteri spt pemimpin2 lain
Mohd Syahid said…
harap2 one malaysia tu tidaklah sehingga menjejaskan hak2 mutlak kita. org luar memang sokong habis one malaysia. mereka tunggu peluang je....apa pun tahniah buat dato seri najib. pimpinlah kami dengan berhikmah berpandukanlah pada al-quran dan sunnah. tunjukkanlah kami tauladan serta contoh yang baik serta akhlak seorang pemimpin yang diredhai oleh Allah S.W.T....

amin........
D'Rimba said…
Mudahan yang bernama barat dan perlaksana tegar acuan barat lenyap di tanah air sendiri..........

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...

"Kajian Membuktikan Masyarakat Mahukan Mukhriz Memimpin Pemuda."

INI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG DIKEHENDAKI AKAR UMBI DAN MASYARAKAT LUAR Oleh Muhammad Azli Shukri Laporan Khas Azli Shukri yang saya paparkan semalam mendapat begitu banyak respon yang pro dan yang kontra. Hari ini saya menyambungnya kembali - namun demikian, laporan kali ini lebih menjurus kepada menjawab persoalan-persoalan asas mengapa terdapat sebahagian perwakilan yang tidak mahu memilih Datuk Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Di sini saya kemukakan satu pandangan dahulu - pertama, mereka berhujah bahawa Datuk Mukhriz begitu lembik, manakala Khairy Jamaluddin begitu lantang dan tegas dalam mengemukakan beberapa isu. Agak malang jika inilah yang menjadi hujah utama mereka dalam usaha menyokong Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya tanyakan terlebih dahulu kepada mereka apakah yang mereka faham berkenaan makna "lembik" dalam kepimpinan? Apakah hanya dengan sikap lantang yang tidak bertempat sudah memadai menarik sokongan daripada orang Melayu di ...

Khairy Makin Jauh dari Landasan...

Khairy Makin Jauh dari Landasan Oleh Muhammad Azli Shukri Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – sekurang-kurang telah membuka mata saya bahawa tahap retorik dan pengucapan awam pemuda-pemuda UMNO masih lemah dan perlukan latihan, khususnya dalam menyampaikan idea serta pandangan dengan tepat dan bernas. Bahasa dan struktur kata juga menjadi masalah kepada ketiga-tiga pemidato tersebut. Baik Khir Toyo, Khairy mahupun Mukhriz – mereka mempunyai masalah yang sama, yakni lemah dalam menyampaikan idea serta terlalu terpengaruh dengan gaya ucapan orang politik dan bukannya ucapan seorang pemimpin besar. Inilah yang sangat mengecewakan. Saya perlu bercakap benar dan jelas, bahawa saya agak kecewa dengan ketiga-tiga pemidato tersebut – idealisme yang tidak berupaya disampaikan secara jelas, karisma yang masih perlu diasah dan gaya bahasa yang lemah – menyebabkan mereka dilihat begitu jauh berbanding dengan tokoh-tokoh muda pembangkang. Maafkan saya jika saya terpaksa bercakap...