Skip to main content

PAS 2009 : Tewas di Bukit Gantang?


PAS 2009 : Tewas di Bukit Gantang?


Saya terpaksa berterus terang bahawa sesungguhnya UMNO kini bersungguh-sungguh untuk berubah. Kepada penyokong pembangkang yang masih memainkan kata-kata nista dan kesat, kononnya UMNO sama sekali tidak akan berubah, merupakan satu pembohongan. Saya katakan, bahawa tidak semua ahli UMNO itu jahat dan makan rasuah, tidak semua ahli UMNO itu tidak solat dan main perempuan. Hakikatnya, ia sama seperti PAS, tidak semua ahli PAS baik dan alim, tidak semua juga ahli PAS yang bersih dan tidak makan duit rasuah. Ini semua adalah masalah individu. Kita tidak boleh menyalahkan mereka atas nama parti, lalu kita mendakwa "Oh semua ahli UMNO jahat dan makan duit rasuh, semua ahli UMNO zalim dan kejam" tuduhan-tuduhan seperti ini adalah dosa dan noda. Tiada manusia yang sempurnah dan boleh mendakwa bahawa mereka lebih baik daripada orang lain. PAS tidak sempurna, UMNO juga tidak sempurna. Ada juga ahli atau penyokong PAS yang jahat dan main perempuan, ada juga ahli atau penyokong PAS yang tidak sembahyang dan makan duit rasuah - itu adalah jelas dan ini merupakan sifat manusia yang tidak sempurna.



Rakyat memerhatikan kita semua, baik UMNO mahupun PAS - rakyat makin benci melihat gelagat ahli politik pada masa kini. Rakyat bukanlah suka sangat melihat gelagat Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, tetapi rakyat seketika ini tiada pilihan. Semasa negara dipimpin oleh kepimpinan negara yang lemah, rakyat berpaling dengan menyokong pembangkang, tetapi sekarang UMNO benar-benar mahu berubah, berikan peluang dan ruang. Rakyat sudah bosan mendengar isu Attantuya yang tidak habis-habis dijaja oleh parti pembangkang, begitu juga rakyat sudah bosan mendengar kes liwat Anwar Ibrahim yang tidak pernah selesai sehingga ke hari ini. Rakyat mahu keamanan dan keyakinan. Rakyat sudah bosan dengan pembangkang yang hanya pandai bercakap dan berdemonstrasi, tetapi hasilnya tiada. Malah, sokongan kepada Anwar Ibrahim juga semakin luntur dan rakyat mula mengetahui siapakah Anwar yang sebenarnya. Janji menubuhkan kerajaan pada 16 September hanyalah omong kosong yang ditelan bulat-bulat oleh para penyokongnya. Tidak cukup dengan itu, PAS juga tidak pernah menegur DAP, apabila Karpal Singh begitu kurang ajar dengan Sultan Perak, malah turut melemparkan kata-kata kesat terhadap Anwar Ibrahim pada suatu ketika dahulu. Semua ini membosankan rakyat dan menimbulkan kekeliruan sahaja.



Lantaran itu, jika kita mendakwa bahawa Anwar terlalu bersih dan suci, maka mengapa sewaktu Anwar bersama UMNO kita mendakwa beliau begitu kotor dan terlibat dengan kegiatan tidak bermoral? Dan apakah setelah beliau menyertai pembangkang maka segala dosa-dosanya telah terampun dan beliau menjadi insan bersih dan suci kembali? Maka atas kapasiti apakah kita menghukum seseorang itu bersih atau kotor? apakah jika seorang ahli UMNO itu mengambil rasuah maka dia akan dikatakan sebagai perasuah, sebaliknya jika dia menyertai parti pembangkang, maka secara automatik "dosanya" itu bersih dan dan individu tersebut bolehlah dianggap sebagai sudah bertaubat. Saya bertambah hairan tatkala PKR melaungkan Ketuanan Rakyat, maka kedengaran pula PAS melaungkan Ketuanan Islam - apakah PAS tidak tahu bahawa di situ sudah menampakkan perbezaan yang sangat ketara dari aspek ideologinya?



Anwar sudah begitu banyak merosakkan perpaduan rakyat Malaysia - alasan perjuangan beliau yang mahu memimpin Malaysia dengan keadilan dan kesamarataan hanyalah pembohongan semata-mata. Tidak mungkin semua kaum mendapat keadilan yang sama rata, ianya bergantung kepada keadaan dan juga hukum-hukum tertentu. Tidak boleh semua orang mendapatkan hak yang sama, ia bergantung kepada keadaan dan realiti sesuatu perkara itu. Seorang yang kaya raya tidak akan dapat menerima zakat, seorang yang mempunyai anak yang ramai tidak mungkin sama bantuannya dengan mereka yang hanya mempunyai seorang anak. Orang Melayu yang lebih ramai di Malaysia, maka mestilah kaum ini dibantu lebih berbanding dengan kaum-kaum yang lain. Anwar mahu memperjuangkan apa? memperjuangkan kaum Cina dan India? apakah selama ini kerajaan menyisihkan kaum tersebut? apakah kaum Cina selama ini tidak pernah mendapat nikmat ketika berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional? apakah selama ini kaum India begitu terseksa di bawah kerajaan BN? segelintir manusia yang tidak pernah bersyukur ini sepatutnya dihantar kembali sahaja ke China dan India, biar mereka tahu kedudukan mereka di sana yang sebenarnya.



PAS juga parti yang tidak mahu bersyukur, seharusnya PAS menumpukan perhatian kepada kerja-kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Hassan Al-Banna, bukan mencaci maki kerajaan dan kepimpinannya. PAS sudah banyak terikut gaya Anwar Ibrahim - yakni matlamat menghalalkan cara. Kita, sebagai rakyat biasa mahu melihat PAS dengan pembangunan ekonominya, PAS dengan pembangunan dakwahnya dan PAS dengan cara hidup Islamnya. Tetapi, apa yang kita lihat pada hari ini hanya slogan Islam yang dilaung-laungkan tanpa praktikal dan amalan yang jitu. Keruntuhan moral dalam kalangan generasi muda tidak boleh disalahkan kepada kerajaan semata-mata, PAS juga harus bertanggungjawab, jika PAS menjalankan kerja-kerja dakwah, krisis moral yang melanda remaja mungkin tidak akan menjadi seteruk ini. Tetapi PAS lebih banyak berpolitik daripada berdakwah.


Untuk menangani krisis keruntuhan moral remaja, tidak cukup dengan hanya PAS mengadakan ceramah di masjid-masjid sahaja, mereka perlu berkorban dan sanggup melakukan seperti mana yang pernah dilakukan oleh al-Arqam dahulu. Membina ekonomi mereka sendiri, berdakwah di pendalam Sabah dan Sarawak, membina kilang dan pusat rawatan mereka sendiri, membina perniagaan sehingga ke luar negara, membina sekolah dan prasarana sendiri, berdakwah di kaki-kaki lima, di pasar-pasar raya, malah membina hiburan alternatif seperti nasyid, berdakwah kepada penyanyi-penyanyi dan yang lebih penting lagi ahli-ahli al-Arqam di bawah kepimpinan Ustaz Muhammad Ashaari tidak seorang pun yang merokok. Inilah masyarakat yang kita mahu wujudkan dan seharusnya dilaksanakan oleh PAS selama ini dan bukannya mengumpat dan mengeji pemimpin negara serta mencari-cari kesalahan mereka. Itu adalah jelas tersasar daripada dakwah generasi salaf.



Malangnya, al-Arqam menyeleweng dari segi aqidah, jika tidak sudah lama PAS berkubur. Yang jelas PAS sudah lari dari landasan perjuangannya, jika mereka sibuk mencari keburukan UMNO dan menuduh bahawa UMNO sudah tergelincir daripada perjuangannya, maka hal yang sama juga berlaku kepada PAS. Sudah tiada roh Islam lagi di dalamnya, semua pemimpin PAS sibuk mengejar dunia dan kerusi Parlimen, manakala kerja-kerja dakwah ditinggalkan, dan kemudian menyalahlah UMNO ke atas segala kehancuran yang berlaku, pendek kata semua yang berlaku di Malaysia ini adalah salah UMNO, ekonomi merudum salah UMNO, masalah sosial salah UMNO, orang rasuah salah UMNO, orang main judi salah UMNO, orang berzina salah UMNO, orang mencuri salah UMNO, jadi di mana pula salah PAS? apakah yang PAS lakukan dalam membantu mengurangkan gejala tersebut? mengapa PAS tidak memberi perhatian kepada kerja-kerja dakwah? mengapa mesti begitu rakus mengejar kuasa dan pangkat? apakah Nabi dahulu mengutamakan kuasa dan pangkat? Nabi utamakan kerja dakwah dan baginda begitu zuhud kepada dunia, dan apabila kita zuhud kepada dunia, maka dunia akan datang serta tunduk kepada kita. PAS hakikatnya sudah lari daripada perjuangan asal mereka, malah sangat terpengaruh dengan rentak dan gaya Anwar Ibrahim yang menginginkan pangkat dan kuasa.



Maka, tanpa sedar syaitan telah memesongkan perjuangan PAS yang sebenar, daripada menumpukan perhatian kepada kerja-kerja dakwah, ke arah merebut kuasa dan kedudukan. PAS sudah terlalu sibuk mencari keburukan dan kehinaan UMNO sehingga lupa bahawa mereka sebenarnya memegang amanah Allah untuk berdakwah. Untuk berdakwah ada metodologi atau uslubnya dan bukan secara maki hamun dan mencaci kepimpinan negara. Memang UMNO juga ada keburukannya, malah tidak kurang pemimpin-pemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah dan masih dipilih oleh perwakilan - tetapi saya jelaskan bahawa "nawaitu" untuk berubah ke arah yang lebih baik sudah ada dalam sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO. Maka, berikan peluang bagi mereka membuktikannya. Malah, dalam UMNO juga sudah mula wujud kumpulan yang ikhlas mahu melihat UMNO kembali kepada perjuangan asal dan kembali kepada perjuangan Islam. Wallahulam.

Comments

setuju dgn sdr

PAS akan kalah di Bukit gantang !! perubahan dan gelombang kebangkitan rakyat sudah terasa .

rakan2 saya bukan melayu jg meramalkan BN akan menang di ketiga-tiga PRK selepas PR gagal menunaikan janji dlm sejak memerintah .

BN akan kembali menjadi pilihan rakyat
SAUDARA AZLI,

MASIH TERLALU AWAL UNTUK MENGATAKAN PARTI PAS TEWAS DI BUKIT GANTANG. SAMBUTAN DAN SOKONGAN YANG DITUNJUK KAN SEKARANG INI BUKAN KAYU UKUR KEMENANGAN.

PENGUNDI MUDA DAH BERTAMBAH RAMAI MALAH SEMAKIN BIJAK, MANAKALA PENGUNDI YANG BERPEGANG PADA SEMANGAT MENENTANG MALAYAN UNION DAH JAUH BERKURANGAN.

BEBERAPA HARI LAGI KITA SEMUA AKAN DAPAT LIHAT SIAPA YANG TERPELAU DI BUKIT SELAMBAU DAN SIAPA YANG TERLENTANG DI BUKIT GANTANG.
azlishukri said…
kontraktorberwibawa - saya cuma membuat tanda soal sahaja...hanya Allah juga yang mengetahui.
tuan-komrad said…
kalo bn yang kalah cam ner plak...
azlishukri said…
tuan komrd - kita redho sahaja la..menang kalah ketentuan Allah.
Unknown said…
Sentimen bahawa UMNO adalah parti kafir masih menebal di kalangan ahli PAS. Ideologi mereka bahawa sesiapa yang masuk PAS sahaja adalah orang Islam telah menimbulkan tanggapan negatif kepada UMNO.Tidak semua ahli2 pembangkang itu baik dan tidak semua ahli UMNO itu jahat.
azlishukri said…
zharif, benar kenyataan saudara tersebut.
zedmagel said…
Seperti yang dilihat sekarang, berkemungkinan begitu.
Irene said…
Saudara Azli,
Saya setuju dgn pandangan saudara yg PAS skrg jauh terpesong dr tujuan dan matlamat asal mereka..Kerakusan untuk merebut kuasa menjadikan mereka lupa tentang kehendak Al Quran dan Al Sunnah..malah membiarkan org kafir mempermainkan agama Islam. Harapan PRK di ke3 kws ini akan memberi kemenangan kepada yang sepatutnya membela agama, bangsa n negara.
AiNeRzA said…
Susah nak cakap...pada saya la...macam UMNO x boleh menang jer...saya nampak perubahan yang hendak dibawa...malangnya masih terdapat 'orang'2 di dalam UMNO yang membuatkan rakyat marah...umpama perubahan tersebut ader halangan...sorry to say~~
Anonymous said…
SALAM SAUDARAKU AZLI

Imej UMNO akan pulih, jika meletakkan perjuangan agama nombor satu..... alasannya, bijak pandai yang balik dari luar negara yang beraliran agama dan keluaran universiti tempatan.
Kesemua mereka adalah tajaan kerajaan BN. Suara mereka adalah suara keramat, kebetulan lebih 85% daripada mereka merelakan diri untuk menjadi penyokong tegar PAS.

Kenapa mereka berani biadap kepada kerajaan? Alasannya kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan rasuah dan menolok Islam.

Bijak pandai ini akan menabur benih di kampung-kampung dan ahli keluarga. Sesiapa yang mendengar pasti terpikat. Maklumlah lulusan universiti.

- Apakah isu-isu panas yang dimainkan oleh PAS untuk menyerang UMNO??
Hampir 90% mereka cenderong memanipulasikan agama sebagai bahan politik untuk menjatuhkan lawan.

Sekadar Renungan
PEMUDA ATAS PAGAR
Kedah.
salam juang melalui berbagai cara dari pelbagai pelusuk,

telah kami bangkit,
bangun,
berdiri dan bergerak demi menentang kezaliman syaithon yang direjam.
kami tunggu kemunculannya jikalaulah ada dia disini,

teruskanlah perjuanganmu wahai pejuang,
sesungguhnya,
laluan yang bakal kamu lalui itu,
kami rela merentiskannya buatmu lalu,

teruskanlah perjuanganmu wahai pejuang,
sesungguhnya,
mahar kamu itu adalah perjuangan,

teruskanlah perjuangan mu wahai pejuang,
sesungguhnya,
kemenangan itu pasti akan menjemputmu pulang.

teruskanlah perjuangan mu wahai pejuang,
sesungguhnya,
perjuanganmu itu adalah perjuangan abadi menuju ke jalan yang diredhoi.

bangun!
berdiri!
dan bergerak lah wahai pejuang,

kemenangan pasti akan menunggumu disana.


-tti, tapak petapa,
'walk the talk'
salam azli shukri,

[dalam memantau kehadiran yang bertopeng-topeng]


jaga-jaga sahabatku

jaga kiri, kanan dan belakangmu,
topeng-topengan itu muncul dalam berbagai cara,

jaga kiri, kanan dan belakangmu,
topeng-topengan itu datang memuji dan memujamu

jaga kiri, kanan dan belakangmu,
topeng-topengan itu selalu berbisik dengan bisikan palsu

jaga kiri, kanan dan belakangmu,
topeng-topengan itu selalu mahu meniup nafsu amarahmu

jaga kiri, kanan dan belakangmu.
jagalah bersama 3 Qhul buat pendindingmu.
Anonymous said…
Mengapa ye Zahid Hamidi boleh kata yg menari macam Shakira, Inul, Rihanna tu budaya Cina?...

add
Unknown said…
Saya sayangkan saudara seagama, saya tidak peduli UMNO atau PAS. Saya masih berharap, kedua-duanya bersatu kerana Allah.
Anonymous said…
Forgive me for being anonymous!

Assalamualaikum,

Ramalan anda pas kalah. Sebabnya anda rasa bahawa UMNO serius untuk berubah. Bagi saya yang berada 'di luar' UMNO atau politik amnya, saya anggap bahawa tajuk penulisan anda kali ini hanya brtujuan untuk merayu undi bagi parti anda iaitu BN.

Sebabnya, rata2 pelajar dan ahli akademik berpendapat bahawa separuh dari ahli UMNO masih berada di takuk lama. Seperti yang saudara tulis ulasan berkenaan kemenangan En. Khairy Jamaluddin, anda sendiri setuju bahawa ramai yang mengundi kerana inginkan 'sesuatu'..bukan untuk memperjuangkan parti.

Tahukah anda kemenangan Khairy menjadi bahan jenaka kebanyakkan profesional melayu di shah alam?

Daripada masuk bangkul angkat sendiri..lebih baik berusaha memperbetulakn segalanya sebelum terlambat..

-Bounded by Act 174-
Mr Apam said…
yup bro azli syukri....apa2 pon blh jadi...
Anonymous said…
AKU X PHM LA...
JGN SAMPAI JADI MCM SINGAPORE SUDAH
whatever said…
Sungguh tertarik dengan penulisan saudara. Terima kasih kerana memberi hujah yg jelas meskipun ada persoalan yg timbul dibenak fikiran saya yg sukar untuk diperjelaskan. Mampukah DS Najib mengembalikan tampuk pemerintahan yg telus dgn kepercayaan dari rakyat? Persoalan itulah yg saya sedang perhatikan dari semasa ke semasa. Minta maaf lari dpd tajuk. Walau tiada kesempurnaan disetiap parti tapi saya lihat umno-bn mampu melakukan pembangunan m’sia berbanding drp pembangkang. Itulah yg saya nampak setakat ini. Tapi saya percaya parti yg menegakkan Agama Allah insha-Allah pasti akan selamat!!
azlishukri said…
kepada semua pembaca, saya akui UMNO masih belum sempurna, saya ikhlas mengharapkan UMNO berubah, susah untuk dikatakan bagaimana jiwa rakyat sebenarnya.
melayubaru said…
dulbukan main syok konfiden kata mukriz telah menang. lepas tu malu mukriz kalah. ni nak buat lagu lama kata pas kalah bn menang.. boleh blah lah umno...
melayubaru said…
KATA UMNO BETUL-BETUL NAK BERUBAH, PI BACA LAPORAN DAN TENGOK GAMBAR KAT MALAYSIAKINI.

azli kau cakap tak serupa bikin da..


Gadis seksi pancing undi BN?

Jimadie Shah Othman | Apr 2, 09 11:55am

Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.

Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut (LIHAT VIDEO).

Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang.

Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."

"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini.

"Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.

"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak.

Ditanya mengenai sokongan pengundi kaum itu kepada BN, beliau percaya sokongan kepada BN semakin meningkat kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang mereka.

"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

"(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.

Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini.

"Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.

"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya.

Sebelum itu dalam ucapannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.

Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.
azlishukri said…
melayu baru - bukankah telah saya jelaskan bahawa ia adalah tanda soal. Tewas di Bukit Gantang? ia soalan belum ada jawapan, kalau UMNO kalah, maka kalahlah, jika PAS menang, maka menanglah, sama lah seperti mana cara harakah dan malaysiakini berkempen. Tak akan itu pun tak faham.

Mukhriz pula, memang beliau menang dari segi moral, tak ada guna kalau menang tetapi orang masih mengata di belakang, rumah sudah siap tapi tukul masih berbunyi. Jadi cuba fahami gaya penulisan judul dan tajuk bagi menarik minat pembaca, ini gaya wartawan.
Brahim Nyior said…
Masih jauh perjalanan untuk UMNO berubah... Azli, pucuk pimpinan harus pastikan UMNO masih relevan dengan orang Melayu, supaya generasi Melayu muda dan profesional kembali mendekati UMNO.

Kita tunggu malam selepas PRK di dua Bukit. Rasanya sebelah petang pun kita boleh buat andaian. Jika pondok panas ditutup awal sebelum maghrib, pastilah pihak tersebut kalah...
azlishukri said…
melayu baru - itu sudah dijelaskan sebelum ini. DAP terlibat sama. kena faham itu bukan sebahagaian daripada rancangan BN dan jadualnya, ia berlaku tanpa pengetahuan pemimpin2 BN, jika fikir logik, saya tidak fikir pemimpin UMNO dalam keadaan sekarang akan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan imej mereka di mata rakyat. Jangan asyik baca Malaysiakini sahaja. Kami baca utusan saudara marah, kononnya asyik baca utusan dan berita harian sahaja. Jadi, baca cerita itu dengan fikiran yang waras. wallahualam.
azlishukri said…
Brahimnyior - berdoalah agar UMNO akan jadi lebih baik.
melayubaru said…
saya baca malaysiakini pasal harakah dan suara keadilan kena gantung. ini kejam dan sangat kejam. jadi malaysiakini pilihan utama
azlishukri said…
melayu baru - tak salah baca malaysia kini atau harakah, saya juga membacanya, saya juga tidak sokong kerajaan menggantung permit harakah, itu satu kesilapan.
Cheguman said…
Azli,
Saya tak kesah kalaupun BN kalah di Bukit Gantang. Namun sebelum itu, sewajarnya video sidang DUN Perak yang memperlihatkan pendirian dan perjuangan sebenar PAS dipertontonkan pada semua rakyat. Biar rakyat sendiri menilai. Adakah Nizar menipu dalm kenyataan tersebut atau PAS memang berbohong untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud? Kenytaanya, apabila Nizar dipilih menjadi calon kali ini bermakna PAS memang bersetuju dengan kenyataan beliau itu.
Cheguman said…
Azli,
Bagi yang ingin menonton sendiri video tersebut bolehlah ke http://waadat.blogspot.com

Terima kasih.
Hope said…
Azli,

Saya setuju bahawa kita tidak sepatutnya solely judge a party based on what the members do, tapi itu sahaja yang kita ada untuk dijadikan kayu pengukur and I think that is a very valid way of measuring.

Sebagai contoh, jika party itu melaung laungkan pendirian mereka yang anti corruption, tapi kebanyakan mereka yang berada di dalam party terlibat dalam corruption, patutkah kita percayakan party tersebut?

Ataupun sesebuah party yang melaung laungkan kepentingan Islam, tetapi dalam ceramah mereka, mereka menggunakan kata kata kesat dan mencarut, patutkah kita percaya mereka mahu menegakkan agama?

Kita tak boleh lari dari membuat judgment, tapi kita juga perlu objektif dalam membuat penilaian.

Saya percaya UMNO mahu berubah, tapi adakah itu sebulat suara dari semua ahli UMNO atau hanya sebahagiannya sahaja?

Apapun, seperti yang saudara katakan, rakyat malaysia hanya mahukan keamanan, dan kerajaan yang memerintah bertanggungjawab untuk memberikan keamanan tersebut.
azlishukri said…
waadat, saya sudah menontotnya..semua digesa menontotnya juga.

Hope yang sangat saya sayangi..memang benar kata2 saudari itu..kita tidak dapat lari daripada membuat pengadilan seperti itu..
matmulutmurai said…
hemm.. mat rasa sebenarnya masih sukar untuk BN menang di bukit gantang.. bukan tidak boleh. tapi sekrang banyak isu rakyat yang wujud. mat masak sangat dengan permainan isu oleh pakatan ni. manipulasikan. rakyat mudah terima dakyah ni, lebih2 lagi orang melayu mudah percaya benda- benda macam ni.

cth: kemampuan untuk turunkan harga minyak bila anwar menang plihanraya P44. anwar main isu, kalu dia menang seluruh rakyat malaysia akan dapat dijaga kebajikanya. apa ni... itulah kita. mustahil sangat. tapi benda macam ni kita mudah percaya. mat pun tak setuju dan sakit hati bila harga naik. tak boleh ker kerajaan tunggu kejap, tahan harga minyak tu. tapi kita pun patut pikir knp harga kita tinggi. anwar cakap kita pengeluar minyak. mmg tapi baper peratus? kita kena gali bermeter2 dalam. ngra arab minyak mengalir bawah tanah jer. tapi kita tak nak pikir..

mat tak suka sbnarnya bila pas mengambil langkah tuk sertai pakatan rakyat. mat suka dengn perjuangan negara islam. tapi bila masuk pakatan pas semakin menjadi2. kita lihat nik aziz sumer adalah ulamak agama. salah.. itu sumer ulama politik. ttg kenyataannya, bila tiba time mereka salah itu boleh, ini boleh. kejap boleh sumpah dgn pegang al- quran. bila dah dibuat. kata dalam islam tak der. itu sumer ikut kristian. apa ni.. ni sumer ikut kata husam gila kuasa tu.ketua kumpulan edrogan pas. cth dulu mat sabu kna tangkap nga pompuan dalam bilik di hotel. bila keluar kenyataan nik aziz cakap sumer ni fitnah, pompuan tu salah. mat sabu tak salah.

sekarang yang paling utama, pas dah hilang agenda mereka. tibanya masanya sekrang mereka perlu tukar perjuangan negara islam tu. dah tak berguna bila ada dalam pakatan. kalu nak pakatan jadi kukuh. DAP tidak akan terima dan PKR juga hampir tidak terima.

biasala, orang berserban dan bersongkok ni apa saja mereka cakap orang terima dan betul.. tapi hati2 silap percaturan menjadi "fitnah" terhadap saudara seislam kita.

mat- ustaz dlm pas boleh kata bekas mufti perlis ni anak syaitan.. ish2.. dia yang mengata anak apa plak kan..
azlishukri said…
mat mulut murai - saya suka membaca komen saudara, tepat dan itu pun maksud sebenar entri saya ini, nampaknya masih ada yang memahami..wallahualam
Askum li, aku dah baca entri hang ni, ada benda yang positif dan ada benda yang mungkin 'over' sikit, tetapi bagi aku aku meraikan kepelbagaian pendapat kerana akhirnya masyarakatlah yang berhak menilai kepelbagaian itu.Sebab itu Allah menjadikan manusia ini pelbagai kaum, ada yang berkulit hitam, cerah, sawo matang dan sebagainya, begitu juga mazhab dalam Islam pelbagai, ia menyentuh soal insan itu berfikir dan menaakul secara mantik.Masing-masing ada hujah, dan semuanya Allah lah yang akan menjadi Hakim di hari pembalasan.Teruskan perjuangan hang memperbetulkan Umno dari dalam, jika niat itu murni ia akan membawa kepada kebaikan, aku di tempat aku akan teruskan perjuangan aku, sama-samalah kita perjuangan walau wadah berbeza.persahabatan tetap akrab...Wan Nordin
sy setuju secara dengan pandangan sdr Azli. tapi mungkin tidak secara total. benar BN sedang ke arah untuk berubah. tapi ada satu persoalan yang bermain difikiran saya. berkenaan dengan pemilihan pada persidangan UMNO yang lepas dimana calon yang didapati bersalah atas tuduhan politik wang masih dibenarkan bertanding malah menang pula. tidak kah ini mencacatkan sedikit perubahan yang dilakukan oleh BN?
yang pasti, sebagai anak jati negeri Perak saya pasti akan tersenyum lebar sekiranya BN menang di Bukit Gantang.
azlishukri said…
WAN -aku pun mcm tu juga, aku berdoa agar aku mampu mengubah UMNO dari dalam jika aku gagal, maka aku tidak lagi berminat dengan politik. doakan kejayaan aku.
Hope said…
This comment has been removed by the author.
Mohd Syahid said…
salam...
mengenai al-arqam tu....
saya kurang bersetuju jika dikatakan bahwa akidah arqam menyeleweng sebab pengalaman saya masa di al-arqam dulu tidak pernah pun diorang ajar benda2 yg menyeleweng dr akidah islam. mungkin pada masa tu saya masih kecil lagi. tp percayalah sepanjang masa di al-arqam dulu tiada apa pun yg saya nampak yg menyeleweng...
kadang-kadang kita terlalu mendengar dr sebelah pihak, bila kita berada dlm suasana tersebut baru kita tahu sebenarnya tiada apa2 penyelewengan pun yg dia org lakukan...

wallahualam....
azlishukri said…
mohd syahid - saya hidup dan tumbuh dalam dunia al-Arqam, saya mengkaji pagi dan petang berkenaan al=Arqam dari usia saya 15 tahu hingga kini, saya tak henti2 mengkaji dan menilai sejarah hitam al-arqam...saya tahu benar mana yang menyeleweng dalam al-arqam..wallahualam.
Adlan said…
nampaknya pandangan kita selari. saya mula sokong dengan kepimpinan UMNO. terasa sangat bodoh kalo menyokong pakatan rakyat yang hanya menguntungkan DAP.. bagi saya, menyokong PAS atau PKR sama dengan menyokong DAP. melayu dan Islam akan jatuh akibat dari tindakan2 orang yang tak berfikir panjang.

semoga BN akan menang la lps pilihanraya sok ni.
This comment has been removed by the author.
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

salam hormat kepada tuan azli shukri dari kami semua,

semoga sejarah silam dulu-kala bukit gantang bukit diamnya pahlawan ini menjadi pedoman buat semua sekalian rakyat yang bijaksana,

saudara azli lahiran orang perak, sudah pasti tahu pensejarahan kenegeriannya,

tidak pula pasti sama ada pesanan ringkas diatas pucuk pisang yang berlompat-lompatan itu masih wujud ataupun tidak, jika masih berlaku, semuanya demi kebaikan,

nampaknya perjuangan saudara kali ini ikhlas dalam mencari tujuan,
harapan dengan hanya satu harapan demi kebaikan sudah menjadi junjungan,

doa kami,
semoga sirah junjungan juga bakal jadi pedoman dan panduan dalam memperelokkan cara,

doa kami,
semoga tabah dan bersabar serta cekal dalam menanti jawapan daripada yang Haq',

wallahua'lam,

salam hormat dan salam sayang dari kami semua, mohon ampun dan maaf andai ada terlebih bicara,
-tti
wawan said…
Salam

Jelas sekali Pas telah menang...

PKR pun menang jugak...

Sokongan kepada PAS dan PKR di bukkit2 2 masih ada dan utuh...

Analisa yang tidak tepat...
hamba said…
Salam saudara.. ya saya akui Pas bukanlah SEMPURNA..
Tapi rujuk lah pada teras yang dipegang oleh PAS.. Apa prinsip perjuangan PAS.. Adakah saudara ingat PAS saja-saja ingin menentang UMNO? Benarkah PAS benar-benar kemaruk kuasa.? UMNO?.. cuma ingin berkongsi dengan saudara,, Tuan Guru Nik Abd Aziz pernah & selalu berkata(maksudnya lebih kurang begini): kalo UMNO laksana kan perintah Allah.. amal ISlam didalam pemerintahan.. laksana sistem perundangan Islam.. Pas akan dibubarkan.. tiada lagi PAS...'"

PAs cuma harap UMNO laksanakan ISlam... kerana ia bukan ciptaan manusia.. Ia datang drp Allah yg MAha Bijaksana..

ye.. org akan cakap kenapa tidak berkerjasama dgn UMNO?? sudah lebih 50 tahun saudara..

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y