Skip to main content

UMNO Dengan Dunia yang Satu Lagi



UMNO
DENGAN
DUNIA YANG SATU LAGI



Pada 9 April lalu, DS Najib mengingatkan bahawa UMNO harus mengubah cara politiknya, malah segera menukar metodologi politiknya ke arah yang lebih baik dan bersesuaian dengan peredaran zaman. Persoalannya, apakah metodologi/uslub yang bertepatan dengan zaman itu? agar ia benar-benar mengukuhkan kekuatan UMNO kembali. Saya melihat hal ini harus bermula daripada mengenalpasti masalah utama UMNO sekarang. Oleh yang demikian, saya bentang masalah utama UMNO yang harus diberi perhatian rapi :

1.
Ideologi Perlu Dirombak

2. Kaedah Politik Bodek Membodek

3.
Sistem Pemilihan dan Pengekalan Kuasa

4. UMNO/BN Perlu Berwajah Baharu

5. Pemimpin UMNO Perlu Menekankan Soal Agama



Saya akan huraikan secara ringkas satu demi satu persoalan di atas, serta kaedah terbaik bagi menyelamatkan UMNO daripada terus hancur dan musnah.


1. Oleh kerana PKR, PAS dan DAP sudah mendahului dari segi ideologi, yakni mempromosikan satu negara, satu kesamaan dan tiada parti perkauman, maka UMNO telah dilihat agak ketinggalan di belakang. UMNO seolah-olah tidak lagi relevan setelah PKR mempromosikan ideologi tersebut. Walaupun kita tahu, campuran tiga ideologi yang berbeza itu tidak akan kekal lama, dan sudah pasti sampai satu masa nanti PKR, PAS dan DAP akan saling tikam menikam antara satu sama lain. Namun demikian, kita tidak boleh menunggu sehingga mereka hancur dengan sendiri baru UMNO mahu bertindak, kita harus segera bertindak dengan mengetengahkan satu wahana ideologi UMNO yang baru dan menghampiri jiwa anak muda dan generasi baru. Jadi, apakah ideologi baru UMNO yang perlu wujud? Jawapannya mudah, UMNO perlu mengekalkan ideologi "Mempertahankan hak kaumnya yang telah termaktub di sisi undang-undang" di samping "Memberi hak yang telah dipersetujui kepada kaum-kaum lain". Selain itu, UMNO juga harus menguatkan ideologi Islamnya dengan menekankan fahaman, "Islam agama Agung dan Islam perlu diletakkan dikedudukan yang lebih tinggi daripada sesiapa pun" di samping, "Budaya kehidupan Islam serta akhlak Islam haruslah menjadi keutamaan parti, bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai."



2. Konsep politik bodek membodek harus dihapuskan dalam UMNO, yang perlu ditekan oleh para pemimpin UMNO adalah kebenaran. Jika kebenaran yang datang, maka terimalah seadanya, tidak kira daripada sesiapa pun. Ajar dan didik ahli-ahli UMNO buat kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan dan wang ringgit. Kita memerlukan ahli UMNO yang ikhlas dan bukan semata-mata masuk UMNO harap imbuhan. Selama ini, masyarakat melihat UMNO sebagai lubok emas, dan sesiapa yang mempunyai "link" dengan orang atasan, maka kerja jadi lebih mudah. Semua ini harus dihapuskan, dengan mengenalpasti "orang-orang" yang tidak suka dikipas dan dibodek diangkat dan diletakkan di tempat yang sesuai sama di dalam UMNO, Kerajaan ataupun organisasi milik kerajaan.


3. Untuk menjadikan UMNO terus relevan, cara pemilihan UMNO harus berubah daripada di tangan perwakilan semata-mata kepada seluruh ahli UMNO akar umbi. Malah, diadakan juga tempoh bagi seseorang itu untuk memegang jawatan penting parti seperti Ketua Pemuda, Ketua Bahagian, Ketua Wanita dan lain-lain. Jangan terlalu lama seseorang itu memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian sehingga seolah-olah UMNO Bahagian tersebut telah menjadi milikinya. Rakyat benci dan menjauhi UMNO, gara-gara orang yang sama menjadi Ketua Bahagian dan wakil rakyat. Tetapkan tempoh berapa lama seseorang itu boleh menjadi Ketua UMNO Bahagian/ wakil rakyat. Begitu juga dengan jawatan-jawatan yang seangkatan dengannya. Jika ini mampu dilakukan, saya percaya ramai yang akan sokong UMNO dan kerajaan semula. Dan tak kurang juga para remaja akan kembali menyokong UMNO. Wallahualam.


4. Mahu ataupun tidak UMNO dan BN harus melakukan "perwajahan baru" ke atas bentuk logo dan slogan mereka. Rebranding akan melengkapkan Restructuring yang diinginkan oleh DS Najib. Dengan logo yang baru, warna yang baru bagi UMNO/BN, di samping ketiga-tiga sayap UMNO/BN turut juga mempunyai logo masing-masing, sedikit sebanyak, masyarakat dan warga muda akan tertarik mendampingi parti tersebut. Maknya, transformasi dalaman turut akan melibatkan transformasi luaran dan fizikal.


5. Kita lihat sekarang, Amy dan Siti Nurhaliza, walaupun mereka penyanyi dan sudah pasti selama ini mereka terlibat dengan dunia hiburan yang penuh dengan dosa dan noda, tetapi dalam diam-diam hati mereka inginkan kebaikan, malah tanpa ragu-ragu mereka menyatakan bahawa mereka amat mengagumi ketokohan dan keperibadian Nik Aziz. Hal ini menjelaskan, bahawa masyarakat sama ada baik atau pun tidak - mereka akan tetap tertarik kepada manusia yang mempunyai keperibadian yang baik. Jadi, pemimpin UMNO harus jadi begitu. Pemimpin UMNO tidak kira diperingkat mana sekalipun harus berupaya menjadi Imam, membaca doa, berkhutbah, zuhud, berceramah agama, dan menguasai pelbagai cabang ilmu agama. Dengan cara ini sahajalah PKR, PAS dan DAP akan tewas. Saya bercakap dengan ikhlas dan jujur, terpulanglah sama ada untuk menerima atau sebaliknya. Jika tuan-tuan yang membaca cadangan saya ini dengan jujur dan bukan dengan niat lain, saya yakin tuan-tuan akan memahami apa-apa yang saya maksudkan. Kepada Allah jua saya berdoa, agar UMNO terus relevan dan berubah menjadi lebih baik, malah kepada Allah jua, saya berdoa, agar Melayu bersatu dan meninggalkan perpecahan. Wallahualam.


PUTRAJAYA 9 April – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua peringkat pemimpin UMNO bahawa mereka mesti berani membuat perubahan dengan mengubah cara metodologi politik bagi memastikan parti itu terus relevan dan dikasihi rakyat.

Berucap pada majlis kesyukuran di Sri Satria malam ini, Presiden UMNO itu menegaskan, sekiranya ahli UMNO masih alpa dan tidak mengambil kira persekitaran baru sekarang, risikonya parti itu akan tewas di tangan lawannya sekali gus lenyap dan dilupakan begitu sahaja.

‘‘Semasa zaman muda saya, waktu itu letak songkok dan pokok pisang pun, kita pasti menang tapi keadaan sekarang berbeza. Kalau kita lihat pilihan raya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, parti lawan menggunakan metodologi baru tapi UMNO dan BN masih guna yang lama.

‘‘Oleh itu salah satu penugasan yang perlu dilakukan adalah untuk kita tanya apakah yang patut kita lakukan agar metodologi kita bertepatan dengan zaman yang kita lalui sekarang. Saya anggap ini satu agenda penting bagi UMNO yang kita hasratkan akan dibincangkan metodologi ini dalam mesyuarat pertama Majlis Tertinggi UMNO nanti,” kata beliau.

Comments

Anonymous said…
satu lagi media turut tidak boleh dikonkong oleh satu parti sahaja, ini menyebabkan rakyat mal dengan cerita sebelah pihak,inisiatif lain rakyat perlu melayari internet walaupun diketahui umum sumbernya diragui.namun hanya itu yg dimiliki rakyat untuk mengetahui keadaan parti yang lain
Unknown said…
UMNO memerlukan tokoh yang berwibawa dan mempunyai imej berlatarbelakangkan agama. Hanya dengan itu keyakinan rakyat akan kembali pulih dan barulah budaya2 kotor seperti rasuah dan sombong tidak lagi melekat kepada UMNO
azlishukri said…
ary - saya juga sependapat

zharif - benar kenyataan adik tu.
Fiwdaus said…
pd pndgn sy, apa yg pnting adlh UMNO meletakkan golongan agama di tmpt yg sesuai. mereka x semestinya menjadi pemimpin, ttapi mereka hendaklah diberi peranan dlm pentadbiran negara, serta pembangunan ahli2 umno.

bkaitan dgn membuka pengundian kpd kesemua ahli, sy krg bersetuju. krn dgn cara memperbanyakkan jumlah pengundi, kita takuti umno gagal mengawal kualiti undi. di dalam sistem Islam, org yg diberi kelayakan untuk memilih pemimpin hanyalah mereka yg benar2 layak memilih. atau sbhg menyebutkn sbg ahlul ahdi wal aqdi.

tp dlm kes umno yg mengamalkn sistem demokrasi, bg sy sistem perwakilan yg sedia ada adlh lbh baik. namun, disbbkn oleh masalah politik wang, mungkin cadangan DS najib utk memberi kelayakan kpd sekitar 50000 pengundi yg mungkin dr kalangan perwakilan cawangan ke bhg. bg sy, ini mungkin jln pertengahan.

begitu juga dgn tempoh masa memegang jawatan. sy krg setuju. bg sy kalau org itu layak dan masih dperlukan, apa salahnya dia pgg lama skit... mcm tun dr mahathir dulu.

umno juga perlu menukar drp "bangsa, agama dan negara" kpd "agama, bangsa dan negara."

selain itu, perjuangan ketuanan melayu perlu diluruskan mknanya. dr segi perlembagaan, melayu ditakrifkn dgn agama dan budaya, bkn dgn darah keturunan. maka pejuang ketuanan melayu perlu merubah pndekatan mereka drp bercakap soal bangsa kpd bercakap soal agama.

adalah lebih baik jika konsep "ketuanan melayu" diubah kepada "ketuanan umat Islam." Ini adlh lbh jelas dr segi mkna serta selaras dgn konsep Islam. Ini sekaligus menolak idea "ketuanan rakyat" yg membawa konsep kesamarataan yg jelas sekali lebih ekstrim drp konsep "ketuanan melayu".

stkt ini dahulu. sekian.
wawan said…
Ary:

Kalau bagi pembangkang ruang dalm media, habis la umno/bn
Unknown said…
Saudara Azli.

Bagi saya perkara no.5 Pemimpin UMNO Perlu Menekankan Soal Agama adalah perkara pokok.

UMNO dilihat sebagai sebuah parti elit yang pentingkan kekuasaan dan habuan. Bersikap rakus dan selfishness. Itu adalah pandangan masyarakat bawahan yang bukan di kalangan Ahli UMNO.

Apa-apa projek yang dilihat untuk kebaikan rakyat dibolot dulu oleh Ahli-Ahli UMNO yang berkuku panjang terlebih dahulu. Begitu juga dengan peruntukan Pilihanraya, isi dilahap secukupnya oleh orang atas dan kuah yang basi barulah meleleh ke bawah.

Ini memang berlaku di mana-mana jua. Kekadang tu saya sendiri terpaksa mengeluarkan duit dari poket untuk menggerakkan jentera disebabkan duit peruntukan tidak sampai ke bawah. Jentera parti di peringkat bawahan melopong dan di peringkat atasan lenjun bibir.

Kejadian ini berlaku adalah kerana tiada kejujuran dan amanah dan sudah tentu berkait rapat dengan perkara no.5. UMNO perlu merobah persepsi masyarakat terhadap ketulinan perjuangan UMNO.

UMNO perlu kikis persepsi perjuangan periuk nasi peribadi melalui kuasa.
MK IV said…
betul tu, UMNO perlu berubah, kalo tak berubah jugak alamat mampos la UMNO lepas ni....
add said…
Nak berubah? mudah sahaja,,,

1.Semua bini atau menteri islam kena pakai tudung menutup aurat,, bukan pakai tudung ala siti nurhaliza.

2.Dalam jemaah menteri shahrizat sorang je lagi orang islam yang tak tutup aurat.

3.Kepada anak-anak menteri dan timbalan menteri... berjinak-jinaklah dengan surau dan jauhkanlah diri dari kelab malam,minum dan perkara yang boleh menjatuhkan jawtan bapa/ibu anda sendiri..

4.Kalau DSN buat perubahan ini,, konfom KPI beliau terus dapat cemerlang untuk prestasi dalam masa seminggu ni...

Wassalam
C.H.E Dayat said…
Salam hormat dan salam takzim. Saya dengan rasa rendah diri ingin menjemput para sahabt bloggers dan abang azli untuk singgah bertemu di laman blog saya. Ada posting terbaru.. Sila berikan komen anda agar dapat bersama-sama kita meneruskan agenda perjuangan kita..

Kalau boleh, minta tolong war-warkan kehadiran blog saya ini kepada sahabat, rakan dan taulan.

Sekian.

Che Dayat.

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
PARPUKARI said…
DENGAN IZIN YA SAYA NAK CERITAKAN APA YANG BERLAKU DI BUKIT GANTANG!

http://parpukari.blogspot.com/2009/04/skandal-pas-judi-dan-arak-truth.html
fahana_ann said…
salam tuan,
sangat teruja untuk melihat perubahan trsebut..baiknya kalau mereka dapat lakukannya dgn betul ikhlas..ape2pun dalam UMNO, tuan cuba memberikan yg terbaik..moga usaha tuan mncapai kejayaan dan ada yang menyedari..
salam bro azli yang hebat.sorry rasa lama tak beri komen dalam blog bro, saya berasa bangga dengan YAB DS Najib yang telah menjadi PM kita yang ke 6, dengan para jemaah menteri yang dilantik adalah mereka daripada mereka yang hebat, bersih, amanah dan fatonah,saya rasa rakyat sudah semakin percaya dan yakin dengan kerajaan di bawah BN. saya setuju seperti mana bro telah garapkan pandangan bro dalam tulisan UMNO dengan dunia yang satu lagi.Saya kalau boleh,DS Najib atau Menteri-menteri beliau tarik bro jadi orang kuat mereka lagi bagus. makin ramai lagi sokongan pemuda kerana idea bro memang ke hadapan. Hidup bangsa melayu.Ya Allah selamatkanlah bangsa melayu dan agama islam daripada meraka yang ganas. amin
Salam ...
2 perkara yang menarik untuk dilihat perubahannya...

1. Bodek - membodek.. Bolehkah pemimpin UMNO menolak atau merubah budaya ini..

2. Memisahkan politik dalam UMNO dengan kuasa Wang Ringgit....

Apapun saya sama-sama berdoa agar perkara ini berubah demi UMNO dan Melayu dalam pilihanraya akan datang...
azlishukri said…
Firdaus - berkenaan tempoh jawatan itu, saya berpendangan bahawa sama ada seseorang pemimpin itu baik atau sebaliknya, masyarakat akan tetap bosan jika terlalu lama memegang sesuatu jawatan itu, rakyat dan ahli umno akar umbi akan berkata, asyik muka yang sama sahaja memegang jawatan tersebut, berikanlah kepada orang lain. Tun Mahathir walaupun bagus, namun rakyat tetap mahu orang yang baru akhirnya..jadi biarlah dalam keadaan politik malaysia yang penuh dengan fitnah ini, kita tetapkan masa atau tempoh seseorang itu memegang sesuatu jawatan baik dalam umno mahupun dalam kerajaan. wallahualam,
perfectwater75 said…
Salam Sahabat!

Syabas saudara semakin berterus-terang tentang kejelekan UMNO yang selama ini cuba dilindung..Moga inilah pendekatan hikmah yang terbaik untuk mnyedarkan UMNO betapa rosaknya kalau tak diperbetulkan lagi...

thx!
azlishukri said…
perfecwater - terima kasih atas sokongan, saya akan tetap berterus terang dan bercakap benar mengikut apa2 yang telah digariskan oleh al-Quran dan assunnah, walaupun mungkin saya dibenci oleh ahli UMNO sendiri.
salam hormat kepada sahabat yang saya sayangi,

apalah dihirau dibenci di gelangang sendri,
apalah digusar dicemuh di
tempat sendiri,

dibenci dicemuh tanda diketahui,
sebab tak menyorok didalam gelap,

jika bergerak didalam terang,
janganlah lagi lindung selindung,

pemimpin yang pandai pemimpin yang senyum,
pemimpin yang senyum sukalah dihati,

yang suka dihati suka Illahi,
yang ada Illahi bersuara dihati,

pemimpin buat rakyat ikut,
rakyat buat pemimpin dapat,

pemimpin buat perahu,
rakyat naik perahu,

perahu pecah pemimpin fikir,
perahu pecah rakyat perhati,

perahu pecah pemimpin perbaiki,
pemimpin perbaiki rakyat perhati,

perahu pecah tak diperbaiki,
rakyat tengok perahu lain,

perahu lain pemimpin lain,
pemimpin lain perahu lain,

pemimpin prihatin rakyat prihatin,
rakyat prihatin tak cari perahu lain!

salam hormat,
azli sahabatku,

ini suara remaja dari tepi, belum lagi menjadi akar umbi, cuma rumput di tepi kali,
(pandangan dari sudut remaja)

suka tak suka, azli kena dengar jugak,(paksa) :), begini:

1. bila tengok logo UMNO (sticker) di kereta siapa-siapa,
kata mereka: "whuishhhhhh..."
(apa maksudnya?)

2. bila tengok rakan sebaya pakai baju melayu penuh (bersampin) dan bersongkok hitam (ada yang bersongkok tinggi) menghadiri majlis apa-apa,
kata mereka: " fuyyooo, ni pahlawan melayu ni, songkok tu...songkokk.."
(apa maksudnya?)

3. bila tengok rakan sebaya pakai baju melayu separuh penuh (tiada bersampin) dan berketayap putih menghadiri majlis apa-apa,
kata mereka: "ustazzzz.......hehehe..."
(apa maksudnya?)

4. bila tengok rakan sebaya pakai baju jubah putih panjang (jubbah balik haji) dan berketayap putih (ada yang berserban) menghadiri majlis apa-apa,
kata mereka:
"assssalamulaikum warahmatullah, as sahlan wa sahlan...ya sheikh...(senyum)..."
(apa maksudnya?)

saudaraku,

ini baru pada perihal pakaian,
banyak lagi perkara bicara,
ada juga perkara rahsia,
tahu dek musuh kita binasa,

maafkan saya wahai sahabat,
medan ini medan terbuka,
susun rencana tertutup rapat,
mulut ditutup hatilah yang buka,

salam hormat.

saya sudah bangkit, bangun, gerak,
Terima Kasih kerana jadik follower blog saya. Rasa berbesar hati sgt2.

Teruskan usaha membawa UMNO ke arah yang lebih baik supaya terus relevan di mata rakyat. Saudara mendapat 100% sokongan dari saya..malanya saya tidak dapat bersama2 membincangkan isu2 seperti ini kerana masih terikat dengan akta. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada en Azli.

Salam,
azlishukri said…
skide - tidak mengapa, saya sangat hargai sokongan tuan.

zulrahman - terima kasih atas nasihat.
Ruby said…
Cuma nak komen berkaitan perkara no 5.
Memang naluri manusia tertarik kpd perkara yg baik.
Nik Aziz - penampilannya baik, kata tutur bicaranya baik, contoh tauladannya baik.....

Pemimpin UMNO pula sinonim sgt dgn - poligami dgn Artis, rasuah, bawa kereta besar dan ada rumah besar, cakap besar masa beri ucapan dan mcm2 lagi lah.

Setakat ni rasanya Dato' Zahid Hamidi ada ketokohan utk keluar dari persepsi buruk UMNO ini.
Tahniah kpd Dato' Zahid Hamidi.
azlishukri said…
ika - saya sependapat, cuma dia ada masalah menampar orang aje
hamba said…
Kalo korang suruh pemimpimumno jadik zuhud, baik, pegi majlis agama KERANA MAHU RAKYAT MENYOKONG UMNO... PESAN SAYA.. LUPAKAN SAJALAH!.. buatlah SESUATU kerana ALLAH.. hanay kerana harapkan REDHA ALLAH... kalo kerana manusia, sampai bila2 lah UMNO mcm nie.. Tau tak apa kesilapan utama UMNO? kerana ia seringkali membelakangkan AGAMA ISLAM! memang kamu semua cakap UMNO memperjuangan ISLAM.. tapi mana buktinye? adakah cukup sekadar dengan binaan masjid2 yg hebat agung?
azlishukri said…
hamba - apa pula jasa PAS? berapa ramai orang DAP yang berjaya diIslamkan? jangan cakap banyak dalam soal ini.

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...